Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak | Lama sungguh tak menulis di blog DIARI SEORANG MAMA ni. Kalau ada tulis pun, entri berbentuk advertorial sahaja. Entri yang berbentuk personal memang dah agak berzaman YY tak tulis. Bukan sengaja tau. Kekangan masa disamping mood yang tenggelam timbul sejak di awal sehinggalah ke penghujung kehamilan adalah antara faktor yang menyebabkan YY menyepi. YY aktif aje di medium sosial lain. Cuma di blog ni agak payah sebab YY perlu menggunakan laptop atau PC untuk menulis. Tak reti nak gunakan telefon pintar. Ni pun kira faktor jugalah atau paling tepat, alasan! Haha!

YY juga nak maklumkan pada pembaca setia blog YY ni yang YY telah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 20/01/2018 yang lepas. Alhamdulillah, hari ini YY dah pun 25 hari menjalani tempoh "bertapa" bersama BabyHaris.

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak
Hebahan mengenai kelahiran BabyHaris di akaun FB peribadi YY

Siapa sangka setelah sekian lama menanti, YY kini secara rasminya telah menjadi Mama kepada tiga orang permata hati. Secara rasminya dapat merasai sekali lagi nikmat memegang tangan halus dan menikmati bau yang sangat wangi dari insan kecil yang baru beberapa hari diberikan kepada YY. Sesuatu yang tidak diduga sebenarnya. Ikutkan dah pasrah yang mungkin DIA hanya berikan dua cahaya mata kepada YY dan MyChintaHati. Itupun dah bersyukur sangat sebab ada aje kenalan YY yang berpuluh tahun kahwin masih belum diberikan rezeki anak.

Semua tu kuasa YANG MAHA KUASA. Ada sebab kenapa ianya lambat mahupun cepat.

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak
Nikmat memegang tangan halus

Anyway, orang kata kalau dah jadi Mak anak tiga ni, automatik dia jadi cun melecun! Orang katalahkan. Bukan YY kata. Betul ke tak tu, YY tak dapat pastikan. YY tukang kembang hidung aje bila ada orang kata camtu. Tapi YY rasa betullah. Sebab lately bila YY tengok cermin, YY rasa YY cun habis! Jangan jealous you all! Haha!

Sudah-sudahlah berangan YY weh! Now, back to dunia realiti, Insya ALLAH dengan terhasilnya blog entri hari ini, akan ada banyak entri berbentuk peribadi yang akan menyusul kemudian. YY memang ada banyak aje benda nak cerita dengan korang semua. Pengalaman mengandunglah, bersalinlah, berpantanglah, nak ngumpat orang tu lah, ngumpat orang ni lah. Pendek cerita, banyak weh! Cuma tu lah, kekangan masa. Entah kesampaian ke idak hasratnya tu. Haha! Lagipun bukan kerja mudah untuk Mama anak tiga ni nak switch on PC, pastu connect dengan Wi-Fi, pastu cari idea, cari gambar lagi, payah weh! Nampak tak alasan di situ? Jangan berzaman lagi baru nak update, udahlah ye YY. Insya ALLAH, tak. Korang doa-doakanlah ye. Haha!

Okaylah korang. Panjang sangat dah YY meraban ni. Kononnya tadi nak maklumkan YY dah bersalin aje. Tapi dia ter "corner" lipat ke tempat lain pula. Bertabahlah korang yang membaca ye. Apapun. semoga kita ketemu lagi di lain entryTill then, Assalamualaikum (^_^)

Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS

Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS | YY dah memang lama rancang untuk buat sambutan hari lahir Aisy di tabika. In fact dari awal tahun YY dah semak kalendar walaupun birthday Aisy sebenarnya jatuh pada hujung tahun. Nampak tak sape yang lebih teruja di sini? Dah namanya Mama kan. Apa-apa berkaitan anak ni, memang dia punya level teruja tu semacam sikit. Haha! YY sebenarnya nak buat kenangan untuk Aisy di zaman tabika seperti mana Abang dia dulu. Ceh! Cover line! Haha! Anyway sambutan hari lahir Aisy terpaksa diadakan awal disebabkan birthday Aisy jatuh pada musim cuti sekolah.

Baca: Birthday Celebration Afif!

Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS
Birthday girl yang macam cuak pun ye juga ni. Haha!

Untuk kek tu YY tempah dengan colleague YY. YY rasa macam senang sikit nak berurusan kalau dengan colleague. Yelah, dah kami satu office kan. Apa-apa senang nak cerita. Nanti dalam lain entry YY cerita pasal kek ni ye. Kalau rajinlah ye. Haha! So pagi tu, Aisy memang excited sangat. Biasanya, dialah manusia paling susah nak bangun pagi. Dalam rumah, Papa dia aje yang boleh kejutkan dia. Orang lain, termasuk YY kalau kejutkan, memang dia tak akan bangun walau dok spray air pada muka dia. Kalau dengan Papa dia, sebut nama aje dah terus bangun. Mengada tau.

