Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang

Baru-baru ni kami sekeluarga ke GM Klang Wholesale City sebab MyChintaHati nak beli barangan untuk perniagaan online dia. Afif pada mulanya enggan ke sini kerana dia beri alasan penat berjalan. Tapi sampai aje dekat sana, dia adalah manusia paling rambang mata! Nasib Papa mood baik time tu. Maka dia redha aje melayan segala permintaan anak-anak dia. Kebiasaanya kalau anak-anak minta mainan, dia jeling aje. Terus on the spot hilang ingatan bebudak tu nak minta apa. Hehe!

Rezeki Afif dan Aisyah pada hari tu dapatlah sorang satu set mainan. Aisyah dapat set mainan pizza. Perempuan biasalah kan. Afif pula dah memang aimed nak tambah koleksi askar mainan dia. So dapatlah dia set askar mainan idaman.

Lately Afif agak kemaruk dengan koleksi askar mainan. Ni semua gara-gara terpengaruh dengan saluran History yang sering menayangkan cerita mengenai kehebatan askar-askar pada zaman penjejahan Komunis dan juga Jepun di Tanah Melayu pada satu ketika dulu. Oleh sebab itu, cita-cita Afif yang dulunya ingin menjadi archaeology serta-merta bertukar kepada askar.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Bukan main masing-masing bila Papa diorang bagi green light

"Mama! Besok besar Afif nak jadi askar lawan orang jahat!" kata dia selepas dia melihat ketangkasan pasukan VAT 69 yang cukup mahir dalam selok belok hutan dalam menangkis kegiatan Komunis satu ketika dulu di saluran History.

Kebiasaanya YY memang melayan apa sahaja minat anak-anak YY. Bila diorang main, memang most of the time YY akan ikut sama main. Niat di hati kononnya nak rapat dengan anak-anak. Tapi yang sebenarnya nak juga merasa main permainan diorang. Yelah kan, masa YY kecik-kecik dulu, mana merasa main camni. Tu yang peluang camni digunakan sepenuhnya. Dalam erti kata lain, mengambil kesempatan. Hehe!

Tapi bebudak memang seronok aje kalau YY main sama. Kadang tu YY tengah sibuk buat kerja rumah, Afif mahupun Aisyah beria dok ajak YY main sama.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Set askar mainan baru Afif. Murah aje pun. Janji dia happy

Sebenarnya YY nak cerita bagaimana kecolotehan anak bujang YY bercakap dan sekaligus berjaya mengenakan YY untuk ke sekian kalinya. Camni ceritanya...

Malam tu sampai aje dekat rumah memang sudah tentunya masing-masing teruja untuk bermain dengan permainan baru. Ini termasuklah YY a.k.a the cutest Mama ever yang turut sama menyibuk membelek setiap inci mainan bebudak. Sambil tu buat jugalah muka comel walau memang dah comel dengan harapan YY turut diundang untuk bermain bersama (^_^)

Masa dok menyibuk tu YY perasaan dua set askar mainan Afif diletakkan secara berjauhan. Set yang baru dibeli diletakkan di atas peta, manakala set lama diletakkan agak jauh dari kawasan peta. Ikut logik akal YY ni, patutnya letaklah dekat bagi senang nak main. Aliran laut dalam peta tu boleh digunakan sebagai garisan pemisah antara dua set askar mainan tu. YY rasa idea itu cukup bernas dan dengan penuh confident YY usulkan idea tersebut pada Afif.

Obviously Afif punyai idea yang berbeza bila dia kata, "Mana boleh dekat-dekat! Matilah askar baik tu!". Adui! Kena lagi Mama yang cute ni! Takpe, jangan panik! Kita buat macam biasa, kata omputih tu cover line! Hehe!

"Mana askar baik, yang ni ke? Sikitnya. Memanglah diorang mati kalau camni" kata YY dengan penuh keyakinan untuk ke sekian kalinya. Tak mau kalah kononnya.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Peperangan bermula antara baik (warna coklat) dan jahat (warna hijau)

"Mama ni tak fahamlah. Memanglah askar baik sikit, tapi diorang selalu menang! Mama ingat tak cerita yang kita tengok dulu? Kan askar baik sikit aje, tapi diorang menang. Tapi diorang tak duduk dekat. Diorang duduk jauh-jauh. Barulah menang!" jelas Afif panjang lebar.

Melopong YY dibuatnya bila dengar Afif mengulas mengenai askar baik dan jahat. Dalam hati dok kata, "Kau memang hobi kenakan Mama apa ke?"

Tapi apa yang digambarkan oleh Afif ada kebenarannya. Kebiasaannya pasukan yang punyai bilangan yang ramai terlalu yakin dengan kekuatan mereka tanpa menyedari kekurangan yang wujud. Berbeza dengan pasukan mempunyai bilangan ahli sedikit yang memang menyedari kelemahan mereka dan sedaya upaya memperbetulkan dan memperkuatkan jentera peperangan.

