Ciri-Ciri Suami Yang Sweet

12:57:00 pm Yana Yani 46 Comments

Apakah ciri-ciri suami yang sweet? Siapa tahu? YY sengaja buka topik ni sebab baru-baru ni hangat di media sosial mengenai cerita suami seseorang yang sweet tahap diabetis katanya. 

Persoalannya, betul ke suami yang sweet adalah suami yang melafazkan rasa kasih dan sayang melalui media sosial? Pada YY, ciri-ciri suami sweet adalah subjektif.

Ianya terpulang pada pandangan seorang insan bernama isteri. Dia sendiri yang kenal luar dan dalam perangai suami dia. Malahan dia sendiri yang tahu level sweet suami dia.

Bagi YY suami yang sweet adalah suami yang setia sehingga ke hujung nyawa sepertimana sepupu Mak YY. Bukan semua suami mampu melakukan sepertimana dia lakukan.

Isteri dia disahkan menghidap kanser darah. Dia begitu setia menjaga segala keperluan harian si isteri sejak si isteri disahkan mengidap penyakit yang menggerunkan ini.

Kuatnya jiwa lelaki ini sehingga setiap ujian yang datang tidak sedikit pun merubah kasih dan sayang terhadap si isteri. Setiap ujian seperti diberhentikan kerja dihadapi dengan tenang.


Tapi ALLAH penentu segala. Walau pelbagai ikhtiar telah dilakukan, si isteri tetap pergi bertemu PENCIPTA ketika semua umat Islam masih lagi galak dengan sambutan Aidilfitri.


Inilah lelaki sweet yang sejati. Bukan setakat melafaz kasih dan sayang di media sosial tapi juga menzahirkan perbuatan yang belum tentu mampu dilakukan oleh semua suami.

Percayalah bahawa sifat ego seorang lelaki yang wujud sejak azali menyebabkan si suami agak sukar melafaz sesuatu yang dikategorikan sweet oleh si isteri .

Sebab tu tak usah mimpi diorang akan buat benda yang sama macam suami hak yang dikatakan sweet tahap diabetis tuTagged lah beribu kali pada gambar atau post pun.

Pada YY, sweet seorang suami bukan diukur melalui lafaz verbal yang mudah diolah. Tapi diukur melalui perbuatan yang agak sukar dilakonkan berbanding lafaz verbal.

Cuba kita buka hati dan minda, banyak sebenarnya benda sweet yang mereka lakukan tanpa kita sedari. Kalau kita cari kebaikan, kita pasti jumpa kebaikan walau dalam beribu kejahatan.

So buat ladies sama ada yang sudah atau bakal melalui fasa berumahtangga, berhenti mengharapkan sesuatu yang sweet dari suami orang lain ditransfer kepada suami atau bakal suami korang.

Terimalah dia, seorang suami seadanya. Percayalah bahawa jodoh yang ditakdirkan kepada kita adalah pelengkap kehidupan kita sama ada kita sedari ataupun tidak.

YAKINLAH bahawa perancangan ALLAH sememangnya yang TERBAIK buat kita (^_^)

#suamiakusweetsebabdiaimamsolataku 

46 comments:

  1. Pada saya 'sweet' seorang suami tu sangat-sangat subjektif. Walaupun ada perempuan yang rasa sweet sangat bila suami pegangkan handbag ketika berjalan-jalan, pada saya itu bukan sesuatu yang sweet. Kalau dibuat dek HD, mahu kami bertikam lidah tak henti-henti kerana tak sependapat :)

    Ada lelaki memang suka mengzahirkan kasih-sayang dengan kata-kata, ada dengan perbuatan, dan ada juga dengan menyimpan dalam hati aje rasa kasih-sayang itu dek kerana rasa ego kalau dibuat berlebih-lebihan dan ditunjukkan pada semua orang.

    Bagi saya dah 'imun' dengan suami yang tak romantik dan tak sweet ni tapi adakalanya benda kecil yang ditunjukkan/dituturkan sesekali-sekala pun dah boleh buat kita faham yang dia sebenarnya sayang sangat pada kita ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya kata terpulang pada isteri yang menilai. kita sendiri kenal suami kita.
      moralnya tak usah bandingkan suami kita dengan orang lain. tu aje
      terimalah mereka seadanya.
      yang penting kebahagian itu kekal hingga akhir hayat

      #suamiakutetapsweetwalauapadiorangkata

      Delete
  2. oh baru lagi meninggalnya...innalilillahiwainnailahirojiun...moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...tabah suami dia menghadapi segala ujian yang datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. minggu lepas. dia memang dah lama sakit
      anak kecik-kecik lagi. paling besar baya afif. kesian
      tapi yelah, ajal dia cara begitu. kita tak tahu kan
      suami dia memang saya puji sangat. bukan semua blhe buat gitu

      Delete
  3. Salam...
    Kak Azie bersetuju. Bukan semua orang boleh melakukan sesuatu perbuatan ‘manis’ yang akan diingati dan dikenang sepanjang hayat.

