Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid

8:20:00 am Yana Yani 7 Comments

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid | YY disahkan mula menghidap penyakit hipotiroid ni setelah dua kali minum radioaktif iodin (RAI) pada tahun 2015. Secara jujuirnya ia adalah satu pengalaman yang berbeza di antara penyakit hipotiroid dan hipertiroid. Ini kerana hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dapat dikeluarkan dengan secukupnya. Kondisi penyakit hipotiroid memang terbalik dengan hipertiroid. Nak bagi korang lagi mudah faham, secara ringkasan, hipertiroid berlaku apabila kalenjar tiroid terlalu aktif manakala hiportiroid pula adalah sebaliknya, Faham?

Harus diingat bahawa ubat yang dimakan, atau selepas menjalani pembedahan atau rawatan iodin radioaktif untuk merawat fungsi tiroid boleh menyebabkan penyakit hipotiroid. Lagi satu nak share, penyakit hipotiroid ni lazimnya adalah disebabkan keradangan pada kelenjar tiroid yang dipanggil tiroiditis. Tiroiditis ini boleh menyebabkan rasa sakit atau ia mungkin tidak mempunyai simptom langsung.

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid
Imej http://bit.ly/2xKGrUK

Nama lain untuk hipertiroid ini adalah Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar tiroid membesar dan ia dikenali sebagai goiter. Bila ia berterusan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Hipotiroid ini jika tidak dirawat, korang berhadapan dengan risiko sakit jantung kerana mengalami masalah kolesterol tinggi. Jika hamil, pesakit wanita berisiko alami preeklampsia (tekanan darah tinggi dan tanda kerosakan sistem organ lain, biasanya buah pinggang), anemia, kelahiran pramatang, bayi yang dilahirkan kurang berat badan, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan dan pendarahan serius selepas bersalin. Keadaan ini semua boleh dielakkan kalau korang menerima rawatan yang betul.

Antara simptom hipotiroid yang perlu korang tahu adalah  letih, naik berat badan, sembelit, sakit-sakit badan, rasa sejuk, kulit kering, badan bengkak atau sembab, kemurungan, pemikiran tidak cergas, suara serak, kedatangan haid tidak teratur atau pendarahan berlebihan, kurang subur, kurang keinginan seksual, kebas di tangan, kerap lupa dan mudah bingung. Tapi korang tak perlu bimbang sebab penyakit hipotiroid ini mudah dirawat, cuma korang terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup.

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid
Imej http://bit.ly/2yPwvaZ

Yang best sikit nak dengar pasal penyakit hipotiorid ini adalah ubatan yang digunakan lebih selamat dimakan dalam tempoh lama berbanding ubatan yang digunakan untuk merawat hipertiroid. Rawatan yang diberikan oleh doktor untuk penyakit hipotiroid ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semula paras hormon tiroid ke paras normal. Ubat-ubat yang digunakan juga menyerupai kedua-dua jenis hormon tiroid, iaitu hormon T3 dan T4. Sepanjang korang menjalani rawatan, berdasarkan pemantauan, dos ubat juga mungkin diubah bergantung kepada aras hormon tiroid korang.

Berikut adalah jenis rawatan yang digunakan untuk penyakit hipotiroid.

a. Levothyroxine

Ubat ini memang digunakan secara meluas sebagai gantian kepada hormon tiroid. Ia mempunyai kesan yang lebih panjang dan potensi yang lebih konsisten. Ubat ini diambil sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor semasa perut kosong. Dos permulaan yang biasa ialah 50 sehingga 100 mikrogram. Daripada pembacaan, YY difahamkan bahawa dos ini perlu dikurangkan bagi pesakit yang lebih berusia atau mempunyai penyakit berkaitan jantung kerana mereka lebih sensitif kepada hormon tiroid. Dos permulaan bagi kumpulan pesakit seperti ini adalah 25 mikrogram.

Rawatan Untuk Penyakit Hipotiroid
Ubat gantian hormon, Levothyroxine

Kesan sampingan ringan untuk ubat ini adalah seperti rasa gelisah, tubuh bergetar, lemah otot, banyak berpeluh, jantung berdegup laju, penurunan berat badan dan beberapa keadaan lain yang hampir menyamai simptom hipertirod. Tapi keadaan ini kebiasaannya berlaku ketika kali pertama tubuh badan kita cuma menyesuaikan diri dengan dos ubat yang diberikan.

b. Liothyronine

Ubat ini ialah sediaan sintetik bagi hormon T3. Khabarnya ia mempunyai waktu bertindak yang lebih cepat berbanding levothyroxine. Oleh sebab itu, ia sesuai digunakan untuk kes-kes hipotiriod yang lebih serius dan memerlukan kesan T3 yang lebih pantas. Ubat ini jarang diberikan kepada pesakit hipotiriod kecuali untuk kondisi yang YY sebutkan tadi. No wonder YY sukar mendapatkan maklumat mengenai ubat ini. Anywaykorang boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1-800-88-6722 jika inginkan maklumat lanjut.

Sebelum YY mengakhiri blog entry ini, YY nak share sikit siapakah golongan yang berisiko mengalami hipotiroid sebab ada orang pernah bertanya. Surprisingly, ia lebih kerap berlaku kepada golongan wanita, iaitu tujuh kali lebih tinggi berbanding lelaki. Penyakit hipotiroid ini berlaku pada satu kes bagi setiap 50 wanita dan satu kes bagi setiap 1,000 lelaki. Mungkin statistik ini lebih tinggi sebab ramai tidak sedar mereka mengalami masalah hipotiroid. Walaupun masalah tiroid boleh berlaku pada bila-bila masa, kajian mendapati ia lebih kerap terjadi apabila umur kitra semakin meningkat.

So rajin-rajin buat pemeriksaan kesihatan. Jangan pandang remeh sebarang perubahan pada badan. Apapun YY harap perkongsian hari ini memberi manfaat buat semua pesakit hipotiroid (^_^)

Sumber artikel,http://bit.ly/2orImdb
Sumber gambar, http://bit.ly/2nRquH8

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
9. Rawatan Untuk Penyakit Hipotirod

7 comments:

  1. Nice sharing Yana. Nampak macam biass je kan... tapi bila ada sharing macam ni kita lebih maklum...

    ReplyDelete
  2. Mungkinkah mummy dah kena hipo..adoii la..

    ReplyDelete
  3. Mummy mengalami semua simphtom diatas sebagai seorang pesakit hypo.. huhuhu dan yg paling tragis mummy bertambah berat badan sbyk 7kg for 1-2 month..sobsss...

    ReplyDelete
  4. tak sabaq nak tggu bulan 12, nak check kolestrol dan darah..adoii lambatnya..

    ReplyDelete
  5. Lya bru tahu rupanya ianya salah 1 pyakit auto imun jgk..
    Lya pom ada gk pnyakit auto imun.tp myerang saraf tnjang

    ReplyDelete
  6. Hari ini CH gi hospital putrajaya YY.. CH pun dah menjadi hypotyroid YY.. Tu yg Cari rawatan utk hypo pulak dan apa makanan yg boleh dimakan dan tak boleh makan.
    TQ share info yg berguna ini.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...