Shopping Raya Di Saat Akhir
YY bukan jenis manusia suka buat kerja di saat akhir sebab YY tak pandai nak overcome stress bila dok kalut dengan kerja yang di lakukan pada saat akhir.YY lebih suka semuanya dirancang awal. Tapi semuanya berbeza apabila YY berkahwin sebab MyChintaHati bukan seorang manusia yang gemar merancang.
Dia suka lakukan hampir kebanyakkan benda pada saat akhir. Bezanya dia relax aje, YY yang macam nak putus nafas nak cope dengan dia punya relax tu. Hehe!
Kebanyakkan rakan blogger YY nampak hampir selesai melakukan persiapan menyambut Syawal. Kami sekeluarga pula baru aje bermula Sabtu baru ni. Tu pun tak settle lagi.
Shopping untuk persiapan Raya pada saat akhir ni memang rata-rata sedia maklum betapa sesaknya. Itulah yang kami hadapi pada hari tersebut. Ya ALLAH, ramainya orang!
Nak bergerak pun payah. Tapi MyChintaHati kata, macam ni baru rasa feel nak Raya. Itupun kami dah keluar awal menuju ke destinasi pertama di GM Klang.
Gambar dekat bawah ni adalah satu-satunya gambar yang YY sempat snap di situ. Lagipun kami baru aje sampai. Afif tengah excited nampak baju Ultraman.
Lama juga kami di situ. Melangkah dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Penat tak usah cakaplah. Mujur duduk dalam air-cond.
Kalau tak, faham-faham sendirilah ye (^_^)
Lama juga kami di situ, hampir lima jam berjalan mengeliling GM Klang. Lepas tu kami bergerak ke Giant Setia Alam sebab MyChintaHati kata nak cari kasut untuk budak-budak.
Malangnya tak ada satu pun yang menarik perhatian kami walau budak-budak kata cantik aje. Hehe! Kami kemudiannya ke Bata berhampiran kawasan perumahan kami.
Sebelum tu balik dulu simpan barang.
Gambar dekat atas mood Aisyah tengah baik. Ceria aje nampaknya sebab baru lepas melanyak ayam goreng dekat Giant Setia Alam. Lupa nama restoran tu (^_^)
Lepas dia nampak Abang dia dah dapat kasut, dia mula buat perangai. Bukan tak nak beli. Dah design kasut tu tak menarik di mata kami suami isteri, nak buat macamana kan? Hehe!
Mulalah Aisyah buat cerita telenovela di khalayak ramai. Sepanjang perjalanan dia dok kata, "Adik nak tacut! Uwaaahhhh"
Kami buat tak tahu aje dia menangis. Akhirnya dia diam juga. Hehe! Kami bercadang nak berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sempat singgah di dua bazar berdekatan.
Memula pergi ke bazar berhampiran i-City di Seksyen 7 Shah Alam. Tak beli apa pun kat sini. Pening dok tengok ramai sangat orang.
Lepas tu pergi laman letak kereta di Stadium Melawati di Seksyen 13. Dekat sini terpaksa juga beli sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka.
Cerita pasal kami berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan YY cerita kemudiaan ye. Lepas aje dah berbuka dan buat apa yang patut, kami ke Plaza Alam Sentral pula .
Cadangnya nak cari baju Melayu dan baju Kurung untuk Afif dan Aisyah. Baju memang ada banyak, tapi warna yang kami nak tak ada. Ingat nak terus ke Kompleks PKNS, tak larat pula.
Besoknya baru kami ke Kompleks PKNS. Kali ni pergi sekali dengan parent in law YY sebab diorang nak beli sekali barangan kelengkapan haji diorang.
Manusia sikit punya ramai! Seriously YY tak tahu nak beli macamana kalau dah ramai macam tu. Mujur MyChintaHati ada. Banyak dia aje yang buat keputusan.
YY pening dok tengok orang ramai gitu.
Akhirnya, semua kelengkapan Raya untuk Afif dan Aisyah kira settled! Cuma kasut Aisyah aje belum ketemu lagi. Kami suami isteri pun tak beli apa-apa lagi untuk diri sendiri.
Sabtu or Ahad ni nanti, kami bercadang ke Jalan Taiping, Klang pula. Mesti ramai orang! Nak buat macamana? Inilah yang harus ditempuh bila shopping Raya di saat akhir (^_^)
ramainya
ReplyDeletememang ramai
DeleteAi.. ini tak leh kira shopping last minute lg.. ada lagi org lain yang belum habis shopping tau.. haha.. kamila tu. Kasut r selipar baru anak2 belum lagi cari. Huhu.. minggu lepas nazif demam jadi mmg xjalan la..
