Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS
Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS | YY dah memang lama rancang untuk buat sambutan hari lahir Aisy di tabika. In fact dari awal tahun YY dah semak kalendar walaupun birthday Aisy sebenarnya jatuh pada hujung tahun. Nampak tak sape yang lebih teruja di sini? Dah namanya Mama kan. Apa-apa berkaitan anak ni, memang dia punya level teruja tu semacam sikit. Haha! YY sebenarnya nak buat kenangan untuk Aisy di zaman tabika seperti mana Abang dia dulu. Ceh! Cover line! Haha! Anyway sambutan hari lahir Aisy terpaksa diadakan awal disebabkan birthday Aisy jatuh pada musim cuti sekolah.Baca: Birthday Celebration Afif!
Birthday girl yang macam cuak pun ye juga ni. Haha! |
Untuk kek tu YY tempah dengan colleague YY. YY rasa macam senang sikit nak berurusan kalau dengan colleague. Yelah, dah kami satu office kan. Apa-apa senang nak cerita. Nanti dalam lain entry YY cerita pasal kek ni ye. Kalau rajinlah ye. Haha! So pagi tu, Aisy memang excited sangat. Biasanya, dialah manusia paling susah nak bangun pagi. Dalam rumah, Papa dia aje yang boleh kejutkan dia. Orang lain, termasuk YY kalau kejutkan, memang dia tak akan bangun walau dok spray air pada muka dia. Kalau dengan Papa dia, sebut nama aje dah terus bangun. Mengada tau.
Tapi hari tu, punyalah senang dia bangun pagi. Mandi pun tak buat perangai. Selalunya, macam-macam drama ada. Drama sedih ada, drama aksi ada, drawa lawak ada, pendek cerita, semua jenis drama lah ada! Tapi mungkin nak celebrate birthday punya pasal, dia sangat behave hari tu ditambah pula agaknya dengan rasa excited nak celebrate dengan kawan-kawan dia. YY pun jadi teruja dibuatnya. Haha!
Agaknya time ni cikgu suruh tiup lilin kot. Kot lah kan. Haha! |
Sampai aje sekolah, beria dia dok tolong YY angkat beg plastik yang mengandungi goodies bag. YY ni semenjak berbadan dua ni, kalau dah duduk, nak bangun tu sikit punya payah. Boleh pulak dak Aisy tu bising suruh YY cepat turun dari kereta. Sabar ajelah. Lepas tu dia terus berlari masuk ke dalam kelas. Tak salam peluk cium macam selalu dah. Punyalah excited katanya. Budak bertuah!
Apapun YY terharu bila cikgu dia sudi dok kongsi gambar-gambar ni dengan YY. Jadilah buat kenangan untuk Aisy di masa depan. Bukan semua orang dapat peluang macam dia rasa ni. Balik sekolah, bukan main excited dia bercerita macamana kawan-kawan dia nyanyikan lagu selamat hari lahir untuk dia. Tengok dia excited bercerita tu, memang priceless sangat. Tu lah tujuan YY buat semua ni untuk diorang adik-beradik. Pada usia camni, segala memori indah sudah mampu disimpan rapi. Harap dia juga tahu bahawa ini semua adalah tanda yang Mama dan Papa sayang pada dia.
Bergambar kenangan dengan kawan-kawan sekelas |
So begitulah cerita sambutan hari lahir Aisy di Tabika KEMAS. Tahun depan dia dah masuk darjah satu. Entah camnelah keadaannya. Dengan nak jadi kakak lagi. Ikutkan dia ni manja sangat sebenarnya. Kena marah sikit pun touching! Yelah, lama dia tak beradik. Enam tahun tu! Mana tak manjanya. Tup-tup, nak jadi Kakak dah. Harap-harap dia elok-elok ajelah nanti. Huhu!
Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Moga kita berjumpa di lain entry. Kalau rajinlah ye. Idea untuk menulis banyak aje sebenarnya. Tapi penyakit malas tu yang tinggi menggunung. Mungkin sebab tengah berbadan dua ni pun sebabnya. Atau mungkin alasan semata. Haha! Tapi disebabkan kemalasan tu, pageviews blog ni jatuh dengan sangat mendadak. Tapi lantaklah. YY dah malas nak fikir benda camtu. Menulis hanyalah sebagai satu hobi sampingan aje. Tak kuasa nak memberatkan fikiran dengan memikir pasal pageviews atau yang sewaktu dengannya. Semua tu perlukan effort. Disebalik effort, perlukan pengorbanan which YY dah tak mampu nak lakukan.
Okaylah korang. Assalamualaikum (^_^)
sama la anak kita. tahun depan darjah satu, tah cemana nak gayakan nati heeehe
ReplyDeletesama ye? dia ni sebenarnya lebih pandai berdikari
Deletetapi mama dia yang risau semacam...haha
Happy belated birth aisyah..smoga mbesar dgn sht serta bjaya duniakhirat..aamin.
ReplyDeleteComey kek beday dia.. Msti happy sgt dia..
Samalah YY...sbb kmalasan tu x berupdate.. Ni cuba cri smngat balik.. Haha
Happy besday aisy..anak saya pun tadika kemas, ni kelmarin baru lepas majlis konvokesyen dia, tahun depan dah darjah 1
ReplyDeleteSalam kak.
ReplyDeleteLama tak singgah sini! ��
Btw Ahad siang ada pergi kenduri cukur jambul ke? Sbb mcm nampak Aisy... Rasanya.
Sbb kenduri tu jiran dpn rumah. 😅
Tahniah kak berbdn 2. Alhamdulillah.
salam nana
Deleteakak pun dah jarang dah update blog ni yunk weh
kemalasan tahap melampau..haha
ahad baru ni takde pegi kenduri
tapi kalau sabtu ada dua kenduri cukur jambul akak pegi
satu dekat kg sg serdang, satu lagi kat perepat
awat tak tegur kalau nampak
alhamdulillah, rezeki. lama nunggu ni =)
Haa... Hari sabtu tu la. Dkt perepat. Kawan akak ke?
DeleteRumah kita tepi rumah dia. ������
Nampak aisy je.. Akak saya tak nampak pula maybe akak duduk dlm rmm kot. Patut mcm pernah tgk je muka aisy. ��
Rezeki pd waktu yg tepat kan..hehe. Alhamdulillah.
lorr..ye ke?
Deletekenal eni lah kan. dia tu biras akak.
suami dia dengan suami akak, adik beradik =)
ni ahad mungkin singgah lagi rumah mak dia tu
anak dia baru bersunat kan
mungkinlah time tu akak kat dalam
aisy mana reti duduk diam
peramah sangat anak dara sorang tu...haha
next time kalau nampak lagi, tegurlah ye
akak ni mudah tak perasan orang
tapi kalau orang tegur, memang becok aje =)
Sanah helwah Aisy... moga jadi anak yang solehah... dah besar Aisy yea. Nak jadi kakak dah...
ReplyDeleteYana take care yea... moga Allah permudahkan segala urusan untuk bersalin nanti..