Santai Hujung Minggu di Setia City Mall

1:53:00 pm Yana Yani 24 Comments

Sehari sebelum kejadian yang YY ceritakan sebelum ni, klik [Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur] kami bersantai hujung minggu di Setia City Mall. Memang dah lama sangat tak ke sini walau ianya tidak begitu jauh dari rumah. MyChintaHati kurang gemar ke sini disebabkan tempat ini sentiasa crowded. Kali terakhir kami ke Setia City Mall adalah dua tahun lepas, klik [Riadah Yang Tak Dirancang]

Seperti kebiasaannya, perjalanan ke sini tidak pun dirancang. Saja nak beralih angin aje.

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Afif beria minta YY temankan dia main menatang ni

Sampai aje ke tempat yang dituju, Afif dan Aisyah meluru ke bahagian yang menyediakan tempat permainan kanak-kanak. Yang sorang nak ke sana, yang sorang lagi nak ke situ, layankan ajelah. Cuma nak kena perhatikan apa yang diorang buat.

Afif kebelakangan ini agak suka aktiviti yang mengeluarkan peluh. Mungkin naluri kelakian dia buat dia menyukai aktiviti tersebut. Sampai aje dekat taman permainan tu, dia terus tarik tangan YY ajak temankan dia main ditempat yang memerlukan dia menggunakan kekuatan stamina kaki dan tangan. YY pun takde masalah nak temankan. Tengokkan aje dia bergayut ke sana ke mari.

Tapi dalam dia bergayut tu, rupanya dia gayat. YY tak perasan sehinggalah dia kata, "Mama, tolong turunkan Afif. Afif rasa cam pening nak turun"

Nasiblah Mama ada dekat sayang wei!

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Nampak cam okay aje, tapi sebenarnya dia gayat. Hehe!

Aisyah lebih selesa dengan dunia dia sendiri. Berbeza dengan Afif, Aisyah agak independence. Paling senyap dan juga paling ligat. Hehe! Tapi dialah yang selalu menyejukkan hati Mama. Mama sakit ke apa ke, dialah orang pertama yang akan hulurkan bantuan. Hari tu pun, dia banyak melakukan perkara sendiri. Kalau MyChintaHati nak tolong dia naik gelongsor, dia marah.

Dengan kening berkerut dia kata, "Adik nak buat ciri ya!" - Adik nak buat sendirilah!

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
My sweet little girl (^_^)

Lepas dah puas main di taman permainan, diorang ajak tengok ikan di tasik yang mengelilingi taman tersebut. Memang banyak ikan dekat dalam tu. Seronok tengok. Sekarang pun dah ada orang jual makanan ikan yang dijual pada harga RM2 sebungkus. Berebut budak berdua tu nak bagi ikan makan. Sampai ada yang merajuk.

Tak terfikir nak beli sorang sebungkus time tu, nasiblah nak oi! Hehe!

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Aisyah tengah merajuk. Langsung tak nak pandang kamera

Lepas tu kami mengelilingi taman tu. Banyak rupanya aktiviti yang ada dekat sini. Kebanyakkan peralatan seperti basikal bermotor, roller blades, motor dan kereta mainan boleh disewa pada harga tertentu. Memang agak meriah di sini. No wonder tempat ni sentiasa penuh dengan orang. Kami aje yang agak jarang ke sini.

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Si debab dan anak-anaknya. Hehe!

Dah puas buat aktiviti outdoor, kami buat aktiviti indoor pula. Masuk aje dalam mall, kami disambut dengan decoration sempena Tahun Baru Cina yang sangat cantik. Kami memang pantang nampak tempat camni, mulalah masing-masing sibuk nak posing. Hehe!

Menjelajah juga ke beberapa kedai di dalam mall tu. Tapi rasa tak selesa dengan suasana yang agak crowded tu. Tak tahulah pasal apa tempat ni sentiasa penuh dengan umat manusia. Nak kata barang murah pun idak juga. Kebanyakkan barangan yang dijual adalah agak berjenama dan mahal. Mungkin hanya kami yang poket kering pada waktu dan ketika itu. Sebab tu susah nak hadam kenapa ramai sangat orang membanjiri Setia City Mall setiap weekend.

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Bukan main korang posing ye

Bila bawa budak-budak berjalan ni, mulalah diorang pun kejab kang lapar, kejab kang haus. Nama pun budak kan. Mana permintaan yang boleh dipenuhi tu, kami penuhi. Mana yang tak boleh tu, kami buat tak dengar aje.

Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Muka ceria dapat apa yang dihajati

So begitulah cerita santai hujung minggu kami di Setia City Mall. Entah tahun bila kami akan ke sini lagi. Tapi yang pasti hari tu walau sekejab kami di sana, ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Bukan selalu dapat peluang menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang.

Time waktu ni lah nak nikmati dengan sepuas-puasnya. At least ada kenangan yang boleh diberikan buat dua permata hati yang sedang membesar (^_^)


Alright, sampai di sini sahaja bebelan YY untuk kali ini dan terakhir untuk bulan Januari ni. Insya ALLAH bulan Februari nanti akan ada lagi bebelan YY. Rezeki sebagai blogger tahun ni, banyak pula dapat job review. Walau tak banyak, cukuplah digunakan sebagai pengalaman dan menajamkan skill penulisan. Ceh, kononnya. Hehe!