ReplyDelete5jam kat GM? Hebatnya korang.. sakan shopping ke beberapa tempat tu..tapi kalau gini jalannya biasala Aisyah sikit2 menangis tu..
yeke bukan? rasa macam dah last minute sangat dah ni...hehe
Deleteni pun belum habis shopping. malam raya nak gasak lagi..hehe
tulah cikgu, tak perasan 5 jam...jalan-jalan
bila keluar tengok dah petang =)
yelah, dia penat pun satu hal tu
adeh, saya pun tak suka shopping saat akhir.tu sebab selalu siapkan sebelum puasa lagi.tapi tahun ni takde apa yang baru.pakai saja apa yang ada.kalau berkeluarga ni seronok la jugak kan sedondon berdondon..hehe
ReplyDeletenak buat camne, kena ikut suami...hehe
Deleteakak pun tak beli apa lagi untuk diri sendiri
settle kan anak-anak punya aje
diorang yang sonok nak beraya kan
lieya salah sorang yg tak suke last minit laa yana....semua siapkan sebelum puase...sebab lieya ni lembik...bulan puase jek penat letih ...nak soping tu lemau sikit...yana kire kuat gak leeee...leh harung org ramai2 gitu......
ReplyDeletealaa yg penting persiapan anak2 kite dahulu kan yana....budak2 ni yg seronok sebenarnye raya2 nieh.....kite mak pak tumpang hepi jek heheheeheh
saya pun tak suka juga, tapi ngikut suami
Deletesaya tak ada masalah, janji tempat tu tertutup
kalau panas...memang tak larat juga lieya...mau bye2 posa =)
alhamdulillah dah siap dah anak-anak punya
saya rasa tahun ni saya pakai yang lama ajelah...maleh nak beli yang baru =)
:-)) yan suka shopping sikit sikit...tak terasa duit laju keluar...
ReplyDeleteshopping akhir bimbang tak ada yang berkenan dihati...tak ada pilihan ...
hehe...saya pula sekali harung kak yan
Deletememang selalu sangat shopping last minute sejak berkahwin
nak kejar jualan murah katanya...hehe
Ramainya orang ;)
ReplyDeletewww.azlindaalin.com
memang ramai =)
DeleteAlahai YY apa nak kalut sangat! Cuba tengok saya ni, belum mula shopping lagi tau! Hebat tak hebat! Saya ingat nak cuti satu hari untuk shopping segala-galanya sampai lebam tangan bawa barang. Itu pun saya dah minta izin dengan HD nak pergi sendiri. Senang sikit nak membeli apa yang berkenan. Saya pun sebenarnya tak suka tempat crowded ni tapi kalau hajat dah tebal dalam hati, memang saya redah aje! Janji saya dapat apa saya nak!
ReplyDeleteSaya pun sebenarnya nak belikan untuk anak-anak aje. Bapaknya tak kisah raya pakai baju baru atau tidak. Bab pi solat raya, HD pakai jubah aje. Saya pulak banyak baju tak pakai lagi so anggap ajelah baju raya. Lagi pun tahun ni raya kat KL, itu yang lagi rileks. Silap haribulan masa raya kita pi melawat kawasan jerk ~_^ Yang buat saya berderau sekarang ni pasal nak masak juadah raya untuk hidangan pagi dimakan bersama-sama mak mertua! Itu ajelah yang a bit tension, tak banyak pun....
saya ingat saya sorang aje shopping last minute ni
Deleteramai juga rupanya...hehe
saya tak reti bergerak sorang. mesti nak kena ada mychintahati
lagipun dia yang banyak buat keputusan, kami mengikut aje =)
saya tak penah lagi masak tuk raya
ni kalau jadi pada diri sendiri, mau menangis dibuatnya =)
crowd nya.. xsuka laa.. I pun xsuka wat last minit.. semua kelengkapan raya kami sekeluarga dah settle awal2.. akak I lagi awal, risau sal anak2 dia buat cerita sedih baju raya xdak.. haha...
ReplyDeletePak cik baju putih tu jeling je sis ambik gambar dia.. haahaa.. sempoi je kan sis ambik gambar ramai2 camtu, klu I xkuasa nk pegang nfon dah
terpaksa ditempuh sayang wei...hehe
Deletewalau crowded sanggup ditempuh jua...hehe =)
saya bukan pegang phone ni, memang pakai kamera
tu yang dia pandang semacam gamaknya
seriously tak perasan dia pandang gitu
sebab masa ambik tu, kamera angkat atas kepala =)
kalo shopping minggu ni belum saat akhir lagi YY. minggu depan hari khamis haaa tu baru saat akhir haha...
ReplyDeletelaaa....belum ke? hehe
Deletemalam raya tu pun nak p juga KM
nak beli bunga kat jalan taiping nun...hehe
ramai betul orang dekat pkns tu kan...akak pun pening kalau nak membeli macam tu, mujur persiapan dah dibuat awal2, jadi masa pergi hari tu teman family in law, jadi takde la rasa sesak sangat sebab tak memilih barang, tengok aje dari jauh hehehe...kalau tak mau muntah akak dengan org ramai macam tu
ReplyDeleteramai kak! pening kepala sebab memang diorang pun
Deletetuju hari cuti hujung minggu nak shopping
saya belum settled sepenuhnya, banyak lagi tak beli padahal raya jumaat ni aje =)
kalau saya paling koman pun, pening ajelah
tapi dah terbiasa, kurang juga rasa pening tu
YY, terornya shopping satu hari jerk.....