Contohnya seperti peperangan Badar dan Uhud pada zaman Rasulullah SAW. Tentera Islam menang besar dalam kedua peperangan tersebut walau hanya dianggotai beberapa ratus tentera Islam berbanding pihak lawan. So dalam bahasa mudah, ramai tak bermaksud kuat dan sikit tak bermaksud lemah. Kita perlukan keyakinan dan kebijaksaan akal dalam mengatur strategi. Paling penting kerjasama berpasukan. Bak kata team Wonder Pets, "Apa yang penting, KERJASAMA!"

Anyway, lepas penjelasan panjang lebar dak Afif, YY beralih kepada Aisyah pula.Tak sanggup terkena untuk kesekian kalinya.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Mata mengantuk, tapi ada hati nak masak pizza

Aisyah walau dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk time tu, masih memaksa diri untuk bermain pizza. Pula tu dia gunakan microwave YY untuk masak pizza dia. Konon-konon dia hebat masaklah katanya. YY pun layankan aje. Rasa nak muntah bila dak Aisyah dok suruh makan pizza berpuluh kali. Bila main kedai makan, semua benda dia kata ada. Tapi dia tetap dok hidang pizza. Bila tanya mana menu kita order tadi, selamba aje dia jawab, "Ni kan kedai pizza"

Adui! Kau pun dah pandai kenakan Mama ye Dik. Sabar ajelah!

"Ni kalau orang kata Mama gemuk, salah Adik ye. Adik yang suruh Mama makan pizza aje" kata YY bila terpaksa makan pizza untuk sekian kalinya.

"Takpe. Mama kan comel" jawab Aisyah dengan senyuman meleret. Terus YY pun dengan rela makan pizza yang keras tu walau mata dah tak mampu nak buka sebab kena puji punya pasal! Hehe!

So begitulah cerita bagaimana seorang Mama yang kononnya nak main dengan anak-anak akhirnya terkena dengan kepintaran anak berkata-kata. Tolong ingatkan YY pakai perisai tebal sikit lain kali ye bila nak main dengan anak-anak. Hehe!

Okay korang, sampai di sini sahaja bebelan YY. Moga bertemu di lain entry. Assalamulaikum (^_^)


Kerisauan Hati Seorang Mama

Bila menjadi seorang Mama ni, macam-macam benda boleh dok buat risau. Kadang tu mungkin juga kerana sifat paranoid menjadikan hati seorang Mama mudah risau hatta untuk perkara kecil sekali pun. Mungkin hanya mereka yang memegang status sama memahami. Lately YY agak risau dengan tabiat hisap jari Aisyah walau sebenarnya ianya bukan pertama kali YY mempersoalkannya, klik [Hisap Jari: Tabiat Buruk?].

Dimomokkan dengan pelbagai cerita mengenai pengakhiran akibat tabiat hisap jari memang menambahkan lagi kerisauan hati YY sebagai seorang Mama. YY bukannya tak cuba menghentikan tabiat tu, dah cuba banyak kali. Tak berhasil! Mungkin juga ianya tidak berhasil kerana YY tidak benar-benar bersungguh menghentikan tabiat Aisyah. Yelah, rasa kesian sebab anak kita tau! Bila cuba buat aje, dia menangis, lepas tu kita pun mulalah, "Alahai, kesiannya anak aku"

Susah bila melibatkan hati dan perasaan seorang Mama ni tau! Mungkin juga alasan.

Kerisauan Hati Seorang Mama
Aisyah dengan habit dia sejak bayi

Aisyah sebenarnya bukanlah terlalu kerap menghisap jari. Kebiasaannya bila dia nak tidur dia akan mula hisap jempol. Jempol kalau dalam bahasa Jawa maksud dia ibu jari. So kalau nampak dia hisap jempol tu, tu tanda-tanda dia nak tidurlah. Silalah sediakan ruangan untuk dia tidur. Sangat jarang tengok Aisyah hisap jempol kalau dia tengah leka dengan aktiviti harian dia. Atas faktor itu juga YY tak begitu bersungguh menghentikan tabiat dia menghisap jempol.

Lagipun rata-rata orang YY kenali yang juga menghisap jari tidak mengalami sebarang masalah menghentikan sendiri tabiat itu. Bah kan ada yang ambil masa sehingga belasan tahun untuk menghentikan tabiat tersebut dan mereka tidak mengalami sebarang kecacatan pada gigi. Contoh paling dekat adalah Mak YY sendiri yang hanya berhenti sehari sebelum dia bertunang dengan Abah. Gigi Mak pun tak ada sebarang masalah. Cantik aje walau dia sudah melewati five series.