Okay korang ye, selamat berhujung minggu. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bermain Belon Di Klang Parade

1:35:00 pm Yana Yani 18 Comments

Sehari sebelum bermula sesi persekolahan 2016, MyChintaHati bawa anak-anak ke Klang Parade. Antara mall yang paling dekat dengan kawasan perumahan kami tapi paling jarang kami pergi. Tak tahulah pasal apa. Tak pernah ada perasaan nak ke situ. Tapi hari tu entah apa mimpi, MyChintaHati bawa kami ke situ.

Sebenarnya YY tak berapa sihat sejak bermulanya tahun baru, tapi bila MyChintaHati kata dia nak bawa anak-anak aje keluar, terus YY jadi sihat. Mana boleh mengadap dinding kat rumah ni sesorang kan. Nanti lagi teruk demam. Hehe!

Anyway, Klang Parade sejak di rebuild, nampak lebih cantik dan menarik. Kalau dulu nampak dull. Nak pergi pun rasa segan. Hehe! Cuma ianya tidak sesibuk mall lain yang kebiasaannya dipenuhi umat manusia yang menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Kebetulan masa kami sampai ada event berkaitan belon.

Bermain Belon Di Klang Parade
Teruja habis diorang ni

Semua yang ada di event tu diperbuat daripada belon. Ada kincir angin, hot air ballon, spinning wheel ride, pokok, rumah dan banyak lagi. Memang unik dan menarik. Ada satu bahagian di mana parents boleh tinggalkan anak-anak untuk bermain beberapa minit dengan charge tertentu. As usual, Afif dan Aisyah terlompat-lompat minta permission MyChintaHati.

Rezeki Afif dan Aisyah pada hari tu, diorang tak perlu melakukan adegan pujuk rayu. Hanya dengan sekali request aje terus permintaan diorang ditunaikan. Mood Papa tengah baik tu. Bukan senang Papa nak bagi peluang camtu. Hehe!

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif dan Aisyah tengah seronok main

Tidak seperti tempat lain, parents yang mempunyai anak lebih daripada usia dua tahun, tidak dibenarkan masuk. Kami hanya dibenarkan memerhati daripada luar. At first, memang takde masalah sebab Afif dan Aisyah pun dah besar. Tapi ianya hanya seketika apabila Afif mula menunjukkan tanda-tanda yang dia tak selesa nak bermain. Dari jauh boleh nampak mata dia yang berkaca-kaca. Silap haribulan mau hujan ribut.

Risau dengan keadaan Afif, YY minta izin untuk masuk. Afif yang sedang susah hati YY hampiri. Rupanya mendung yang kelihatan berarak di mata dia adalah disebabkan dia terlalu risaukan adik dia yang aktif terlampau. Dia takut Aisyah jatuh, dia takut Aisyah kena buli, dia takut Aisyah menangis, pendek kata semua benda dia takut sampai dia tak boleh nak main sebab takut.

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif langsung tak benarkan Aisyah bermain sendirian waktu ni

Sekali pandang nampak seperti Afif overprotective. Tapi berkemungkinan besar didikan kami yang meletakkan bebanan pada Afif sebagai anak yang paling tua menjadikan dia bersikap seperti itu. Mungkin kami silap percaturan walau hanya berniat menjadikan Afif sebagai orang yang bertanggungjawab sebagai Abang Long.

Hanya setelah dia yakin YY mampu menggalas tanggungjawab menjaga Aisyah, barulah dia bermain tanpa lagi memperdulikan Aisyah. Dan Aisyah tetap Aisyah. Orang jaga ke, tak jaga ke, dia tetap berlari ke hulu ke hilir tanpa memperdulikan suasana di sekeliling. Dia hanya tahu berseronok. Karakter yang sangat berbeza berbanding Afif.

Bermain Belon Di Klang Parade
Aisyah tengah berseronok

Setelah YY berada di sisi mereka berdua, barulah boleh dengar gelak tawa mereka. Kalau tak sebelum tu asyik dengar bunyi jeritan aje. Lega sikit hati dok tengok perubahan suasana tu. Yang penting rasa seronok bila tengok diorang berdua seronok.

Bermain Belon Di Klang Parade
Barulah nampak Afif "hidup" lepas YY masuk

Menarik tentang event ni, belon yang digunakan adalah sangat tebal. Pertama kali YY jumpa belon jenis macam ni. Pelik juga dibuatnya. Hehe! Bayangkan budak-budak yang ramai ni dok lompat atas dia, lepas tu picit, tak meletup langsung!

Sape yang ada masalah Globophobia, mesti rasa ngeri dok tengok bebudak ni squeeze belon-belon tu. Teringat kawan YY masa belajar dulu yang menjerit macam orang nak bunuh dia bila nampak belon. Daripada dia jugalah YY tahu nama scientific fobia untuk mereka yang takutkan belon atau yang takutkan bunyi yang dihasilkan oleh belon tu.

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif tengah dok seronok baring atas belon. Aisyah pula be like, "Pe hal Abang aku ni?"

