Benarkah GST Membebankan? (^_^)
Benarkah GST Membebankan? | Tinggal hanya beberapa hari sahaja GST (Goods and Services Tax) akan dilaksanakan. Ramai yang sudah mula menyuarakan kebimbangan kenaikan harga barangan yang dilaporkan berganda. YY secara jujur sebelum ini tidak begitu mengambil peduli. Terlalu berat untuk difahami. Benar atau tidak GST membebankan bukan sesuatu keperluan untuk YY fikirkan.In fact segala kempen atau penerangan melalui pelbagai medium seolah hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. YY hanya bercadang untuk tunggu hari pelaksanaan dan lihat. Kebiasaannya pendekatan seperti itu hanya dilakukan apabila YY mengalami kesukaran untuk memahami apa yang cuba diterangkan. Maklumlah, awak tak belajar tinggi (^_^)
Sehinggalah adik YY membeli susu formula yang dikenakan GST sebelum tarikh pelaksanaan. Ianya seolah satu wake up call. Barulah YY sibuk melakukan penyelidikan dan bertanya kepada yang lebih arif. Berdasarkan harga yang tercatat pada tin susu tersebut, jelas sekali bahawa GST sememangnya membebankan. Kalau tidak tak akanlah sana sini orang dok sibuk bantah GST kan?
Tapi kalau kita tanya kepada kerajaan pemerintah, pastinya akan dijawab bahawa kerajaan mengambil langkah demi kepentingan rakyat bagi mewujudkan sistem cukai yang lebih telus. Berbeza dengan pembangkang yang memang kerja dia membangkang. Apa yang dicanangkan menambahkan lagi resah dikalangan pengguna.
Bagi yang tidak memahami, semua input yang diberikan oleh pembangkang amat menakutkan dan jelas sekali membebankan rakyat. Bagi YY semua ini pastinya tidak akan terjadi sekiranya kerajaan pemerintah membuat penerangan dengan terperinci dalam medium yang mudah difahami dan bukan setakat mengatakan GST lebih baik.
Baik dari segi apa? Soalan ini bila diajukan kepada orang dalam kerajaan pun, mereka tak tahu bagaimana nak menjawab. Ayat selamat, "Kami hanya melaksanakan apa yang ditugaskan" Habis tu bagaimana kerajaan nak expect rakyat yang berbeza latar belakang pendidikan, ideologi politik, lifestyle dan yang sebagainya memahami apa yang cuba dilaksanakan?
Even Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegur kempen GST ini yang bagi beliau tidak dilakukan secara menyeluruh dan terlalu canggih. Bahkan beliau menyarankan kempen GST perlu diolah dalam bentuk yang mudah difahami supaya dapat menghindarkan daripada dimanipulasi oleh golongan tertentu.
Melalui usaha sendiri untuk memahami, YY baru menyedari bahawa selama ini setiap barang yang kita beli telah pun dikenakan SST (Sales tax and Service tax) kecuali bahan mentah. Setiap barangan yang telah siap diproses sudah pun dikenakan SST termasuk air mineral! Maknanya kita tidak sedar selama ni kita telah pun dikenakan cukai tersembunyi.
Malangnya peniaga mengambil kesempatan di atas kekeliruan orang ramai dengan terus menambah GST 6% pada harga asal tanpa menolak SST yang menjadikan barangan tersebut naik berganda! Sepatutnya mereka perlu menolak harga SST, barulah menambahkan dengan GST 6%.
Sementara ada beberapa hari sebelum GST ini, jika pergi ke pasaraya, ambil gambar dulu harga barang tersebut pada era SST, dan bila tibanya era GST, kita tengok adakah harga barang selepas GST peniaga hanya menambah sahaja 6% tu daripada harga barang ketika zaman SST. Jika ya, memang GST ini sangat !#$%^*&, termasuk juga peniaga yang sama ada memang dungu matematik atau sengaja ambil kesempatan - Buasir Otak
Sekiranya peniaga meneruskan pengiraan SST + GST, maka benarlah GST itu amat membebankan. Mereka (peniaga) sengaja cuba menyembunyikan fakta sebenarnya mengenai GST. Mangsa dalam hal ini adalah rakyat yang tidak memahami konsep dan bagaimana cara pengiraan GST. Ia boleh jadi disebabkan kurang penerangan atau mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu.
