Ambulance: Beri Laluan! (^_^)

11:51:00 pm Yana Yani 8 Comments

Ambulance: Beri Laluan! | AMBULANCE bukanlah perkataan asing dalam kehidupan seharian kita. It is familiar! Kalau kita bernasib baik, hampir setiap hari kita akan dengar bunyi siren ambulance. Disebabkan itu, hampir semua manusia di atas muka bumi ALLAH ni cukup arif fungsi dan peranan ambulance.

Even Afif yang baru berusia 4 tahun 10 bulan pun cukup faham peranan ambulanceSo, sekarang ni aku nak tanya soalan cepu emas dekat korang. Sekiranya korang faham fungsi dan peranan ambulance, mesti korang akan beri laluan kepada ambulance, betul tak?

Jika jawapan korang adalah sebaliknya, ianya MENGECEWAKAN! Mungkin ada di antara kita yang fikir bahawa ambulance mempunyai kelengkapan yang cukup termasuk seorang doktor macam cerita ER atau General Hospital.

Hakikatnya TIDAK!

Kalau kita nampak ambulance bergerak, dalam tu hanya ada pemandu, nurse, pesakit dan mungkin ahli keluarga sahaja! Jika ada kes-kes tertentu barulah ada Medical Assistance atau Paramedic




Peralatan di dalam ambulance pun yang basic sahaja. Disebabkan tu pesakit perlu segera dibawa ke hospital. Bunyi siren bermakna ada pesakit yang perlu rawatan segera! Kata Angah yang berkerja dengan Jabatan Kesihatan, "Ambulance kalau ada lampu tapi tak ada bunyi, maknanya pesakit dah mati. Orang kat dalam tu tak boleh buat apa-apa!"

Pengalaman pertama menaiki ambulance, cukup membuka mata aku mengenai kesedaran masyarakat di MALAYSIA mengenai ambulance masih ditahap terlalu RENDAH!< Tak kisahlah kau CINA ke, MELAYU ke, INDIA ke. SAMA aje!

Sepanjang aku berada dalam ambulance tu, aku tak nampak langsung ada kenderaan yang cukup BAIK HATI memberi laluan kepada ambulance. Semua ARROGANT! Mungkin dalam kes macam aku tu bukan ditahap serious walaupun doktor mengatakan kemungkinan buruk mungkin akan berlaku. Cuba bayangkan kes-kes teruk, contohnya accident!

Disebabkan sikap terlalu PRIHATAIN masyarakat di MALAYSIA, mangsa kemalangan yang berada di dalam ambulance mungkin mengalami akibat paling buruk iaitu MATI! Betullah ajal dia dah sampai. Tapi tak rasa bersalah ke? Disebabkan kita dia MATI! Automatik kita dikategorikan sebagai PEMBUNUH!

Jadi TOLONGLAH beri LALUAN kepada ambulance! Tak susah pun! Ketepikan sikit kenderaan kita. Tak pun berhenti sekejab. It doesn't cost you a thing! Disebabkan bantuan kita yang kecil tu kita mungkin telah menyelamatkan seseorang.

Sekali lagi, BERI LALUAN KEPADA AMBULANCE! YOU COULD SAVE SOMEONE LIFE!

Trust me, It doesn't cost you a thing!

P/S - Kehidupan kita ni sentiasa ada pilihan. Sama ada kita pilih untuk buat baik atau sebaliknya. The choice is in your hands (^_^)

8 comments:

  1. Sy bru tau kalo ambulans de lampu tp xde bnyi mknenye patient dh mninggal...slalunye kalo dr jauh sy dnga bnyi siren ambulans sy akan pastikan dtg dr arah mana...kalo sme jln sy skan beri laluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu pasal tu pun sebab adik saya kerja dengan jabatan kesihatan
      kalau idak tak tahu langsung

      memang macam tu lah yang semua patut buat =)

      Delete
  2. tq sis berkongsi info ini...

    ReplyDelete
  3. Ambulance kalau ada lampu tapi tak ada bunyi, maknanya pesakit dah mati. Orang kat dalam tu tak boleh buat apa-apa!"
    baru tahu... saya harap pemandu kat m'sia prihatin dgn bunyi ambulan & pemandu ambulan pun jangan ambil kesempatan dengan membunyikan siren tapi sebenarnya takde kecemasan nanti buat org hilang kepercayaan. kejadian ni pernah berlaku depan mata saya.. ambulan tu kemain bunyi siren & laju alih2 dia singgah beli buah tepi jalan... so,how?? dia bunyi siren & laju semata2 nak beli buah je ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham apa cik lekit cuba sampaikan..
      untuk hal macam ni, saya rasa adalah lebih baik kita tepuk dada tanya iman
      kebiasaan manusia hanya nampak yang zahir sahaja
      siapa tahu mungkin ambulance yang cik lekit nampak tu dah menghantar pesakitnya

      dia mungkin singgah nak beli buah lepas menjalankan tanggungjawab dia
      so macam mana nak bezakan?
      sekali lagi saya katakan, kehidupan kita ni sentiasa ada pilihan.
      The choice is in your hands (^_^)

      Delete
  4. saya pernah naik sklai ms mak sakit, lajuuu...ms tu jammed atas jambatn trg, imaginela mcm mn ambulan nak celah antra 2 lorang yg agk2 je blh lepas & yg mat2 motor best je follow kitaorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dpt bayangkan...
      bile kte dalam keadaan macam tu memang terasa takut sangat

      hopefully mak lala shat walafiat sekarang =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...