Afif Di Hari Suai Kenal S.R.A (^_^)
Hari Suai Kenal di Sekolah Rendah Agama Batu 4 Klang telah dilalui Afif pada 1 Januari 2015 yang lalu. Of course YY, MyChintaHati dan Aisyah tak ketinggalan menyaksikan moment tu.YY sebenarnya baru mengetahui bahawa Sekolah Rendah Agama (SRA) bukan di bawah Kementerian Pelajaran tapi di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
YY hanya ketahui semua ni apabila kedengaran desas desus mengatakan bahawa SRA tetap sekolah seperti biasa seperti yang dijadualkan iaitu pada 5 Januari 2015.
Masa dapat tahu memang bikin senak otak sebab membayangkan macamana nak arrange cuti apabila ada perbezaan sesi macam ni. Rasa macam tak patut arrangement tu.
MyChintaHati kata, "Kita confirmkan masa Hari Suai Kenal nanti"
Anyway Afif bangun pagi hari tu macam biasa.
Hari-hari sebelum tu dia beria dok tanya bila nak sekolah. Excited gamaknya. Kami suami isteri yang sampai naik penat nak explained dekat dia.
Tapi yang terlebih excited adalah adik dia, Aisyah.
Kami sampai aje di pintu depan sekolah, YY terus suruh Afif posing. Afif pun setakat ni memang rela aje melayan Mama dia. Emm, handsome pula anak bujang YY ni pakai sampin gitu.
Eh, puji anak sendiri pula. Tapi memang handsome kan...kan...kan? Hehe!
Lepas tu kami terus ke kaunter pendaftaran check di kelas mana Afif ditempatkan.
Tak ramai pelajar di sekolah agama ni, hanya ada tiga kelas yang setiap kelas hanya ada antara 40 hingga 42 pelajar sahaja. Tapi Guru Besar maklumkan itu pun dah di kira ramai.
Kami kemudian diminta memasuki dewan untuk sesi taklimat. Tapi tak ada tempat duduk sebab orang terlalu ramai dari apa yang dijangka oleh pihak sekolah agaknya.
Kami berdirilah seketika sebelum menunggu pihak sekolah menyediakan kerusi tambahan.
Sebelum memulakan majlis, ada bacaan doa. Tersentuh rasa hati dengan doa yang dibacakan apabila menyebut ketakutan dan kemaafaan untuk segala bentuk ujian yang dilalui oleh negara.
Selepas itu semua murid diminta untuk berbaris mengikut kelas. Masa menemankan Afif di barisan, YY perasan budak yang berada di depan Afif tu adalah rakan di PASTI Al-Hikmah dulu.
Ada kawanlah Afif (^_^)
Selepas tu parents semua dikehendaki masuk semula ke dewan untuk sesi taklimat. Benda yang mula-mula sekali disentuh adalah tentang permulaan sesi persekolahan.
Alhamdulillah pihak sekolah mengesahkan bahawa JAIS meluluskan sesi persekolahan bermula serentak dengan sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tidaklah kelam kabut kami ni nak menguruskan. Kalau anak tu dah besar tak apa, ni baru nak kenal alam persekolahan. Dibuatnya budak tu jenis buat perangai, tak ke naya?
Banyak perkara yang disentuh antaranya masa persekolahan, pakaian, pelajaran dan komitmen parents terhadap prestasi pelajaran anak masing-masing.
YY sebenarnya tak boleh nak fokus sebab melayan kelincahan anak dara. Lagipun dia hilang Abang dia. Asyik dok tanya mana Abang dia pergi.
Selepas sesi taklimat, parents dibenarkan mengambil anak masing-masing. Masa ni lah kami berpeluang melihat Afif di dalam kelas.
Nampak tak Afif di mana based pada gambar di atas?
Tak nampak? Sat YY bagi zoom lagi.
Dia tengah berborak dengan kawan baru dia. Macam dah lama kenal aje. MyChintaHati sikit punya bangga dok tengok anak bujang boleh dengan mudah suaikan diri.
Seperti yang YY jangka juga dia duduk bersebelahan dengan Muhammad, kawan sekelas dia ketika belajar di PASTI Al-Hikmah dahulu.
Selepas selesai sesi penyerahan buku teks oleh guru kelas Afif, kami beransur pulang. Sepanjang perjalanan Afif bercerita keseronokkan dia pada hari tu.
Kami suami isteri hanya tersenyum melayan celoteh Afif. Sebagai parent, tiada lain yang kami harapkan selain keseronokkan tu akan berkekalan sehingga berakhir sesi persekolahan 2015 (^_^)
Petang tu YY semak sekejab buku yang Afif terima. Masa sesi taklimat kami dah dimaklumlan tentang condition buku tersebut. Siap diberi reminder supaya jangan terkejut.
Masa tengok, bukan takat terkejut, nak sakit jantung pun ada!
Tengok pada senarai peminjam, baru empat tangan yang guna dan lima termasuk Afif. Macam mana boleh hancur macam tu?
Nak balut mungkin tak jadi masalah walau sudah pastinya akan mengambil masa yang panjang untuk membaikpulih kesemua buku tersebut.
Cuma persoalannya, mampu tak ianya bertahan sampai berakhirnya sesi persekolahan 2015? Rasa macam nak belikan yang baru aje untuk Afif.
Tapi MyChintaHati kata kalau camtu kami tak akan dapat mengajar Afif erti bertanggungjawab especially dalam menjaga barang yang diamanahkan. Betul jugalah kan.
Cuma seriau tu tetap ada sebab peluang untuk buku tu bertambah hancur, tetap ada! Minta-mintalah ianya hanya perasan melampau YY aje.
Okaylah korang, setakat ni aje bebelan YY untuk Hari Suai Kenal di SRA. Insya ALLAH besok YY ceritakan pula Hari Suai Kenal di Sekolah Kebangsaan.
Assalamualaikum (^_^)






