Shopping Raya Di Saat Akhir

9:16:00 am Yana Yani 46 Comments

YY bukan jenis manusia suka buat kerja di saat akhir sebab YY tak pandai nak overcome stress bila dok kalut dengan kerja yang di lakukan pada saat akhir.

YY lebih suka semuanya dirancang awal. Tapi semuanya berbeza apabila YY berkahwin sebab MyChintaHati bukan seorang manusia yang gemar merancang.

Dia suka lakukan hampir kebanyakkan benda pada saat akhir. Bezanya dia relax aje, YY yang macam nak putus nafas nak cope dengan dia punya relax tu. Hehe!

Kebanyakkan rakan blogger YY nampak hampir selesai melakukan persiapan menyambut Syawal. Kami sekeluarga pula baru aje bermula Sabtu baru ni. Tu pun tak settle lagi.

Shopping untuk persiapan Raya pada saat akhir ni memang rata-rata sedia maklum betapa sesaknya. Itulah yang kami hadapi pada hari tersebut. Ya ALLAH, ramainya orang!

Nak bergerak pun payah. Tapi MyChintaHati kata, macam ni baru rasa feel nak Raya. Itupun kami dah keluar awal menuju ke destinasi pertama di GM Klang.

Gambar dekat bawah ni adalah satu-satunya gambar yang YY sempat snap di situ. Lagipun kami baru aje sampai. Afif tengah excited nampak baju Ultraman.


Lama juga kami di situ. Melangkah dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Penat tak usah cakaplah. Mujur duduk dalam air-cond.

Kalau tak, faham-faham sendirilah ye (^_^)

Lama juga kami di situ, hampir lima jam berjalan mengeliling GM Klang. Lepas tu kami bergerak ke Giant Setia Alam sebab MyChintaHati kata nak cari kasut untuk budak-budak.

Malangnya tak ada satu pun yang menarik perhatian kami walau budak-budak kata cantik aje. Hehe! Kami kemudiannya ke Bata berhampiran kawasan perumahan kami.

Sebelum tu balik dulu simpan barang.


Gambar dekat atas mood Aisyah tengah baik. Ceria aje nampaknya sebab baru lepas melanyak ayam goreng dekat Giant Setia Alam. Lupa nama restoran tu (^_^)

Lepas dia nampak Abang dia dah dapat kasut, dia mula buat perangai. Bukan tak nak beli. Dah design kasut tu tak menarik di mata kami suami isteri, nak buat macamana kan? Hehe!

Mulalah Aisyah buat cerita telenovela di khalayak ramai. Sepanjang perjalanan dia dok kata, "Adik nak tacut! Uwaaahhhh"


Kami buat tak tahu aje dia menangis. Akhirnya dia diam juga. Hehe! Kami bercadang nak berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sempat singgah di dua bazar berdekatan.

Memula pergi ke bazar berhampiran i-City di Seksyen 7 Shah Alam. Tak beli apa pun kat sini. Pening dok tengok ramai sangat orang.


Lepas tu pergi laman letak kereta di Stadium Melawati di Seksyen 13. Dekat sini terpaksa juga beli sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka.


Cerita pasal kami berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan YY cerita kemudiaan ye. Lepas aje dah berbuka dan buat apa yang patut, kami ke Plaza Alam Sentral pula .


Cadangnya nak cari baju Melayu dan baju Kurung untuk Afif dan Aisyah. Baju memang ada banyak, tapi warna yang kami nak tak ada. Ingat nak terus ke Kompleks PKNS, tak larat pula.

Besoknya baru kami ke Kompleks PKNS. Kali ni pergi sekali dengan parent in law YY sebab diorang nak beli sekali barangan kelengkapan haji diorang.

Manusia sikit punya ramai! Seriously YY tak tahu nak beli macamana kalau dah ramai macam tu. Mujur MyChintaHati ada. Banyak dia aje yang buat keputusan.

YY pening dok tengok orang ramai gitu.


Akhirnya, semua kelengkapan Raya untuk Afif dan Aisyah kira settled! Cuma kasut Aisyah aje belum ketemu lagi. Kami suami isteri pun tak beli apa-apa lagi untuk diri sendiri.

Sabtu or Ahad ni nanti, kami bercadang ke Jalan Taiping, Klang pula. Mesti ramai orang! Nak buat macamana? Inilah yang harus ditempuh bila shopping Raya di saat akhir (^_^)

46 comments:

  1. Ai.. ini tak leh kira shopping last minute lg.. ada lagi org lain yang belum habis shopping tau.. haha.. kamila tu. Kasut r selipar baru anak2 belum lagi cari. Huhu.. minggu lepas nazif demam jadi mmg xjalan la..