Selepas masa untuk bermain di situ habis. Afif dan Aisyah di bawa masuk ke dalam belon yang sangat besar. Di dalam tu ada benda seperti kipas yang menolak belon-belon kecil tu berpusing di dalam belon besar tu. Seronok nampak diorang terlompat-lompat dalam tu. Nampak yang diorang sangat seronok pada waktu dan ketika tu.

Berbaloi keriangan yang diperolehi walau MyChintaHati terpaksa berbelanja besar untuk membolehkan kedua putera dan puteri kesayangan dia masuk di dalam tu.

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif dan Aisyah yang melompat keriangan

Tapi dekat sini diorang tak lama. Adalah dalam 10 minit diorang di situ sebelum penjaga di dalam tu mengarahkan mereka keluar untuk membolehkan kanak-kanak lain pula bermain. Afif tak habis-habis mengucapkan terima kasih pada YY dan MyChintaHati sebab dok bawa diorang dua beradik ke sini. Siap ajak ke sini lagi lain kali (^_^)

Bermain Belon Di Klang Parade
Adegan seperti inilah yang priceless dalam kehidupan parent

Selepas tu, kami balik. Tak menjelajah ke kawasan sekeliling pun. Lagipun YY mula rasa seram sejuk. Rasa macam nak baring aje time tu. Tulah kan, dah tahu tak sihat, menggatal nak ikut juga. Padanlah muka. Hehe! Yang pasti kami semua seronok hari tu.

Buat sesiapa yang belum pernah sampai ke Klang Parade, silalah sekali sekala ke sini. Tiap minggu ada sahaja event yang sesuai untuk keluarga diadakan di sini. Bolehlah juga menghabiskan masa terluang hujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti yang disediakan.


Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY hari ini. Insya ALLAH, kalau takde aral, kita bertemu lagi di lain entry. Jaga diri elok-elok ye. Assalamualaikum.

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat

5:02:00 pm Yana Yani 16 Comments

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat | Tahun lepas ketika cuti panjang bagi negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke 70 dan kemenangan pasukan Selongar yang ke 33 di Piala Malaysia, kami sekeluarga ke Sungai Congkak. Ini adalah pertama kali kami sekeluarga ke sini dan itupun tanpa perancangan. Yang pastinya kami semua sangat seronok menghabiskan masa santai bersama.

Tujuan asal ke Sungai Congkak hanya sekadar memancing Abah keluar dari rumah. Lagipun Abah keseorangan hari tu. Banyak-banyak tempat yang disebut, Abah hanya teruja apabila MyChintaHati mengajak ke Sungai Congkak. Kelam kabut juga YY bersiap bila Abah bersetuju. Mujur juga pagi tu YY masak agak banyak dan boleh dijadikan bekalan kami di sana.

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Posing dulu sebelum balik

Perjalanan ke Sungai Congkak adalah perjalanan yang sangat meletihkan. Mungkin kerana ianya tempat yang kami tak pernah sampai. Mujur juga ada Waze. Pusing sana, pusing sini, akhir sampai juga ke tempat yang ingin dituju.

Afif dan Aisyah adalah manusia yang paling seronok sebab kami memang jarang bawa diorang ke tempat berair seperti ni. Bukan apa, terlau banyak aspek perlu difikirkan terutama yang melibatkan keselamatan. Biasalah parent kan. Paranoid aje kerjanya.

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat

Budak berdua ni sangat seronok hari tu

Afif terus nak masuk sungai. Dia terlalu teruja.

Aisyah pula terbalik. Mulanya dia okay aje. Lepas tu dia menjerit ketakutan. YY yang asalnya nak jadi pemerhati aje, terlibat sama. Hehe! Kononnya kesian tengok MyChintaHati terkial-kial menjaga budak berdua tu keseorangan. Tapi yang sebenarnya nak merasa juga mandi sungai. Hehe!

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Wajah-wajah kesayangan YY

Lamanya juga kami di sana. Bila sejuk kami naik. Rasa lapar aje, makan makanan yang kami bawa. Lepas tu sambung lagi main air. Begitukah ianya berulang sampai budak-budak tu puas. Abah pula hanya merendamkan kaki ke dalam sungai. Tak sanggup dia kata nak main air yang sejuk tu.

Yang pasti YY sangat suka suasana di Sungai Congkak sebab ianya sangat mendamaikan. Malahan kemudahan juga agak lengkap dan sesuai untuk melakukan aktiviti kekeluargaan. Walau cuaca agak panas, ianya tidak begitu terasa disebabkan pokok-pokok disekeliling yang tinggi merimbun.

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Selit sikit gambo gedik laki bini. Hehe!

Kemudahan seperti tandas dan surau ada disediakan. Nak kata selesa sangat tu tidak juga. Tapi bolehlah. Cuma tandas sahaja yang agak menyedihkan. Kemungkinan ianya tidak pernah diselenggara. Pintu tandas pun hampir roboh. Bila teringat rasa kelakar pun ye juga.

Dekat sini parking perlu bayar. Tak silap RM5.

