Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

7:17:00 am Yana Yani 40 Comments

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam | Sejak bermula puasa, antara entry yang paling popular di dalam Diari Seorang Mama adalah Iftar Di Dataran Shah Alam. Ramai rupanya mencari maklumat mengenai iftar di tempat terbuka ni.

Iftar atau berbuka puasa secara santai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam kehidupan YY. Ia sesuatu yang rutin atau lebih tepat, tradisi. Even sebelum berkahwin pun YY dah agak kerap melakukannya. Bezanya dulu dengan kawan-kawan, sekarang pula dengan keluarga kecil kami (^_^)

Kalau nak ikut pengiraan tahun, dah cukup sedekad YY berbuka di sini. Dalam sebulan puasa tu, mesti kena ada sekali berbuka di sini. Kalau tak, rasa macam tak seronok. Dulu orang tak ramai, kosong aje. Hanya ada segelintir yang berbuka di sini. Tapi sekarang tempat ni penuh dengan orang terutama ketika cuti hujung minggu.

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Persedian utama untuk ke sini adalah korang perlu buat decision sama ada nak masak sendiri atau pun membeli di bazar yang terletak di kawasan berhampiran. Kalau keluarga YY, kami lebih suka membeli di bazar. Mudah dan sekaligus meringan kerja YY. Hehe! Bazar paling hampir dengan Dataran Shah Alam ini adalah di Kompleks PKNS.

Tips seterusnya adalah menyediakan peralatan asas seperti alas untuk duduk sama ada tikar atau paling mudah, gunakan sahaja surat khabar lama. Kalau YY memang biasanya hanya menggunakan surat khabar lama. Tak payah rungsing nak cari tikar yang ada kemungkinan perlu di cuci selepas penggunaan.

Tapi tahun ni kami hanya duduk atas rumput sebab berbuka di sini tanpa dirancang (^_^)

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Selain itu, korang perlu sediakan air mineral secukupnya untuk memudahkan korang basuh tangan. Ada tempat untuk basuh tangan, tapi agak jauh. Tak berbaloi kalau setakat nak basuh tangan aje. Korang juga boleh sediakan sudu, garfu, pinggan mangkuk, cawan dan sebagainya. Ikut kesesuaian makanan yang korang beli atau bawa.

Sekarang kalau beli makanan di bazar ada disediakan makanan atau minuman di dalam bekas. Senang. Kalau dulu, susah giler! Nak beli air dalam cawam macam mission impossible! Mungkin peniaga sekarang sudah alert dengan konsep berbuka secara santai ni.

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Tolong juga sediakan plastik sampah. Di kawasan sekitar memang ada banyak tong sampah disediakan. Tapi dia tak dapat menampung sampah yang terlalu banyak. Kadang kesian dengan azab yang terpaksa dilalui oleh tong sampah. Mulut dia dah penuh, korang sumbat juga! Kalau dia boleh bercakap, memang habis segala kata carutan keluar. Confirm!

Bab kawasan untuk bersolat, tak usah risau. Masjid Negeri terletak dekat sebelah aje. Boleh sangat nak berjalan kaki. Tapi kalau rasa susah juga, kawasan untuk solat ada disediakan. Telekung dan sejadah juga ada disediakan. Agak selesa sebab semua kemudahan dijaga dengan baik. Tinggal nak buat dengan tak nak buat aje (^_^)

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Apa yang seronok apabila berbuka di sini adalah kita semua seolah seperti berada di dalam sebuah keluarga yang besar. Itu yang buatkan berbuka di sini sebagai satu keseronokkan. Makan pun rasa berselera bila dah ramai-ramai macam ni (^_^)

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Afif dan Aisyah juga bebas apabila berbuka di sini. Seronok aje berlari ke sana ke mari. Kalau bernasib baik, diorang akan berjumpa kawan baru. Kalau dah lepas bebas macam ni, memang tak adanya diorang nak pedulikan Mama or Papa diorang. Sibuk dengan main aje. Tapi YY pun rasa seronok tengok diorang happy (^_^)

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Kalau sesiapa yang belum pernah cuba berbuka dengan cara begini, YY sangat recommend korang buat sebab ia sememangnya seronok! Tapi semua ni bergantung kepada individu. Kadang keseronokkan YY belum tentu keseronokkan yang sama pada korang. Level kepuasan untuk berseronok adalah berbeza bagi setiap individu. So find your own happiness (^_^)

