Mereka Dipandang Hina Oleh Manusia Lain (^_^)

2:57:00 pm Yana Yani 16 Comments

Kebanjiran pendatang asing di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Kalau cuti umum, bandar besar seperti Kuala Lumpur akan kelihatan seperti bukan lagi kepunyaan Malaysia.

Suasana itu secara tak langsung buat kita warga Malaysia rasa tak selesa. Tipulah kalau tak ada seorang pun antara korang yang merasa selamat apabila dikerumuni oleh pendatang asing.

Pasti akan ada perasan jijik walau hanya sebesar zarah wujud dalam hati korang apabila melihat golongan ni. Sama ada korang sedar atau tidak, itulah dia RACIST.

Pada pandangan mata kita, mereka cukup hina. Apa sahaja yang mereka lakukan dari segi pekerjaan, pakaian, makanan dan even bau badan juga akan menjadi bahan ketawa.


Mereka juga mudah dijatuhkan hukuman untuk perkara yang tidak relevan. YY pernah nampak seorang warga Bangladesh dipukul hanya kerana memandang seorang perempuan Melayu.

Kadang tu mereka dipukul tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai hiburan sekawan monyet yang merasa diri mereka lebih mulia. Drama TV juga meletakkan mereka sebagai penjenayah.

Hakikat sebenarnya, mereka yang melakukan jenayah tu hanya sebilangan kecil. Tapi kita yang kononnya mulia ni menghukum kesemua mereka sebagai penjenayah.

Dr. HM Tuah Iskandar seorang penulis dan pakar motivasi berkata, "Kalau hendak mencari keburukkan, bukan 1000 yang akan kita jumpa. Tetapi kalau hendak mencari kebaikan tentu satu dua pasti ditemui"

Kadang YY rasa kesian apabila melalui highway di kawasan kediaman YY apabila melihat sekumpulan lelaki warga asing cuba melintas jalan untuk ke kilang berhampiran. Ngeri kadang tu.

Tapi pada pandangan stereotype kita, mereka semua ni bodoh sebab melintas highway yang sibuk. Siapa tahu ketakutan tu terpaksa diketepikan hanya kerana mencari rezeki.

Hina betul mereka pada pandangan manusia lain terutamanya kita atau mungkin hanya YY. Kita tak sedar darjat mereka mungkin cukup tinggi di sisi ALLAH.

Cuma perhatikan setiap kali tibanya waktu sembahyang Jumaat. Warga lelaki seperti Bangladesh dan Pakistan adalah antara manusia yang berebut ke masjid pada waktu itu.

Sanggup berjalan kaki walau jaraknya agak jauh dari rumah kita. Perhatikan pula warga lelaki Melayu, beragama Islam dan rakyat Malaysia. Apa mereka buat pada waktu itu?

Itu belum cerita lagi waktu sembahyang fardhu. Tak rasa kita lebih hina dari mereka? Tepuk dada, tanyalah iman. Bukan hati sebab keimanan yang akan lead kita ke arah jalan yang betul.

Recently YY menonton sebuah video berdurasi 0:26 saat yang buat tetiba ada manik jernih jatuh di pipi YY. Terasa diri YY ni hina jika dibandingkan dengan manusia di dalam video itu.

Merdu kedengaran alunan ayat Al-Quran yang dibaca. Sebak.
 
Berapa ramai di antara kita yang berjawatan lebih tinggi dan kerja di tempat yang lebih selesa melakukan perkara serupa seperti lelaki di dalam video itu?

Menurut sumber, lelaki warga Bangladesh itu dikatakan seorang Imam di negara asalnya sebelum mengambil keputusan untuk merantau bagi mencari rezeki.

Daripada Abu Umamah r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sehebat mana pun seseorang itu di atas muka bumi ini tetap sama di sisi ALLAH. Yang membezakan adalah ibadah yang pernah dilakukan oleh seseorang itu semasa mereka hidup di dunia.

P/S - Peringatan untuk diri sendiri, MATI itu PASTI!

16 comments:

  1. yan pon bukannya suka sgt pon dgn bangla indonesian semua ni.. tapi dulu pernah laa masa study kerja part time prmoter kat carefour..1 of the security ni bangla..bila dah lama2 kenal ni,tanya dia kenapa baju security dia ada calit kat bahu.. rupanya dia pernah jadi tentera kat bangladesh.. terkezut laa jugak dia ada degree and nak sambung master kat australia nanti..dtg msia nak kumpul duit.. hahaha.siap tunjuk bukti simpanan selama dia kerja dia nak study nanti dekat 60k.. pengsan dengar..

    ReplyDelete
  2. Tapi sekumpulan pekerja warga bangladesh kat satu kedai borong kat KL.. memang kerek. Pandang kita pulak macam pendatang. Saya sebenarnya tak padang dorang ni hina ke hapa.. sebab mak ayah sy pernah ada sorang anak angkat warga bangladesh tapi sebab terlalu banyak memang wujud perasaan tak selesa & selamat. Bila terlampau banyak golongan pendatang ni makin berlagak & tunjuk berani.. terutama warga indonesia.. Tak mustahil tak lama lagi mereka jugak berani merusuh kalau dah rakyat mereka semakin ramai di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai setuju dengan akak.. betul, kat kawasan tempat kerja ai penuh ngan warga Myanmar dan Bangladesh. Mereka agak sombong dan perasan tmpt ni tempat mereka. Tak kata semua, tapi kebanyakannya. Tak mustahil suatu hari nanti mereka boleh merusuh. Kita jangan ambik ringan hal ni. Tapi itu bukan alasan kita untuk memandang hina pada mereka.
      Mana2 bangsa atau aliran agama pun, ada yg baik dan ada yg kurang baik. Mereka juga manusia, dihukum biar lah bersebab dan berperikemanusian.