Sekiranya kekeliruan ini berterusan, GST sudah pastinya gagal akibat daripada manipulasi pihak peniaga dan kegagalan kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus. Apa yang pasti, tidak ada cukai yang tidak membebankan. Cuma dengan sedikit sikap mengambil tahu akan mengurangkan percentage kita daripada menjadi mangsa tipu.
So nasihat YY kepada korang semua, jadilah pengguna bijak. Ambil tahu. Elakkan diri kita daripada menjadi mangsa penipuaan golongan yang tak bertanggungjawab.
P/S - Entry ini adalah hanya berdasarkan pandangan peribadi YY sebagai seorang rakyat biasa yang membayar cukai dan juga mengundi setiap lima tahun sekali (^_^)
kita sedar..barangan itu perlu ditolak sst baru tambah gst..tp adakah peniaga ini tahu? sedihkan kita nak bersuara tapi siapa yg mahu mendengar..mmg membebankan sampaikan harga makanan di kedai dekat opis akak ni pun akan dikenakan gst...kenapa pun taktau..hai memang kena bawa bekal lah hari2,untuk menjimatkan duit poket
ReplyDeletesangat membebankan
ReplyDeleteUtk org yg business mungkin 6% itu dpt diterima balik YY tapi biasanya utk dpt bayaran balik itupun dah satu masa lama. Kepada end-user macam kita apa yg kita dpt? Tentulah 6% dari keseluruhan barangan kegunaan kita setiap hari menjadi bebanan (kepada barang yg kena GSTlah). Bukan kita boleh buka invoice balik claim the 6% yg dikenakan macam org yg ada company. Kalau dah RM10/- jadi RM10.60/- memanglah satu figure yg besar. Kena 3-4K dah kena RM180-240/- memanglah satu bebanan. Jumlah itu boleh bayar setengah bulan duit petrol kita - entahlah...
ReplyDeleteRamai yang faham tentang GST ini cuma peniaga jer yang buat2 tak faham. Kita nak mengadu? Sekarang ni dah buat aduan pasal harga susu tu...sebab naik selepas GST tapi ada apa2 tindakan? Hampeh! Kerajaan nak laksana GST tapi penguatkuasaan dan kawalan tiada. Maklumat macam tak sampai jer...
ReplyDeletesetuju.. peniaga yg amik kesempatan sebenarnya...
ReplyDeleteAi sedar pasal ni.. sebab tu rasa bengang ja ngan peniaga ni.. depa saja wat dungu.. padahal depa bukanlah peniaga semata-mata, depa jugak akan jadi pengguna. Langsung tak fikir. Kalau kerajaan dah laksanakan GST, suppose tu control harga lah.. sebab SST dah mansuh, harga mesti turun.. tunggulah bulan depan, mmg sesak lah kita.. nak x nak kita ttap kena membeli barang keperluan..
ReplyDeleteYang buat ramai x setuju sebab ni lah.. SST dah xdak, harga tetap tak turun..
Entri yg menarik sis. Kathy tak taulah macamana nak komen isu ni. Pening kepala. Sentiasa ada pihak yg cuba menangguk di air keruh kan sis? Pendek kata,kesannya akan di rasai oleh pengguna. T_T
ReplyDeleteSama mcm awak YY okje pun kurang peduli pasal GST ni sehinggalah satu masa nanti, kalau rasa harga tak masuk akal , barulah buat research hihi...
ReplyDeleteDulu makan luar je kena GST kan....la ni kalau barangan runcit pun kena, nampak beban pengguna jugak tu...
Memang ada taklimat yg pihak berwajib anjurkan untuk beri penjelasan kepada pengguna. Tapi penjelasan demi penjelasan tu tak menunjukkan pun yg GST tu bagus. Memang beban. Cuma, kalau betul2 nak laksananya GST, cara pengurusan cukai tu perlulah bijak dan telus. Bukannya dengan perbelanjaan yg boros oleh kerajaan sedangkan rakyat disuruh berjimat.
