Teringin Berkirim Salam Perantauan

9:29:00 am Yana Yani 25 Comments

Teringin Berkirim Salam Perantauan | YY sejak dari kecil bercita-cita nak sambung belajar di luar negara. Ketika itu YY beranggapan belajar di luar negara adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Walhal YY ni dalam adik-beradik memang paling kurang bab pelajaran. YY dapat sambung belajar sampai Diploma pun bukan sebab pandai, tapi sebab semangat nak belajar tu sangat kuat. Kerana semangat tulah buat YY sentiasa ada keinginan untuk belajar ke luar negara walau sedar diri ni tak pandai.

Entah kenapa, perasaan teringin berkirim salam di perantauan cukup kuat ketika itu. Tapi tulah, Tuhan dah merancang yang lebih baik untuk YY.

Teringin Berkirim Salam Perantauan
Xavier's School for Gifted Youngsters katanya

Gambar atas ni sangat popular di Facebook recently. Selain melucukan kerana pengirim dok troll pihak suratkhabar dengan meletakkan nama institusi yang terdapat dalam cerita X-Men, ianya buat YY teringat cerita lama. Satu ketika dulu YY pernah gatal tangan buat permohonan buat short degree di Dublin Business School yang terletak di Ireland. Mungkin sebab ianya private college, maka permohonan YY diterima.

Perasaan excited masa dapat surat tawaran tu, hanya Tuhan aje yang tahu. Terasa macam nak melompat setinggi yang boleh. Sangat seronok moment tu bila diingatkan kembali. Time tu juga siap boleh bayangkan diri YY dah berada di Ireland. Siap boleh bayang berkirim salam dari perantauan. Sungguh poyo dan sangat kelakar bila teringat.

Tapi masa tu Mak YY paling kuat membangkang. Alasan yang dia berikan adalah YY ada adik-adik yang masih belum habis belajar. Kalau YY teruskan niat nak belajar di sana, adik-adik YY tak dapat merasa apa yang YY rasa. YY dinasihatkan untuk tidak mementingkan diri sendiri. Even masalah kesihatan YY turut dibangkitkan untuk menguatkan hujah Mak untuk tidak membenarkan YY belajar di Ireland.

Abah sebaliknya, dia sangat kuat menyokong dan merestui permintaan YY. Tapi Mak tetap dengan pendirian dia walau puas YY dok pujuk. Perasaan kecewa yang wujud masa tu cukup sukar digambarkan. Tawaran yang bukan senang diperolehi terpaksa dilupakan buat selamanya. Kecewa sangat rasanya. YY rasa agak lama YY tak bertegur sapa dengan Mak sebab sangat kecewa dengan keputusan dia.

Malahan ruangan akhbar yang kebiasaannya ada ucapan khas daripada mereka yang berada di luar negara menjelang Hari Raya turut YY banned beberapa ketika. Ia cukup menggambarkan betapa kecewanya YY ketika tu.

Teringin Berkirim Salam Perantauan
Gambar raya tahun lepas (^_^)

As time goes by, YY mula sedar. Kalau YY terus bertekad untuk sambung belajar di Ireland, YY pasti tak ketemu dengan MyChintaHati. Perancangan ALLAH adalah sebaik-baiknya. Dua tahun selepas graduate, YY bertunang dan setahun kemudian YY sah menjadi isteri dia. 11 bulan selepas tu, Afif hadir menyinari hidup kami suami isteri. Cantik sungguh percaturan ALLAH untuk YY.

Sejak dari hari tu YY belajar untuk tidak lagi meragui ketentuan DIA. YY yakin apa yang DIA rancang adalah yang terbaik untuk YY. (^_^)

Anyway, malam ni insya ALLAH kami akan berangkat ke Kuala Lipis, Pahang. Beraya di kampung Mak YY. Perancangannya tahun ni nak bakar lemang sama macam peristiwa tiga tahun lepas yang pernah YY ceritakan di sini. Doakan perjalanan pergi dan balik YY sekeluarga selamat ye. Mungkin raya kedua YY dah berada di Klang semula. Menyambut Syawal bersama keluarga MyChintaHati pula.

