Hadiah Dari Rakan Blogger (^_^)

6:45:00 am Yana Yani 22 Comments

Antara benda yang buat kita seronok sebagai blogger adalah apabila menerima hadiah dari rakan blogger yang lain. Senyum sampai ke telinga kalau dapat parcel atau surat dari rakan blogger.

Buat YY teringat zaman dok gila bersahabat pena satu ketika dulu. Selalu dok tunggu kemunculan Pak Pos depan pintu rumah yang kadang hantar berguni surat. Terasa glamer gitu! Hehe!

Walau zaman dapat berguni surat tu dah lama YY tinggalkan, tapi memori tu masih lagi terpahat ditambah pula tahun ni rezeki YY dalam dunia blogger ni, Alhamdulillah.

YY secara jujur belum pernah merasa sesen pun income dari blog ni. Tapi rezeki YY banyak datang dari rakan blogger seperti giveaway atau pemberian peribadi.

Permulaan tahun ni YY dapat hadiah dari Kak Kathy R'bain. Mulanya YY tertanya juga sape yang bagi bungkusan berwarna brown tu sebab tiada nama pengirim.

Tapi bila buka, nampak ada souvenir dari Tawau, terus teringat dekat Kat Kathy. Dia pun ada tanya sama ada YY ada terima bungkusan dari dia atau pun tak.

Banyak dia bagi tau, jangan jealous! (^_^)


Tak lama lepas tu, YY dapat pula bungkusan dari blogger Perak yang sering travel all around the world. Naik jealous tengok dia mengembara dengan Cinta hati dia ke mana sahaja.

Tahu dak sape yang YY maksudkan. Tak lain dan tak bukan blogger Muhammad Khairuddin Lim. Tak dapat pergi China, dapat hadiah made in Guilin, China pun kira TERBAIK! (^_^)


Dalam bulan yang sama YY dapat tahu YY pemenang hadiah utama untuk Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com, itupun blogger Mila Hillas yang beritahu. Kalau tak, memang tak perasan.

Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Hadiah utama tu! Siapa sangka rezeki tuhan nak bagi despite dari macam-macam yang jadi sepanjang bulan Januari yang lalu. Syukur Alhamdulillah (^_^)

Pertengahan bulan Februari pula, YY dapat lagi hadiah yang tak dijangka dari rakan blogger yang juga cukup suka travel. YY dapat souvenir dari Korea okay! Jangan jealous! (^_^)

Siap ada note comel aje dari empunya diri yang buat YY senyum tak ingat dunia. Terima kasih Kak Jari Manis! One day YY pula akan sampai ke Korea tu (^_^)


Awal bulan March, YY dapat email memberitahu YY adalah salah seorang dari lima pemenang untuk ShopCoupons Blogger Contest dan memenangi voucher dari Lazada.

Memang YY cukup tak jangka dengan hanya menulis 5 Barang Yang Daku Ingin Beli di Lazada, YY menang. Terasa nak melompat bila dapat berita gembira tu. Alhamdulillah, rezeki!

Dapat aje voucher, terus shopping tu! Hehe! Barang pun dah dapat. Sebagai menjawab pertanyaan LydSunshine, YY beli tiga barang, flat shoe, handbag dan of course bunga.

Kalau dah nama minah bunga, memang tak boleh lari dengan bunga. Hehe!

Meh, YY tayang-tayang sikit ye barang YY beli. Kasut aje tak ada dekat sini, YY dah returned disebabkan size yang tak suitable. Yang tengok jangan muntah hijau tau (^_^)


Belum habis senyum menang voucher, YY dapat hadiah dari seorang lagi rakan blogger yang boleh tahan becoknya. Honestly memang rindu sangat dengan besan to be ni.

Blogger yang YY maksudkan,siapa lagi kalau bukan MummyDearie. Hadiah yang dia bagi pun tersangatlah rare dan exclusive gitu. Siap ada coretan khas lagi!

Bikin syahdu dapat hadiah gitu tau! Uwahhh! Tak sangka ada orang rindu! (^_^)


Terima kasih buat semua rakan blogger yang bersusah payah menghantar souvenir buat YY. YY appreciate sangat kesungguhan korang untuk menghantar dan paling penting ingatan.