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Papa punya little princess

Sebelum berangkat pulang tu, sempatlah kami snap gambar di kawsan sekeliling sebagai tanda kenangan. Ni gambar-gambar yang korang tengok dari tadi adalah selepas kami berseronok. Kang kalau tunjuk gambar time mandi, pengsan pula korang tengok. Hehe!

Kami pulang dengan perasaan yang sangat gembira. Kalau berpeluang, nak juga datang lagi. Buat gathering keluarga pun syok juga ni. Tengoklah nanti.

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Afif adalah manusia yang paling seronok pada hari tu

Pada sesiapa yang suka suasana yang tenang dan mempunyai air, maka Sungai Congkak adalah antara tempat yang patut korang pertimbangkan. Kami dah sampai dan kami pasti akan sampai lagi. Atau mungkin akan menjelajah ke tempat lain tapi mempunyai fungsi yang sama.


Masa dalam perjalanan balik tu, kami perasan ramai orang berdiri di bahu jalan. Malahan ada banyak juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Rupanya tempat tu boleh melihat bandaraya Kuala Lumpur dari jauh. KLCC dan Menara Kuala Lumpur sangat jelas kelihatan.

Masa gambar di bawah diambil, Kuala Lumpur sedang hujan. Terasa seronok pula berpeluang melihat dua mercu kebanggaan negara tu dari jauh.

Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Bandaraya Kuala Lumpur dari jauh
Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Entah apalah budak berdua beradik tu bualkan

So begitulah cerita sepetang kami di Sungai Congkak. Hulu Selangor. Lain kali YY cerita pula aktiviti lain YY dan keluarga. Nak kena clearkan draft. Till we meet again, Assalamualaikum.

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pati HerbaMadu Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol

1:29:00 pm Yana Yani 18 Comments

Pati HerbaMadu Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol | Kolesterol sebenarnya amat diperlukan di dalam sistem badan manusia terutamanya bagi menghasilkan hormon dan membentuk membran sel. Malangnya kolesterol merupakan sejenis lemak yang cukup mudah diperolehi. Tanpa sedar jumlah kandungan kolesterol yang diambil melalui pelbagai sumber makanan menjadi berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutamanya terhadap sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana kita nak atasi masalah kolesterol berlebihan ini? Langkah yang terbaik dan paling efektif bagi menurunkan kadar kolesterol adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Maknanya, kita perlu kurangkan pengambilan kalori dan kolesterol dalam setiap diet harian kita.

Selain itu kita juga boleh menambah Pati HerbaMadu dalam diet seharian kita kerana produk ini telah terbukti mampu menurunkan kadar kolesterol dengan berkesan.

Pati HerbaMadu
Pati HerbaMadu Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol

Benarkah Pati HerbaMadu keluaran Clear Herbs ini mampu menurunkan kolesterol?

Dengan pengambilan secara konsisten iaitu sebanyak satu sudu besar di waktu pagi dan malam, Pati HerbaMadu terbukti mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam badan seawal dua minggu. Ia juga membantu membersihkan saluran jantung yang tersumbat yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Malahan ia juga baik untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis.

Pati HerbaMadu juga membantu menurunkan berat badan selain melancarkan process pembuangan membuang angin dalam badan.

Dato' Malek Noor, pengguna dan duta Pati HerbaMadu

Pati HerbaMadu merupakan produk keluaran Bumiputera dan 100% mempunyai kandungan daripada sumber asli seperti madu lebah, halia, bawang putih, jus lemon, cuka epal dan kurma tanpa sebarang bahan pengawet.

Malahan Pati HerbaMadu juga menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Gabungan enam bahan hebat itu juga membantu ramai pengguna menjalani kehidupan yang sihat dan ceria. Malahan mereka tidak keberatan berkongsi kebaikan dengan menzahirkan testimoni yang sangat mengujakan, klik [Testimoni Pati HerbaMadu].

Duta dan juga pengguna Pati HerbaMadu, Dato' Malek Noor turut berkongsi pengalaman yang sama di beberapa majalah dan surat khabar tempatan.

Majalah iSihat - keluaran Oktober 2015
Surat khabar Sinar Harian - keluaran 13 September 2015

Adakah korang juga teruja dengan kebaikan Pati HerbaMadu? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk ini pada harga RM69 untuk Semenanjung dan RM79 untuk Sabah dan Sarawak. Kandungan untuk sebotol adalah 250ml.

Untuk makluman lanjut mengenai produk Pati HerbaMadu ni, korang boleh hubungi atau klik pautan di bawah


Clear Herbs Sdn Bhd & Clear Herbs Trading
Alamat : D27-1 Jln TKS 2
Taman Kajang Sentral
43000 Kajang

019 253 5796 / 013 362 7775 / 012 515 7396

Korang juga boleh terus dapatkan produk Pati HerbaMadu berhampiran korang, klik [Senarai agen dan stokis Pati HerbaMadu]

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dia Baik Macam Rashid

11:15:00 am Yana Yani 32 Comments

Setiap malam sebelum Afif ke Kelas Mengaji, YY akan pastikan Afif mengemas buku yang perlu dibawa pada ke esokkan harinya. Kalau buat lepas balik, dia akan bagi beribu alasan. So semalam YY perhatikan rutin yang dia biasa buat sejak mula bersekolah tahun ni. Masa dia leka mengemas buku, YY perasan kapal terbang kertas yang diletakkan disebelah dia.

