Bermain Belon Di Klang Parade

1:35:00 pm Yana Yani 18 Comments

Sehari sebelum bermula sesi persekolahan 2016, MyChintaHati bawa anak-anak ke Klang Parade. Antara mall yang paling dekat dengan kawasan perumahan kami tapi paling jarang kami pergi. Tak tahulah pasal apa. Tak pernah ada perasaan nak ke situ. Tapi hari tu entah apa mimpi, MyChintaHati bawa kami ke situ.

Sebenarnya YY tak berapa sihat sejak bermulanya tahun baru, tapi bila MyChintaHati kata dia nak bawa anak-anak aje keluar, terus YY jadi sihat. Mana boleh mengadap dinding kat rumah ni sesorang kan. Nanti lagi teruk demam. Hehe!

Anyway, Klang Parade sejak di rebuild, nampak lebih cantik dan menarik. Kalau dulu nampak dull. Nak pergi pun rasa segan. Hehe! Cuma ianya tidak sesibuk mall lain yang kebiasaannya dipenuhi umat manusia yang menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Kebetulan masa kami sampai ada event berkaitan belon.

Bermain Belon Di Klang Parade
Teruja habis diorang ni

Semua yang ada di event tu diperbuat daripada belon. Ada kincir angin, hot air ballon, spinning wheel ride, pokok, rumah dan banyak lagi. Memang unik dan menarik. Ada satu bahagian di mana parents boleh tinggalkan anak-anak untuk bermain beberapa minit dengan charge tertentu. As usual, Afif dan Aisyah terlompat-lompat minta permission MyChintaHati.

Rezeki Afif dan Aisyah pada hari tu, diorang tak perlu melakukan adegan pujuk rayu. Hanya dengan sekali request aje terus permintaan diorang ditunaikan. Mood Papa tengah baik tu. Bukan senang Papa nak bagi peluang camtu. Hehe!

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif dan Aisyah tengah seronok main

Tidak seperti tempat lain, parents yang mempunyai anak lebih daripada usia dua tahun, tidak dibenarkan masuk. Kami hanya dibenarkan memerhati daripada luar. At first, memang takde masalah sebab Afif dan Aisyah pun dah besar. Tapi ianya hanya seketika apabila Afif mula menunjukkan tanda-tanda yang dia tak selesa nak bermain. Dari jauh boleh nampak mata dia yang berkaca-kaca. Silap haribulan mau hujan ribut.

Risau dengan keadaan Afif, YY minta izin untuk masuk. Afif yang sedang susah hati YY hampiri. Rupanya mendung yang kelihatan berarak di mata dia adalah disebabkan dia terlalu risaukan adik dia yang aktif terlampau. Dia takut Aisyah jatuh, dia takut Aisyah kena buli, dia takut Aisyah menangis, pendek kata semua benda dia takut sampai dia tak boleh nak main sebab takut.

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif langsung tak benarkan Aisyah bermain sendirian waktu ni

Sekali pandang nampak seperti Afif overprotective. Tapi berkemungkinan besar didikan kami yang meletakkan bebanan pada Afif sebagai anak yang paling tua menjadikan dia bersikap seperti itu. Mungkin kami silap percaturan walau hanya berniat menjadikan Afif sebagai orang yang bertanggungjawab sebagai Abang Long.

Hanya setelah dia yakin YY mampu menggalas tanggungjawab menjaga Aisyah, barulah dia bermain tanpa lagi memperdulikan Aisyah. Dan Aisyah tetap Aisyah. Orang jaga ke, tak jaga ke, dia tetap berlari ke hulu ke hilir tanpa memperdulikan suasana di sekeliling. Dia hanya tahu berseronok. Karakter yang sangat berbeza berbanding Afif.

Bermain Belon Di Klang Parade
Aisyah tengah berseronok

Setelah YY berada di sisi mereka berdua, barulah boleh dengar gelak tawa mereka. Kalau tak sebelum tu asyik dengar bunyi jeritan aje. Lega sikit hati dok tengok perubahan suasana tu. Yang penting rasa seronok bila tengok diorang berdua seronok.

Bermain Belon Di Klang Parade
Barulah nampak Afif "hidup" lepas YY masuk

Menarik tentang event ni, belon yang digunakan adalah sangat tebal. Pertama kali YY jumpa belon jenis macam ni. Pelik juga dibuatnya. Hehe! Bayangkan budak-budak yang ramai ni dok lompat atas dia, lepas tu picit, tak meletup langsung!

Sape yang ada masalah Globophobia, mesti rasa ngeri dok tengok bebudak ni squeeze belon-belon tu. Teringat kawan YY masa belajar dulu yang menjerit macam orang nak bunuh dia bila nampak belon. Daripada dia jugalah YY tahu nama scientific fobia untuk mereka yang takutkan belon atau yang takutkan bunyi yang dihasilkan oleh belon tu.