Sama ada sedar atau tak, dunia blogger ni telah menjalinkan satu ikatan persahabatan yang boleh tahanlah rare dia. Yelah, kenal hanya dari pembacaan.

Kalau tipu dia cerita, tipulah kita baca dan begitu juga sebaliknya. Kadang terasa dekat. Kesakitan, kesedihan dan kegembiraan tetap boleh dirasai walau tak pernah bersua muka.

Tak keterlaluan kalau YY katakan, rakan blogger lebih mengenali YY berbanding rakan yang sentiasa dok bertepuk tampar dengan YY. You are ALL the BEST!

Diharapkan ikatan persahabatan ini akan berkekalan dunia dan akhirat.

P/S - YY sedang mengumpulkan tenaga untuk bom blog korang. Nantikan kemunculan YY ye (^_^)
 

22 comments:

  1. memang best kalau dapat hadiah dari rakan blogger kan

    ReplyDelete
  2. :) assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki YY..best2 :)

    ReplyDelete
  4. tahniah.. banyaknya hadiah dar rakan blogger.. itulah, kekadang tak rugi bila berkawan di blog nih.. dapat jugak tambah kenalan dan lebih manis lagi, dapat hadiah dari mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...alhamdulillah
      tulah antara keseronokkkan jadi blogger ni kan

      Delete
  5. banyaknya hadiah... tahniah YY... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cikgu maria
      rezeki tahun ni =)

      Delete
  6. ok, jeles.. jeles sangat... banyaaaaakkkkknya dapat..hik.hik..
    Betullah akak, terasa best sangat blogging rupanya. bukan hadiah yg dinanti, tapi hubungan yg terjalin tu.. Ai tak sangka tau.. sbgai blogger baru, mula2 hampir nak stop dah, tapi bila dah pandai BW baru tahu keasyikan tu.

    ReplyDelete
  7. Wah! Rezeki yg tak putus2... Itulah keseronokan blogging. :)

    ReplyDelete
  8. saya kurang dapat hadiah sebab kurang join GA @ contest & jarang nak jadi pengomen tegar blog orang.. ada masa baru dapat bertandang tapi pernah jugak dapat hadiah dari YY

    ReplyDelete
  9. Tahniah sis .. Mmg byk hadiah tu.

    ReplyDelete
  10. Errkkk.... kecik hati tau dikatanya besan to be, 'becok'. Cakaplah friendly ke, peramah ke, suka berceloteh ke, barulah berbunga-bunga hati nak bagi hadiah lagi tanpa sebab *_* Cancel plan dah!

    Itulah YY, dah kata surat cinta tu untuk kau dan aku je awat pi publish gambar. Habis dah semua orang tahu Kak Ton becok. Tengok komen Diana pun rasa macam nak tolong reply jerk kat sini. Hahaha...

    Bestkan bila berkawan macam ni. Walaupun tak pernah jumpa, terasa dekat je di hati. Kalau tak nampak selalu, tertanya-tanya juga ke mana perginya.

    P.S. YY, rumah saya dah habis kena bom ke belum? Tak hancur pun... ^_^

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah ... banyak dapat tu ... rezeki bergolek memang tu .

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Murah rezeki YY. Byk gk dpt tu. Rezeki dlm berblog..

    ReplyDelete
  13. wah seronoknya dapat hadiah banyak,murah rezeki alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Wah.. meriah tul rezeki YY dengan berblog ni. Sekali gus dapat banyak pulak tu..tahniah dan alhamdulillah.. moga lepas ni makin bertambah rezeki orang2 yang memberi ni..

    ReplyDelete
  15. Betul2 murah rezeki YY ni. Itu yg seronok dgn blog ni kan? Kita mcm ada komuniti kita sendiri. Yg tak perlu kita cari tapi dtg sendiri.

    Wahhh... sempat beli bunga ye di Lazada. Tak perasan plak Lazada ada jual bunga.

    ReplyDelete
  16. Wow murah betul rezeki yana... Tahniah yer.. Itu la yg bestnya ttg dunia blogging yana... Melalui penulisan jer pun bole buat kita rasa rapat seperti dh lama kenal... ;)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...