"Wah, cantiknya kapal terbang ni. Afif buat ye? Pandainya" kata YY sambil membelek setiap inci kertas tersebut. Terasa kagum sebenarnya.

"Ini roketlah Mama! Apalah Mama ni. Itu pun tak tau!" jawab dia sambil menarik benda yang dikatakan roket tu.

"Oh roket. Manalah Mama tahu. Mama orang perempuan" jawab YY sengaja nak cover line. Nasib anak sendiri. Kalau orang lain, tak tahu mana nak sorok muka. Haha!

Afif meneruskan menyusun buku tanpa mempedulikan jawapan YY. "Afif buat camne ni? Ajar Mama buat roket ni" kata YY sengaja memancing dia bercerita.

"Ini bukan Afif buat. Afif tak pandai buat roket ni. Kawan Afif yang bagi. Nama dia Akmar" jelas Afif panjang lebar.

Afif
Gambar lama. Takde kena mengena dengan cerita. Saja selit (^_^)

Sambil melambung roket tersebut ke udara, Afif sambung bercerita, "Mula-mula tu Afif ada roket lain, tapi koyak. Lepas tu Akmar buatkan roket baru. Baik kan kawan Afif? Dia baik macam Rashid"

Mulanya YY macam blur. Siapa Rashid? Lepas tu baru teringat dari mana muncul idea untuk dia menyebut nama Rashid tu. Terus YY tergelak guling-guling. Adui! Afif pun dah terkena tempias Jadilah Seperti Rashid.

Tapi Afif memang sejak dari kecil akan merujuk setiap kebaikan atau keburukkan seseorang dengan karakter yang dia familiar. Selalu yang kena dalam rumah ni dak Aisyah. Bila Aisyah tengah molek budi pekerti, Afif akan kata, "Baiknya Aisyah ni, macam Amber" kata dia merujuk pada watak dalam rancangan Robocar Poli.

Tapi kalau bergaduh, dia akan jerit kuat-kuat sambil kata, "Aisyah ni jahat macam raksasa!" Tapi dulu dia kata, "Aisyah jahat macam syaitooon!" Tak pasal-pasal kena ceramah free dengan Mama dia. Haha! Tu sekarang dia tukar jadi raksasa pula.

Tengok dia sekarang yang dah mampu menguruskan diri sendiri, terasa cepat betul masa berlalu. Terasa macam baru semalam aje dia ada dalam perut. Rasa macam nak suruh kecik balik aje. Dulu dia pendiam sangat. Sekarang, tak terlayan korang wei! Talkative betul! Ikut siapalah agaknya (^_^)

----------------------------------------

Draft
Entah bila semua ni nak dipublish

Korang tengok tu, dah ada banyak cerita terperuk dalam draft. Entah abad bila YY boleh publish semua tu. Teruk betul line internet area rumah YY kebelakangan ni. Kalau takat menulis aje mungkin boleh. Tapi bukan blog YY lah kalau takde gambar dalam entry. Nak menulis satu hal. Nak download gambar satu hal. Geram tau!

In the end, YY decided letak gambar aje dulu dalam draft. Ceritanya akan dibuat kemudian. Tapi bila boleh publish, tak tahulah! Nak buat time lunch, takut tak sempat blog walking pula. Emm, lantaklah! Bulan ni nak kasi jejak dulu mereka yang dok tinggalkan jejak. Korang tunggu YY datang ye (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hadiah Pemberian Rakan Blogger | Terima Kasih

6:43:00 am Yana Yani 22 Comments

Payah benar kebelakangan ni nak up satu entry pun. Nak kata malas tu idak juga. Padahal idea sikit punya banyak ni. Yang jadi masalah bila tengah excited nak menulis, tetiba line internet tak ada. Kalau ada pun slow mengalahkan siput. Geram tau! Ni entry paling lama tersimpan. Cadang nak publish tahun lepas, tapi tak berkesempatan. Tak apalah lambat pun. YY tetap nak cerita hadiah pemberian rakan-rakan blogger ni sebagai tanda appreciation.

Hadiah pemberian blogger pertama adalah daripada pemilik blog Aida's Home Sweet Home, Aida Hanafiah. Kalau tak silap, hadiah ini diberikan sebab YY top komentator blog dia. Untuk bulan bila tu tak ingatlah pula. Yang pasti masa dapat ni, anak-anak YY berebut nak buka. Diorang bukan boleh nampak apa-apa bungkusan yang ditujukan pada YY. Asyik dok bajet barang diorang aje. Ni lah padah dok gila beli online satu ketika dulu. Bersara dah sekarang. Haha!

Anyway, Aida adalah antara blogger yang YY kenali sangat konsisten dalam memberikan ganjaran untuk setiap yang rajin meninggalkan jejak di blog dia. Kalau tak percaya, kasi pulun tinggalkan jejak pada semua entry dia. Manalah tahu rezeki korang pula.

Apapun Aida, terima kasih tau. Suka sangat!

