A Proud Blogger! (^_^)

11:28:00 am Yana Yani 4 Comments

Sedar tak sedar, rupa-rupanya aku dah setahun aktif berblog. Tapi kalau nak ikut usia blog, dah tua! Aku dah created akaun blog ni sekitar 2007. Bermakna dah 6 tahun blog ni wujud!

Dalam setahun ni, baru aku ada ruang dan peluang untuk mewujudkan diari maya aku ni. Jujurnya aku masih baru dalam bidang ni. Masih banyak perlu dipelajari.

Tujuan aku dalam berblog cukup jelas. Aku hanya nak mengasah kembali bakat menulis yang telah sekian lama terkubur. Satu ketika dulu, cikgu aku pernah mengatakan aku bakal menjadi penulis.

Memang penulis pun sekarang, penulis blog! Hehe!

Pun begitu aku cukup berbangga dengan status aku sekarang. Dengan status aku sekarang, banyak yang boleh aku ceritakan dan kongsikan.

Rata-rata yang aku ceritakan di sini lebih kepada kehidupan peribadi aku sendiri. Pengalaman membesarkan Afif dan Aisy, banyak aku coretkan di sini.

Siapa tahu di masa depan, blog aku ni boleh menjadi bahan rujukan mereka. We never know, right? Apapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada setiap di antara ANDA!

Ye! Korang! Sebab korang rajin singgah sini. Disebabnna korang juga, semangat aku nak menulis tinggi! Sehari tak update blog ni, rasa macam nak kena sawan! Thanks korang ye!


Entri aku yang popular setakat setahun aku berblog

Sebelum aku mengakhiri entry meraban aku kali ni, aku dengan bangga mengatakan bahawa entry ni adalah yang pertama di post menggunakan background dan header baru.

Siapa yang selalu singgah sini, mesti perasan perubahan ni. Background aku culik daripada the Cutest Blog on the Blog. Boleh klik sini kalau korang pun minat.

Header pula aku culik daripada Blog Designs by Dani. Aku memang suka header besar gedabak! Senang nak buat apa yang patut! Klik sini.

Dikesempatan ni, aku juga nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Yang keberapa tahun? Siapa tahu angkat tanggan! Ye betul! Yang ke 56 tahun.

Marilah kita sama-sama menghargai erti kebebasan ni. Banyak negara luar yang kita boleh jadikan contoh. Semoga ALLAH SWT melindungi negara tercinta ni.

Aku juga nak ucapkan tahniah kepada kakak ipar aku, Kak Mala. Beliau baru sahaja melahirkan anak perempuan tunggal dalam keluarga dia. Tahniah kak!

Takziah pula aku ucapkan pada adik ipar aku, Nuar.

Dia baru sahaja kehilangan atuk dia yang tersayang pada malam Jumaat baru ni. Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Sekian sahaja bebelan aku hari ni. Jumpa lagi next entry ye (^_^)

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Seronok Naik Train! (^_^)

11:24:00 pm Yana Yani 6 Comments

Wah, seminggu aku tak update blog! Anybody miss me? Hehe!

Selain daripada sentiasa berebut laptop dengan Encik suami, aku juga agak sibuk dengan segala urusan anak-anak dan rumah yang tak pernah settle.

Baru hari ni aku berpeluang dan ruang untuk post entry. Hari ni aku nak cerita pasal benda lain dulu. Bab raya terpaksa postpone dulu. By the way, raya kan sebulan!

----------------------------------------------

Lately Afif kerap tengok cerita siri animasi Thomas and Friends. Siri animasi ni mengisahkan tentang keretapi-keretapi yang sentiasa ada aktiviti yang menarik untuk dilakukan.

Disebabkan terlalu minat, Afif sering bertanya tentang keretapi dan how exciting it is. Dia juga meluahkan hasrat untuk menaiki keretapi.

Sebagai seorang Mama, selagi permintaan anak-anak masih dalam kemampuan, aku akan pasti tunaikan. Cuma lambat dengan cepat aje.

So Sabtu baru ni aku menunaikan hasrat Afif. Masih terbayang-bayang lagi riak wajah Afif bila dia tahu dia akan menaiki keretapi. So excited!

Aku pergi dengan Angah, Anis dan anak-anak aku Afif dan  Aisy. Encik suami bekerja dan tak dapat join sama. Lagipun dia memang tak suka naik public transport.

Aku mula-mula bercadang hanya nak pergi setakat KL Sentral sebab dengan keadaan aku sekarang, aku agak mudah penat walau setakat berjalan 2 langkah.

Tapi disebabkan memenuhi impian anak dan adik, aku gagahkan juga. Aku nak dia orang simpan semua memori yang dilalui hari tu.

Who knows what's going to happen tomorrow. Betul tak betul?