ReplyDeleteSeingat sayalah YY, kalau tak silap baru beberapa hari lepas dengar kata susu tepung takda GST. Awat pulak tetiba ada harga lepas GST macam dalam gambar yang YY letak ni? Sangatlah tak faham tau. Saya pun sebenarnya bukan tak ambil peduli langsung tapi nak tunggu dan lihat. Nak tengok bagaimana perlaksanaannya. Bukan semua company kena daftar untuk GST, makanya kalau tak daftar, tak boleh sesuka hati nak letak GST pulak. Itulah yang kita bimbang sebagai end user kerana mungkin ada peniaga yang akan ambil peluang menipu pengguna. Pengeluar dan peniaga ni boleh claim balik GST ni tapi kita sebagai end user yang kena tanggung. Kalau mereka menipu, kitalah juga yang tanggung akibat membayar harga barang lebih daripada sebelum GST. Memang betul, selepas ni ada juga produk yang jadi murah kerana sebelum ni SST tak silapnya total 16% tapi bila diimplement GST tinggal 6% aje. Itupun kena tengok pengaruh lain juga macam nilai ringgit berbanding dollar Amerika. Kalau nak belajar bab-bab ni, memang peninglah kepala kita rakyat marhaen ni, YY!
ReplyDeleteBagi saya memang membebankan dalam keadaan kos sara hidup yang makin tinggi.
ReplyDeleteSaya dah publish entri yang senaraikan barang2 kena GST dan yang tak kena GST .. nampak banyak barang akan kena GST ...
ReplyDeleteDan memang betul kata Buasir Otak tu .. ramai peniaga main tambah 6 percent walhal tak ditolak SST lama ..
Malaysia Best Blog 2015
Saya menunggu je pelaksanaannya baru nk komen.. banyak snagat pendapat sekarang ni..entah mana satu yg betul.. mana nak percaya..
ReplyDeleteWaktu utk melaksanakan GST ni sebenarnya tak sesuai lagi. Bila waktu yg sesuai ialah bila keadaan politik nampak sedikit stabil berbanding pilihanraya yg lalu. Pemimpin kena perform dulu & keadaan ekonomi tak membuatkan rakyat gelisah.. barulah cantik nak apply gst tu. Ini keadaan semua brg naik, ekonomi rakyat dlm kelam kabut lagi tambah hal gst.. nampak mcm rakuslah.. wallahualam..
ReplyDeletewait n see..
ReplyDeletetp belim masuk april pon dh ramai y ambil kesempatan..
beli gas memasak, naik rm3..
singgah sini ! sambil klik nuffnang . jom klik shahril punya plk .
ReplyDeletekesimpulan saya mudah je . peniaga ambil kesempatan menggunakan panik gst rakyat utk kaut keuntungan krn mrk sebenarnya bijak mengira keuntungan !
ReplyDeleteMaaf nak mencelah.. Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin Dan berketurunan Jawa, saya sedih sangat tengok hidup rakyat Malaysia sekarang.. Sampai Mati pun hutang Tak langsai, kiri kanan kene cukai, depan belakang kene sondol jentolak... Senang kata Serba serbi Tak penah senang. Memang Kita nampak orang senang, kaya, rumah besar, taip Sebenarnya Tak menikmati hidup pun...
ReplyDeleteLagikan golongan berpendapatan sederhana, kerja untuk teruskan hidup.. Sambil dalam hati cakap, " aduhh... Hari2 makin teruk, duit pun makin kecik, kene cukai taip hari lagi... Aduh..."..
Orang yang miskin pendapatan kurang RM50 sehari pulak macam Kai's pagi makan malam...
APA kejadahnya cakap ekonomi makin baik macam ni? Apa kejadahnya nak buat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi kalau g pasaraya bawak RM50 cuma dapat beras 10kg, 2kg gula, 2 kg tepung, garam, Dan 5 kg minyak je???
Kalau macam ni, lupakan impian2 murni tu. Sebab kalau nak tengok, Indonesia yang paling dekat dengan Kita, gaji 5juta, 10juta!!!! Wahhhhh! Sangat tinggi gajinya pak oiiii.. Setiap bulan gaji juta2!! Hahahahahaha... Taip??? Fikir2kan lah...lya jadi pemimpin atau ketua? Best... Sebab? Semua benda boleh arahkan orang buat untuk Kita.. Kita nak panjat ke pasaraya atau pasar basah utk beli barang keperluan hidup? Ahh, buat apa, orang gaji ada kan, stock barang makan pun orang lain hantar ke rumah kan?? Paling2 kalau nak g shopping sendiri pun, ke iSetan je la... Barang berkualiti.. ( tapi harga pttuihhh, mahal. Orang macam dia kata murah la..)..
