Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat
Sepetang di Sungai Congkak, Hulu Langat | Tahun lepas ketika cuti panjang bagi negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke 70 dan kemenangan pasukan Selongar yang ke 33 di Piala Malaysia, kami sekeluarga ke Sungai Congkak. Ini adalah pertama kali kami sekeluarga ke sini dan itupun tanpa perancangan. Yang pastinya kami semua sangat seronok menghabiskan masa santai bersama.Tujuan asal ke Sungai Congkak hanya sekadar memancing Abah keluar dari rumah. Lagipun Abah keseorangan hari tu. Banyak-banyak tempat yang disebut, Abah hanya teruja apabila MyChintaHati mengajak ke Sungai Congkak. Kelam kabut juga YY bersiap bila Abah bersetuju. Mujur juga pagi tu YY masak agak banyak dan boleh dijadikan bekalan kami di sana.
Posing dulu sebelum balik |
Perjalanan ke Sungai Congkak adalah perjalanan yang sangat meletihkan. Mungkin kerana ianya tempat yang kami tak pernah sampai. Mujur juga ada Waze. Pusing sana, pusing sini, akhir sampai juga ke tempat yang ingin dituju.
Afif dan Aisyah adalah manusia yang paling seronok sebab kami memang jarang bawa diorang ke tempat berair seperti ni. Bukan apa, terlau banyak aspek perlu difikirkan terutama yang melibatkan keselamatan. Biasalah parent kan. Paranoid aje kerjanya.
Budak berdua ni sangat seronok hari tu
Afif terus nak masuk sungai. Dia terlalu teruja.
Aisyah pula terbalik. Mulanya dia okay aje. Lepas tu dia menjerit ketakutan. YY yang asalnya nak jadi pemerhati aje, terlibat sama. Hehe! Kononnya kesian tengok MyChintaHati terkial-kial menjaga budak berdua tu keseorangan. Tapi yang sebenarnya nak merasa juga mandi sungai. Hehe!
Wajah-wajah kesayangan YY |
Lamanya juga kami di sana. Bila sejuk kami naik. Rasa lapar aje, makan makanan yang kami bawa. Lepas tu sambung lagi main air. Begitukah ianya berulang sampai budak-budak tu puas. Abah pula hanya merendamkan kaki ke dalam sungai. Tak sanggup dia kata nak main air yang sejuk tu.
Yang pasti YY sangat suka suasana di Sungai Congkak sebab ianya sangat mendamaikan. Malahan kemudahan juga agak lengkap dan sesuai untuk melakukan aktiviti kekeluargaan. Walau cuaca agak panas, ianya tidak begitu terasa disebabkan pokok-pokok disekeliling yang tinggi merimbun.
Selit sikit gambo gedik laki bini. Hehe! |
Kemudahan seperti tandas dan surau ada disediakan. Nak kata selesa sangat tu tidak juga. Tapi bolehlah. Cuma tandas sahaja yang agak menyedihkan. Kemungkinan ianya tidak pernah diselenggara. Pintu tandas pun hampir roboh. Bila teringat rasa kelakar pun ye juga.
Dekat sini parking perlu bayar. Tak silap RM5.
Papa punya little princess |
Sebelum berangkat pulang tu, sempatlah kami snap gambar di kawsan sekeliling sebagai tanda kenangan. Ni gambar-gambar yang korang tengok dari tadi adalah selepas kami berseronok. Kang kalau tunjuk gambar time mandi, pengsan pula korang tengok. Hehe!
Kami pulang dengan perasaan yang sangat gembira. Kalau berpeluang, nak juga datang lagi. Buat gathering keluarga pun syok juga ni. Tengoklah nanti.
Afif adalah manusia yang paling seronok pada hari tu |
Pada sesiapa yang suka suasana yang tenang dan mempunyai air, maka Sungai Congkak adalah antara tempat yang patut korang pertimbangkan. Kami dah sampai dan kami pasti akan sampai lagi. Atau mungkin akan menjelajah ke tempat lain tapi mempunyai fungsi yang sama.