Kami menggunakan komuter daripada Bandar Klang ke KL Sentral. Afif time sampai dekat stesen komuter asyik tersengih aje.


Sampai di KL Sentral, kami terus bergerak menuju ke stesen Monorail. Disebabkan dah agak lama tak ke sini, kami sesat! Sepatutnya kami menaiki monorail di stesen KL Sentral.

Tapi kami pergi naik di stesen Tun Sambanthan. Sikit punya jauh! Berpeluh ketiak dok menapak sejauh tu. Tak usah ceritalah aku punya cunggap!

Dapat aje naik monorail, kami terus ke stesen Jalan Imbi di mana terletaknya Berjaya Times Square. Lega bila sampai, tapi nak ingatkan jalan balik tu satu hal pula!

Berjaya Times Square terlalu besar! Tak cukup kudrat aku nak jelajah ke setiap tingkat! Tapi one thing for sure, barang-barang dekat sini agak murah. Rambang mata Angah! Hehe!


Lepas aje Angah dah puas shopping, aku ajak balik. Penat tak terkata! Rasa nak minta orang tolong dukungkan aje! Tak larat rasanya!

Tapi yang pasti, ini adalah salah satu aktiviti yang seronok kami lakukan. Hopefully bila kesihatan dah stabil, boleh pergi ronda KL lagi!

6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1434H: Hari Kedua (^_^)

11:03:00 pm Yana Yani 10 Comments

Sebelum ni aku dah cerita pengalaman hari raya pertama kami. Pada sesiapa yang belum berkesempatan untuk baca, boleh klik di sini kalau rasa nak baca.

Hari kedua Syawal kami tak macam orang lain dok sibuk lagi beraya. Kami semua dok sibuk masak lemang! Rasa macam tak meriah raya kalau tak dapat makan lemang! Pada akulah! Hehe!

Lagipun Nuar first time beraya dengan kami di sini. Dia pun tak pernah tengok orang masak lemang. Maka sebab tu jugalah, masak lemang merupakan satu kemestian!

Disebabkan kami semua masih baru dalam bidang ini, maka kemahiran Atuk sebagai orang lama dan pakar dalam pembuatan lemang ni memang teramat diperlukan!


Disebabkan membuat lemang adalah benda yang jarang dapat dilakukan, maka keterujaan memang jelas sekali. Kami semua terlalu excited especially hero dalam family aku!


Setelah seharian mengerahkan segala kudrat (cehwah!), the moment yang paling ditunggu adalah apabila lemang tersebut MASAK!


Lemang kita orang hari tu memang MARVELOUS! Malahan ramai yang bertandang ke kedai Atuk sempat jamah lemang kami dan mereka memuji. Siap ada yang kata boleh buat berniaga!

Riak sekejab bila kena puji! Hehe! Tapi skill memasak masih perlu diperbaiki sebab lemang kami walaupun sedap, ada bahagian yang masak dan tak masak!

Apapun kami semua happy sangat hari tu! Kami dapat pengalaman baru yang mungkin satu hari nanti boleh dikongsi dengan anak, cucu, dan cicit. Insya Allah!

Anyway aku nak share lagi beberapa keping gambar dengan readers. Check it out!

Nuar, Afif dan Mak Buyung a.k.a Dayah
Afif dengan Aisy yang tengah dok makan lemang
Ada aje kerja dia ni tau!
Ni lagi seorang! Cari penyakit aje!
Muka-muka yang kononnya penat lepas masak lemang.

Sebelum aku tamatkan bebelan aku hari ni, aku nak tunjuk dulu gambar cousins aku yang kecil-kecil lagi.
Untuk makluman, aku adalah cucu sulung dalam keluarga sebelah Mak.

So bila tengok sepupu aku yang kecil-kecil lagi ni, terasa diri ini begitu MUDA (Eh silap! Tua!) Bayangkan berapa ramai adik-adik aku ada.

Gambar dekat bawah ni hanya sebahagian sahaja (^_^)

 

10 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

My Faith: Seorang Pekerja dan Pesakit (^_^)

10:45:00 pm Yana Yani 4 Comments

Niat nak post entry pasal raya terpaksa ditangguhkan dulu sebab aku nak cerita dulu pasal apa yang aku dah lalui hari ni.

Apapun entry aku hari ni adalah lebih kepada pandangan aku dan luahan hati aku sebagai seorang pekerja dan pesakit. Kalau ada sesiapa terasa, nasiblah! Memang aku berniat pun!

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa aku adalah penghidap hyperthyroid. Tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal sejarah penyakit aku ni. Aku nak cerita pasal layanan yang aku terima hari ni.

Aku dah jumpa macam-macam karenah doktor dan nurses sepanjang tempoh 17 tahun aku menjalani treatment sebagai pesakit dan juga nasib yang aku terima sebagai seorang pekerja.

