Mengajar Afif Teknik Menabung (^_^)
Sebelum YY bercerita bab mengajar Afif teknik menabung, YY nak cerita dulu penyebab mengapa perlunya Afif menabung. Semua dah ready? Begini ceritanya.Afif sejak mula bersekolah YY perhatikan setakat entry ni ditulis, dia belum lagi pandai menjaga barangan dia dengan baik. Itu termasuk peralatan menulis, duit belanja dan juga uniform sekolah.
Bayangkan pada minggu pertama persekolahan dia dah gunakan tiga botol gam! Betul! Lima hari, tiga botol gam habis! Naik pelik YY dibuatnya.
Siap YY sampai bersungguh tanya kot dia pergi minum semua gam tu (^_^)
Anyway, kebiasaannya peralatan menulis YY akan check setiap hari untuk pastikan yang semuanya lengkap. Konon nak bagi anak selesa menulis dengan peralatan yang lengkap.
Tapi bila check lagi pada waktu malamnya, pensil yang pada malam sebelumnya panjang dah tinggal size jari kelingking, pembaris dah terbelah dua, pemadam tak usah cerita, hancur!
No wonder kebanyakkan parents ada stok yang banyak khusus untuk peralatan menulis aje.
Setakat peralatan menulis tu YY tak adalah bengkak sangat hati walau tak dinafikan yang YY kadang-kadang nagging juga. Nama pun Mama kan, mana boleh elak nagging ni. Hehe!
Tapi yang paling sakit hati adalah wallet! Minggu pertama penggunaan, hilang. Fine, kami belikan lagi demi insan yang bernama anak. Guess what, tak sampai 24 jam hilang juga!
Kali ni dengan MyChintaHati turut terkena tempias bengkak hati yang YY alami. Masak Afif kena sembur kiri kanan hari tu. Bila teringat kesian pun ye juga (^_^)
So kami buat keputusan untuk tidak lagi membelikan dia wallet walau pelbagai pujuk rayu cuba dilakukan. Afif menangis tanpa mengeluarkan suara hari tu. Air mata aje laju keluar.
"Kalau nak wallet, Afif simpan sendiri duit" tegas MyChintaHati. Nasib baik yang bercakap tu Papa dia. Kalau Mama dia yang bercakap, silalah bayangkan sendiri (^_^)
Maka sejak dari hari tu bergigihlah Afif menyimpan duit belanja dia semata-mata hanya untuk memiliki wallet idaman. Duit belanja, Papa dia bagi RM3 sehari untuk sekolah pagi dan petang.
Setiap hari dia menyimpan RM2. YY sampai risau pula. Yelah, kita bagi duit suruh makan. Tapi dia tak makan. Afif bagi alasan dah kenyang makan bekal yang dia bawa.
Atas kegigihan dia menyimpan, dia bukan takat dapat wallet, jam pun dapat. Guess what, barang yang dia beli menggunakan duit simpanan dia bertahan cukup lama.
Pandai pula dia menjaga. Mungkin dia dah sedar macamana susah nak menyimpan duit.
Walau dah dapat apa yang dia nak. Afif masih lagi meneruskan aktiviti menyimpan duit sehingga ke hari entry ini ditulis. YY ditugaskan menjadi banker dia.
Selalu bertanya duit dia dah ada berapa. Dia mula berangan nak beli itu dan ini. Ada sekali tu dia tanya, berapa banyak duit dia kena simpan kalau nak beli basikal. Hehe!
Dia juga pernah bercadang nak bawa kami semua makan dengan duit dia. Kelakar bila teringat dia kata, "Hari ni Afif belanja korang makan!"
Padahal dekat tangan ada RM1 aje. Tak lepas pun beli air yang dia minum tu. Hehe!
Kalau bergaduh dengan Aisyah pun, dia akan gunakan perkataan belanja. "Abang tak nak belanja Adik lagi!" kata dia pada Aisyah tiap kali bergaduh.
Aisyah pula dengar perkataan belanja tu mulalah cuba memujuk sambil buat muka innocence, "Cayang Abang!"
Yang pasti kami dah berjaya mendidik Afif teknik menabung walau dengan cara yang tak diduga. So begitulah ceritanya! TAMAT! (^_^)
---------------------------------------
Oh ya, susulan dari entry Bila Aisyah Gunting Rambut, ramai yang bertanya kenapa tak biarkan rambut Aisyah panjang aje. Meh sini, YY cerita ye.
Anak dara YY ni tak suka rambut dia diikat. Dia akan cabut getah yang ikat rambut dia. Headband pun dia pakai ikut mood dia. Biasanya dia buang gitu aje. Selalu terjadi kes kehilangan headband.