Dikesempatan ini YY ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN. Semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

Teringin Berkirim Salam Perantauan
Selamat Hari Raya

25 comments:

  1. Perancangan Allah adalah sebaiknya :) Alhamdullilah untuk kehidupan sekarang.. Siqah pun nanye teringin juga salam perantauan. Hehe. Fefeeling nak belajar oversea kan. Tapi takpelah.. Biarlah terkubur di hati je hasrat tu :)

    Selamat hari raya aifilfitri YY sekeluarga. Semoga perjalanan selamat dan dipermudahkan.

    Jumpa lagi nanti 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yunk, perancangan ALLAH tu adalah yang terbaik
      cuma kita aje tak nampak

      selamat hari raya juga buat siqah dan keluarga ye =)

      Delete
  2. Replies
    1. menda yang wow nya anum...hehe
      salam aidilfitri anum

      Delete
  3. betul tu sis..Allah maha mengetahui. Restu Mak ni penting, kalau dia tak bagi tu, kenalah ikut. Tapi biasalah time tu remaja memang rebel kan?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang rebel habis! haha
      tapi time tu tak pikir pun
      dah tua gini baru sedo...haha

      Delete
  4. hahaha..suratkhabar memang tak pernah check kiriman salam perantau ni.diorang up sahaja apa yang sampai. so, kalau nama ke universiti salah eja tu memang salah pengirim

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? baru tahu ni
      patutlah senang-senang kena kencing..haha

      Delete
  5. Selamat hari raya kak YY dan keluarga..semoga sihat dan hepi raya kali ni. sy ada reply kad raya, harapnya dah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ye yunk
      salam kosong-kosong

      ada, ada dapat. ada gift lagi. suka sangat =)

      Delete
  6. Salam YY , bila baca entry YY nie . Sama lah dengan nadia perasaan nya hihihi . Nadia pun Memang tersangat lah nak rasa belajar di luar negara dan merasakan Salam Perantauan . Masuk paper bersama rakan-rakan di luar negara. Lagi-lagi adik nadia pun dapat sambung Master ke luar negara . Mama nadia pun banyak kali convince nadia utk sambung belajar tapi tak tahu kenapa berat je . Mungkin otak dah tepu kot dan nadia pun baru kahwin jadi bnyak perancangan selepas kahwin nie . Hihihi .

    Faham jugak perasaan YY bila dah dapat , orang yang paling kita sayangi tentang pulak kan . Berat hati masa tue . Tapi , macam YY ckp pun , percaturan Allah lah yang terbaik . Dan ibu kita pun dia lah jugak yang paling tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. In the end , semuanya yang terbaik dan bahagia dikecapi YY . Alhamdulillah .

    Sama lah dengan percaturan cerita Nadia . Tepat adik nadia graduate tahun lepas 2015 belajar luar negara di Scotland . Tarikh yang sepatutnya hari graduation adik yang kami semua sekeluarga patut hadir , tiket semua dah beli , hotel dah book adalah hari ayah kami meninggal dunia . Sungguh besar dugaan masa tue . Tapi kami terima Qada dan Qadar . Dan bagi kami percaturan Allah cantik sebab , tepatnya adik habis belajar adalah masa ayah pergi dan telah masa adik balik ke Malaysia dan menjaga keluarga pulak .

    Apa-apa kita sebagai manusia kena percaya dengan ketentuan Allah kan YY . Terima kasih for this beautiful sharing =)

    Salam perkenalan , dari Nadia

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nadia. hehe. cerita lama nadia
      pandang gambo tu teringat cerita lama
      ada juga kenangan di blog ni...hehe

      sedih cite nadia tu. tumpang simpati membacanya
      tapi cantikkan percaturan ALLAH
      kadang kita ni tak nampak semua tu
      nampak apa yang kita nak nampak aje
      tu yang kadang kita tak reti bersyukur

      yup, ALLAH sememangnya sebaik-baik perangcang
      tiada siapa boleh menafikannya =)

      Delete
  7. Selamat hari raya Aidilfitri . Maaf zahir dan batin . Insyaallah kita jumpa selalu lah ye di ruangan blog nie . Singgah lah jugak selalu ke ruangan blog Nadia . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya yunk
      samalah kita ye =)

      dah singgah dah tadi kat blog nadia
      takde orang rasanya. tu tinggal jejak aje...hehe

      Delete
  8. tak pe..hasrat itu boleh dipanjangkan kepada anak-anak pulak...