Kerisauan Hati Seorang Mama
Kalau tengah main, Aisyah memang tak hisap jempol

Tapi pandangan YY mula berubah apabila YY perasan something tak kena pada gigi hadapan Aisyah tiap kali gambar dia YY ambil. Dia mengalami kesukaran untuk menutup keseluruhan gigi dia. Tiap kali dia tersenyum pun dua gigi hadapan akan kelihatan. Hancur tau hati seorang Mama dok tengok anak dara macam tu. Tetiba boleh bayangkan masa depan dia. Sedih tak tergambar. Sape tau Aisyah mungkin akan rasa down dengan keadaan itu. Lagipun kita bukan mampu tutup semua orang.

Apart of that YY sangat yakin keadaan ini bukan disebabkan tabiat hisap jempol dia. Ianya ada kaitan dengan cerita yang YY ceritakan dulu, di mana doktor ada mengatakan bahawa dia satu masa nanti perlu pakai braces. Klik [Aisy Jatuh Katil Lagi!].

Kerisauan Hati Seorang Mama
Aisyah sangat suka bergambar

YY mula rasa tak keruan dengan keadaan tu. Tengok malam dia tidur pun boleh pula YY menangis sebab dok memikirkan masa depan dia. Pendek kata membayangkah benda hak yang bukan-bukan aje YY ni tau! YY sebenarnya takut penerimaan dunia luar terhadap Aisyah. So atas ketakutan itu YY tekad meminta MyChintaHati terlibat sama dalam misi menghentikan tabiat menghisap jempol dak Aisyah.

Yang pasti, hati perlu kering kali ni.

So MyChintaHati memulakan misi dengan meletakkan minyak angin Cap Kapak pada jempol Aisyah. Malam pertama sangat mencabar sebab Aisyah menangis sepanjang malam. "Adik nak tidur! Adik nak tidur!" kata dia dalam esak tangis. Dia hanya terlelap sepenuhnya sekitar dua pagi. Misi tetap diteruskan walau bukan secara berturut-turut. Tiga kali kalau tak silap. Peliknya Aisyah berhenti serta merta menghisap jempol. Bila ditanya kenapa tak nak hisap jari, dia jawab, "Nanti Papa marah"

Kerisauan Hati Seorang Mama
Mama tetap sayang Adik walau apa kejadian sekalipun

Kami suami isteri bertekad untuk melakukan sedikit pelaburan demi masa depan Aisyah. Kena tunggu sehingga semua gigi kekal keluar sepenuhnya untuk melakukan misi seterusnya. Pelaburan tersebut agak tinggi nilainya tapi semuanya untuk kebaikan dak Aisyah. Apalah sangat kewangan dibandingkan dengan kebahagian seseorang anak.

Buat Aisyah, walau apa pun terjadi, Mama sayang Adik. Adik tahu kan Mama boleh halang semua nyamuk daripada gigit Adik, tapi Mama tak mampu nak halang mulut orang dari terus bercakap. So Aisyah kena kuat untuk beberapa ketika ni. Hang on ye. Kita mampu hadapi ni bersama-sama.

Just ingat walau apa orang cakap, ia tidak sekali mengubah sikit pun kasih dan sayang Mama pada Adik mahupun Abang. Ingat dan pegang itu aje.


Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid | YY sudah menjadi pesakit hipertiroid selama 19 tahun sebelum ianya bertukar secara rasminya kepada hipotiroid sekitar Mei 2015 selepas menjalani rawatan radioaktif iodin, klik [Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid]. Penyakit hiper mahupun hipotiroid adalah penyakit seumur hidup. Itu hakikat. Kebiasaannya agak sukar memahami bebanan perasaan pesakit tiroid kerana diorang secara fizikal kelihatan normal. YY memilih blog sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Hanya di blog YY terasa bebas menyuarakan suara hati.

Pengalaman selama 19 tahun menghidap hipertiroid YY pernah luahkan melalui, klik [Aku dan Hipertiroid] dan [Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid]. YY kemudian menyuarakan kebimbangan mengenai rawatan radioaktif iodin, klik [Radioaktif Iodin: Selamat Ke?]. Bab rasa radioaktif iodin juga YY pernah persoalkan, klik [Apakah Rasa Radioaktif Iodin?]. Berdasarkan pengalaman saat menjalani rawatan tersebut, YY kongsikan [Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)] dan apakah persedian yang perlu dibuat, klik [Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin].

Sejak perkongsian tersebut, YY menerima banyak email dari pesakit tiroid yang lain yang turut berkongsi bebanan perasaan yang sama. Ia buat YY rasa YY bukan keseorangan dalam menjalani kehidupan sebagai pesakit tiroid. Yelah kan, hanya mereka yang mempunyai sakit yang sama mampu memahami bebanan yang sama. Kebiasaannya penerimaan ahli keluarga merupakan topik popular dikalangan kami kerana respond ahli keluarga merupakan penyumbang kepada bebanan emosi yang dialami.

