5 Persediaan Anak Masuk Tahun 1 Yang Perlu Tahu

7:07:00 am Yana Yani 19 Comments

5 Persediaan Anak Masuk Tahun 1 Yang Perlu Tahu | Bila anak mulai melangkah ke Tahun 1 sekolah rendah, ibubapa adalah manusia yang paling sibuk. YY dah pernah alami, so YY sangat faham. Segala benda disekililing kita boleh jadi punca kesibukkan. Even level keterujaan juga tinggi. Kalau anak tersebut merupakan anak sulung, maka level keterujaan lebih tinggi. Bila dah teruja tahap ketinggian KLCC, memang banyak benda kita sebagai ibubapa boleh terlepas pandang.

Kebiasaan kita sebagai ibubapa lebih menitik beratkan benda yang "nampak". Contoh macam beg, baju dan kelengkapan alat tulis memang biasanya lengkap. Tapi ada perkara yang kita tak perasan perlu juga dititik beratkan. Baru-baru ini YY terbaca perkongsian seorang guru bernama Asmadi Samad. Beliau menyenaraikan lima perkara penting yang boleh dibuat oleh ibubapa sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan di Tahun 1.

Berikut adalah lima persediaan untuk anak memasuki Tahun 1 yang perlu tahu

1) Nama pada setiap barangan anak

Pastikan kita menulis nama bagi setiap barangan anak-anak kita terutama barangan seperti kasut sekolah, peralatan tulis, botol air ataupun bekas makanan. Kewajaran menulis nama pada setiap barangan tersebut adalah untuk memastikan barangan tersebut dapat bertahan lama. Keberangkalian untuk hilang atau tertukar dengan kawan-kawan adalah sangat rendah. Malahan peluang untuk menemui semula sekiranya hilang adalah sangat tinggi.

Kalau dulu YY rajin juga melabel macam gambar dekat bawah ni. Lepas tu jadi malas pula. End up, YY just tulis menggunakan maker pen aje. Cepat sikit. Hehe!

5 Persediaan Anak Masuk Tahun 1 Yang Perlu Tahu
Tulis nama pada setiap barangan anak

2) Gunakan dompet

Anak-anak pada usia ini sering tercicir wang saku di sekolah. Afif dulu entah berapa kali tercicir duit. Bila YY belikan dia dompet, memang kes duit hilang atau tercicir dah jarang dengar. Menurut Cikgu Asmadi, murid sekolah rendah kebiasaannya sangat jujur. Mereka akan menyerahkan dompet atau wang yang dijumpai kepada guru-guru. Lebih mudah untuk pemilik dompet yang ditemui berbanding wang yang ditemui begitu sahaja tanpa diisi di dalam dompet.

Pastikan nama anak kita atau apa sahaja yang berkaitan dah ditulis pada dompet tersebut ye. Ada harapan untuk ditemui kembali kalau hilang.

5 Persediaan Anak Masuk Tahun 1 Yang Perlu Tahu
Gunakan dompet

3) Minta izin untuk ke tandas

Yang ni memang YY sangat titik beratkan. Kita sebagai ibubapa perlu melatih anak-anak memberanikan diri meminta izin untuk ke ke tandas. Kita boleh ajar mereka menggunakan ayat yang jelas dan ringkas.

Contohnya, “Cikgu, nak pergi tandas” atau “Cikgu, nak kencing”.

4) Latih anak-anak mengurus diri sewaktu ke tandas

Hal ini walau kelihatan remeh tapi sangat penting. Kalau anak kita memakai tali pinggang, pastikan mereka boleh membuka dan memasang semula tali pinggang tersebut. Berhati-hati bila kita pakaikan tali pinggang kepada mereka. Jangan terlalu ketat sampai diorang tak boleh buka sendiri. Menurut Cikgu Asmadi, kerap berlaku kes budak lelaki terbuang air di dalam seluar kerana gagal membuka tali pinggang yang dipakaikan terlalu kemas.

Pastikan juga anak lelaki kita memakai seluar dalam atau paling tidak pun berhati-hati dengan zip seluar untuk mengelakkan kecederaan. Kecederaan kerap berlaku pada bahagian sulit kerana mereka tidak berhati-hati sewaktu menutup zip seluar. Kalau pakai seluar dalam, kes kecederaan boleh diminimakan.

5 Persediaan Anak Masuk Tahun 1 Yang Perlu Tahu
Afif YY tak pakaikan tali pinggang

5) Simpan nombor telefon anda dan pasangan

Benda ni penting. YY biasanya letakkan kad nama YY pada beg sekolah dan juga dalam dompet Afif. Ia bagi memudahkan YY dihubungi sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan di luar waktu pejabat. Menurut Cikgu Asmadi pada awal sesi persekolahan, kes beg sekolah tertinggal terutama di kawasan menunggu sangat kerap. Biasalah budak kan. So kalau ada nombor telefon pada beg, senang sikit untuk dihubungi.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini yang YY perolehi daripada Cikgu Asmadi. Boleh klik link di bawah untuk baca perkongsian asal Cikgu Asmadi. Apapun YY harap panduan ini dapat membantu korang mempersiapkan anak-anak korang untuk menempuh alam baru kehidupan mereka. Jom kita jadikan alam persekolahan sebagai salah satu fasa yang paling bermakna dalam kehidupan mereka.

19 comments:

  1. Ibu-bapa kena lebih prihatin dalam semua ni bagi memudahkan anak yg baru lagi menapak ke alam persekolahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kak zakie. tapi kadang terlepas pandang
      nak lagi anak sulung, banyak benda tak tahu

      Delete
  2. next year kena stanby ni..sbb budak tu darjah 1 thun dpn..

    ReplyDelete
  3. tips yang baik...boleh diajarkan untuk anak saya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk yang baru masuk sekolah
      memang sesuai sangat apply tips ni
      dunia baru bagi diorang kan...banyak tak tahu

      Delete
  4. good tips. anak sy baru masuk tadika. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya yang nombor tu pun tadika tahun ni
      takpe, takde tarikh luput untuk belajar =)

      Delete
  5. Tips yang berguna, anak saya akan masuk tahun 1, tahun depan.

    ReplyDelete
  6. Tips yang baik untuk ibu dan sentiasa kena ingatkan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula ni memang macam-macam hal
      once diorang dah terbiasa, takde masalah sangat

      Delete
  7. Semua penting... tapi no. 1 tu dah tak buat, sebab letak nama pun sokmo hilang... Niat sedekah jela... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tulah kan kak
      tulis nama hilang, tak tulis pun hilang
      tapi saya tulis juga. cuma tak pakai label dah
      maleh nak buat gitu...haha

      Delete
  8. penting semua ni, terutama nombor empat sebab kadang-kadang diorang expect sekolah ni macam tadika, ada cikgu teman. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sal! lama tak nampak
      akak pun lama tak singgah sana..haha
      nanti akak drop by ye =)

      tu akak setuju. akak pun jenuh juga train afif
      kalau kat rumah kan boleh terus buka seluar
      ni dekat sekolah, dengan kasut...
      tu kena latih bebetul

      Delete
  9. kenangan...
    lagi 2 thn turn izzat plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula tahun depan si kecil aisyah
      entah camne ragamnya nanti..huhu

      Delete
  10. nice sharing tapi ada yang akak tak terbuat macam lekat nama pada setiap alat tylis tu sebab letak nama pun tetap hilang, sudahnya sediakan pensil berkotak2 la hahaha

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...