Tapi hari tu, punyalah senang dia bangun pagi. Mandi pun tak buat perangai. Selalunya, macam-macam drama ada. Drama sedih ada, drama aksi ada, drawa lawak ada, pendek cerita, semua jenis drama lah ada! Tapi mungkin nak celebrate birthday punya pasal, dia sangat behave hari tu ditambah pula agaknya dengan rasa excited nak celebrate dengan kawan-kawan dia. YY pun jadi teruja dibuatnya. Haha!

Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS
Agaknya time ni cikgu suruh tiup lilin kot. Kot lah kan. Haha!

Sampai aje sekolah, beria dia dok tolong YY angkat beg plastik yang mengandungi goodies bag. YY ni semenjak berbadan dua ni, kalau dah duduk, nak bangun tu sikit punya payah. Boleh pulak dak Aisy tu bising suruh YY cepat turun dari kereta. Sabar ajelah. Lepas tu dia terus berlari masuk ke dalam kelas. Tak salam peluk cium macam selalu dah. Punyalah excited katanya. Budak bertuah!

Apapun YY terharu bila cikgu dia sudi dok kongsi gambar-gambar ni dengan YY. Jadilah buat kenangan untuk Aisy di masa depan. Bukan semua orang dapat peluang macam dia rasa ni. Balik sekolah, bukan main excited dia bercerita macamana kawan-kawan dia nyanyikan lagu selamat hari lahir untuk dia. Tengok dia excited bercerita tu, memang priceless sangat. Tu lah tujuan YY buat semua ni untuk diorang adik-beradik. Pada usia camni, segala memori indah sudah mampu disimpan rapi. Harap dia juga tahu bahawa ini semua adalah tanda yang Mama dan Papa sayang pada dia.

Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS
Bergambar kenangan dengan kawan-kawan sekelas

So begitulah cerita sambutan hari lahir Aisy di Tabika KEMAS. Tahun depan dia dah masuk darjah satu. Entah camnelah keadaannya. Dengan nak jadi kakak lagi. Ikutkan dia ni manja sangat sebenarnya. Kena marah sikit pun touching! Yelah, lama dia tak beradik. Enam tahun tu! Mana tak manjanya. Tup-tup, nak jadi Kakak dah. Harap-harap dia elok-elok ajelah nanti. Huhu!

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Moga kita berjumpa di lain entry. Kalau rajinlah ye. Idea untuk menulis banyak aje sebenarnya. Tapi penyakit malas tu yang tinggi menggunung. Mungkin sebab tengah berbadan dua ni pun sebabnya. Atau mungkin alasan semata. Haha! Tapi disebabkan kemalasan tu, pageviews blog ni jatuh dengan sangat mendadak. Tapi lantaklah. YY dah malas nak fikir benda camtu. Menulis hanyalah sebagai satu hobi sampingan aje. Tak kuasa nak memberatkan fikiran dengan memikir pasal pageviews atau yang sewaktu dengannya. Semua tu perlukan effort. Disebalik effort, perlukan pengorbanan which YY dah tak mampu nak lakukan.

Okaylah korang. Assalamualaikum (^_^)

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid | YY disahkan mula menghidap penyakit hipotiroid ni setelah dua kali minum radioaktif iodin (RAI) pada tahun 2015. Secara jujuirnya ia adalah satu pengalaman yang berbeza di antara penyakit hipotiroid dan hipertiroid. Ini kerana hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dapat dikeluarkan dengan secukupnya. Kondisi penyakit hipotiroid memang terbalik dengan hipertiroid. Nak bagi korang lagi mudah faham, secara ringkasan, hipertiroid berlaku apabila kalenjar tiroid terlalu aktif manakala hiportiroid pula adalah sebaliknya, Faham?

Harus diingat bahawa ubat yang dimakan, atau selepas menjalani pembedahan atau rawatan iodin radioaktif untuk merawat fungsi tiroid boleh menyebabkan penyakit hipotiroid. Lagi satu nak share, penyakit hipotiroid ni lazimnya adalah disebabkan keradangan pada kelenjar tiroid yang dipanggil tiroiditis. Tiroiditis ini boleh menyebabkan rasa sakit atau ia mungkin tidak mempunyai simptom langsung.