    Hanya kita yang melalui akan merasainya sejauh mana manisnya. Bukan hanya sekadar kata-kata. Bak tanam tebu di bibir saja. Alaahhhh setakat cakap, waktu suka memanglah apa pun boleh cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak
      betul tu. sweet tu subjektif. lain orang, lain pandangan dia.
      tapi kalau setakat berkata, memang tak sweet mana pun.
      semua orang boleh buat gitu kan =)

      Delete
  4. tak berani nak berangan nak suami macam mana, kang dapat jodoh contra.. so redha dan terima seadanya sebab kita pun belum tentu terbaik buat suami... hehe..

    camna ngan photobook, dah siap ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah shidah, kamu jumpa suami hak paling baik
      sweet tak sweet belakang cerita. yang penting dia boleh jaga shidah dunia akhirat

      jangan ditanya pasal photobook. stress! nak kena siapkan lagi 20 mukasurat
      nak pitam dah ni rasanya. suami kata padan muka
      memang padan pun muka. sape suh buat last minute...hehe

      Delete
  5. pendapat saya yg belum berkahwin ni, ramai wanita berharap nak suami sweet macam dalam drama, kat FB, macam kawan-kawan diorang, pastu kata suami sendiri tak sweet.padahal sweet tu kan subjektif, lain orang lain cara tunjukkan cara sweet.

    Abang ipar saya masa kakak saya pregnant, dia sanggup berbulan-bulan makan kat kedai sebab kakak tak tahan bau orang masak. Tak complain langsung. Tu memang sweeeeet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masalah isteri ni, nak muntah rasanya dok tengok komen-komen tu
      sesuka aje bandingkan suami sendiri dengan orang lain
      kita nampak sweet, tapi mana tahu sebenarnya tak pun.

      sebab tu akak kata cari sweet suami kita sendiri, mesti jumpa
      ni nak suh buat cam orang lain buat. memang tak akan mungkinlah
      pastu sendiri frust . facepalm betul dibuatnya

      Delete
  6. bagi saya, suami yang sweet ialah suami yang tolong isteri buat kerja umah, yang tolong jaga anak bila isteri busy & yang tolong jaga isteri bila isteri sakit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...setuju. saya juga berpendapat gitu
      lagi sweet bila tak disuruh, rela hati buat....sweet betul rasanya. hehe

      Delete
  7. suami yan seorang lelaki sweet..coz hubby sanggup berhenti kerja kerana menjaga arwah isterinya yang dulu penghidap kanser rahim..sehingga nafas terakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kiranya kak yan adalah dari perkahwinan kedua suami ye
      moga berbahagia ke jannah ye kak =)

      Delete
  8. Replies
    1. moga allahyarham berada dikalangan orang yang beriman

      Delete
  9. sweet itu berbeza setiap orang ada yang suka macam ni ada yang suka macam tu jadi apa yang penting menerima pasangan seadanya

    ReplyDelete
  10. Setiap org punya persepsi yg tak sama dlm hal suami sweet ni YY
    Sama dlm menilai hensem/macho seseorg suami yg pada kakak sangat subjektif
    Jadi pada kakaklah semua isteri merasa suami dialah yg paling sweet macam yg kakak dan YY rasa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betullah tu kak
      semua orang kata dia punya suami sweet
      tapi ada juga yang kata sebaliknya sebab
      dok buat bandingan dengan suami orang lain
      kan ke tak bagus gitu, kan kak?

