Seronok Rupanya Aquaria KLCC (^_^)
Malam Sabtu masa dok temankan Afif tengok cerita Speckles The Tarbosaurus, MyChintaHati tiba-tiba memecahkan kesunyian malam apabila bertanya, "Dekat Melaka ada apa yang best ye?"Soalan tu aje buat isteri tercinta dia ni tetiba tersengih macam kerang busuk. Tanpa disuruh terus dok gigih mencari apa yang menarik di Melaka. Tapi sekejab aje perasan excited tu.
Terutama bila dikhabarkan kami akan balik hari. "Kalau camtu, baik kita pergi dekat-dekat aje. Boleh pergi Aquaria KLCC, tak pun Discoveria dekat Avenue K nun" kata YY memberi cadangan.
Tiada kata putus diberikan pada kami malam tu. Hanya pada keesokkan harinya kami disuruh bersiap walau tanpa mengetahui ke mana arah tujuan. Tu memang trademark biasa MyChintaHati.
Nampak aje kelibat menara berkembar, terus dah boleh agak ke mana hala tujuan kami. Afif adalah manusia paling seronok sedangkan itu adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke KLCC.
Tengok dia yang excited semacam tu cukup buat YY dan MyChintaHati rasa bahagia. Afif bertambah excited bila dikhabarkan ke mana kami akan bawa dia. Papa lambat parking pun dia bising (^_^)
Oh ya, sebelum nak sambung cerita ni, YY nak bagi peringatan yang cerita ni agak panjang. So sape yang nak pergi toilet, elok pergi sekarang. Sape yang belum makan, pergi makan dulu.
YY tidak akan bertanggungjawab sekiranya peringatan YY tidak dipatuhi (^_^)
So berbalik kepada cerita Afif yang terlebih excited tadi, memang sepanjang kami menapak nak ke Aquaria tu pun, dia teruja sangat. Asyik tanya itu dan ini. Letih nak jawab.
Aisyah pula hanya menjadi Pak Turut (^_^)
Time tengah berjalan tu, Afif terperasan cat yang menyerupai warna dinding rumah kami. Siap berhenti suruh ambil gambar sebab dia kata besok rumah dia nak warna biru pula.
Oh ya, peringatan seterusnya dari YY, jangan tergelak tengok selipar jepun yang disarung oleh anak-anak YY. Memang gitulah karakter mereka yang lebih selesa menyarungkan selipar jepun (^_^)
"Mama, ini ke Aquaria nya? Bestnya! Cepatlah masuk! Tak sabar ni!" kata Afif apabila kami memaklumkan yang kami dah sampai ke tempat yang ingin dituju.
Sementara menunggu MyChintaHati beli tiket, kami tengok kejab wayang mini mengenai hidupan laut. Dekat sini pun sikit punya banyak soalan Afif tanya pasal ikan.
Letih nak jawab korang wei! Mujur juga dia tak tahu dari mula. Kalau tak, lagi pening nak jawab. Soalan canggih Afif memerlukan Mama dan Papa khatam semua encyclopedia (^_^)
Masuk aje Aquaria KLCC, kami disajikan dengan ikan piranha yang dah kenyang menurut cerita Afif. YY pelik juga macamana dia kenal ikan pirahna sedangkan dia belum pandai membaca.
"Afif tahulah! Afif tengok TV! Tu Mama nampak tak tulang dalam tu. Dia dah kenyang makan oranglah tu!" jelas Afif bila ditanya.
Keterujaan Afif melihat segala ikan yang selama ni hanya dilihat di TV memang priceless. Ditambah pula dia berkongsi minat yang sama dengan MyChintaHati.
Hari tu boleh nampak ikatan hubungan Papa dengan anak lelaki yang jarang dapat dilihat. In fact keterujaan MyChintaHati mengalahkan Afif (^_^)
Aisyah pula banyak berdiam. Suasana kelam dan bunyian yang agak menyeramkan pada pendengaran dia, buat dia rasa tak senang duduk.
Ada juga dibahagian tertentu yang buat dia rasa teruja. Tapi mostly dia "tatut!" (^_^)
Dah hampir separuh perjalanan, baru perasan tak ada gambar YY dengan anak-anak. Disebabkan kami hanya pergi empat beranak, susah sikit nak bergambar.
Kalau tak, memang semua tempat ada muka kami aje! Hehe!