Yang Kita yang duit ceciput no, g la tesco, beli la barang yang Dah nak expired sebab dapat harga clearance, beli la ikan yang Dah berbau Dan lembik kat tesco, rendam la dengan air beras Dan air tepung bagai, goreng garing3... Hahhahahaha... Sedih Tak? Sape kene macam ni, confirm menitik air mata. Sapa Tak kene cakap la Kita kedekut, berkira, tak pandai memilih, Dan sebagainya.. Kepala Hotak Korang!!!!
Orang macam kami ni tiap hari nak kene pikir bajet, nak kalau boleh dengan duit yang sikit, bolehlah beli barang kasi penuh peti a is untuk anak isteri.. Orang atas ada kene macam kami ke???
Korang paham Tak, nilai RM makin Tak ada value? Paham Tak? Sehari untuk duit makan je Dah nak habis RM30 untuk satu family sederhana. Dah kalau gaji 3000 (kononnya gaji 3k ni Dah keluar Dari taraf miskin la), 1000 untuk makan, rumah Dan kenderaan RM1000 ( amik kira rumah sewa rm500 Dan keta nasional je. Sapot la barang buatan Malaysia?), minyak, anak2, entertainment, Mak ayah kat kampung? What is the value for that 3000 per month?? U all Tak rasa because Y? Expenses korang sehari pun Dah lebih Dari duit gaji orang kebanyakan yang keje separuh mampus selama sebulan..
Lepas tu, syorkan orang Malaysia berniaga... Hahahahahahahahaha... Yang ni Dah malas Dah nak cakap, pikir atau sambungkan sendiri la benda ni ... Nak g pasaraya tesco, biasanya tengahari macam ni, sayur2 semalam dengan ikan2 semalam yang Dah lembik skit, dengan ayam yang Dah kaler pucat dikeluarkan.. Bawak RM15 je. Cukuplah boleh beli lauk utk 2 hari.. Kesian anak mintak ayam tadi. Isteri teringin ikan pulak, biasa ikan bilis goreng bercili jek.. Murah betul barang sekarang no, RM15 boleh dapat ikan, sayur, ayam... Hahaha... Bau ke, Dah rosak ke, Dah Tak fresh ke, Takper... Janji makan Tak mati sudahlah.. Yang sayur2 hijau Dan organik tu, biarla pemimpin yang makan, biar diorang dapat khasiat Dan sentiasa sihat.. Yang ikan2 Segar tu, biarlah pemimpin yang makan, diorang perlu lebih protein untuk memikirkan hala tuju negara dan kebajikan masyarakat.. Yang ayam2 Segar tu, takperlah.. Lagipun kurang2kanlah makan ayam, injek ubat Dan kolesterol pun tinggi..
Raging fresh... Hemmm, raya haji nanti ada rezeki dapatla sekilo dua.. Sekarang ni beli je la daging kotak sebulan sekilo.. Yang tenderloin semua, biarlah pemimpin Dan atasan sana yang makan, biar diorang bertenaga Dan agresif buat kerja untuk Kita...
Takpe.. Allah Maha Mengetahui Dan Maha Mendengar....
pampers pon naik mendadak.
ReplyDeletekata turun. ntah la..
pengguna la kena bijak
Dh terasa kesannya dh yana.. Pasrah jer la.. Cuma nk tunggu dan lihat apa kesan positif cukai ini terhadap rakyat...so wait and see jer... Skrg xnak komen lebih2 lg...
ReplyDeletebaru ni member balik kampung..dulu nasik lemak 60 sen dah mcm2 ada tp skrg rm1 ciput je gara2 gst. serba salah org kampung..depa lagi terasa. bwk rm2 gi kedai nak beli bawang. dulu maybe dpt 10bj tapi skrg maybe dpt separuh..kesian sgt...
ReplyDeletewww.cikpuan-permaisuri.blogspot.com