Hadiah Pemberian Rakan Blogger | Terima Kasih
Payah benar kebelakangan ni nak up satu entry pun. Nak kata malas tu idak juga. Padahal idea sikit punya banyak ni. Yang jadi masalah bila tengah excited nak menulis, tetiba line internet tak ada. Kalau ada pun slow mengalahkan siput. Geram tau! Ni entry paling lama tersimpan. Cadang nak publish tahun lepas, tapi tak berkesempatan. Tak apalah lambat pun. YY tetap nak cerita hadiah pemberian rakan-rakan blogger ni sebagai tanda appreciation.Hadiah pemberian blogger pertama adalah daripada pemilik blog Aida's Home Sweet Home, Aida Hanafiah. Kalau tak silap, hadiah ini diberikan sebab YY top komentator blog dia. Untuk bulan bila tu tak ingatlah pula. Yang pasti masa dapat ni, anak-anak YY berebut nak buka. Diorang bukan boleh nampak apa-apa bungkusan yang ditujukan pada YY. Asyik dok bajet barang diorang aje. Ni lah padah dok gila beli online satu ketika dulu. Bersara dah sekarang. Haha!
Anyway, Aida adalah antara blogger yang YY kenali sangat konsisten dalam memberikan ganjaran untuk setiap yang rajin meninggalkan jejak di blog dia. Kalau tak percaya, kasi pulun tinggalkan jejak pada semua entry dia. Manalah tahu rezeki korang pula.
Apapun Aida, terima kasih tau. Suka sangat!
Pemberian blogger +adianiez AIDA |
Yang ni pula seriously YY tak sangka. Tau-tau aje benda ni datang dekat rumah. Rasa nak melompat dibuatnya. Excited punya pasal. Haha! Hadiah ini pemberian blogger Sal Salbiah, pemilik Blog Sal. Menurut ceritanya, barangan exclusive ini diberikan kerana YY menjawab hampir tepat soalan yang diberikan berkaitan dengan trip Sal ke Melbourne Australia bersama dengan blogger +Siti Yang Menaip. Kalau tak silap teka harga jaket. Tak jumpa pula entry berkenaan. Haha!
Walau tak pernah menjejakkan kaki di bumi Australia even kapal terbang pun YY tak pernah naik, Alhamdulillah, merasa juga memiliki cenderamata dari sana. Tulah namanya rezekikan? Actually banyak juga hadiah dari negara lain yang YY terima. Semuanya diperolehi sejak terjebak dalam dunia blogger. Semua rakan blogger yang YY kenali, sangat pemurah. Terima kasih.
Buat dak Sal, terima kasih ye yunk. Hadiah ni Akak sorok dari pandangan Afif dan Aisyah. Idak arwah! Menangis tak berlagu dibuatnya nanti.
Pemberian blogger Sal Salbiah |
Hadiah seterusnya YY terima daripada pemilik blog Blogger Comel & Santai, Ayuni Rafilah. Hadiah ini YY terima sebab YY ternampak dia ada buat tawaran untuk review lepas tu dia kata akan bagi special gift untuk sesiapa yang berjaya. Menarik pada YY. So saja try luck. Alhamdulillah rezeki. Selain di review, YY juga dapat hadiah di bawah.
Nampak tak botol Dove tu? Masa dapat tu kan, confident YY sapu terus pada tangan sebab mati-mati dok ingat lotion. Sempat dok kata pada MyChintaHati yang YY suka bau dia. Masa sapu dok perasan benda tu melekit. Belek punya belek, baru ternampak tulisan pada botol kata tu body wash. Sabar ajelah! Tapi kelakar pun ye juga. Yang pasti YY kena tukar cermin mata lepas ni. Haha!
Buat Ayuni, terima kasih sebab review and bagi barangan di bawah. Suka sangat-sangat! Anyway, dua-dua benda ni saya dah guna. Terima kasih sekali lagi (^_^)
Pemberian blogger +Ayuni Rafilah |
Yang seterusnya YY terima pemberian blogger Iryanty Ismail yang merupakan pemilik blog Belajar Untuk Sabar. Hadiah ni khabarnya diberikan kerana YY adalah salah seorang pengomen tegar blog beliau. Masa buka envelope tu agak suspend juga sebab lapisan surat khabar untuk membalut hadiah tersebut sangat tebal selain dibalut dengan plastik. Once nampak isi di dalam, sangat tersentuh hati. Hadiah yang sangat rare dan meaningful.
Terima kasih sangat-sangat Kak Yan. Saya sangat hargai pemberian ini.
Pemberian blogger +iryanty ismail |
Tahun lepas adalah tahun di mana YY paling aktif sertai pelbagai giveaway anjuran rakan blogger. Tahun ni belum berkesempatan walau ada menerima beberapa undangan. Insya ALLAH , lain kali kalau dapat jemputan dan YY berkelapangan, pasti akan sertai.
