Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif

7:12:00 am Yana Yani 36 Comments

Yup, YY alert yang sesi persekolahan 2016 sudah hampir dua minggu bermula. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, baru sekarang YY berpeluang nak bercerita. Nak buat camne dak? Janji sekarang dapat sikit ruang nak update (^_^)

Kalau dibandingkan dengan tahun lepas dari segi persiapan dan juga rutin harian, tahun ni memang banyak sangat perbezaannya. Ianya lebih terurus. Mungkin pengalaman selama setahun mengurus Afif sebelum ini mengajar YY untuk lebih bersedia pada tahun ni.

Tahun ni pun Afif dah pandai menyemak sendiri jadual buku yang perlu dibawa ke sekolah menggunakan teknik yang akan YY ceritakan di lain masa. At least bantuan kecil tu mengurangkan satu beban. MyChintaHati pun banyak membantu. Lagi banyak kurang beban! In fact kemuafakatan kami banyak melancarkan urusan atau rutin harian YY. Orang tu tolong hak tu, orang ni tolong hak ni, benda berat pun jadi mudah (^_^)

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Afif bersedia ke sekolah!

Hari pertama persekolahan, Afif sangat teruja. Kalau tahun lepas dia demam pada hari pertama. Tapi tahun ni Alhamdulilah. Asyik dok cakap dia tak sabar nak ke sekolah. Dia kata dia rindu nak jumpa kawan-kawan yang dah lebih sebulan dia tak jumpa. Keseronokkan memang jelas kelihatan pada wajah dia pada pagi tu.

Masa kami sampai perhimpunan pagi sedang berlangsung. Afif agak cuak ketika ni. Dia langsung tak nak masuk barisan walau dia dah nampak kawan-kawan dia. Dia takut kena marah dengan cikgu sebab dia sampai lambat. Puas dok yakinkan dia yang cikgu tak marah. Tapi dia tetap nak berdiri sebelah YY. Kuat dia genggam tangan YY. Takut betul dia. Wajah ceria bertukar jadi mendung. Silap haribulan mau hujan lebat.

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Perhimpunan pagi pertama bagi sesi persekolahan 2016
"Afif tak tahu kelas Afif. Mama tunggulah sini" kata dia dengan nada yang sangat sebak. Tu kalau kena sergah, confirm menangis. Hehe!

So YY pun terangkan yang dia masih duduk di tingkat yang sama, cuma kelas sahaja yang berlainan. Entah berapa kali dia dok hafal nama kelas dia pagi tu. Kelakar pun ada juga. Demi anak, temankan jugalah dia naik ke kelas pagi tu. Tapi the moment dia jumpa kawan-kawan dia, lupa terus dah YY. Siap suruh YY balik lagi. Sabar ajelah!

YY, MyChintaHati dan Aisyah terus balik lepas tu. Lagipun pembayaran yuran tidak dibenarkan dibuat ketika sesi pembelajaran. Kena tunggu habis kelas. Ramai parents lain tak tahu yang sesi pembayaran yuran sudah bermula pada hari sebelumnya.

Banyak kepincangan dari segi pengurusan di Sekolah Agama yang YY perasan kali ni. Tunggulah mesyuarat PIBG nanti, YY akan voice out semua yang terbuku untuk kebaikan bersama (^_^)

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Masa ni mendung sudah mula berarak. Hehe!

Sesi petang untuk Sekolah Kebangsaan agak smooth dari sudut pandangan mata YY. In fact, details yang perlu parents tahu sudah dimaklumkan di dalam group Telegram PIBG sekolah. Mungkin juga pengalaman selama seratus tahun cukup mematangkan pihak pengurusan sekolah. Tahun ni nampak gayanya pelajar Tahun Satu lebih ramai berbanding tahun lepas. Memang kawasan dataran penuh dengan pelajar dan parents.

Tahun ni YY tak perasan kot ada budak yang buat drama macam tahun lepas. Mungkin sebab lebih fokus pada Afif yang sudah berada di Tahun Dua.