Gambar bawah ni YY sengaja tempek sebab nampak macam cantik aje. Pandaikan YY snap gambar? Pujilah! Pujilah! Hehe! Guna kamera cap ayam aje tu (^_^)

Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

P/S - Ramadhan dah semakin hampir meninggalkan kita. Entah ketemu ke tidak Ramadhan yang akan datang. Terbaca status di Facebook isteri jiran YY yang meninggal baru-baru ni. Dia letak gambar dia dan keluarga lengkap berbaju raya pada tahun lepas dengan caption, "Tak sangka raya tahun lepas adalah raya terakhir kita bersama"

Tiba-tiba mata YY masuk habuk. Sedih!

40 comments:

  1. salam ramadhan, meriahnya buka puasa kat padang tuuu ;p

    ReplyDelete
  2. best juga berbuka santai macam ni kan, akak tak pernah lagi berbuka macam ni, nanti kalau ada rezeki kita boleh la berbuka sama-sama disini kan...inshaAllah andai umur panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak. saya memang biasa buat macam ni
      sesekali sekala cubalah.
      great idea! boleh sangat! arrange date =)
      mychintahati keja shift, bukan semua hari dia ada =)

      Delete
  3. ala,sedihnya baca ending entry ni..apa-apa pun, nak puji kak YY tangkap gambar, memang cantik..sila kembang! bab solat tu setuju sangat-nak dengan tak nak je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko buat akak senyum sampai ke telinga pepagi ni sal
      hehe...ni nak kena bagi duit raya ke apa ni?

      tulah kan, kesian isteri dengan anak-anak yang dia dah tinggalkan
      dulu kerap nampak dia dekat luar dengan anak-anak, sekarang dah tak ada.
      akak tu banyak terperap dalam rumah. kesian.

      bab solat tu, yup! tanya hati, nak p neraka ke nak p syurga =)

      Delete
  4. bestnya berbuka santai cmni..lagi2 ada anak2 kecil seronokla diorg..open air sesekali mmg best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! cuba sekali sekala
      nanti boleh tau nikmatnya. rasanya kalau dah p sekali
      nak p lain kali...hehe =)

      Delete
  5. penulisan akhir tu :'-C

    hargai lah masa bersama keluarga tika ada kesempatan bersama kan...ajal tak kenal usia...kita hanya pinjaman..

    ReplyDelete
  6. Aduh, YY ni... tengah ralit menongkat dagu sambil baca cerita tetiba buat hidung kita merah pulak! Yalah, ajal maut, jodoh pertemuan bukan dalam tangan kita!

    Kalaulah dekat dengan rumah, teringin juga merasai pengalaman berbuka beramai-ramai di tempat lapang begini. Segala kemudahan pun ada, takdalah susah hati itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Antara nak dengan tidak je bak kata YY tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, takdir sesorang. ALLAH dah tentukan segalanya
      sapelah kita nak persoalkannya

      memangs egala kemudahan ada MD
      nak dengan tak nak aje buat =)

      Delete
  7. Bestnyer sis..sukanya kalau dapat buat mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat kak
      kalau dekat kawsan akak tu, cari kawasan reaksi
      seronok tau berbuka camni =)

      Delete
  8. asben saya tak berapa minat berbuka tempat terbuka camni so takde change la nak rasa berbuka kat padang macam ni tapi kalau picnic tu ok pulak kat padang2 camni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lain orang lain keseronokkan dia suria

      Delete
  9. masa bujang dulu pernah la..tapi sejak dah ada anak dan suami tak pernah lagi berbuka macam ni..best nya..suami saya bab2 ni dia tak berapa suka la..dia tu lelaki tradisional..bebuka kena kat rumah bersama2 di meja makan..huh!!!hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya alahmadulillah, sekepala dengan mychintahati dalam banyak hal
      memang biasa buka tempat gini
      tapi kalau kat restoran dia tak suka =)

      Delete
  10. Tak pernah lagi berbuka tempat terbuka camni.. Tunggu anak besar sikit la kot kan... Anak kecik ni tak sesuai plak g tempat camni waktu maghrib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa nanti cubalah
      saya dulu anak kecik pun hurung juga maria...hehe
      tapi yelah, orang tua kata tak elok