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif tengah dok seronok baring atas belon. Aisyah pula be like, "Pe hal Abang aku ni?"

Selepas masa untuk bermain di situ habis. Afif dan Aisyah di bawa masuk ke dalam belon yang sangat besar. Di dalam tu ada benda seperti kipas yang menolak belon-belon kecil tu berpusing di dalam belon besar tu. Seronok nampak diorang terlompat-lompat dalam tu. Nampak yang diorang sangat seronok pada waktu dan ketika tu.

Berbaloi keriangan yang diperolehi walau MyChintaHati terpaksa berbelanja besar untuk membolehkan kedua putera dan puteri kesayangan dia masuk di dalam tu.

Bermain Belon Di Klang Parade
Afif dan Aisyah yang melompat keriangan

Tapi dekat sini diorang tak lama. Adalah dalam 10 minit diorang di situ sebelum penjaga di dalam tu mengarahkan mereka keluar untuk membolehkan kanak-kanak lain pula bermain. Afif tak habis-habis mengucapkan terima kasih pada YY dan MyChintaHati sebab dok bawa diorang dua beradik ke sini. Siap ajak ke sini lagi lain kali (^_^)

Bermain Belon Di Klang Parade
Adegan seperti inilah yang priceless dalam kehidupan parent

Selepas tu, kami balik. Tak menjelajah ke kawasan sekeliling pun. Lagipun YY mula rasa seram sejuk. Rasa macam nak baring aje time tu. Tulah kan, dah tahu tak sihat, menggatal nak ikut juga. Padanlah muka. Hehe! Yang pasti kami semua seronok hari tu.

Buat sesiapa yang belum pernah sampai ke Klang Parade, silalah sekali sekala ke sini. Tiap minggu ada sahaja event yang sesuai untuk keluarga diadakan di sini. Bolehlah juga menghabiskan masa terluang hujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti yang disediakan.


Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY hari ini. Insya ALLAH, kalau takde aral, kita bertemu lagi di lain entry. Jaga diri elok-elok ye. Assalamualaikum.

18 comments:

  1. Comelnya si abang Long,..care and concern dia fikirkan adik dia.
    How r u now, YY? Hope by this time YY dah sihat sempurna. Take care of yourself :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia buli adik takpe, orang lain memang saje cari pasal
      much better kak. aritu aje demam teruk
      will do. akak pun ye =)

      Delete
  2. Nampak macam protective sungguh si Afif ni tapi maybe juga dia stress sebab kena jaga adik yang hiperaktif tak ingat dunia sebenar. Tensionlah si abang tu sebab tak dapat bermain dengan penuh 'kebebasan' gitu ^_^ My anak-anak pula YY, sekarang ni kalau bertemu roma aje memang sorang kaki mengacau, sorang lagi kaki menjerit walaupun mengaku diri sendiri pembuli. Taulah siapakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jadi stress sebab dia sorang kena jaga
      kalau mama or papa dia ada, dia tak camtu
      sebab dia tahu ada orang jaga
      tapi haritu kitorang tak boleh masuk..tu yang dia stress gamaknya =)

      tapi anak-anak saya pun samalah MD
      time baik, pijak semut pun tak mati...siap boleh pakat buat nakal
      cer kalau tengah berperang...pening MD wei!

      Delete
  3. Pandainya abang afif jaga adik. Ni kalau da beso,sape nak kapel dgn aisyah perlu kena tapis dgn abang dia dulu ni. Abg kata ok baru ok. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nama pun abang
      normal dia rasa protective gitu kot
      idak kang, dia yang kena...hehe

      Delete
  4. salam afif, tak pe takpe insyaAllah ada kebaikan nya jugak, bagus afif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tolong jawabkan ye, walaikumussalam yana =)
      hopefully sampai besar dia perangai gitu

      Delete
  5. wah asiyah aktif sgt , seronok sangat tu dapat main ..

    ReplyDelete
  6. Bagusnya afif sebagai abang sangat menjaga aisyah.

    Seronok ye dapat main belon.

    Oh ada juga ye fobia dengan belon..hihi tak pernah search pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jadi gitu sebab saya dengan suami takde dekat
      so dia rasa fully responsible
      tu yang jadi lagu tu, idak dia tak peduli pun adik dia

      ada kak! kawan saya dulu perangai gitu

      Delete
  7. comel adik bradik ni main2.. CT jarang sungguhla lepak area Klang.. kalo pegi pun sbb ada rumah kawan kat situ.. saja2 memang tak sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah akak pun area klang
      kot tersesat lagi ke klang...hello2 lah ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...