Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS

7:35:00 am Yana Yani 2 Comments

Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS | Semalam YY dapat tahu ada bantuan masuk sekolah untuk ahli TAWAS. YY difahamkan bantuan ini hanya untuk ahli yang dilahirkan pada tahun 2011 sahaja. Nak dijadikan cerita, Aisyah memang lahir pada tahun tersebut dan ahli TAWAS. So YY memang teruja especially dengar perkataan bantuan tu. Haha! Misi pencarian maklumat pun bermula bagi mengesahkan apa yang YY dengar. Zaman sekarang ni, tak boleh terus percaya aje apa yang kita dengar, kena selidik dulu. Dah pasti, baru percaya. Bijakkan YY? Jadilah seperti YY. Haha!

Melalui laman sesawang rasmi TAWAS, apa yang YY dengar tu memang betul.

Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS
Banner yang terdapat di laman sesawang TAWAS berkenaan bantuan yang dimaksudkan

Baca: Mengambil Penyata Simpanan TAWAS

Laman sesawang berkenaan mengesahkan yang bantuan ini hanya untuk ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2011 sahaja. Antara maklumat yang terdapat adalah seperti berikut:

** Tarikh tutup tuntutan sehingga 8hb Disember 2017 sahaja.
** Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan.
** Bawa MyKid atau kad TAWAS sewaktu hadir.
** Tidak dibenarkan mengambil bantuan bagi pihak anak anda.

Tapi maklumat yang dikongsikan sangat minimal. So YY pun hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut. Dok wondering pun tak guna juga kan.

Hasil dari perbualan dengan pegawai yang bertugas, program bantuan ini hanya akan bermula pada minggu hadapan. Kira minggu terakhir Ogos 2017. YY juga dinasihatkan untuk menelefon semula pusat tuntutan bantuan untuk tujuan pendaftaran dan temujanji. Pegawai yang bertugas akan berikan tarikh untuk korang melakukan tuntutan. Tuntutan hanya boleh dilakukan di pusat tuntutan yang tertera ketika korang melakukan semakan. Ia dibuka setiap hari bekerja bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Bantuan yang akan diberikan adalah merupakan beg sekolah dan ianya sangat terhad. Pegawai tersebut berkata, ia berdasarkan first come first serve. Sebab tu korang dinasihatkan melakukan temujanji sebelum datang ke pusat tuntutan bantuan.

Harap apa yang YY kongsikan ini bermanfaat (^_^)

2 comments:

  1. selamat pagi jumaat
    singgah pagi yg indah

    ReplyDelete
  2. Bagus ada bantuan mcm nih. Sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban ibu bapa kan

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...