    5jam kat GM? Hebatnya korang.. sakan shopping ke beberapa tempat tu..tapi kalau gini jalannya biasala Aisyah sikit2 menangis tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke bukan? rasa macam dah last minute sangat dah ni...hehe
      ni pun belum habis shopping. malam raya nak gasak lagi..hehe

      tulah cikgu, tak perasan 5 jam...jalan-jalan
      bila keluar tengok dah petang =)
      yelah, dia penat pun satu hal tu

      Delete
  2. adeh, saya pun tak suka shopping saat akhir.tu sebab selalu siapkan sebelum puasa lagi.tapi tahun ni takde apa yang baru.pakai saja apa yang ada.kalau berkeluarga ni seronok la jugak kan sedondon berdondon..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camne, kena ikut suami...hehe
      akak pun tak beli apa lagi untuk diri sendiri
      settle kan anak-anak punya aje
      diorang yang sonok nak beraya kan

      Delete
  3. lieya salah sorang yg tak suke last minit laa yana....semua siapkan sebelum puase...sebab lieya ni lembik...bulan puase jek penat letih ...nak soping tu lemau sikit...yana kire kuat gak leeee...leh harung org ramai2 gitu......

    alaa yg penting persiapan anak2 kite dahulu kan yana....budak2 ni yg seronok sebenarnye raya2 nieh.....kite mak pak tumpang hepi jek heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak suka juga, tapi ngikut suami
      saya tak ada masalah, janji tempat tu tertutup
      kalau panas...memang tak larat juga lieya...mau bye2 posa =)

      alhamdulillah dah siap dah anak-anak punya
      saya rasa tahun ni saya pakai yang lama ajelah...maleh nak beli yang baru =)

      Delete
  4. :-)) yan suka shopping sikit sikit...tak terasa duit laju keluar...

    shopping akhir bimbang tak ada yang berkenan dihati...tak ada pilihan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pula sekali harung kak yan
      memang selalu sangat shopping last minute sejak berkahwin
      nak kejar jualan murah katanya...hehe

      Delete
  5. Ramainya orang ;)

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  6. Alahai YY apa nak kalut sangat! Cuba tengok saya ni, belum mula shopping lagi tau! Hebat tak hebat! Saya ingat nak cuti satu hari untuk shopping segala-galanya sampai lebam tangan bawa barang. Itu pun saya dah minta izin dengan HD nak pergi sendiri. Senang sikit nak membeli apa yang berkenan. Saya pun sebenarnya tak suka tempat crowded ni tapi kalau hajat dah tebal dalam hati, memang saya redah aje! Janji saya dapat apa saya nak!

    Saya pun sebenarnya nak belikan untuk anak-anak aje. Bapaknya tak kisah raya pakai baju baru atau tidak. Bab pi solat raya, HD pakai jubah aje. Saya pulak banyak baju tak pakai lagi so anggap ajelah baju raya. Lagi pun tahun ni raya kat KL, itu yang lagi rileks. Silap haribulan masa raya kita pi melawat kawasan jerk ~_^ Yang buat saya berderau sekarang ni pasal nak masak juadah raya untuk hidangan pagi dimakan bersama-sama mak mertua! Itu ajelah yang a bit tension, tak banyak pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingat saya sorang aje shopping last minute ni
      ramai juga rupanya...hehe
      saya tak reti bergerak sorang. mesti nak kena ada mychintahati
      lagipun dia yang banyak buat keputusan, kami mengikut aje =)

      saya tak penah lagi masak tuk raya
      ni kalau jadi pada diri sendiri, mau menangis dibuatnya =)

      Delete
  7. crowd nya.. xsuka laa.. I pun xsuka wat last minit.. semua kelengkapan raya kami sekeluarga dah settle awal2.. akak I lagi awal, risau sal anak2 dia buat cerita sedih baju raya xdak.. haha...
    Pak cik baju putih tu jeling je sis ambik gambar dia.. haahaa.. sempoi je kan sis ambik gambar ramai2 camtu, klu I xkuasa nk pegang nfon dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa ditempuh sayang wei...hehe
      walau crowded sanggup ditempuh jua...hehe =)

      saya bukan pegang phone ni, memang pakai kamera
      tu yang dia pandang semacam gamaknya
      seriously tak perasan dia pandang gitu
      sebab masa ambik tu, kamera angkat atas kepala =)

      Delete
  8. kalo shopping minggu ni belum saat akhir lagi YY. minggu depan hari khamis haaa tu baru saat akhir haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa....belum ke? hehe
      malam raya tu pun nak p juga KM
      nak beli bunga kat jalan taiping nun...hehe

      Delete
  9. ramai betul orang dekat pkns tu kan...akak pun pening kalau nak membeli macam tu, mujur persiapan dah dibuat awal2, jadi masa pergi hari tu teman family in law, jadi takde la rasa sesak sangat sebab tak memilih barang, tengok aje dari jauh hehehe...kalau tak mau muntah akak dengan org ramai macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai kak! pening kepala sebab memang diorang pun
      tuju hari cuti hujung minggu nak shopping
      saya belum settled sepenuhnya, banyak lagi tak beli padahal raya jumaat ni aje =)
      kalau saya paling koman pun, pening ajelah
      tapi dah terbiasa, kurang juga rasa pening tu

