Dia Baik Macam Rashid

11:15:00 am Yana Yani 32 Comments

Setiap malam sebelum Afif ke Kelas Mengaji, YY akan pastikan Afif mengemas buku yang perlu dibawa pada ke esokkan harinya. Kalau buat lepas balik, dia akan bagi beribu alasan. So semalam YY perhatikan rutin yang dia biasa buat sejak mula bersekolah tahun ni. Masa dia leka mengemas buku, YY perasan kapal terbang kertas yang diletakkan disebelah dia.

"Wah, cantiknya kapal terbang ni. Afif buat ye? Pandainya" kata YY sambil membelek setiap inci kertas tersebut. Terasa kagum sebenarnya.

"Ini roketlah Mama! Apalah Mama ni. Itu pun tak tau!" jawab dia sambil menarik benda yang dikatakan roket tu.

"Oh roket. Manalah Mama tahu. Mama orang perempuan" jawab YY sengaja nak cover line. Nasib anak sendiri. Kalau orang lain, tak tahu mana nak sorok muka. Haha!

Afif meneruskan menyusun buku tanpa mempedulikan jawapan YY. "Afif buat camne ni? Ajar Mama buat roket ni" kata YY sengaja memancing dia bercerita.

"Ini bukan Afif buat. Afif tak pandai buat roket ni. Kawan Afif yang bagi. Nama dia Akmar" jelas Afif panjang lebar.

Afif
Gambar lama. Takde kena mengena dengan cerita. Saja selit (^_^)

Sambil melambung roket tersebut ke udara, Afif sambung bercerita, "Mula-mula tu Afif ada roket lain, tapi koyak. Lepas tu Akmar buatkan roket baru. Baik kan kawan Afif? Dia baik macam Rashid"

Mulanya YY macam blur. Siapa Rashid? Lepas tu baru teringat dari mana muncul idea untuk dia menyebut nama Rashid tu. Terus YY tergelak guling-guling. Adui! Afif pun dah terkena tempias Jadilah Seperti Rashid.

Tapi Afif memang sejak dari kecil akan merujuk setiap kebaikan atau keburukkan seseorang dengan karakter yang dia familiar. Selalu yang kena dalam rumah ni dak Aisyah. Bila Aisyah tengah molek budi pekerti, Afif akan kata, "Baiknya Aisyah ni, macam Amber" kata dia merujuk pada watak dalam rancangan Robocar Poli.

Tapi kalau bergaduh, dia akan jerit kuat-kuat sambil kata, "Aisyah ni jahat macam raksasa!" Tapi dulu dia kata, "Aisyah jahat macam syaitooon!" Tak pasal-pasal kena ceramah free dengan Mama dia. Haha! Tu sekarang dia tukar jadi raksasa pula.

Tengok dia sekarang yang dah mampu menguruskan diri sendiri, terasa cepat betul masa berlalu. Terasa macam baru semalam aje dia ada dalam perut. Rasa macam nak suruh kecik balik aje. Dulu dia pendiam sangat. Sekarang, tak terlayan korang wei! Talkative betul! Ikut siapalah agaknya (^_^)

----------------------------------------

Draft
Entah bila semua ni nak dipublish

Korang tengok tu, dah ada banyak cerita terperuk dalam draft. Entah abad bila YY boleh publish semua tu. Teruk betul line internet area rumah YY kebelakangan ni. Kalau takat menulis aje mungkin boleh. Tapi bukan blog YY lah kalau takde gambar dalam entry. Nak menulis satu hal. Nak download gambar satu hal. Geram tau!

In the end, YY decided letak gambar aje dulu dalam draft. Ceritanya akan dibuat kemudian. Tapi bila boleh publish, tak tahulah! Nak buat time lunch, takut tak sempat blog walking pula. Emm, lantaklah! Bulan ni nak kasi jejak dulu mereka yang dok tinggalkan jejak. Korang tunggu YY datang ye (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

32 comments:

  1. Selain Rashid, ada kawan Rashid dan juga Tashakan ^_^ Budak-budak sekarang cepat tangkap YY. Kita aje yang selalu terkebelakang. Maklumlah usia dah 2x usia anak-anak. Hahaha!