Hadiah Pemberian Rakan Blogger
Pemberian blogger +adianiez AIDA

Yang ni pula seriously YY tak sangka. Tau-tau aje benda ni datang dekat rumah. Rasa nak melompat dibuatnya. Excited punya pasal. Haha! Hadiah ini pemberian blogger Sal Salbiah, pemilik Blog Sal. Menurut ceritanya, barangan exclusive ini diberikan kerana YY menjawab hampir tepat soalan yang diberikan berkaitan dengan trip Sal ke Melbourne Australia bersama dengan blogger +Siti Yang Menaip. Kalau tak silap teka harga jaket. Tak jumpa pula entry berkenaan. Haha!

Walau tak pernah menjejakkan kaki di bumi Australia even kapal terbang pun YY tak pernah naik, Alhamdulillah, merasa juga memiliki cenderamata dari sana. Tulah namanya rezekikan? Actually banyak juga hadiah dari negara lain yang YY terima. Semuanya diperolehi sejak terjebak dalam dunia blogger. Semua rakan blogger yang YY kenali, sangat pemurah. Terima kasih.

Buat dak Sal, terima kasih ye yunk. Hadiah ni Akak sorok dari pandangan Afif dan Aisyah. Idak arwah! Menangis tak berlagu dibuatnya nanti.

Hadiah Pemberian Rakan Blogger
Pemberian blogger Sal Salbiah

Hadiah seterusnya YY terima daripada pemilik blog Blogger Comel & Santai, Ayuni Rafilah. Hadiah ini YY terima sebab YY ternampak dia ada buat tawaran untuk review lepas tu dia kata akan bagi special gift untuk sesiapa yang berjaya. Menarik pada YY. So saja try luck. Alhamdulillah rezeki. Selain di review, YY juga dapat hadiah di bawah.

Nampak tak botol Dove tu? Masa dapat tu kan, confident YY sapu terus pada tangan sebab mati-mati dok ingat lotion. Sempat dok kata pada MyChintaHati yang YY suka bau dia. Masa sapu dok perasan benda tu melekit. Belek punya belek, baru ternampak tulisan pada botol kata tu body wash. Sabar ajelah! Tapi kelakar pun ye juga. Yang pasti YY kena tukar cermin mata lepas ni. Haha!

Buat Ayuni, terima kasih sebab review and bagi barangan di bawah. Suka sangat-sangat! Anyway, dua-dua benda ni saya dah guna. Terima kasih sekali lagi (^_^)

Hadiah Pemberian Rakan Blogger
Pemberian blogger +Ayuni Rafilah

Yang seterusnya YY terima pemberian blogger Iryanty Ismail yang merupakan pemilik blog Belajar Untuk Sabar. Hadiah ni khabarnya diberikan kerana YY adalah salah seorang pengomen tegar blog beliau. Masa buka envelope tu agak suspend juga sebab lapisan surat khabar untuk membalut hadiah tersebut sangat tebal selain dibalut dengan plastik. Once nampak isi di dalam, sangat tersentuh hati. Hadiah yang sangat rare dan meaningful.

Terima kasih sangat-sangat Kak Yan. Saya sangat hargai pemberian ini.

Hadiah Pemberian Rakan Blogger
Pemberian blogger +iryanty ismail

Tahun lepas adalah tahun di mana YY paling aktif sertai pelbagai giveaway anjuran rakan blogger. Tahun ni belum berkesempatan walau ada menerima beberapa undangan. Insya ALLAH , lain kali kalau dapat jemputan dan YY berkelapangan, pasti akan sertai.

Anyway bercakap mengenai giveaway, YY ada menyertai giveaway tanpa memerlukan YY publish sebarang entry, just share di Facebook. Pertama kali join giveaway camni. Rasa macam menarik, sebab tu YY cuba. Giveaway tu anjuran blog Dulu Lain Sekarang Lain di bawah kelolaan blogger Zurainny. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada YY di mana YY memenangi set barangan khusus untuk wanita daripada Human Nature.

Unik tentang giveaway ni, hadiah boleh pilih. Ada set barangan untuk family dan juga lelaki. Of course YY pilih untuk diri sendiri! Haha!

Hadiah Pemberian Rakan Blogger
Pemberian blogger +Zurainny Ismail

So begitulah hadiah pemberian rakan blogger yang YY terima dan YY rumuskan dalam satu entry. Hopefully takde yang ketinggalan. Apapun terima kasih buat pemberi. YY doakan mudah-mudahan murah rezeki korang. Aamiin

YY rasa sampai di sini sahaja YY coretkan. Moga kita bertemu lagi di lain entry. Jaga diri elok-elok ye. Assalamualaikum.

P/S - Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif

7:12:00 am Yana Yani 36 Comments

Yup, YY alert yang sesi persekolahan 2016 sudah hampir dua minggu bermula. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, baru sekarang YY berpeluang nak bercerita. Nak buat camne dak? Janji sekarang dapat sikit ruang nak update (^_^)

Kalau dibandingkan dengan tahun lepas dari segi persiapan dan juga rutin harian, tahun ni memang banyak sangat perbezaannya. Ianya lebih terurus. Mungkin pengalaman selama setahun mengurus Afif sebelum ini mengajar YY untuk lebih bersedia pada tahun ni.