Jujurnya aku pernah dibuang kerja kerana mengambil MC terlalu banyak dalam tempoh tak sampai 6 bulan aku bekerja. Bos aku dulu tu tak pernah kisah sama ada ianya time slip atau MC.

Bos aku yang sekarang juga macam tu. Absent tetap absent! Tak kisahlah atas alasan sekalipun. Penyakit aku, masalah aku! Malahan bos aku sekarang hanya mengiktiraf MC.

Itupun setelah melakukan pelbagai siasatan. Time slip pula hanya dua jam pertama sahaja diiktiraf.

Hari ni aku ada regular check up di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Baru 3 kali dekat sini, sebelum ni dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Fenomena terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan adalah perkara biasa di mana-mana klinik kerajaan. Apapun itu bukan yang aku nak ceritakan (mungkin lain entry).

Aku hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 12 tengahari setelah hampir 3 jam menunggu. Itupun dia orang bagi alasan rekod aku hilang!

Mengarut! Padahal baru bulan lepas jumpa doktor (yang lain). Doktor salahkan staff bilik rekod. Staff bilik rekod pula salahkan doktor. Yang jadi mangsa, AKU JUGA!

Aku minta 1/2 day MC sebab dah lebih 2 jam. Doktor berketuruna India tu gelak! "This is first time I heard about half day MC, which is from you!"

Dia sambung lagi, "Untuk follow up kita tak boleh bagi MC. Time slip boleh!

"Tapi bos saya hanya bagi 2 jam pelepasan with proof" kata aku minta simpati.

"Minta dia bagi surat sebab baru kita boleh pertimbangkan!" jawab dia. 

--------------------------------------

Nampak tak masalah aku? Aku tersempit antara status aku sebagai seorang pekerja dan pesakit. Tak kiralah pusing celah mana pun, aku tetap jadi MANGSA!

Majikan tak faham, pihak doktor (segelintir) pun tak faham!

Ketahuilah bahawa AKU tak pernah minta untuk sakit. Aku juga tak pernah suka buat check up setiap 6 minggu! Menunggu lama walau datang awal pagi. Aku tak pernah suka semua tu!

Tapi apa aku boleh buat? Inilah nasibku!

Aku minta ditukar ke klinik lain. Nurse yang bagi appointment dekat aku pesan jangan bagi bos dia nampak aku bawa keluar kad rawatan tu. Salah katanya! Aku pula jawab dalam hati, "Ada aku kisah? Boleh jadi modal untuk aku berblog!"
Mungkin kerana nilai RM1 kebanyakkan antara mereka yang aku jumpa hari ni buat kerja macam tak ikhlas. Apapun pakcik dekat kaunter ubat mengubah sedikit mood aku hari ni. Kalau semua macam dia. AMAN!

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cabaran Mega HUGGIES: MALAYSIA Book of Records! (^_^)

9:31:00 pm Yana Yani 8 Comments

Dua tiga hari ni dok berebut laptop dengan Encik suami. Baru hari ni aku berpeluang nak pegang! Esok lusa belum tentu dapat pegang lagi ni! Hehe!

So pada sesiapa yang selalu dok menjengah ke sini and perasan tak ada new entry, faham-faham aje lah ye! Sesungguh aku sedang BERJUANG! Ayat tak boleh blah! Hehe!

Anyway, hari ni kita skip dulu cerita pasal raya. Pasal apa? Aku nak cerita dulu pasal pengalaman aku and family dok participate dalam Cabaran Mega Huggies DryPants Sabtu baru ni.

Sebenarnya ni event pertama aku dok participate. Biasa tak rajin pun! Walaupun kadang-kadang tu dapat invitation. Kali ni participate sebab tertarik dengan perkataan Malaysia Book of Records!


Time aku beritahu Encik suami nak participate, dia okay aje ebab Encik suami dah biasa dengan jalan ke Damansara.Yang menjadi masalah bila kami sampai dekat 1 Utama Shopping Centre tu!

Aku tak pernah menjejakkan kaki ke sini! So time sampai, tempat tu dah jadi macam kota sesat! Terpusing-pusing kami anak-beranak dok cari tempat event.

Tak sangka 1 Utama Shopping Centre ni besar! Setelah bertanya dengan banyak orang barulah jumpa tempat di mana event diadakan. Kalau malu bertanya, mau sesat jalan! Hehe!

Sampai aje, terus pergi kaunter registration
Promoter dekat sini kata diaper yang jual dekat sini, murah dari harga pasaran. Tapi aku rasa dekat luar lagi murah.
Aku pula yang excited lebih. Aisy steady aje!
Diaper changed dah 551 dah time ni. Time aku nak balik dah dekat 800. Disebabkan event sampai malam, mau beribu-ribu jumlah diaper changed tu!
Encik suami pun sempat juga nak posing tu!
Seperti biasa, mama yang over!
Anak bujang aku ni nampak gayanya bakal mewarisi "over" Mama dia! Hehe!