      Delete
  3. Mekasih atas peringatan dan perkongsian YY. Memang ada segelintir dari kita yg memandang serong dengan mereka. Tapi yg tak bestnya, dorang ni ada yg kurang ajar. Dah tau menumpang tapi tak reti nak jaga adab.

    ReplyDelete
  4. Kat sini pun sama. Bila hari jumaat atau solat tarawih warga myanmar yang banyak memenuhi saf berbanding orang tempatan. Diorang subuh pun pergi solat berjemaah di masjid. Dah tu yg pelik org kita ni time solat tu tak reti nak off hp. Tetiba je berdering mengejutkan para jemaah. Ni pengalaman encik hubby sendiri.Kalau pendatang indonesia mmg kathy kurang suka sebab pernah terkena.

    ReplyDelete
  5. Mmg tak dinafikan ada juga rasa sekelumit racist bila tgk pendatang asing ni. Cuma saya cuba sedaya upaya utk neutral sbb saya sedar yg ini bumi Allah. Tiada salahnya mereka. Mereka juga seperti kita, menumpang di bumi tuhan. Yg jahat tu tetap ada, sama juga seperti rakyat tempatan juga. Ramai yg jahat. Kalau kita pandang mereka sbg pendatang asing, kita akan fikir macam2, tp kalau kita pandang mereka sebagai manusia, dan lagi bagus kalau kita pandang mereka sebagai saudara seislam, insyaAllah pandangan kita akan berbeza.

    ReplyDelete
  6. Tak semua teruk... Dan tak semua truk... Tapi kalau YY ke gombak akn rasa mcm dok kat negara asing... Masyarkat Malaysia tnggelam di sana... Sy pnh duduk sewa satu rumah yg kelilingnya warga asing ... Ada yg PR ...yang lain tu tak tahu la... Diorg tak hormat org tempatan... Sbb tu ada tak suka sbnrnya... Tapi ada segelintir tu bgus . Mcm pkrja kat shell dkt dgn umh kami tinggal ni...

    ReplyDelete
  7. Assalam YY...lama tul sis JM x sini kan..berkenaan kebanjiran pendatang asing ke negara kita mmg x di nafikan dan kebanyakan public transport di penuhi oleh mereka..itu bukan masalah di sini cuma masalah nya sikap mereka...tak di nafikan kan juga sikap orang msia juga ada yg tak baik , so as a human we respect each other selagi tiada sesuatu yg membahayakan.

    ReplyDelete
  8. slm..perkongsian yg menarik...follow blog sy
    http://hadizah.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Memang betul sebiji macam wartawan utusan cover topic *_*

    Honestly adakalanya saya pun pernah merasa perasaan seperti ini tapi bukan sepanjang masa. Tak selesa bila berada di sekitar mereka. Terasa jijik bila melihat sesetengah perlakuan mereka. Memang racist bunyinya tanpa disedari tapi bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Walaupun kita tahu itu salah si nila setitik, kita tetap juga tak nak pandang susu sebelanga tu!

    Dari segi lain, saya rasa mereka memang rajin. Demi keluarga yang ditinggalkan, mereka bekerja keras mencari rezeki, tak seperti bangsa kita sendiri yang lebih rela berehat-rehat daripada berusaha di tanah tumpah darah sendiri! Bab solat tu, memang saya respek. Masuk je waktu, terus cari surau nak solat walaupun kerja mereka hina pada pandangan kita ni, memang kita tak nak buat dengan gaji seciput macam tu!

    ReplyDelete
  10. Kdg2 y menimbulkan problem 2-3 kerat je. Sama jgk dgn melayu kt.. yela, mrk bhijrah pom demi mcri rezeki. Lg pom org2 kt nk ke kerja buruh camty?

    ReplyDelete
  11. kalau yg bersungguh2 kerja tu ok,tp ada segelintir yg buat perangai itu yg jadi tak best tu..

    ReplyDelete
  12. Ada baik dan ada buruknya pendatang asing ni.. kena kawal juga kemasukan diorang ni. Sian kadang2 pada yang baik, juga kagum pada yang bagus tapi ramai juga yang macam tak sedar diuntung bila datang sini.. bibik yang penah saya ada sekejap masa naim kecil gitulah perangai. Memang berlagak, kononnya dia masuk sini jadi pembantu sebab terpaksa, dia sebelum tu ada kedai kasut tapi dah bangkrap. Datang buat hal pulak.. mujur tak lama dengan kami..lega sangat.. yang lain2 tak nak komen banyak sebab tak kenal sendiri kan?

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn pendapat yana lebih2 lg part solat tue.. Walaupun mereka di negara asing tp mereka ttp tidak pernah lalai untuk menunaikan solat.Yg baik mereka buat org tak nampk kan... Mereka jugak manusia biasa... Tak semua bermasalah... Ada yg mmg dtg untuk mencari rezeki jer...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...