Tahun ni pun Afif dah pandai menyemak sendiri jadual buku yang perlu dibawa ke sekolah menggunakan teknik yang akan YY ceritakan di lain masa. At least bantuan kecil tu mengurangkan satu beban. MyChintaHati pun banyak membantu. Lagi banyak kurang beban! In fact kemuafakatan kami banyak melancarkan urusan atau rutin harian YY. Orang tu tolong hak tu, orang ni tolong hak ni, benda berat pun jadi mudah (^_^)

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Afif bersedia ke sekolah!

Hari pertama persekolahan, Afif sangat teruja. Kalau tahun lepas dia demam pada hari pertama. Tapi tahun ni Alhamdulilah. Asyik dok cakap dia tak sabar nak ke sekolah. Dia kata dia rindu nak jumpa kawan-kawan yang dah lebih sebulan dia tak jumpa. Keseronokkan memang jelas kelihatan pada wajah dia pada pagi tu.

Masa kami sampai perhimpunan pagi sedang berlangsung. Afif agak cuak ketika ni. Dia langsung tak nak masuk barisan walau dia dah nampak kawan-kawan dia. Dia takut kena marah dengan cikgu sebab dia sampai lambat. Puas dok yakinkan dia yang cikgu tak marah. Tapi dia tetap nak berdiri sebelah YY. Kuat dia genggam tangan YY. Takut betul dia. Wajah ceria bertukar jadi mendung. Silap haribulan mau hujan lebat.

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Perhimpunan pagi pertama bagi sesi persekolahan 2016
"Afif tak tahu kelas Afif. Mama tunggulah sini" kata dia dengan nada yang sangat sebak. Tu kalau kena sergah, confirm menangis. Hehe!

So YY pun terangkan yang dia masih duduk di tingkat yang sama, cuma kelas sahaja yang berlainan. Entah berapa kali dia dok hafal nama kelas dia pagi tu. Kelakar pun ada juga. Demi anak, temankan jugalah dia naik ke kelas pagi tu. Tapi the moment dia jumpa kawan-kawan dia, lupa terus dah YY. Siap suruh YY balik lagi. Sabar ajelah!

YY, MyChintaHati dan Aisyah terus balik lepas tu. Lagipun pembayaran yuran tidak dibenarkan dibuat ketika sesi pembelajaran. Kena tunggu habis kelas. Ramai parents lain tak tahu yang sesi pembayaran yuran sudah bermula pada hari sebelumnya.

Banyak kepincangan dari segi pengurusan di Sekolah Agama yang YY perasan kali ni. Tunggulah mesyuarat PIBG nanti, YY akan voice out semua yang terbuku untuk kebaikan bersama (^_^)

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Masa ni mendung sudah mula berarak. Hehe!

Sesi petang untuk Sekolah Kebangsaan agak smooth dari sudut pandangan mata YY. In fact, details yang perlu parents tahu sudah dimaklumkan di dalam group Telegram PIBG sekolah. Mungkin juga pengalaman selama seratus tahun cukup mematangkan pihak pengurusan sekolah. Tahun ni nampak gayanya pelajar Tahun Satu lebih ramai berbanding tahun lepas. Memang kawasan dataran penuh dengan pelajar dan parents.

Tahun ni YY tak perasan kot ada budak yang buat drama macam tahun lepas. Mungkin sebab lebih fokus pada Afif yang sudah berada di Tahun Dua.

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Cuaca agak panas ketika ni. Tak nampak muka ceria Afif

Pembayaran yuran telah selesaikan, even kedudukan kelas telah kami ketahui sejak dari awal lagi. So agak senang sikit urusan kami pada petang tu. Masa dalam barisan ni YY dah maklumkan Afif yang YY tak akan tunggu dia, YY akan terus balik. YY just nasihatkan untuk ikut nasihat cikgu dan tempat yang perlu ditunggu ketika balik nanti.

Tapi dalam diam YY mengikut dia dari belakang. Bimbang juga kot dia sesat. Nama pun Mama kan. Semua benda dok runsing. Lagipun  kelas dia tahun ni terletak di tingkat paling atas. Gerun juga dengan bebanan beg dan sebagainya.

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Afif kena banyak exercise tahun ni (^_^)

Dari luar tingkap YY perhati di mana dia duduk dan dengan siapa dia duduk. Afif langsung tak perasan YY yang berada di luar ketika tu. Yakin dia dalam keadaan baik, YY terus balik. Ada banyak urusan juga nak settle selepas hantar Afif sekolah tu.

Afif balik aje YY cakap YY tahu dia duduk dengan siapa dan di bahagian mana. Kagum dia bila YY cerita camtu. "Camne Mama tahu? Hebatlah Mama!" tanya Afif dengan nada teruja. "Mama tahulah! Mama kan ada kuasa magic!" jawab YY penuh confident. Padahal sampai berpeluh ketiak siap dengan mengah dok turun naik tangga. Hehe!