Anyway bercakap mengenai giveaway, YY ada menyertai giveaway tanpa memerlukan YY publish sebarang entry, just share di Facebook. Pertama kali join giveaway camni. Rasa macam menarik, sebab tu YY cuba. Giveaway tu anjuran blog Dulu Lain Sekarang Lain di bawah kelolaan blogger Zurainny. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada YY di mana YY memenangi set barangan khusus untuk wanita daripada Human Nature.
Unik tentang giveaway ni, hadiah boleh pilih. Ada set barangan untuk family dan juga lelaki. Of course YY pilih untuk diri sendiri! Haha!
Pemberian blogger +Zurainny Ismail |
So begitulah hadiah pemberian rakan blogger yang YY terima dan YY rumuskan dalam satu entry. Hopefully takde yang ketinggalan. Apapun terima kasih buat pemberi. YY doakan mudah-mudahan murah rezeki korang. Aamiin
YY rasa sampai di sini sahaja YY coretkan. Moga kita bertemu lagi di lain entry. Jaga diri elok-elok ye. Assalamualaikum.
P/S - Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Alhamdulillah...murah rezeki Yana, seronok berkwan dialam maya ni kan, walaupun tak pernah berjumpa, tetapi mesranya terasa
ReplyDeletebetul tu kak. saya setuju
Deleteukhwah dalam dunia maya ni walau tak jumpa, lain kan
rasa cam dekat sangat =)
ALHAMDULILLAH..banyak rezeki yy dapat...:-))
ReplyDeletemoga 2016 lebih murah rezeki yy..amin
insya allah kak
Deleteaamiin. mudah-mudahan
Tahniah, banyak rezeki daripada rakan blogger. Yang blog Sal tu, saya ingatlah entri tu. Lain kali kalau dapat pilih hadiah, make sure hadiah tu tak akan jadi rebutan anak beranak. Kalau kena berebut dengan anak ni tau ajelah akibatnya. Memang kita terpaksa jadi 'pengalah' lah jawabnya.
ReplyDeleteAlahai, baru 13 tahun (bukan ke tahun ni 14 tahun dah? umur tak meningkat-ningkat yerk gamaknya...) dah bersara dari online shopping? Tips nak mengelak anak berebut buka bungkusan bila sampai tu senang aje, hantarlah ke alamat pejabat. Kita aje yang berebut-rebut ganas tak sabar nak buka bungkusan! Percayalah kat tips saya ni ^_^
saya tak jumpa cite pasal tu
Deletetak tahulah kot dia dah delete
ye kalau dapat pilih, kalau tak dapat pilih
terpaksa juga hadap diorang punya kerenah
bukan boleh tengok parcel
secara rasmi umur dah meningkat
tapi kalau tak rasmi...memang gitu ajelah
awat? dengki lettew!!
sungguh dah bersara online shopping
tak aktif macam dulu
dah kena red light daripada mychintahati
naya wei kalau ingkar arahan
dulu memang anto opis...pastu sama juga kejadiannya
asal diorang nampak, memang berebut nak tahu
apa benda ada kat dalam
tahniah sis... seronok terima hadiah dari rakan blogger.
ReplyDeleterezeki sejak terjebak ni kak =)
Deletealhamdulillah
Assalam. Wah beruntungnya. Sentiasa diingati sahabat.
ReplyDeletewalaikumussalam
Deletealhamdulillah, rezeki =)
alhamdulillah , byk tu , jeles tgk sudu tu ... heheheee . saya pun ada juga rancang nak buat senarai hadiah / giveaway yg diterima sepanjang thn lepas , tapi kan , malasnya ya amat nak cari gambar2 tu ... huhuhuuuu
ReplyDeletecantikkan sudu tu? saya pun suka sangat
Deleteaida yang bagi tu =)
ini pun gigh mencari satu2 gambo vee wei
mujur juga saya dah draft pastu dah ada gambo
tinggal sambung bebel aje...haha
Amboi banyaknyer hadiah...murah rezeki yy...
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki bunda =)
DeleteWah.. banyaknya dapat hadiah sana sini tu.. alhamdulillah murah rezki YY.. baru januari ni, mana tahu feb atau mac nanti berdesup2 entry mcm sebelum ni..kan?
ReplyDeletebolehlah cikgu AN
Deleterezekikan...jadi jugalah milik saya...haha
Rezeki dalam blogging pelbagai jenis kan... dulu masa memula aktif rajin jugak laaa posmen tu hon2 depan rumah... laaa ni tak sempat apa dah... haha
ReplyDeleteakak pun sejak aktif dalam dunia blog ni
Deletememang ada banyak juga rezeki...tak situ, sini
alhamdulillah...ada jugalah kan
Tahniah YY.....rezeki tu namanya. Bolehlah menambahkan koleksi yg ada ek
ReplyDeletetulah OKje...alhamdulillah
Deletememang banyak dah koleksi. seronok rasanya =)
Wow - murah rezeki Yana Yani! Alhamdulillah, you really deserve it. Maaf ya, lambat tengok post ni (kantoi bab time management :D) & terima kasih byk2 for sharing di sini. :D
ReplyDeletealhamdulillah ZI rezeki sepanjang tahun lepas
Deletetahun ni tak tahulah lagi
agak terbantut urusan...hehe