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Cuaca agak panas ketika ni. Tak nampak muka ceria Afif

Pembayaran yuran telah selesaikan, even kedudukan kelas telah kami ketahui sejak dari awal lagi. So agak senang sikit urusan kami pada petang tu. Masa dalam barisan ni YY dah maklumkan Afif yang YY tak akan tunggu dia, YY akan terus balik. YY just nasihatkan untuk ikut nasihat cikgu dan tempat yang perlu ditunggu ketika balik nanti.

Tapi dalam diam YY mengikut dia dari belakang. Bimbang juga kot dia sesat. Nama pun Mama kan. Semua benda dok runsing. Lagipun  kelas dia tahun ni terletak di tingkat paling atas. Gerun juga dengan bebanan beg dan sebagainya.

Bermulanya Sesi Persekolahan 2016 Bagi Afif
Afif kena banyak exercise tahun ni (^_^)

Dari luar tingkap YY perhati di mana dia duduk dan dengan siapa dia duduk. Afif langsung tak perasan YY yang berada di luar ketika tu. Yakin dia dalam keadaan baik, YY terus balik. Ada banyak urusan juga nak settle selepas hantar Afif sekolah tu.

Afif balik aje YY cakap YY tahu dia duduk dengan siapa dan di bahagian mana. Kagum dia bila YY cerita camtu. "Camne Mama tahu? Hebatlah Mama!" tanya Afif dengan nada teruja. "Mama tahulah! Mama kan ada kuasa magic!" jawab YY penuh confident. Padahal sampai berpeluh ketiak siap dengan mengah dok turun naik tangga. Hehe!

So begitulah permulaan sesi persekolahan 2016 bagi Afif. Hopefully dia mampu mengekalkan momentum elok tu sehingga ke hujung tahun. As for Aisyah, YY cerita dulu sebelum ada yang bertanya. Kami suami isteri sepakat untuk tidak menghantar dia ke Tadika pada tahun ni. Usah ditanya kenapa. Yang pasti kita sebagai parent mahukan yang terbaik buat anak-anak kita (^_^)

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY untuk kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

36 comments:

  1. anak saya pun kalau saya bgtau saya tahu sekian2 dia akan rasa takjub sangat. hahah padahal kita wasap dengan cikgu dia, itulah tahu banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun budak kan
      diorang tak tahu kita dapat info dari sumber lain
      tapi reaksi diorang bila kita tahu tu, priceless...haha

      Delete
  2. banyak yang perlu diperbaiki pengurusan sekolah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah agama aje
      so far sekolah kebangsaan okay
      sangat mesra parents

      Delete
  3. All the best afif..selamat meneruskan sessi 2016.

    ReplyDelete
  4. Comelnya bila Afif tanya "camne mama tahu" and cakap "hebatlah mama" tu. Sengih sorang2 pulak saya yg baca. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nama pun budak ana.
      dia punya level kagum tu melangit
      padahal benda biasa aje...haha

      Delete
  5. Sekolah anak saya 3 hari sebelum buka ekolah ibu bapa dah boleh buat bayaran yuran dan buku2..kiranya hari pertama sekolah tu memang budak2 je la yang pi..mak ayah tak payah tunggu.yang darjah satu pun sama..mak ayah tak digalak kan tunggu anak.sebab masa orientasi dah ajar semua datang2 terus masuk kelas .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah kebangsaan camtulah diana
      tapi sekolah agama langsung tak tahu
      dia tak maklumkan...payah sikit lah
      idak takdelah banyak sangat urusan

      Delete
  6. Salam 2016 YY....lama tak singgah sini.... Sihat ke?
    Biasalah budak budak sekolah rendah lagi, mak pak mmg akan bizilah first day school.

    Afif pun dah makin besar, dah tak takut lagi nak ke sekolah. mama dah lega banyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah OKje, paham
      saya pun baru ni dapat BW setelah sekian lama

      tulah kan. sebab anak2 belum pandai mengurus sendiri
      alhamdulillah dia senang sikit banding masa tadika dulu
      kira pengalaman masa tadika memang membantu
      idaklah dia meraung cam dulu. lega banyak kat situ

      Delete
  7. Semoga berjaya dan terus bersemangat ye afif.

