Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

6:58:00 am Yana Yani 16 Comments

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam | YY sudah lama tak berkunjung ke gerai cendol ini yang terletak di Lebuh Keluli, Seksyen 7 Shah Alam walhal jalan itu kerap digunakan disebabkan ia merupakan jalan utama kami ke Shah Alam. Tiap kali lalu, YY mesti ajak MyChintaHati singgah. Malangnya ada sahaja alasan yang diberikan. Mungkin kerana persekitaran tapak yang buat dia kurang selesa.

Setelah sekian lama meminta tanpa putus asa, akhirnya impian YY direalisasikan pada Ahad baru ni. Alhamdulillah. Memang senyum tak ingat dunia bila hajat dipenuhi. Gerai cendol ini memang sentiasa penuh dengan manusia. Pendek kata nak tunggu gerai ni lenggang mungkin sesuatu yang mustahil.

Fenomena di bawah bukan perkara luar biasa bagi yang sudah terkena penangan cendol yang bagi YY tidak boleh ditandingi oleh mana-mana gerai cendol lain.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Tapi hanya untuk menghirup semangkuk cendol yang lazat, apalah sangat setakat hanya perlu berbaris panjang begini kan (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Harga yang ditawarkan masih pada tahap reasonable walau ada kenaikan harga yang tidak begitu ketara. Cendol ini sangat popular terutama setelah ianya pernah muncul dalam JJCM. Laksa dia pun memang terbaik! YY pernah bercerita beberapa kali mengenai cendol dan laksa yang dijual menggunakan mini van ini. Cumanya tak ingat bila (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Walau terpaksa berbaris panjang, korang semua tak perlu risau sebab ianya tidaklah mengambil masa yang lama untuk korang menunggu. Pekerja di sini cukup pantas bekerja.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Korang hanya perlu mencari tempat yang selesa untuk korang menikmati cendol atau laksa yang YY jamin pasti buat korang ingin kembali untuk ke sekian kalinya (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Plastik stool ada disediakan untuk keselesaan para pelanggan, tapi kalau time korang datang tu memang peak hour walau pada cuti hujung minggu, usah mimpilah nak jumpa kerusi. Carilah mana-mana tempat yang dirasakan selesa. Ramai juga yang YY nampak menikmati di dalam kereta sendiri. YY sekeluarga memilih untuk duduk di bahu jalan. Barulah best katanya.

Tapi sebenarnya tak nak bagi kotor kereta (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Afif nampak sangat tak selesa apabila disuruh duduk di bahu jalan. Dia sanggup bersandar pada kereta. Tapi itu tidak menghalang dia dari menikmati cendol yang menjadi kegilaan Mama dia.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Aisyah pula anak Mama yang tak pernah kisah mana pun disuruh duduk. Janji dia dapat makan kacang panggang dalam cendol tu. Dia bukan makan pun cendol tu. Dia lebih suka kacang (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Bila dah puas makan semangkuk cendol, oops dua sebenarnya sebab Aisyah tak habis. Hehe! Barulah boleh ke mana-mana dengan hati yang senang. Senyum pun sikit punya lebar boleh bagi (^_^)

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Anyway mini van yang menjual cendol ni tak susah korang nak cari sebab dia terletak bertentangan dengan kilang Tamco tapi harus berhati-hati. Kenapa? Takut termakan di tempat lain yang mungkin tak sesedap yang YY ceritakan.

Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Fenomena ini biasa dikalangan peniaga Melayu. Sejak gerai tersebut masuk dalam rancangan JJCM, sikit punya banyak mini van lain yang juga turut menjual cendol. Kadang YY pun confuse sebab kadang dia ada dekat bahagian depan jalan, kadang dekat bahagian belakang sekali. Mungkin terpaksa berebut tapak. Mujur ada signage JJCM tu.