Sepanjang berada dalam Aquaria KLCC, tempat yang paling best adalah di tunnel! Seriously memang best sangat! Sampai kami yang tak berapa nak muda ni pun excited!
Aisyah aje yang berapa kali menjerit ketakutan terutama apabila dia melihat ikan pari dari bawah kelihatan seperti muka orang yang mengerikan. Kena berdukung aje!
Paling epik bila dapat tengok diver bagi makan ikan secara live. Afif risau sangat dengan diver tu. Sebelum tu dia nampak beberapa kali ikan jerung berkeliaran (^_^)
Gambar bawah ni, YY selfie sikit dengan budak penakut!
Dalam tunnel tu, tak dapat banyak sangat ambil gambar sebab Aisyah tak nak turun. Kalau ada pun gambar kurang menarik. Tapi memang best! Worth it bayar mahal!
Habis aje mengelilingi tunnel, kami berehat sekejab sambil berselfie lagi. Hehe! Oh ya, sebelum ada orang tanya, berkaca mata hitam sememangnya adalah trademark MyChintaHati (^_^)
Afif marah bila kami berhenti lama di sini. Padahal kami berhenti sebab nak tenangkan Aisyah yang cuak semacam tu. Suruh senyum pun susah. Dah macam kerang busuk.
Tak sangka despite dari kelincahan dia selama ni, terserlah juga ketakutan dia.
Sebelum keluar dari Aquaria ni, belanja korang posing manja ala-ala Hainom OKje. Saja nak bagi korang muntah hijau. Hehe!
Gambar dekat bawah ni adalah gambar terakhir kami di Aquaria KLCC sebelum melangkah keluar. Afif kata ikan Jaws dah mati sebab dia yang bunuh (^_^)
Lepas tu kitorang jumpa kedai menjual souvenir yang harga dia buat berpinar biji mata. Harga barangan di situ memang bukan standard orang macam kami.
Even gambar kami yang disnap oleh petugas Aquaria pun dikenakan bayaran RM40 sekeping dan RM60 lebih untuk tiga keping gambar. Mak ai! Mahal betul!
Dah tahu mahal, kenapa pergi snap gambar YY wei? Lah! Dah diorang suruh posing, ye kami posing! Kami kan kaki posing! Mujur kami tak dipaksa membeli.
Kalau tak mahu ada adegan berkungfu dan bersilat. Hehe!
Lepas tu kami sempatlah round kejab KLCC ni. Lama juga YY tak ke sini. Padahal time belajar di UiTM dulu agak kerap juga ke sini.
Time tengah round tu, terjumpa Mamat dekat bawah ni. Kalau sesiapa yang meminati perlumbaan FI, mungkin kenal dengan dia. YY dah lama tak follow FI. Maka, siapa dia tidaklah daku tahu.
Dulu punya racer macam Mika Hakkinen, David Coulthard, Michael Schumacher dan Eddie Irvine tu kenallah. Sekarang punya racer kalau korang sebut pun YY buat muka blur aje. Hehe!
Anyway conclusion yang boleh dibuat berdasarkan pengembaraan kami di Aquaria KLCC memang paling menyeronokkan setakat ni! Seriously memang seronok!
Afif pun kata hari itu adalah hari paling best sepanjang cuti sekolah dia (^_^)
Harga tiket pula kebetulan agak murah bersempena cuti sekolah. Kebiasaannya, dewasa berharga RM38 dan RM25 untuk kanak-kanak berusia 3 sehingga 12 tahun.
Yang pasti, apa sahaja aktiviti yang kita lakukan terutama apabila dilakukan bersama family tersayang, memang merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan memorable.
So meh, kita sama-sama menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Jangan kita hidup dalam penyesalan yang tak sudah. Percayalah, family is everything! (^_^)
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi
x pernah masuk lagi
hehe
bawak budak2 mmg bestlah ke sana kan sis..
ReplyDeletebonding time ngan anak2 mmg priceless..
Bestnyee dapat ke sini. Bawa anak² kan? Sis,kena beli monopod,senang nak snap². Blh gn kat kamera jgk.
ReplyDeleteWah dah sampai dah ke aquaria yea...seronoklah afif n aishah kan...
ReplyDeleteLepas ni pasti dorang ajak nak pergi lagi...
Cantik gambar lomantik laki bini tu.....sweet jer mak nengoknya.....