    Biasalah mak2 ni memang risau terlebihkan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kak..aamiin
      haha. nama pun mak kan. mana tak risau

      Delete
  8. salam, muka afif yng atas tu comel sangat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      muka ceria nak p sekolah gitulah =)

      Delete
  9. Replies
    1. mudah-mudahan yana
      so far ok lagi semangat dia

      Delete
  10. kak! tengok baju budak perempuan tu teringat sekolah menengah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas akak dok scroll...entah budak perempuan mana ko dok kata ni

      Delete
  11. Assalam. Kadang makpak yang terlebih risau, sebenarnya anak ok je..

    ReplyDelete
  12. Afif pun nampak semakin besar dan matang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bunda
      dia dah boleh mengurus diri sendiri

      Delete
  13. Nak juga tau kenapa Aisyah tak pergi tadika tahun ni? Nama pun besankan, mestilah nak kepohci sikit ^_^

    Kenapa ya YY budak Tahun 2 duduk kat tingkat paling tinggi? Sememangnya untuk sesi petang, pelajar senior sekolah tu murid Tahun 2 ke?

    Nasib baiklah tahun ni saya tak tergerak hati nak menyibuk kat kawasan sekolah anak bujang saya. Maklumlah anak bujang dah masuk Tahun 4, selain daripada kemungkinan besar anak bujang akan malu dengan kehadiran Mommynya di depan pintu kelas, Mommy pun sebenarnya malu juga nak berada di situ. Kang kena halau dengan cikgu kang, lagilah malu ^_^

    Nasib baiklah kelas anak saya di tingkat 2. Hari-hari 'meringkuk' badan bawa buku bukan main banyak walaupun ikut time table! Kalau lagi tinggi, mahu saya pindahkan sekolah. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dah kata tak boleh bagitau dia tau juga
      PM tepi kalau nak tahu...hehe

      saya tak pastilah MD
      takde jawapan tu soklan tu
      memang kelas dia tingkat atas sekali
      kerap juga ngadu sakit kaki...dah beg dia berat
      kalau balik tu memang tunggu dia tepi tangga
      bukan apa, risau!

      anak saya kecik lagi
      so far takde menunjukkan rasa malu tu
      lagi dia suka adalah

      tapi sekolah rendah memang buku banyaklah
      ikut jadual pun berat juga
      saya pun tak larat nak angkat

      Delete
    2. Kita WA ajelah nanti yerk! Maklumlah bakal besan prihatin katanya. Hahaha!

      Kalau anak saya yang bersaiz besar tu pun meringkuk angkat beg sekolah, inikan pulak si Afif. Beg sekolah mereka ni walaupun ikut jadual waktu, tetap maintain tau berat batu-bata dalam beg tu! Konpiuslah apa gunanya jadual waktu tu!

      Delete
    3. amboi...bersungguh nak tahu tu
      ni yang seram ni...hehe

      kan...saya pun dok pikir benda yang sama
      tu ikut jadual dah berat semacam
      rasa cam kesian aje dok tengok diorang dok pikul beg berat gitu
      tak paham apa relevan guna jadual waktu kalau gitu

      Delete
  14. ni baru sekolah agama.sekolah rendah pulak?

    ReplyDelete
  15. eh sesi pagi sekolah agama..sesi petang sekolah rendah..
    abang afif dah besar..aisyah macamna? teruja tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...lain sikit sesi dia. tapi bagus juga.
      sebab sekolah agama masuk lambat sikit
      so dia takdelah buat perangai sangat

      aisyah gitulah. dia memang manjang excited! hehe

      Delete
  16. Singgah bw walau byk yg ttinggal ni. Hehehe.

    ReplyDelete
  17. Ibu memang terlebih excited kalau anak baru nak mula masuk sekolah kan? Sama la macam MV juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mana2 ibu pun gitu MV
      diorang terlebih excited banding anak sendiri...haha

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...