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
Kiriman email ini buat YY sebak

Contohnya seperti screen shot di atas. First time membaca komen ini buat YY sangat sebak. Jiwa YY memahami rawan di hati manusia yang membahasakan diri sebagai Ida ini. Penolakan dari mereka yang bergelar ahli keluarga merupakan satu mimpi ngeri kepada sesiapa pun. Apatah lagi di saat kita disahkan sakit dan memerlukan keluarga untuk membantu. Kejam sungguh Abang Ida pada kaca mata YY. Kalaulah Ida ada di depan mata YY sekarang ni, YY pasti akan peluk dia kuat-kuat sebagai tanda sokongan.

Ketahuilah bahawa tiada sesiapa pun yang ingin sakit. Korang sebagai rakan atau ahli keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang pesakit tiroid. Bantulah kami hadapi semua ini. Berikan kami sokongan moral. Kami yakin kami mampu hadapi ujian ini, tapi kami perlukan sokongan korang. Kalau tak mampu fahami, cuba jadi pendengar yang setia. Itu sahaja! Atau cuba letakkan diri di tempat Ida. Apa agaknya korang rasa? Marah? Kecewa?

Pertubuhan Tiroid Antarabangsa mengesahkan bahawa terdapat lebih 300 juta penghidap tiroid di seluruh dunia dan hampir separuh daripada angka tersebut tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap tiroid, klik [Looking For 300 Million Thyroid Sufferers Across The Globe]. Penyebab utama kepada situasi ini adalah kegagalan penyakit ini dikenali kerana simptom tiroid hampir sama dengan penyakit lain dan semua pesakit tiroid tidak mempunyai kombinasi simptom yang sama.

Bagi kebanyakkan kes, pesakit diberikan rawatan yang lain sebelum akhirnya rawatan yang betul diterima. Bayangkan kesengsaraan pesakit. It is a tragedy!

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
Over 150 million unaware of their thyroid condition

Melalui kajian yang dilakukan, terdapat lebih 300 simptom penyakit hipotiroid. Seriously YY terkejut bila baca. No wonder para doktor sukar mengenal pasti penyakit ini. Klik [300+ Hypothyroidism Symptoms…Yes REALLY]. Tapi yang pasti, penyakit tiroid sama ada hiper mahupun hipo sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul akan mempunyai pengakhiran yang tidak menyenangkan. So jangan percaya kepada sebarangan supplement tanpa pengesahan professional healthcare. Kadang ianya mungkin baik untuk seseorang tapi tidak untuk seorang lagi.

Apart of this, YY sangat bersyukur kerana punyai keluarga terutama sekali MyChintaHati yang sangat memahami dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi. Sokongan mereka banyak membantu YY menjadi siapa YY pada hari ini. YY tak risau untuk jatuh lagi dan lagi sebab YY tahu akan sentiasa ada yang menyambut dan menghulur tangan. Kerana mereka yang bernama keluarga inilah yang menyebabkan YY mampu menguntumkan senyuman sepanjang masa.

Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
Positif itu bermula dengan diri kita - Yana Yani a.k.a Minah Sengih

Buat semua pesakit tiroid di luar sana, ketahuilah yang korang tak keseorangan. Berkongsilah bebanan emosi dan kesengsaraan itu dengan orang yang disayangi dan paling penting memahami. Kalau ianya tidak cukup, kongsikan dengan stranger. Contoh kawan di media sosial. Kadang tu, bercakap dengan stranger lebih mudah berbanding dengan orang yang kita telah kenali bertahun lamanya. Betul tak?

Atau boleh juga kongsikan dengan YY, klik [Contact Me]. Hanya pesakit tiroid memahami pesakit tiroid yang lain. Sekurang-kurangnya itu yang YY percaya (^_^)

Yang penting jangan lupa ALLAH dan STAY POSITIVE! Permulaan untuk sikap positif adalah kita harus menerima apa yang dianugerahkan ini seadanya. Kita boleh mulakan dengan mendekatkan diri pada DIA yang SATU. Aura positif akan muncul sooner or later. Kemudian kita akan mampu melihat kehidupan pada perspektif berbeza. Bila kita positif, benda di sekeliling secara automatik akan turut positif.

Ingat, kita tak boleh paksa semua orang untuk memahami kita. Hater will always be haters. Tapi once kita dah positif, kita mampu persetankan semua orang yang memandang rendah kepada pesakit tiroid seperti kita. So be positive dan bersandarlah kepada ALLAH. Dengan izin DIA, you will get there (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...