So begitulah permulaan sesi persekolahan 2016 bagi Afif. Hopefully dia mampu mengekalkan momentum elok tu sehingga ke hujung tahun. As for Aisyah, YY cerita dulu sebelum ada yang bertanya. Kami suami isteri sepakat untuk tidak menghantar dia ke Tadika pada tahun ni. Usah ditanya kenapa. Yang pasti kita sebagai parent mahukan yang terbaik buat anak-anak kita (^_^)

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY untuk kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur!

6:40:00 am Yana Yani 22 Comments

Lama juga YY tak bersiaran rupanya. Tak ke mana, ada aje cuma agak sibuk dengan sesi persekolahan yang baru sahaja bermula. Berbanding tahun lepas, kali ini agak terurus. Tak adalah kelam kabut sangat. Ada juga berniat nak update blog ni. Tapi line internet pula yang mengganggu ketenteraman jiwa dan raga. Baru ni dapat peluang.

So untuk entry permulaan 2016 ni, YY mulakan dengan kisah anak bujang YY, Afif yang sangat teruja apabila dia menjumpai tapak kaki dinosaur. Yup! Tak ada salahnya apa yang korang baca tu. Memang Afif jumpa tapak kaki dinosaur. Sila baca sampai habis kalau nak tahu kisahnya (^_^)

Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur!
Afif dan Aisyah happy aje bila dah kenyang (^_^)

Kisah ni yang mungkin boleh dikatakan sebagai sejarah dalam hidup Afif terjadi pada weekend lepas. Waktu tu kami ke majlis perkahwinan yang terletak tidak begitu jauh daripada rumah parent in law YY.

Seperti majlis perkahwinan yang lain, Afif dan Aisyah sangat teruja bila dapat tengok pengantin secara dekat. Bunyi paluan kompang yang menandakan ketibaan pengantin lelaki juga pun buat diorang sangat seronok. Bab makan lagilah diorang suka, Mama diorang pun sama! Hehe!

Afif makan bertambah sebab dia memang cukup suka makan nasi minyak. Tapi kalau Mama masak tak pernahnya bertambah. Cukup menggambarkan sejauh mana sedapnya Mama masak. Hehe!

Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur!
Time mood baik diorang datang. Sejuk hati Mama.

Hari tu juga kebetulan mood diorang sangat baik. Mungkin keseronokkan berjalan pada hari sebelumnya masih berbekas di hati diorang. Nanti ada peluang YY cerita pasal benda yang menyeronokkan pasangan dua beradik ni.

Time diorang tengah baik camni, sejuk hati YY dibuatnya. Sekalung pujian dok bagi pada diorang dua beradik sebab sangat behave pada hari tu. Kembang kempis hidung memasing bila kena puji. Tapi kalau time diorang berperang, pening wei! Mama diorang pun boleh bertukar jadi singa dibuatnya!

Dengan perut yang dah kekenyangan dan juga buah tangan yang diperolehi, dua beradik ni pulang ke rumah Nenek dan Atuk dengan hati yang sangat senang. Kami pulang bertiga aje sebab MyChintaHati nak rewang. On the way balik tu, Afif tiba-tiba menjerit, "Mama! Afif jumpa tapak kaki dinosaur!"

Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur!
Afif teruja bila jumpa tapak kaki dinosaur

"Ini bukan tapak kaki dinosaur lah sayang. Ni lopak air ni, kena lenyek dengan tayar kereta. Tu pasal jadi gituKan ada kesan tayar tu" jelas YY.

"Ish! Mama ni tak fahamlah! Afif tahulah!" tegas Afif dengan muka yang dikerutkan. Sekali tengok dah macam Degawan sebab kening macam bercantum. Hehe!

"Kalau ni betul tapak kaki dinosaur, kenapa ada satu aje kesan dia? Mana yang lain? Tak akan dia dinosaur cacat?" tanya YY sengaja nak tengok sejauh mana Afif tegas dengan teori dia.

"Kan dekat sini basah. Tempat lain tu kering. Memanglah tak ada kesan dia! Ish! Mama ni tak tahulah!" jawab Afif dengan kening yang masih seperti bercantum.

Eh, bukan sama ke dengan jawapan YY memula bagi tadi? Tak apa, kita layankan! "Yeke? Kalau camtu kita nak panggil bomba ke polis ni?" tanya YY.

"Nak buat apa? Kan Mama selalu cakap, jangan kacau binatang kalau dia tak kacau kita. Biar ajelah dia" jawab Afif bersahaja.

Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur!
"Afif jumpa tapak kaki dinosaur Mama!" kata Afif teruja

Dengar jawapan Afif buat YY tergelak sendiri. Adeh! Terkena aku!

Melayan budak pada usia seperti Afif kalau tak kena gaya akan buat kita melihatan seperti seorang yang "dungu" Hehe! Tapi pada masa yang sama sangat seronok melayan imaginasi yang kadang di luar batas pemikiran orang dewasa seperti kita. Hilang stress hanya dengan melayan celoteh dia.

Percaya atau tidak, kadang ada banyak benda yang kita belajar daripada insan kecil ni sama ada kita sedar atau tidak. Hidayah ALLAH pun kadang datang hanya dengan mendengar celoteh mereka (^_^)

Alright! That's all for today! Semoga ketemu lagi di lain masa. Minta diri dulu ye, Assalamualaikum.

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...