    Hari ni saya takda idealah nak mengutuk. Saya balik dululah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tahu rashid aje...yang lelain dia tak tahu =)
      eh idak...saya muda lagi
      saya tahu dia dok cakap pasal apa
      kalau MD tak tahulah...hehe

      fuhhh...selamat dia takde idea! =)

      Delete
  2. Semakin membesar semakin cerdik Afif ni.
    Sebab itulah kalau Afif pun alert bab baik macam Rashid kalau kita tak tahu macam mana? Kepekaan dgn environment kena ada antara kita dgn anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak zakie
      dari segi berbicara, dia memang sangat cerdik =)
      pendedahan satu hal yang buat dia alert bebenda camni
      biasa parent benda gini lambat sikit
      so budak dapat tahu dari kawan...hehe

      Delete
  3. kiranya dia cakap mesti ada perumpamaan la kan.. hehehe. best boleh borak2 dengan anak. kita masih menanti saat tu dengan sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang lah suria
      semua benda dia nak samakan dengan something
      dia mudah paham dengan cara camtu =)

      alhamdulillah. dulu dia pendiam sangat
      sekarang dah tak terlayan...haha

      Delete
  4. Ya Allah yana oiiiiiiiiiii....budak sekecik afif pun tau isu rashid ni yeakkk hahaahahaha... lieya lambat tauuu....dah kecoh2 penuh kat fb baru sibuk google nak cari ape kebende rashid tu....adoiii sabar je laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya lieya, saya pun terkejut juga..
      mungkin dia tahu daripada kawan2 dia.
      pastu kat tv pun ada cite juga
      nasib juga mama dia tahu, kalau tak...sendiri bayangkan..haha

      Delete
  5. saya pulak dalam draft ada 75 entry ..heheh...bukan sebab internet.tapi sebab bila mula je nak menaip , ada je yang mengacau dok panggil ibu .lepas tu malas , lupa dok dalam draft je la..hehe..selalunya dalam draft tu ada "Assalamualaikum" je.. hahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...banyaknya diana
      tapi mungkin diana jenis kerap update
      saya ni nak cari komitmen tu payah
      ada aje benda lain, bila ready, line tenet pula nazak...hehe

      Delete
  6. salam YY
    Apakabar lama nya tk brtanya kabar, cerdik lah Afif ni kaknoor pun tk tau isu Rashid ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak
      saya pun dah lama tak berkunjung ke teratak akak
      hehe...sorry ye
      agak sibuk sebelum ni. nanti saya terjah ye

      budak kak. cepat sikit tersebarnya =)

      Delete
  7. banyaknye draft entry ek... hebatlah kawan. sama macam Rashid ek hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah banyak sangat compare orang lain
      hehe...kawan dia baik cam rashid tau
      jangan memain =)

      Delete
  8. Assalam... bagus jadi spt rashid tu... baik je. Pasti jadi insan berjaya di dunia dan akhirat... aamiin.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummussalam
      hehe...dia merujuk kebaikan kawan dia tu macam rashid
      aaminn. insya allah. itulah harapan saya sebagai parent

      Delete
  9. bagus tu klu dia faham 'baik macam rashid' . nasib yy le asyik terkena je dgn afif ... heheheee ... sekarang kan gambar blh transer je dari folder . x yah doh download . cer try ... saya nekad je gunakan sabtu / ahad buat blogwalking . hari lain klu ada masa ... draft saya lagi byk yy . selalunya bila x de ide baru buka ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia faham dan mungkin tu faktor dia merujuk kawan dia macam tu
      haha...tulah pasalnya. konon nak kenakan anak
      alih2 kita pula terkena..haha

      yeke? camne nak buat tu
      cer ajar sikit. saya download satu2 tau tiap kali buat entry
      saya ni jarang ada draft...tu bila ada, terasa banyak...haha

      Delete
  10. Haha.. setuju dgn komen kat atas tu.. afif dan mama dia sama2 hebat mcm Rashid weh.. haha. Budak sekolah rendah pun tahu pasal rashid ni ya.. boleh pula diornag guna sbg subjek ms bercerita ya. Kagumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...afif aje hebat
      mama dia selalu aje terkena dengan budak hebat tu...haha
      expose kot yang buat dia tahu pasal benda ni
      padahal dia takde lah mengadap tenet
      dia gunakan tu pun sebagai merujuk seseorang untuk memudahkan pemahaman orang pada cite dia

      Delete
  11. Makin besar makin bijak.... Semoga menjadi khalifah yang berguna Afif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn...itulah harapan kami suami isteri sha

      Delete
  12. Tulah kan sekarang ni, nama Rashid pulak glemer.

    Hihi si Afif pun kenal ngan Rashid, dahsyat ke tak dahsyat tu.

    Okje tak reti nak buat entri siap siap YY. Yelah dah memanjang asyik idea suram jer hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...pasal benda ni yang buat rashid glamer
      menandakan betapa glamernya rashid sampai semua kenal...hehe

      saya pula tak pandai berdraf...sakit mata tengok draf
      nampak macam kerja tertunggak..hehe

      Delete
  13. Alolo...pandainyer.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  14. hahahaha.. budak2 pun tahu pasal rashid

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...popular! pasal tu diorang pun tahu

      Delete
  15. Afif baik macam rashid...hihi akk pun taktau macammana kemunculan rashid tu, bila orang dok sebut2 jd blurr je kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...asalnya dia pun tak tahu
      tapi rashid ni ada muncul dalam berita
      tu yang dia pun start tahu pasal rashid ni

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...