ReplyDeleteTeringat masa okje gi sini beberapa tahun yg lepas ....rasanya si kecik tu 4-5 tahun kot....Yelah masa budak budak keciklah syok bawak mereka tengok ikannn.. kalau dah besar, mereka pun boring kot ..
Comey jer mereka pakai baju superman tu YY ...
Anak anak okje pun lebih kurang Afif ngan Aisy jugak, mmg belasah selipar jer hihi ...
Mmg best juga Aquaria tu..
ReplyDeleteSaya pernah masuk...sekali la..dulu...masa tu takde ikan piranha tu...hihihih
Setuju sgt dgn YY...
ReplyDeleteAquaria memang sgt best...
Dah beberapa akuarium yang kami lawat kat UK ni, tak boleh tanding keseronokan kami di Aquaria..
Dan part yg anak2 saya paling suka bahagian tunnel tu.. Berkali kali pusing pun mereka tak jemu :)
klu sis pergi , kena pergi sensorang . klu bawa bala tentera , mau kontang wallet tu ... bagi ini bujang jeles je sih dgn gambar kapel super romatika d amor ... huhuhuuu
ReplyDeleteHee anak-anak senengnya main2 :)
ReplyDeleteUh ya, blog anda sudah saya follow. Mohon follow back blog saya ya :)
best juga...nak masuk
ReplyDeleteSalam .Hee seronok dan meriah suasana famili pegi aquaria.
ReplyDeleteaku dah 3-4 kali pergi aquaria...tapi kalau suruh gi beli ikan kat pasar memang aku gagal.
ReplyDeleteSeronokkan pegi aquaria..??
ReplyDeleteAlahai, kesian aisyah.. takut ye..
Kami pegi sini 2 thn lepas kalau x silap.
Teruja sgt tgk ikan.. masa kat dlm tu, tak snap pic sgt. Banyak amik video..
Aimy bnyk kali jgk la ulang tayang video yg diambil..
Pernah sekali melawat.. Kalau ada masa nak pergi lagi..mmg best
ReplyDeleteWah seronoknya..Pnah masuk sekali jer zaman bujang dulu..Harga ttp sama lg yerk..Boleh la cuti2 nnt bawak anak2 tgk kehidupan laut di sana..
ReplyDeleteWahh.. time pelancaran petronas tu saya ada di situ buat coverage blog juga.. tak berjumpa pulak hehee. Seronok ke Aquaria.. bnyk ilmu santai sekeluarga yg dpt.. :)
ReplyDeleteSukanya tempat macam ni. Dulu pernah pergi skali je masa bujang. Skrg dah ada anak ni mcm kena pergi lagi la. Mestu Luth suka sgt sbb dia ni nmpk gaya mcm suka haiwan.
ReplyDeleteAisyah tatut ke? Tak sangka budak lincah tu ye.
Tak pernah sampai aquaria lagi.
ReplyDeleteBaru je nak tulis komen ~ 'Class betul budak Afif dan Aisyah masuk KLCC pakai selipar Jepun ~_^' tetiba dah ada peringatan dari mamanya. Macam tau-tau je YY ni apa orang nak komen. Tapikan yang paling tak terkomen adalah gambar bermanja berdua-duaan kita bersama tu... aduhai, nasib baiklah dah lama makan, takdalah rasa nak muntah! Jangan loving sangat, muntah kaler-kaler kang. Cukuplah jiran sebelah buat perangai begitu *_*
ReplyDeleteYalah, YY. Dengan anak-anak ni tak kira ke mana kita pergi. Asal mereka happy, kita pun happy sama walaupun tempat-tempat tu kita dah biasa sangat. Saya lagi teruja bila bawa anak-anak dan at the end of the journey, bila nak balik tu anak-anak akan ucap, 'Thanks Mommy & Daddy for bringing us here!' Oh, syahdu tetiba tau!
Anak-anak ada ajak masuk Aquaria ni lagi tapi saya macam malas. Banyak tempat kita belum terjah nak ulang tayang tu malas sungguh. Tapi kalau bab makan, asal sedap je bolehlah ulang keluar masuk restoran *_*
cantik,,
ReplyDeletemau anak2 x teruja kalo ke sini..
kt y besar ni pon seronok tau..
pnh ke sini msa sekolah menengah dulu..
hrp dpt bawa juga asya ke sini
Dah pernah bawak emir ke sini jugak.. Suka la dia dpt tgk fish.. Paling best masa tgk ikan piranha tue makan... Sekejap jer dh tinggal tulang kan yana...
ReplyDelete