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid
Imej http://bit.ly/2xKGrUK

Nama lain untuk hipertiroid ini adalah Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar tiroid membesar dan ia dikenali sebagai goiter. Bila ia berterusan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Hipotiroid ini jika tidak dirawat, korang berhadapan dengan risiko sakit jantung kerana mengalami masalah kolesterol tinggi. Jika hamil, pesakit wanita berisiko alami preeklampsia (tekanan darah tinggi dan tanda kerosakan sistem organ lain, biasanya buah pinggang), anemia, kelahiran pramatang, bayi yang dilahirkan kurang berat badan, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan dan pendarahan serius selepas bersalin. Keadaan ini semua boleh dielakkan kalau korang menerima rawatan yang betul.

Antara simptom hipotiroid yang perlu korang tahu adalah  letih, naik berat badan, sembelit, sakit-sakit badan, rasa sejuk, kulit kering, badan bengkak atau sembab, kemurungan, pemikiran tidak cergas, suara serak, kedatangan haid tidak teratur atau pendarahan berlebihan, kurang subur, kurang keinginan seksual, kebas di tangan, kerap lupa dan mudah bingung. Tapi korang tak perlu bimbang sebab penyakit hipotiroid ini mudah dirawat, cuma korang terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup.

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid
Imej http://bit.ly/2yPwvaZ

Yang best sikit nak dengar pasal penyakit hipotiorid ini adalah ubatan yang digunakan lebih selamat dimakan dalam tempoh lama berbanding ubatan yang digunakan untuk merawat hipertiroid. Rawatan yang diberikan oleh doktor untuk penyakit hipotiroid ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semula paras hormon tiroid ke paras normal. Ubat-ubat yang digunakan juga menyerupai kedua-dua jenis hormon tiroid, iaitu hormon T3 dan T4. Sepanjang korang menjalani rawatan, berdasarkan pemantauan, dos ubat juga mungkin diubah bergantung kepada aras hormon tiroid korang.

Berikut adalah jenis rawatan yang digunakan untuk penyakit hipotiroid.

a. Levothyroxine

Ubat ini memang digunakan secara meluas sebagai gantian kepada hormon tiroid. Ia mempunyai kesan yang lebih panjang dan potensi yang lebih konsisten. Ubat ini diambil sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor semasa perut kosong. Dos permulaan yang biasa ialah 50 sehingga 100 mikrogram. Daripada pembacaan, YY difahamkan bahawa dos ini perlu dikurangkan bagi pesakit yang lebih berusia atau mempunyai penyakit berkaitan jantung kerana mereka lebih sensitif kepada hormon tiroid. Dos permulaan bagi kumpulan pesakit seperti ini adalah 25 mikrogram.

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid
Ubat gantian hormon, Levothyroxine

Kesan sampingan ringan untuk ubat ini adalah seperti rasa gelisah, tubuh bergetar, lemah otot, banyak berpeluh, jantung berdegup laju, penurunan berat badan dan beberapa keadaan lain yang hampir menyamai simptom hipertirod. Tapi keadaan ini kebiasaannya berlaku ketika kali pertama tubuh badan kita cuma menyesuaikan diri dengan dos ubat yang diberikan.

b. Liothyronine

Ubat ini ialah sediaan sintetik bagi hormon T3. Khabarnya ia mempunyai waktu bertindak yang lebih cepat berbanding levothyroxine. Oleh sebab itu, ia sesuai digunakan untuk kes-kes hipotiriod yang lebih serius dan memerlukan kesan T3 yang lebih pantas. Ubat ini jarang diberikan kepada pesakit hipotiriod kecuali untuk kondisi yang YY sebutkan tadi. No wonder YY sukar mendapatkan maklumat mengenai ubat ini. Anywaykorang boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1-800-88-6722 jika inginkan maklumat lanjut.

Sebelum YY mengakhiri blog entry ini, YY nak share sikit siapakah golongan yang berisiko mengalami hipotiroid sebab ada orang pernah bertanya. Surprisingly, ia lebih kerap berlaku kepada golongan wanita, iaitu tujuh kali lebih tinggi berbanding lelaki. Penyakit hipotiroid ini berlaku pada satu kes bagi setiap 50 wanita dan satu kes bagi setiap 1,000 lelaki. Mungkin statistik ini lebih tinggi sebab ramai tidak sedar mereka mengalami masalah hipotiroid. Walaupun masalah tiroid boleh berlaku pada bila-bila masa, kajian mendapati ia lebih kerap terjadi apabila umur kitra semakin meningkat.

So rajin-rajin buat pemeriksaan kesihatan. Jangan pandang remeh sebarang perubahan pada badan. Apapun YY harap perkongsian hari ini memberi manfaat buat semua pesakit hipotiroid (^_^)

Sumber artikel,http://bit.ly/2orImdb
Sumber gambar, http://bit.ly/2nRquH8

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
9. Rawatan Untuk Penyakit Hipotirod


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...