Keajaiban Kejadian Manusia
Keajaiban Kejadian Manusia | Disebabkan kesihatan YY yang sudah semakin stabil, mula terasa nak buat segala benda. Konon dah sihat kan. Hehe. So bebaru ni YY mengemas segala dokumen lama. Time mengemas tu, YY terjumpa keratan akhbar bertarikh 12 Febuari 2004. Tersenyum sendiri YY time dok baca keratan akhbar daripada The Malay Mail ni. Tak sangka naluri keibuan wujud dalam diri YY ketika itu yang kalau dikira baru mencecah 21 tahun. Keratan akhbar yang bertajuk The Miracle of Life tu ternyata menarik minat YY untuk terus menyimpannya sehingga kini.Keratan akhbar tu sebenarnya merupakan review individu bernama Michael Hanlon mengenai sebuah buku bertajuk A Child Is Born hasil nukilan scientist yang bernama Lennart Nilson dan Lars Hamberger. Apa yang menarik mengenai buku tersebut adalah ia mengandungi pelbagai gambar yang menarik mengenai proses keajaiban seorang manusia sepanjang berada di dalam rahim ibu.
Keratan akhbar bertajuk The Miracle of Life yang masih YY simpan |
Menurut akhbar terbabit, gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut diambil menggunakan pelbagai terknik bagi menghasilkan gambar yang menarik. Antaranya menggunakan kamera yang sangat kecil yang boleh dimasukkan di dalam jarum bagi mencatatkan perkembangan seseorang bayi dari mula sehingga ia dilahirkan. Menurut penulis review, walaupun buku ini mengandungi semua maklumat mengenai pembentukkan seorang manusia sepanjang tempoh 40 minggu kandungan, "It do not answer the tricky question of exactly when life begin"
Gambar yang menerangkan keadaan ketika proses conception |
Selain gambar, ia juga turut menerangkan secara terperinci apa yang berlaku ketika proses persenyawaan, yang kemudian menjadi zigot, embrio, fetus sehingga kepada kelahiran seorang bayi. Antara yang menarik perhatian YY, ketika trimester kedua dan ketiga, fetus akan menyedut segala kalori, mineral, vitamin dan hormon daripada ibu melalui placenta. Placenta ni kalau tak salah kefahaman YY, uri lah kan?
Jantung akan mula beating pada hari ke 22 selepas conception |
Buku tersebut juga mengatakan yang fetus mampu terus hidup walau lahir pada usia 24 minggu lebih awal atau dalam bahasa biasa kita dengar, kelahiran pra-matang. Ia turut mengatakan yang ia tidak menolak kecanggihan teknologi masa depan mampu menyelamatkan bayi yang dilahirkan lebih awal daripada 24 minggu. Siapa tahu, dengan teknologi dan yang paling penting, kuasa DIA YANG SATU, tiada apa yang mustahil. Seperti yang diceritakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 117
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.
Pada minggu keenam kehamilan dah ada bentuk manusia |
Keratan akhbar itu masih YY simpan kerana mengagumi keajaiban kejadian manusia. Setiap gambar yang dikongsikan cukup jelas memperlihat betapa besar kuasa DIA. Malahan kejadian manusia itu cukup jelas diterangkan di dalam ayat-ayat Al-Quran. Antaranya di dalam surah Al-Mu'minun ayat 12 sehingga 14 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Syahdu bila tengok gambar ni. |
13 tahun dulu, ia mungkin angan-angan seorang gadis remaja. Kini setelah kali terakhir YY mengandung kira-kira enam tahun dulu, Alhamdulillah YY sekali lagi diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung. Agak lama YY menanti. Alhamdulillah, rezeki dan YY sangat teruja. Insya ALLAH panjang umur, YY bakal menyambut kelahiran bayi ketiga pada awal tahun depan, YY pohon doa dari kalian semua. Doakan keselamatan YY dan bayi dalam kandungan YY ye (^_^)
Aisyah nak dapat adik???
ReplyDeleteTahniah YY...
Jaga diri...
Ai, akak pula yg rasa teruja lebih ni...
Sama mcm masa akak pregnantkan Aina.. beza enam tahun juga dgn Danish :)
Insya Allah, semoga dipermudahkan urusan YY :)
sangat hebat ciptaan allah s.w.t
ReplyDeleteWow! Diam-diam. Alhamdulillah syukur! Tak tahu kenapa Auni yang eksaited. Semoga Kak Yana dan baby baik-baik dan sihat sentiasa. Amin Amin Ya Rabbal Alamin~
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah YY. Selamat menempuh 40 minggu nan indah. Take care.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan.. Take care..
ReplyDeletehebat ciptaan ALLAh.. tiada siapa yang dapat menandingininya
ReplyDeletetahniah yana..jaga diri dan kandungan ye
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah YY. Take care
ReplyDelete