Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak
Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak | Lama sungguh tak menulis di blog DIARI SEORANG MAMA ni. Kalau ada tulis pun, entri berbentuk advertorial sahaja. Entri yang berbentuk personal memang dah agak berzaman YY tak tulis. Bukan sengaja tau. Kekangan masa disamping mood yang tenggelam timbul sejak di awal sehinggalah ke penghujung kehamilan adalah antara faktor yang menyebabkan YY menyepi. YY aktif aje di medium sosial lain. Cuma di blog ni agak payah sebab YY perlu menggunakan laptop atau PC untuk menulis. Tak reti nak gunakan telefon pintar. Ni pun kira faktor jugalah atau paling tepat, alasan! Haha!YY juga nak maklumkan pada pembaca setia blog YY ni yang YY telah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 20/01/2018 yang lepas. Alhamdulillah, hari ini YY dah pun 25 hari menjalani tempoh "bertapa" bersama BabyHaris.
Hebahan mengenai kelahiran BabyHaris di akaun FB peribadi YY |
Siapa sangka setelah sekian lama menanti, YY kini secara rasminya telah menjadi Mama kepada tiga orang permata hati. Secara rasminya dapat merasai sekali lagi nikmat memegang tangan halus dan menikmati bau yang sangat wangi dari insan kecil yang baru beberapa hari diberikan kepada YY. Sesuatu yang tidak diduga sebenarnya. Ikutkan dah pasrah yang mungkin DIA hanya berikan dua cahaya mata kepada YY dan MyChintaHati. Itupun dah bersyukur sangat sebab ada aje kenalan YY yang berpuluh tahun kahwin masih belum diberikan rezeki anak.
Semua tu kuasa YANG MAHA KUASA. Ada sebab kenapa ianya lambat mahupun cepat.
Nikmat memegang tangan halus |
Anyway, orang kata kalau dah jadi Mak anak tiga ni, automatik dia jadi cun melecun! Orang katalahkan. Bukan YY kata. Betul ke tak tu, YY tak dapat pastikan. YY tukang kembang hidung aje bila ada orang kata camtu. Tapi YY rasa betullah. Sebab lately bila YY tengok cermin, YY rasa YY cun habis! Jangan jealous you all! Haha!
Sudah-sudahlah berangan YY weh! Now, back to dunia realiti, Insya ALLAH dengan terhasilnya blog entri hari ini, akan ada banyak entri berbentuk peribadi yang akan menyusul kemudian. YY memang ada banyak aje benda nak cerita dengan korang semua. Pengalaman mengandunglah, bersalinlah, berpantanglah, nak ngumpat orang tu lah, ngumpat orang ni lah. Pendek cerita, banyak weh! Cuma tu lah, kekangan masa. Entah kesampaian ke idak hasratnya tu. Haha! Lagipun bukan kerja mudah untuk Mama anak tiga ni nak switch on PC, pastu connect dengan Wi-Fi, pastu cari idea, cari gambar lagi, payah weh! Nampak tak alasan di situ? Jangan berzaman lagi baru nak update, udahlah ye YY. Insya ALLAH, tak. Korang doa-doakanlah ye. Haha!
Okaylah korang. Panjang sangat dah YY meraban ni. Kononnya tadi nak maklumkan YY dah bersalin aje. Tapi dia ter "corner" lipat ke tempat lain pula. Bertabahlah korang yang membaca ye. Apapun. semoga kita ketemu lagi di lain entry. Till then, Assalamualaikum (^_^)
alhamdullilah
ReplyDeletetahniah..slmt erpantang
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah.. semoga anak2 jadi anak soleh/solehah.. doakan ejulz n wife dpt anak soleh/solehah jugak k.. :)
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Partime UBER Driver
2. Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG
tahniah
ReplyDeletealhamdulillah
Tahniah Yana.. Syoknya ada bau syurga kat rumah..yum yum! Anw Take Care dan Selamat Berpantang..
ReplyDelete