Selamat Menyambut Syawal 1436H!

2:16:00 pm Yana Yani 40 Comments

Alhamdulillah hari ni kita semua sudah pun berada di dalam Ramadhan yang ke 27. Terasa sedih sebab Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Entah ketemu lagi Ramadhan akan datang.

Apapun YY berharap agar segala amal kebaikan yang kita sudah lakukan sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh DIA yang SATU. Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik! (^_^)

Tujuan YY menulis entry hari ni hanyalah untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 1436H!

Wish awal sikit sebab lepas ni tak belek dah blog untuk beberapa ketika. YY agak sibuk dengan persiapan Raya yang masih lagi lompong di sana dan di sini.

Korang pula amacam dengan persiapan Raya? Mesti settled dah kan?

Untuk anak-anak YY semua dah settled. Tapi untuk YY dan MyChintaHati semua pakai hak yang lama. Salah satu cara melakukan penjimatan dalam keadaan ekonomi sekarang (^_^)

Kuih raya pun tak beli lagi ni. Nampak orang lain dah banyak dok update pasal kuih raya hak yang dibeli or buat sendiri. YY satu apapun tak ada lagi ni. Ikut hati nak beli aje. Senang!

Tapi tahun ni MyChintaHati galakkan YY buat sendiri. Lagipun oven dia dah belikan. Dia takut oven tu bini dia yang comel ni buat perhiasan aje. Hehe!

Untuk seketika juga segala aktiviti blog walking ditangguhkan ye. Insya ALLAH bila semua dah stabil, YY akan kembali melakukan blog walking seperti biasa.

Sebenarnya YY dah dalam mood Raya ni. Nak buat kerja pun malas. Besok last day bekerja sebelum cuti YY bermula. Malas sungguh nak mengadap kerja ni. Terpaksa juga cekalkan jiwa. Hehe!

So dikesempatan ni YY nak mohon maaf di atas segala kesalahan YY sama ada melalui bentuk penulisan atau percakapan. Manalah tahu kot ada gurauan yang telah buat hati terluka.

Siapa yang tinggal berdekatan di rumah YY, moh ler ke rumah. YY hidangkan biskut kering aje. Hehe! YY tahun ni tak dapat balik ke Kuala Lipis seperti yang dirancang. Sedih.

Nak buat macamana kan? Kita merancang, ALLAH yang tentukan.

Apa MummyDearie? Tak usah gelak guling-guling baca cerita ni ye. I nampak apa you buat tu okay! Sudah! Berhenti gelak! Kurang pahala puasa tu nanti! Ish!

For those yang balik ke kampung halaman, Berhati-hati ye di jalan raya. Tak usah terkejar-kejar! Tak lari ke mana kampung tu.

Okaylah korang. YY minta diri dulu.

YY dan seluruh ahli keluarga kecil YY sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA! (^_^)

P/S - Afif dan Aisyah pesan suruh minta duit raya. Diorang kata klik banner kat blog ni pun diorang dah bersyukur sangat! Diorang katalah, bukan YY kata. YY sampaikan pesanan aje (^_^)

40 comments:

  1. Laa... kita dah gelakkan lama dulu bila dapat tahu tak dapat balik kampung. Itulah orang dah kata, jangan gelakkan orang. Kan dah kena. Hahahaaaaa.... oppsss!

    By the way, kita dah raya dah pun. Anak bulan Syawal nampak sepanjang minggu terakhir bulan Ramadhan dah! Bolehkan gelakkan orang kalau nak? Tak kurang pahalakan.... ~_^

    Saya ni pulak memang dah 99.9% kata raya kat KL tetiba HD kata apa kata pulang ke kampung less than 24 jam pastu balik KL pulak. La... sama macam tak balik kampung. Buat tambah jem jalan jerk nak buat apa! So, kita masih tak pasti nak balik kampung ke tidak.... Kalau tak balik, marilah YY kita sama-sama menggoogle resepi untuk juadah di pagi raya kita nanti. You nak masak apa - ketupat ke lemang? I ambil yang instant aje... nasi impit ~_^

    Eh, lupa pulak!