    Allah adalah sebaik-baik perancang

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm....tak nak letakkan stress pada mereka
      biarlah mereka ke mana sahaja ikut kemampuan mereka =)

      Delete
  9. salam kak,maknanya sekarang dah balik klang la kan? hehehe

    saya tahun ni macam tak dapat balik kampung,sadisnya rasa. tapi tak apa la,raya ke tak raya,dapat peluang balik boleh ja saya merempit ke kampung tapi sakit la belakang semua kalau naik motor... lol

    btw,semua orang memang teringin nak study oversea. tak tahu la sebab rasa nak masuk surat khabar ke atau atas niat sekian-sekian. walahualam. lain orang lain sebabnya. hehe tapi kalau dapat rezeki cuba hidup dkt negara lain ke apa,memang peluang bonus la. rezeki.

    apa apa pun,
    Selamat hari raya,maaf zahir dan batin kak yana. semoga terus dilindungi rahmat kasih ilahi. InsyaaAllah. Amin. maafkan saya kalau ada komen terkasar bahasa atau terlalu melampau,hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yunk. lama dah ada kat klang ni yunk =)

      la awatnya tak dapat balik
      dok mana pula sekarang ni?

      hehe...tak salah nak berangan kan
      manalah tahu jadi kenyataan. akak dulu tu dah dapat tawaran
      tak dapat p aje. tu yang makan dalam juga...hehe
      tapi tu dulu, sekarang cite kat orang pasal ni
      nak gelak pula. sebab terasa poyo..hehe

      ye yunk. selamat hari raya. ala, kecik punya hal
      nak settle, belanja akak kfc ke, kenny rogers ke, best tu
      hehe...cam jauh aje kita ni kan
      moh ler datang rumah beraya. akak belanja kek homemade! haha

      Delete
  10. Selamat Hari sis YY dan famili. =)

    Saya pun teringin juga nak buat salam lebaran dari kejauhan tu. Selalu berangan nak belajar ke luar negara. Tapi sekarang dah tak heran sangat pun.

    Takpe sis YY, mana tahu nanti ada rezeki lagi dapat sambung belajar ke luar negara dengan bawa satu famili sekali. Insha-Allah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya yunk

      kan? rasa semua orang ada perasaan gitu
      cuma takdir kehidupan kita aje yang membezakannya kan

      sekarang akak dah takde perasan dik oi
      otak dah tepu. soh baca paper pun akak boleh tido
      lagi suh baca buku...ampun lah! haha

      Delete
  11. Sedih baca ttg tawaran tu... pasti ada yg lebih baik, Allah penentu segalanya.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat YY sekeluarga, maaf zahir dan batin... salam ceria selalu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...takde apa sangatlah KK
      dulu memang sedihlah. bengkak mata woo menangis...haha
      tapi dululah. sekarang dah takde perasaan ke arah tu
      saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang

      selamat hari raya KK
      salam kosong-kosong ye =)

      Delete
  12. dulu2 rajin juga baca salam dari perantauan ni, verangan la juga nak belajar kat luar negara tu, tapi tu lah tak berapa nak bijakkan akak nih hahaha.

    betul tu perancangan Allah adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dapat peluang ke luar negara kadang bukan sebab bijak aje
      ada banyak sebab lain
      tapi yang pastinya takdir ALLAH untuk kita =)

      yup, takde sape boleh menafikannya =)

      Delete
  13. Saya dua kali dapat tawaran belajar di luar negara tapi terpaksa tolak sebab abah saya sayang sangat kat anak perempuan bongsunya. Abah takut saya kahwin mat saleh, langsung tak nak balik Malaysia, seperti apa yang berlaku pada anak jiran saya.

    So, saya redha ajelah belajar di universiti tempatan walaupun memang terkilan. Kawan-kawan dengan keputusan biasa-biasa aje semua sambung belajar ke luar negara termasuklah 'musuh' ketat saya dalam pelajaran. Saya aje yang tertinggal di dalam negara. Dan yang paling sedih, jurusan yang diminati pun tak dapat ambil sebab bangkangan pihak keluarga!

    Masa tu memanglah terkilan tak boleh kata. Lepas habis belajar pun terkilan tak habis lagi. Tapi selepas berkahwin dengan HD, saya sedar mengapa dan kenapa perancangan Tuhan berbeza dengan apa yang saya mahukan. Saya memang cukup pasti, benar apa yang abah saya jangkakan; kalau betullah saya belajar di luar negara, memang saya tak akan balik ke Malaysia!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...