Masa dalam perjalanan balik tu, kami perasan ramai orang berdiri di bahu jalan. Malahan ada banyak juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Rupanya tempat tu boleh melihat bandaraya Kuala Lumpur dari jauh. KLCC dan Menara Kuala Lumpur sangat jelas kelihatan.
Masa gambar di bawah diambil, Kuala Lumpur sedang hujan. Terasa seronok pula berpeluang melihat dua mercu kebanggaan negara tu dari jauh.
Bandaraya Kuala Lumpur dari jauh |
Entah apalah budak berdua beradik tu bualkan |
So begitulah cerita sepetang kami di Sungai Congkak. Hulu Selangor. Lain kali YY cerita pula aktiviti lain YY dan keluarga. Nak kena clearkan draft. Till we meet again, Assalamualaikum.
So far sungai congkak masih bolehlah kalau nak mandi2.... susah nak dapat sungai yang bersih sekarang... kebanyakan penuh pampers, plastik... sangat sedih~
ReplyDeletesatu-satu sungai yang pernah pergi
Deleteselalu sungai kat kampung mak aje
memang bersihlah. puas hati
Tak pernah sampai sinilah YY.... okje kurang suka pergi tempat tempat gini, sebab takut pacat hihi....Ada pacat tak?
ReplyDeleteSatu lagi malas nak salin salin, kalau ramai ramai lagilah malas.
Mak awak gi mana YY?
saya pun baru ni sampai OKje
Deletesebelum ni tak penah tahu kewujudan dia
pacat? hehe. tak perasan la pula.
bab salin baju tu takde masalah. ada tempat
saya pun dulu satu faktor tak suka mandi kawasan umum pasal tu lah
tapi dekat sini tetiba tersuka pula...hehe
dia hantar adik saya ke poli
abah tak ikut sebab tak muat kereta
Akak dah lama tak ke sungai congkak. Dulu2 rajin gak mandi-manda di sini :)
ReplyDeletesaya pula baru ni pertama kali ke sini..hehe
Deleteno bad...boleh datang lagi =)
Seronokkan mandi sungai. Kalau nak ikutkan takut tu YY, memang macam-macam yang kita takutkan bila melibatkan anak-anak. Saya pun plan punyalah lama, dah lama lepas tu barulah dapat pergi. Anak-anak asal jumpa air sungai, air laut, air swimming pool semua pun make them happy. Rasa macam tak mahu berhenti mandi kekdahnya.
ReplyDeleteSaya jarang join kalau mereka mandi tempat macam ni sebab utama itulah, nak tukar pakaian payah sungguh. Saya memang tak akanlah nak masuk public toilet atau tempat tukar pakaian macam kat sini, memang seriau weyh. Kalau boleh masuk kereta lencun balik rumah, saya lagi redha ^_^
saya pun kalau ikutkan memang tak join
Deletesaya geli pastu dok pikir sama macam MD juga
tapi masa tu semua tu suami saya settlekan
tu yang tak boleh bertahan...hehe
kalau tak sebab dia, memang tukang tengok ajelah
Sejuk tapi menyegarkan mandi kat tempat² mcm ni sis. Best sangat ni.
ReplyDeletebetul kak
Deleterasanya lebih best mandi sungai daripada pantai kan
Sungai congkak memang best,mendamaikan.last pergi masa akk mengandungkn adelya..
ReplyDeleteByk lg tempat yg best seperti kemensah, belakang zoo negara.. Air terjun lopo hihi pernah akk cerita dlm blog lama
ada pernah dengar kemensah tu,
Deletesampai aje idak lagi
budak dah beso ni senang sikit nak bawa
dulu time kecil kurang keberanian...hehe
haaaa sini iols tahu eehe.. sebab selalu jugak pergi..
ReplyDeletesesekali escape dgn family macam ni best kan Kak YY..
tulah kan...paling penting kat sini rasa damai
Deleteseronok melayan bebudak =)
keselamatan okay x sini?
ReplyDeletemaksudnya macamana tu? ni cetak tahun lepas
Deletemasa pergi tu, alhamdulillah.
anak-anak pun selesa aje