      Delete
  10. YY, terornya shopping satu hari jerk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum habis lagi ni pun kak
      settled tuk anak-anak aje =0

      Delete
  11. kitaorg dah shopping..letih kan dengan bersesak2..semua parent nak cari barang anak2.. jalan kiri kanan penuh org..last2 rembat beberapa pasang je utk 2hero ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tak rasa letih, rasa seronok
      tapi pening tu tak dinafikan sebab bersesak gitu kan
      banyak juga dapat rembat untuk bebudak ni
      alhamdulillah, rezeki diorang despite kegawatan =)

      Delete
  12. Replies
    1. hehe...takdelah menarik sangat MKL
      tapi seronok tu, memang ye =)

      Delete
  13. tu dia..ramai nya..semua nak pi beli time cuti..biasa la kena bersesak2 ni..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. meman ramai sungguh diana
      tulah sebab semua pakat pergi hari yang sama
      lepas tu diorang dah siap nak balik kampung kan

      Delete
  14. Hehehe.. Kathy dah siap awal² . alolo...comelnya dak kecik yg nak tacut tu..dah nangis tak dapat tacut yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni pun belum habis lagi kak
      hehe...tulah. mujur dah belikan sepasang tuk dia
      tu pun, tidur nak bawa juga kasut dia =)

      Delete
  15. Replies
    1. memang! tapi seronok
      baru rasa nak raya...hehe

      Delete
  16. takpe, janji dpt apa yg dikehendaki YY.
    aida sudah settle alhamdulillah.
    shopping awal pun sama sesak nyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, alhamdulillah settled juga
      walau bukan semua =)
      mungkin tengok tempat kot aida

      Delete
  17. selamat hari raya kak..! kirim salam kat anak akak..hahaha..
    sibuk sikit tak sempat nak blogging..hehhee
    semalam baru datang jln taiping.. datang petang mcm tu tak sesak sangat.. tp mmg rambang mata.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya! yeke? patut lama tak nampak
      insya ALLAH nanti akak sampaikan salam pada diorang ye
      akak banyak kali lalu, tapi tak menyinggah pun...hehe
      cadang besok dengan malam raya nak kasi balun kat sana =)

      Delete
  18. lya lak biasa mmg shopim awal..kdg2 tu sblm bln puasa..tp thn ni mmg sgt2 last minute..2 minggu puasa bru sempat shopim... mmg teruk lah kna lawan jam +umat manusia.. sampaikan nk parking aje 3jam mnunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami plak terbalik lya
      lagipun suami YY suka shopping last minute
      dia kata baru ada feel nak raya =)
      mak ai...lamanya nak dapat parking! kami parking alhamdulillah
      selit aje mana boleh! hehe! tapi umat manusia memang ramai last 2 weeks

      Delete
  19. lelaki mmg cmtu kan kak yy
    kalau buat kerja last minit pon still relex je macam xde ape
    kite ni plak kene tanggung stress dia
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah diorang ni
      kalau kita dah tak senang duduk dah
      banyak benda nak fikir..hehe
      tapi alhamdulillah, berkat sifat cool dia tu, akak pun jadi cool =)

      Delete
  20. ok nampaknya husband kita dua boleh geng...! husband akak pun suka buat keje last minute... akak kalau dah last minute, mmg malas dah nak pikir... lantak la nak buat cam mana pun...

    kesian pulak tengok gambar aisyah nangis tu... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lelaki kot kak =)
      suami saya ni memang suka sangat beritahu saat akhir
      nak berjalan pun gitu juga, tetiba kata jom keluar
      kita yang kelam kabut =)

      tapi saya jadi bertenang bila nampak dia pun bertenang =)
      hehe...nak tacut punya pasal tu. lagipun dia kepenatan pun satu hal

      Delete
  21. saya antara org yg suka shopping last minit sbb nakkan suasana / aura nak raya . Lagi ramai org lagi happening . Hari sabtu tu saya pergi bangi gateaway . jam nak cari parking je dah sejam . kami kat dlm tu dah berjam2 . bila keluar dalam kul 4 ptg, dah tak ramai org tapi still jam 1 jam juga nak kuar dari parking ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sebelum kawin dulu tak suka
      tapi dah kawin mengikut suami yang suka cara begini
      tapi tak nafikanlah, ada sikit feel nak raya bila nampak semua orang sibuk =)

      mak ai! lamanya. saya parking alhamdulillah, mudah
      nak berjalan aje cam susah sikit =)

      Delete
  22. Sy tak suka shopping last minute.
    crowded sangat2.
    rimas kak nak harung orang ramai mcm tu. Hahaha.
    tak tenang nak memilih barang

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama ana. tapi dah kawin, ngikut suami =)
      memang rimas tuhan ajelah yang tahu
      tapi lelama tu rasa seronok juga...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...