Benarkah menduduki Program LINUS Menandakan Anak-Anak Kita Bodoh?
Benarkah menduduki Program LINUS Menandakan Anak-Anak Kita Bodoh? | Sedar tak sedar kita sekarang sudah memasuki suku ketiga bagi tahun 2017. Kiranya sudah lapan bulan Aisyah menuntut ilmu di Tabika KEMAS. Sehingga ke hari ini, Aisyah masih belum mampu membaca. Menulis pun dia perlukan bimbingan. Kadang bila tengok dia buat kerja sekolah, YY rasa sebak sangat. Pada usia yang belum pun genap enam tahun, dia sudah perlu berhadapan dengan diskriminasi. Bodoh ke dia hanya kerana dia belum mampu membaca, menulis dan mengira seperti rakan sebaya?Tak berapa lama dulu YY menghadiri Hari Terbuka. Walau ada banyak benda positif yang didengar, tetapi ada perkhabaran yang mengguris hati YY sebagai seorang Mama. Aisyah digambar oleh guru yang mengajar sebagai seorang yang mudah mesra dan digemari oleh rakan. Dia cuma dikatakan kurang fokus. Dengan keadaan Aisyah sekarang, YY dimomok dengan perkhabaran dia perlu menduduki Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) ketika di Tahun Satu kelak. So what? Hanya kerana Aisyah perlu menduduki Program LINUS, ia terus menandakan Aisyah bodoh?
Setiap individu mempunyai keunikkan yang tersendiri. |
YY tak pasti niat sebenar guru tersebut. Tapi YY rasa tak perlu rasanya guru tersebut takutkan parent atau pelajar tentang benda seperti ini. Dunia tidak akan berakhir hanya kerana anak kita perlu menduduki Program LINUS.
YY secara jujurnya tak risau walau Aisyah dikatakan ketinggalan berbanding rakan seusia. YY sebenarnya yakin setiap di antara kita punyai keunikkan tersendiri. Hanya kerana Aisyah tidak pandai membaca atau menulis pada usia sekarang, ia tidak menggambarkan langsung level kecerdikkan dia. Lagipun Aisyah baru enam tahun kot! YY dulu umur macam tu sibuk main lagi! Tak akan YY nak paksa dia belajar sedangkan YY sebaya dia masih berseronok. Let her enjoy her childhood while she can.
YY punya prinsip kalau anak tak mampu buat, tak guna YY paksa. Paksaan tu hanya bagi tekanan pada diorang. Apa yang YY sebagai parent boleh lakukan adalah dengan sentiasa beri sokongan dan bimbangan. Insya ALLAH lama kelamaan mereka mampu lakukan. Lambat dengan cepat aje. YY yakin tu!
Tak perlu beri tekanan pada anak-anak kita. Dah lah mata pelajaran zaman sekarang ni sangat mencabar. Ditambah dengan tekanan yang kita berikan, boleh jadi gila anak-anak kita tau! Lagipun atas tujuan apa kita paksa diorang buat sesuatu yang kita memang dah nampak, diorang tak mampu lakukan? Nak diorang jadi Professor?
Tu belum cerita susunan jadual seharian yang padat. Mana nak pergi sekolah, kelas mengaji, kelas tambahan, makan, minum, buat kerja sekolah. Kita orang dewasa pun tak macam tu padat jadual. Ditambah dengan beg berat mengalahkan guni beras yang diorang terpaksa pikul setiap hari. So kenapa kita beria bagi tekanan kepada mereka? Untuk kepuasan diri kita sendiri?
Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid - Albert Einstein
Percayalah yang anak-anak tak bodoh hanya kerana mereka perlu mengikuti Program LINUS. Sekurang-kurangnya program tersebut bagi mereka pendedahan untuk mereka mengusai kebolehan membaca, mengira dan menulis. Anak sulung YY dulu pun mengikuti Program LINUS. Hanya ketika dia berada pada penghujung tahun Darjah Satu, barulah dia boleh membaca. Segunung kata pujian YY berikan sebab YY sendiri hanya mampu membaca dengan lancar ketika YY berusia lapan tahun.
YY punyai pandangan berbeza dengan pandangan parent lain. Lagipun kita harus sedar yang anak yang tak cerdik tu ujian dan yang cerdik tu pun ujian. Jangan lukai hati anak-anak hanya kerana mereka tak mampu menjadi apa yang kita harap. Mereka juga punyai hati dan perasaan. Cubalah untuk seketika renung wajah amanah yang diberikan kepada kita ini. Ingatlah di luar sana masih ramai yang belum diberikan nikmat menjadi ibu bapa. Bukankah kita sangat beruntung?
YY lebih suka mencorak kehidupan anak YY berdasarkan warna kegemaran mereka dan bukannya berdasarkan warna kegemaran YY. Apa yang pasti, kita sebagai parent tetap mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Hanya kerana didikan YY berbeza dengan anak-anak kalian, tak bermakna YY tak pernah ambil peduli tentang mereka. YY akhiri bebelan YY hari ini dengan video animasi di bawah. Cuba kita hayati dan fahami. Mungkinkah kita sama seperti video animasi ini?
Anak cikla darjah satu. Email jadual sgt padat. Balik sekolah pukul 1.20 then bergegas pulak nak pergi sekolah agama sebelah ptg. Kdg2 kesian jugak tgk, mcm xde rest. Mujurlah selama ni dia tak pernah merungut... Tgk silibus budk darjah satu sekarang pun dh level tinggi.. Mcm bdk darjah 4 dh... Bertabahlah anak-anak sekarang...
ReplyDelete