ReplyDeletebelum habis lagi ni pun kak
Deletesettled tuk anak-anak aje =0
kitaorg dah shopping..letih kan dengan bersesak2..semua parent nak cari barang anak2.. jalan kiri kanan penuh org..last2 rembat beberapa pasang je utk 2hero ni..
ReplyDeletehehe...saya tak rasa letih, rasa seronok
Deletetapi pening tu tak dinafikan sebab bersesak gitu kan
banyak juga dapat rembat untuk bebudak ni
alhamdulillah, rezeki diorang despite kegawatan =)
wah...menarik ye. last minute
ReplyDeletehehe...takdelah menarik sangat MKL
Deletetapi seronok tu, memang ye =)
Hehehe.. Kathy dah siap awal² . alolo...comelnya dak kecik yg nak tacut tu..dah nangis tak dapat tacut yer?
ReplyDeletesaya ni pun belum habis lagi kak
Deletehehe...tulah. mujur dah belikan sepasang tuk dia
tu pun, tidur nak bawa juga kasut dia =)
Padatnya orang... Huhu..
ReplyDeletememang! tapi seronok
Deletebaru rasa nak raya...hehe
takpe, janji dpt apa yg dikehendaki YY.
ReplyDeleteaida sudah settle alhamdulillah.
shopping awal pun sama sesak nyer :)
tulah, alhamdulillah settled juga
Deletewalau bukan semua =)
mungkin tengok tempat kot aida
meman ramai sungguh diana
ReplyDeletetulah sebab semua pakat pergi hari yang sama
lepas tu diorang dah siap nak balik kampung kan
selamat hari raya kak..! kirim salam kat anak akak..hahaha..
ReplyDeletesibuk sikit tak sempat nak blogging..hehhee
semalam baru datang jln taiping.. datang petang mcm tu tak sesak sangat.. tp mmg rambang mata.. huhu
selamat hari raya! yeke? patut lama tak nampak
Deleteinsya ALLAH nanti akak sampaikan salam pada diorang ye
akak banyak kali lalu, tapi tak menyinggah pun...hehe
cadang besok dengan malam raya nak kasi balun kat sana =)
lya lak biasa mmg shopim awal..kdg2 tu sblm bln puasa..tp thn ni mmg sgt2 last minute..2 minggu puasa bru sempat shopim... mmg teruk lah kna lawan jam +umat manusia.. sampaikan nk parking aje 3jam mnunggu..
ReplyDeletekami plak terbalik lya
Deletelagipun suami YY suka shopping last minute
dia kata baru ada feel nak raya =)
mak ai...lamanya nak dapat parking! kami parking alhamdulillah
selit aje mana boleh! hehe! tapi umat manusia memang ramai last 2 weeks
lelaki mmg cmtu kan kak yy
ReplyDeletekalau buat kerja last minit pon still relex je macam xde ape
kite ni plak kene tanggung stress dia
heheheh
tulah diorang ni
Deletekalau kita dah tak senang duduk dah
banyak benda nak fikir..hehe
tapi alhamdulillah, berkat sifat cool dia tu, akak pun jadi cool =)
ok nampaknya husband kita dua boleh geng...! husband akak pun suka buat keje last minute... akak kalau dah last minute, mmg malas dah nak pikir... lantak la nak buat cam mana pun...
ReplyDeletekesian pulak tengok gambar aisyah nangis tu... heheheh
orang lelaki kot kak =)
Deletesuami saya ni memang suka sangat beritahu saat akhir
nak berjalan pun gitu juga, tetiba kata jom keluar
kita yang kelam kabut =)
tapi saya jadi bertenang bila nampak dia pun bertenang =)
hehe...nak tacut punya pasal tu. lagipun dia kepenatan pun satu hal
saya antara org yg suka shopping last minit sbb nakkan suasana / aura nak raya . Lagi ramai org lagi happening . Hari sabtu tu saya pergi bangi gateaway . jam nak cari parking je dah sejam . kami kat dlm tu dah berjam2 . bila keluar dalam kul 4 ptg, dah tak ramai org tapi still jam 1 jam juga nak kuar dari parking ...
ReplyDeletesaya sebelum kawin dulu tak suka
Deletetapi dah kawin mengikut suami yang suka cara begini
tapi tak nafikanlah, ada sikit feel nak raya bila nampak semua orang sibuk =)
mak ai! lamanya. saya parking alhamdulillah, mudah
nak berjalan aje cam susah sikit =)
Sy tak suka shopping last minute.
ReplyDeletecrowded sangat2.
rimas kak nak harung orang ramai mcm tu. Hahaha.
tak tenang nak memilih barang
akak pun sama ana. tapi dah kawin, ngikut suami =)
Deletememang rimas tuhan ajelah yang tahu
tapi lelama tu rasa seronok juga...hehe