Tu yang kami decided potong pendek aje. Tunggu dia besar sikit baru biar panjang (^_^)
Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ini. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
P/S - Operasi mengebom masih lagi belum selesai setakat hari ini. Pada sesiapa yang belum kena, nantikanlah kedatangan YY ye (^_^)
Alahai...cutenyer dua beradik ni...suka dialog Afif... "Abang tak nak belanja Adik lagi!" dan dialog Aisyah .. "Cayang Abang!" ...
ReplyDeletesenyum saya baca entry ni ... sis dah tgk perkara yg sama pd anak buah . la ni memasing berlumba rm sapa paling byk ... klu tak dulu , syiling bersepah mcm dah x laku je ...
ReplyDelete:) selamat pagi
ReplyDeletesinggah pagi
bagus2 didik dr kecik
Bagus sebab dia belajar menabung sekaligus belajar bersusah untuk dapatkan barang yang dia nak & lebih menghargai apa yang dia dapat dari kesusahan dia tu.. lala jenis tak kisah ikan rambut tapi headban bagai memang dia tak suka. So, takde masalah simpan rambut panjang
ReplyDeletemenarik idea ni, anak saya, saya ajar juga menabung, tapi sekadar dapat duit je terus masuk tabung... tu jela...
ReplyDeletepandai pulak hargai barang bila tahu susah nak dapat..anak sedara ai plak, baik hati sangat bagi kawan2 pinjam..kawan2 jenis yg tak bagi balik bila pinjam.. penat kakak ai bebel itu ini kat dia, tak jugak jalan.. Barang dia kejap ada, kejap tak da..
ReplyDeletedia bgtau kakak ai "abg ambik sendiri ja dalam kotak pensil kawan abg yang pinjam pensil abg tu,"..pas dah dpt blik, dia bg lagi pinjam.. huhu.. sebab tu lah, barang kejap ada kejap xda..hehe
aku dulu gitu lah pandai simpan nak beli kaset...dah besar simpan bayar hutang.
ReplyDeleteAfif dah beso,dah pandai menabung dah.. Aisyah tetap comel,smda berambut panjang atau pendek.
ReplyDeleteSamalah masalah hal alat tulis anak2 ni.. pensel bawak 3 bila balik tinggal satu. Tauke pensel pun boleh bankrupt mcm ni hehee. Baguslah menabung.. melentur buluh biar dari rebung kan.. :) :)
ReplyDeleteAfif.. pinjam duit tabung sikit.. uncle nak beli pensel hehee.. :D :D
Deletemenabung, belajar mandiri untuk masa depan,,,,,
ReplyDeleteBagus dah Afif tu YY....dah pandai menyimpan, sat lagi anak hadiahkan ferari baru terkedu masa tu hihi.... Budak lelaki mmg gitulah YY.....memanjang hilang barang. Sama jer ngan anak sulung okje tu. Hilang barangnya sampai sekaranglah...
ReplyDeleteHuh....nak buat camne, anak sendiri....
bagus juga teknik yana ni,akak memang ada ajar anak2 menabung tapi tidak bersungguh sangat, lepas ni boleh mencuba lagi
ReplyDeletebgud.. melentur buluh biar dr rebungnya ya tak..
ReplyDeleteBagusnya cara YY tu. Teruja pula saya baca. Tapi sekurang-kurangnya Afif ikut cakap papa dia, nak jugak dia menyimpan. Good boy la dia.
ReplyDeletePandai afifi menabung. Stationery anak saya pon macam tu jugak. Ada jer yg hilang.
ReplyDeleteFaham sangatlah, YY. Yang di rumah ni pun sama. Kita beli borong semua lepas tu simpan stok kat rumah. Tak payah susah hati nak bertapa kat kedai alat tulis tu. Hari-hari pun ada 'internal conflict' gitu *_*
ReplyDeleteBaguslah Afif dah pandai menyimpan duit. Kalau nak sesuatu, memang mereka teruja nak dapatkan. Macam Abang ni sebab kantin sekolah tak halal, maka saya tak bekalkan duit takut 'terbabas' membeli. Itupun tengok dia dah besar sekarang ni dan dah boleh fikir halal-haram, saya beri juga duit RM2 je sebab dia teringin nak bawa wallet pi sekolah. Hari-hari RM1 remains dalam wallet lagi RM1 masuk tabung. Siap-siap dia dah tanya kalau sebulan berapa banyaklah agaknya dia dapat *_*
asya mmg bawa bekal.. jd hari2 duit y dibekalkan akn simpan di tabung.. ttp spare duit takut nak beli apa2
ReplyDeletetertarik bab headband.setakat ni rania alhamdulillah.
ReplyDeleteblm ada yg hilng bila pakai pon buat muka redha j.hihi pernah jga kalau dah boring dia tarik tarik j headband tu..
simpan duit tau afif skrg zaman gst..