      Delete
  11. best jer tgk berbuka ramai2 cenggini kan..ala2 berkelah gitu....tpt nk solat pun dekat....yg ptg..sama2 kena jaga kebersihan kat situ kan......

    pssttt...gbr dr camera cap ayam tu chantek....hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best deanna! terasa seronok sangat n meriah!
      kemudahan semua ada sebenarnya. cuma kalau tak biasa, mungkin kekok
      betullah tu, kebersihan tu tanggungjawab bersama =)

      cantik kan? dah agak dah! hehe...ketawa takbur! =)

      Delete
  12. Assalamualaikum…

    Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat yana sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

    Terlebih bias tutur bicara,
    Disimpan jangan ampun dipinta,
    Syawal dinanti akan kunjung tiba,
    Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

    Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam lieya

      selamat hari raya buat lieya dan keluarga juga ye.
      alamak lieya jual pantunlah! ok...saya cuba jawab ye
      salah jangan gelak tau =)

      sebulan sudah kita berpuasa
      syawal dinanti bakal menjelma
      mohon maaf juga atas segala dosa
      ikhlas dari saya yang comel sentiasa

      wahaha! macam tak kena! tapi lantaklah!
      selamat hari raya lieya and have a safe journey ye =)

      Delete
  13. wah! menarik nyer....
    tak pernah lagi aida & mr.asben berbuka gini tau.
    may be tunggu izzat besar skit.
    ditakuti kalau gi skang, busy mengejar dia aje ha ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah aida
      kalau saya memang saya biar aje anak-anak saya berlari
      sebab tempat ni luas. diorang pun tak berapa berani jauh dari saya =)
      one day nanti cubalah ye =)

      Delete
  14. Cantiknya gambar.. I kalau kat sini, buka tepi pantai.. syok ja, berbuka ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni yang buat senyum meleret ni! hehe
      i dah kata...i pandai snap gambo...hehe! ketawa riak lagi =)

      buka tepi pantai tak penah, jauhlah kat sini
      paling dekat pantai remis, tapi takut plak ke sana kalau malam =)
      tapi memang seronok kan =)

      Delete
  15. mmg seronok sesekali berbuka tmpat terbuka mcm ni..thn ni lya x bkesempatan lgsung bebruka kat padang... lg pon kat sini kerap hujan petang...

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lya? rasa meriah sangat!
      yeke? sini panas aje. last couple of days yang start hujan

      selamat hari raya buat lya dan keluarga juga ye =)

      Delete
  16. kalau tau kak YY mai sini leh jumpe sini
    ayu pon sllu gak datang sini
    cume tahun ni tak singgah pon sebab susah cari masa nak buka luar dgn asben

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu selalu ke sini ke?
      akak memang selalu juga kat sini ayu
      suka dok tengok orang reramai camni =)

      Delete
  17. sebak baca pasal jiran yana tu... kita ni pun tah bila n macam mana perginya... :,(

    dulu masa duduk di kuantan ada juga berbuka di padang cam gini... mmg syok la ramai2. yg tak best tu mmg satula.... tang sampah... kesian tong yg dah penuh still disumbat sampah. huhuhu

    gambar last tu mmg cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak. ajal dia gitu tinggal isteri dan anak-anak yang maish kecil

      seronok kan kak? ye bab sampah tu setuju sangat. selagi boleh sumbat dia sumbat
      padahal tak salah pun kalau bawa balik. tak pun ikut elok2 letak tepi
      mudah kerja orang nak lakukan pembersihan nanti

      yeke? ni yang kembang semangkuk ni dibuatnya. hehe

      Delete
  18. ramai gak yg berbuka di situ . dah lama tak gi PKNS yg meriah bila nak raya tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai vee! memang kompleks PKNS meriah tiap kali raya
      kalau bukan raya, sunyi sikit =)

      Delete
  19. Gambar last tu memang cantik.
    klu kat kelantan, sy lebih suka join madinah ramadhan.
    buka puasa ramai2 then solat jemaah beramai2.
    tradisi di kelantan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan? hehe...mula nak melompat aje rasanya ni =)

      yeke? kat sini pun ada. akak tak penah cuba aje =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...