    Salam Aidil Fitri buat YY sekeluarga! Buat Afif dan Aisyah, kalau suruh klik sini, itu emaknya yang minta duit raya bukan anak-anak punya angkara. Pandai sungguh mengauta tau ^_^

    Kira kosong-kosonglah yerk. Kalau tak balance tu, berat belah mana tu kira kita balancekan ajelah sempena raikan Syawal ni. Maaflah kalau ada kata-kata yang keterlaluan, usik mengusik yang tanpa sedar melukakan hati ketika mengomen. Itu sekadar nak bermesra sesama kawan alam maya jerk. Takda niat nak sakitkan hati orang ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen paling win setakat ni! dah macam buat entry ni
      kena charge lain kali ni...oh don't worry, harga termasuk GST...hehe

      samalah saya pun MD, raya juga dah. anak bulan nampak dulu
      tu yang sonok aje nyopping lagi sebab dah raya kan...hehe

      rasa nak menangis bila last minute dikhabarkan tak dapat balik pahang
      tapi nak buat camne kan...ikut ajelah walau sayu....hati ni makin sayu!
      tetiba menyanyi plak..hehe

      walau tak paling pahang, saya balik rumah FIL.
      tak ada masalah bab masak sebab saya tukang makan aje! hehe
      cuma tak seronok sebab keluarga saya semua kat pahang tahun ni

      ye MD, samalah kita ye. saya ni pun kadang kalau dapat bercakap...lepas aje
      tak reti langsung nak full stop plak tu...minta maaf ye
      kalau senang, moh ler ke rumah. bawa ler MIL u tu sekali
      nak try cakap uzbek dengan dia...hehe

      Delete
  2. Selamat hari raya sis YY . maaf zahir dan batin. Buat kuih raya tu molek2 nah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ain!
      samalah kita ye =)
      hehe...tak usah risau! cuma takut jadi keras aje nanti...hehe

      Delete
  3. Selamat hari raya YY. Salah silap mohon maaf ya. Dah lama tak singgah sini dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya KM! samalah kita ye
      takpe...faham KM sibuk =)

      Delete
  4. Selamat Hari Raya YY
    done follow back :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri kak YY
    eheheh awal nauu
    ayu tak cuti awal pon
    selagi boleh hadap kita hadap
    persiapan pon takde lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ayu!
      mesti! semangat nak raya ni! hehe
      samalah ayu dengan akak, entah bila nak buat ntah =)

      Delete
  6. Selamat hari raya ye sis.. minta maaf jugak kalau ada komen yg mengakiti hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat harui raya shida!
      shida tak buat salah apapun kat saya =)
      kosong-kosong ye

      Delete
  7. Allahuakbar... mmg kejap je masa berlalu kan yana... apa pun selamat hari raya aidilfitri yana. mohon maaf mana salah silap akak sepanjang perkenalan kita.. moga persahabatan kita smpi ke Jannah... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak? pejam celik tinggal beberapa hari aje nak raya
      akak tak ada salah pada saya pun kak
      amin...itulah harapannya =)

      Delete
  8. Selamat Hari Raya YY...
    Dan selamat buat biskut raya jugak... tapi mmg puas hati kalau dapat buat biskut sendiri.. berbaloi baloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari kak!
      hehe...tak ada masalah sebenarnya nak buat
      cuma dah lama tak buat aje sebab baru ni ada oven =)

      Delete
  9. YY, hadiah kupon tu aida da terima. tq.
    salam aidilfitri dari aida juga.
    moga ceria gembira di hari raya ye YY.

    yes, meskipun blog aida on dgn entry baru, tapi blogwalking maybe terhenti beberapa hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dah ye? enjoy ye =)
      salam aidilfitri buat aida sekeluarga ye

      Delete
  10. Selamat hari raya yana..mohon maaf andai tersalah kata terkasar bahasa semasa akk komen dlm blg yana ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya kak! samalah kita ye kak
      kot ada salah silap tu, mohon ampun
      yok ke rumah =)

      Delete
  11. Selamat hari raya YY...
    Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya cikgu maria
      kosong-kosong ye =)

      Delete
  12. tak sure dah wish belum, tapi nak wish jugak..Selamat Hari Raya kak YY.mohon maaf kalau ada salah silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya sal!
      samalah kita ye kot ada salah silap selama ni =)

      Delete
  13. Walau terlambat tetap juga nak wish selamat hari raya. Masih sempat g kan,ini kan syawal. Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada lambat kak
      raya kan sebulan =)
      selamat hari raya juga untuk akak sekeluarga ye =)

      Delete
  14. salam aidil fitri ... mohon maaf zahir dan batin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidilfitri vee =)
      samalah kita ye

      Delete
  15. selamat hari raya aidilfitri YY....maaf kalau ada kekhilafan yerrr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya deanna =)
      samalah ye....kot ada salah silap ye

      Delete
  16. Selamat hari raya kak yana.
    baru sempat jenguk blog akak.
    kemalasan sikit nak ngadap blog lepas kahwin ni. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ana!
      tak mengapa. akak pun sibuk sikit lately
      baru kawin memang semuanya manis lagi yang =)

      Delete
  17. salam aidilfitri YY
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  18. Laaaaa...kita tak wish lagi. Masih belum terlambat lagi ni ☺

    Selamat hari raya Yana & family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tak apa-apa, raya sebulan =)
      selamat hari raya tuk fiza juga ye =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...