Cuma YY pelik dengan style orang Melayu berniaga. Tak salah duduk sebelah pun. Tapi apalah salahnya dok meniaga benda lain. Nak bersaing pun, biarlah ikut cara Cina. Biasa sangat nampak keadaan bila hari ni ada satu gerai aje jual nasi lemak. Bila gerai tu dapat sambutan menggalakkan, besok atau lusa mesti ada gerai lain yang menjual menu yang sama.

Ni nak kata dengki ke or bersaing secara sihat? Sendirilah fikir ye. Yang pasti kalau lalu Shah Alam, singgah kejab rasa kehebatan cendol yang YY sebutkan di atas ye. Memang marvelous (^_^)

16 comments:

  1. Saya tak pernah lagi cuba cendol ni. Mmg glamer kan.. tp bila lalu nampak ramai jadi syak lama kena tunggu tu yang malas nak tunggu tu.. haha.. lain kali kena usahakan sekali..baru dapat tahu kesedapannya..

    Betul gak kan, sindrom meniaga benda yg sama dengan orang lain ni.. pelik gak.. tp mmg berlalu dan banyak sangat kesnya

    ReplyDelete
  2. sedap kan
    anum pun dah try
    anum paling suka laksa dia

    ReplyDelete
  3. Fuhh beratur panjang tu.. pasti sedap. Teringin juga nak singgah rasa klu ada ke area sekitar sana tu.. best ni. Thanks sharing YY.. :)

    ReplyDelete
  4. YY, saya pernah cari tapi tak jumpa. Baca dalam blog kawan-kawan juga lepas tu beria-ialah kami ke Shah Alam. Habis Seksyen 7 yang kami tau kami 'terokai' tapi tak nampak pun gerai cendol ke, van cendol ke. Dah banyak kali tau dengar pasal laksa dan cendol ni tapi belum dapat merasa lagi. Kalau ajak HD, kejap je dah sampai. Maklumlah 'penunjuk arah' MD kan....

    Saya pernah juga makan cendol kat tepi bus stop di Shah Alam ni tapi jangan tanya belah mana, saya bab-bab jalan memang konpius memanjang. Tak boleh harap!

    Lain kali saya nak cari lagilah. Kat area kilang Tamco ya. Kalau tak jumpa, saya roger YY jerk *_*

    ReplyDelete
  5. waahh..smapi "Q" panjang ye....
    cendol bila mkn time cuaca pns mmg sgt2 nikmat

    ReplyDelete
  6. melayu patut lambat maju..kan..kan..
    waaa, lama benar tak makan cendol.. kat area i tggl, cendol pun xsedap.. xleh langsung nak review..hehe

    ReplyDelete
  7. Memang nampak menyelerakan betul. Kathy pun penggemar cendol.

    ReplyDelete
  8. lain kali tunjuk laksa nya pulak YY..nak jamu mata..nak pi sana jauh..heheheh

    ReplyDelete
  9. suka cendol tapi belum jumpa yang betul-betul kena dengan tekak..hehe

    ReplyDelete
  10. Fenomena biasa tu.. nak bersaing secara sihat katanya.. tapi bila kata tak sedap tau pulak nak sentap.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. dulu kerap gak ulang alik shah alam ni tapi tak perasan lak mini van cendol . blm rezeki lah namanya kan . semoga ada jodoh dgn cendol ni someday .

    ReplyDelete
  12. muka keriangan selepas pekena cendol.
    tak pernah sampai lg.
    laksa tu
    tgk j la.msh pantang makan

    ReplyDelete
  13. Cendol mmg favourite farah jugak yana.. Kalau sedap mmg sanggup kan kena beratur panjang pn.. Nnti kalau pergi area sana boleh singgah cuba.. :)

    ReplyDelete
  14. sedapnya cendol...taktau pulak akak ada cendol best kat sek.7 tu,boleh terjah nih

    ReplyDelete
  15. Rasa dan kualiti makanan drop dramatically

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...