Lepas aje dah settle bahagian aku, terus balik. Malas nak meronda dekat sini sebab terasa sangat BESAR dan kudrat aku tak cukup nak mengelilingi! Hehe!

Yang pasti, kami seronok aritu walaupun letih yang amat!

Antara barangan yang kami dapat aritu, katanya semua ni bernilai RM150. Ye ke?

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Syawal 1434H: Hari Pertama (^_^)

11:38:00 pm Yana Yani 8 Comments

Sebelum aku nak memulakan entry tu kali ni. Aku nak selitkan sikit pasal kekalutan yang terpaksa dilalui oleh saudara-saudara Islam kita seperti di Mesir, Syria dan Palestin.

Beringatlah ketika kita sedang bergembira di Aidilfitri, ada saudara-saudara kita sedang berdepan dengan kesengsaraan di bulan mulia ini.

Marilah kita berdoa dan menghulurkan bantuan yang mana mampu. Semoga ALLAH memberikan mereka kekuatan dan melindungi mereka daripada SYAITAN bertopengkan manusia!

-----------------------------------------

Alright. Where should I begin? Oh ya, semalam aku dah cerita pasal petang raya, kan? Sesiapa yang belum baca lagi tu, sudi-sudikanlah untuk klik di sini.

Anyway, walaupun malam raya tu kitorang tidur lambat, besoknya kitorang tetap bangun awal! Excited bangat nak raya! Tapi nampak gayanya macam aku yang lebih excited! Hehe!

Anak bujang aku pula sibuk suruh aku cepat siapkan dia. Dia excited sangat nak ikut Papa dia pergi sembahyang raya. Kecerian dia hari tu  menambah kegirangan aku sebagai seorang Mama.

Tiada yang lebih bahagia daripada moment tu. Bahagia yang tak terungkap!

Apapun meh kita check out hari pertama kami beraya (^_^)

Pose special Afif sebelum nak pergi sembahyang raya dengan Papa
Sempat lagi dua beranak ni tayang gigi!
Balik dari masjid Afif terus peluk Aisy bila dia nampak adik dia dah bersiap. "Adik ni comellah! kata Afif. Tapi part paling aku suka bila dia kata, "Comel macam Mama!" Aku terasa TERAPUNG! Hehe!
Sebelum nak memulakan perjalan, sempat lagi posing tu! Tapi Afif dengan Aisy langsung tak pandang kamera! Hampeh sungguh!
Ingatkan hari raya pertama tak jem, tapi tengoklah! Sikit punya banyak kereta! Dah lah time tu naik bukit! Encik suami kata, "Mau tercabut lutut ni!"
Rupa-rupanya, inilah penyebab jem! Lepas aje kawasan ni, jalan CLEAR and clear! Hehe!
Berhenti kejab dengan Petronas Bentong. Encik suami kata dia nak betulkan skru kaki yang longgar time jem tadi! Kesian dia! Next year kita tukar kereta auto pula ye! Hehe!
Sampai aje kampung, terus dok ambil gambar dengan jelitawan dalam keluarga aku. Tapi paling jelita dekat situ, semestinya AKU! Aisy jelita sikit!  Lelain tu faham-faham sendiri lah ye! Hehe!
Yang ni pula sebahagian daripada team handsome dalam keluarga aku! Tapi yang baju kuning tu paling the BOMB lah! Hehe!
Yang ni AYAHANDA kawasan! Memang paling HANDSOME! Tak boleh lawan!
Walaupun penat perjalanan tak hilang lagi, kami tetap TERJAH rumah pakcik, makcik, atuk dan nenek saudara yang berdekatan dengan kedai Atuk!
Mereka berdua ni adalah assistant aku dan Encik suami! Maklumlah, Afif dan Aisy semakin berat kebelakangan ni. Hehe!
Yang tengah tu, adik Mak. Kitorang panggil dia Ateh Wah. Sebelah kiri suami dia, Ateh Sabri dan anak-anak dia, Hani dan Amin. Hak yang tengah melahap tu, Afif!
Budak berdua ni tengah buat pertandingan TEKA KUIH. Yang dekat belakang tu judges! Hehe!
Moh kita TERJAH rumah seterusnya!
Yang ni adalah rumah terakhir kami terjah pada raya pertama dan paling MENCABAR! Kena mendaki BUKIT! Silalah lihat kepayahan hero-hero aku mendaki! Hilang lemak makan lemang dengan rendang tadi! Hehe!

Begitulah hari raya pertama kami di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Besok kalau tak ada aral, aku sambung cerita raya kedua kami di sini, okay?

Aku nak tidur dah ni sebab besok nak pergi 1 Utama Shopping Centre. Kenapa? Sebab nak participate event dekat bawah ni.

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...