Pergaulan Lelaki dan Wanita di Pejabat
Pergaulan Lelaki dan Wanita di Pejabat | YY sudah terbiasa melakukan sebarang aktiviti bersendiri sejak dari zaman sekolah. Mungkin perwatakan YY yang pendiam tidak menyukarkan YY untuk melakukan apa sahaja secara sendirian. Bila bekerja juga, YY takde masalah untuk makan tengahari secara bersendirian. Tambahan pula di tempat kerja lama, kami perlu makan secara bergilir bagi memastikan pejabat sentiasa ada orang. Bila masuk di tempat kerja baru, waktu makan tengahari adalah serentak. So pada waktu ini rakan yang berlainan jantina dan bangsa bebas bergaul.Bila dah berada dalam keadaan ini, YY nampak banyak keburukan wujud apabila batas pergaulan tidak dijaga. Atas dasar professional pekerjaan, pergaulan antara lelaki dan wanita itu perlu. Sebarang pekerjaan tak akan menjadi jika tidak dilakukan secara berkumpulan. Malahan YY tak nafikan buah fikiran antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaan. So kerja secara berkumpulan antara lelaki dan wanita itu perlu bagi memastikan kejayaan sesuatu tugasan. Bab tu memang YY tak pertikaikan.
Cuma apabila melibatkan masa santai seperti waktu makan tengahari, soal professional sudah tidak timbul. Kebiasaannya pada waktu ini, kita lebih suka bercerita hal-hal santai. Dari gossip mengenai artis sehinggalah kepada hal melibatkan peribadi. Di sinilah wujud keburukan apabila batas pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dijaga.
Pergaulan lelaki dan wanita di pejabat banyak keburukannya |
YY pernah terdengar perbualan antara seorang rakan sepejabat lelaki dan wanita. Si lelaki bercerita tentang betapa buruknya fizikal isteri dia selepas bersalin. Dia mula membuat perbandingan antara rakan wanita YY yang juga baru lepas bersalin dengan isteri dia. Seriously YY rasa jijik bila overheard perbualan rakan lelaki YY tu. Yang si rakan wanita YY pun bila kena puji mulalah terasa diri di awang-awangan. Tak sedar yang kata-kata pujian tu datangnya bersama bisikan syaitan.
Sesungguhnya orang yang mendapat tempat paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia hubungan itu kepada orang lain - Riwayat Muslim
Bertepuk tampar antara lelaki dan wanita di sini ibarat perkara biasa. Lebih memalukan tiap kali menjelang Khamis mulalah masing-masing nak bercerita hal dalam kelabu. Ada sahaja benda yang dijadikan bahan gurauan yang kalau diteliti secara baik boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Kita ni orang Islam dan orang Timur yang kaya dengan adab. Tak molek bergurau benda seperti ini dengan rakan yang berbeza jantina. Ia boleh buat orang pandang rendah pada kita. Cubalah ada sedikit rasa malu.
Kalau kita dah berumahtangga, kita perlu menjaga maruah diri, pasangan dan keluarga kita tak kira kita lelaki mahupun wanita. Kita perlu jauhkan hubungan yang boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Sebab tu YY nasihatkan sesiapa pun termasuk diri YY sendiri untuk tidak keluar berdua sahaja dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Jangan ambil mudah hal seperti ini kerana ia mungkin berkesudahan dengan sesi luahan perasaan dan perkongsian jiwa yang boleh berlarutan. Ingat ye, di antara dua lelaki dan perempuan yang bukan mahram, wujud syaitan di tengah-tengahnya.
Menurut suatu laporan akhbar pada tahun 2004, Unit Kaunseling Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ketika itu menganggarkan sebanyak 75 peratus daripada penceraian yang berlaku dalam masyarakat adalah berpunca daripada kehadiran orang ketiga. 80 peratus daripada angka orang ketiga tersebut tersebut adalah rakan sekerja. Mengejutkan bukan? Tapi itulah adalah hakikat.
Statistik di atas jelas membuktikan yang hubungan sesama rakan sekerja ini sekiranya tanpa batasan akan berkesudahan dengan penyakit sosial yang menjalar dan sekaligus mampu merosakkan institusi kekeluargaan secara halus. Ia ibarat anai-anai yang perlahan-lahan merosakkan asas sesebuah bangunan. So beringatlah. Tak salah sekiranya kita berkawan tapi kita perlu beringat yang tujuan kita bekerja adalah untuk menambah pendapatan keluarga dan bukan sebaliknya.
Sumber: http://bit.ly/2vEXPcH
ReplyDeleteApa khabar dan selamat malam pada sis YY
Islam dah ajar cara paling mudah untuk lelaki kawal diri
TUndukkan pandangan
jangan melilau mata tu
Kawal dan lihat apa yang halal saja
Setuju, sangatlah tidak digalakkan, malahan boleh jatuh Haram.
ReplyDeletemasalah ni dah common zaman skrg. sebab dah ramai suami isteri duk PJJ..hidup sorang-sorang tanpa teman. jumpa pula rakan sekerja hari-hari..😓
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian ini.. Moga2 masalah sebegini dpt dikurangkan..
ReplyDeletebetul YY. kalau nak lunch elok lah dengan sesama jantina. tak mau timbul gosip dan akan ada sesi luahan perasaan
ReplyDeleteBagi saya, lelaki dan perempuan tak perlu berkawan kalau tak ada urusan...nanti bila dah ada bibit cinta canpurtangan syaitinirrokim lagi susah..hehe
ReplyDeleteBetullah tuh....mmg kena ada batasan bila bersembang dgn berlainan jantina ni.
ReplyDeleteTapi mungkin jugak mereka dah bekerja bersama sama sejak zaman mereka bujang lagi YY. Tu yang mereka nampak selesa bergurau macam tu.
Mana2 sama je kan.. Mesti ada kes tak jaga ikhtilat nih... Atas alasan.. Ala. Kwn kerja..
ReplyDeletekalo memey dh jodoh., hehe2
ReplyDeletedah jadi mcm kebiasaan pulak sekarang ni..
ReplyDelete