      Delete
  11. suami saya dah cukup sweet..haha walaupun sweet & pahit macam minum kopi...
    psst : suami saya ada cakap hari tu, "abang geli baca status perempuan yang puji suami dia terang-terang kat fb"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah kita mar =)

      p/s: orang lelaki sendiri dah bersuara tu. suami saya pun bernada serupa dengan suami mar

      Delete
  12. kita je tau suami kita sweet ke tak..tak perlu nak canang2 kan??saya takut juga nak bagitau kat orang suami saya sweet sebab zaman sekarang perempuan2 ni ,mana yang sweet tu yang dia kejar tak kira suami orang ke tak>>walaupun suami tak layan tapi kegigihan perempuan tu buat hati risau je..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ini lagi satu baguih punya statement
      memang tepat sekali. kalau kita terlalu memuji, bimbang ada mata jahat kan
      zaman sekarang memang ada macam-macam perangai yang di luar
      kotak pemikiran manusia normal =)

      Delete
  13. Sweet tu manis kan. Jadi, rasa manis pd pasangan tu berbeza ikut mata dan hati kita...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul. ada yang suka manis, ada yang suka sedang-sedang
      dan yang sebaliknya. memang subjektif benda ni kan cikgu =)

      Delete
  14. ape yg dpt sy simpulkan hargailah orang di sekeliling kita..

    ReplyDelete
  15. Bab2 sweet & romantik ni memang subjektif. Sometimes si suami tak perlu buat benda2 besar, hebat,...tak perlu nak gerakkan gunung bagai. Simple gestures yg tunjukkan dia thoughtful dah memadai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah sangat tu kak
      memang benda ni subjektif =)

      Delete
  16. alahai sedihnya :)
    isteri yg baik utk suami yg baik.
    moga kita sama2 membentuk diri sebagai pasangan yg sweet, kan ?
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...lama dia jaga isteri dia sakit
      yup, betul tu. yang pasti sweet itu subjektif =)

      Delete
  17. syukur alhamdulillah..
    sebaik-baik seorg suami ada lah y sanggup jatuh bgn bersama psangannya..btgungjawab ats setiap keadaan y mnimpa isterinya..n sentiasa nmpak isterinya hebat, walaupon si isteri mderita sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lya. itulah suami yang sweet sebenarnya
      saya kalau teringat camne sepupu mak saya ni buat pada arwah isteri
      memang terasa syahdu sangat

      Delete
  18. sweet nya suami kita hanya kita jer tau....mgkin bukan sweet pada org lain...yg ptg sweet pada sy.....sweet ni sgt subjektif....yg ptg dpt suami yg sgt memahami dan menerima kita seadanya....hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagipun banyak keburukkan dari kebaikan
      yang pasti, suami kita, hanya kita yang tahu lebel sweet dia =)

      Delete
  19. En hubby Kathy bukanlah seorang yang romantik dan tak pandai bermulut manis namun bagi kathy dia tetap superduper sweet kerana dia lebihkan isteri dan anak² dari diri sndri. Dia sentiasa ingat tarikh penting kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting dia tetap sweet pada mata akak kan =)

      Delete
  20. selalunya suami yg mudah bermulut manis memuji atau terlebih sweet ni ada udang sebalik mee . menutup perbuatan sebenar dgn perbuatan sweet supaya si isteri percaya itulah yg sebenarnya ... x jumpa lagi mr sweet ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! hehe
      tapi memang hakikatnya gitulah kan
      insya ALLAH ada tu...mungkin belum ketemu aje lagi =)

      Delete
  21. Innalillahi wainnailaihi rojiun...AL-fatihah buat arwah. Memang sesah nak jumpa lelaki yang sweet skang ni.

    Tapi saya dah jumpa depan mata sendiri...Abang Long saya. Setia menjaga isteri dia yang strok dah 10 tahun. Sebab strok tu kak long saya tak boleh bercakap. Terpaksa pakai pampers dan lumpuh sebelah tangan. Kagum sebab masih setia menjaga isteri dia. Gi memana mesti bawak even gi kedai untuk minum². Saya bangga sebab abang long saya tak malu walaupon isteri dia dah tak berapa sempurna macam orang lain :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat respect lelaki seperti ini
      susah senang sanggup bersama isteri. dia tak tercuit pun dengan segala usikan orang
      ada sepupu sebelah suami juga begitu, isteri dia lumpuh...tapi dia
      tetap dukung dan bawa ke mana sahaja dia pergi
      sangat kagumi lelaki seperti ini

      Delete
  22. Al fatihah kepada arwah...dan mmg suami nya sgt sweet!....bukan je perangai sweet...rupa paras pun sweet heeee

    ReplyDelete
  23. bagi sis JM...x perlu lafazkan dengan kata2..cukup sekadar perbuatan yg menyenangkan hati dan jiwa itu sudah cukup 'sweet'

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki secara faktanya memang susah nak lafazkan sayang
      tapi tengok perbuatan tau dah...tu yang sweet kan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...