Benarkah ATM CIMB Ambil Duit Orang
Benarkah Mesin ATM CIMB Ambil Duit Orang | Sekarang ni kalau buka newsfeed Facebook tengah tular pasal ATM (Automated Teller Machine) CIMB Bank Berhad telan duit orang. Terutamanya kalau korang pemilik akaun Maybank. Katanya kalau korang pemegang akaun Maybank dan cuba keluarkan duit di mana-mana ATM CIMB memang arwahlah duit korang. Uniknya dekat Malaysia ni, asal benda melibatkan duit, memang orang mudah panik. Yelah, duit kan!Tapi kan, pernah tak kita terfikir tak sejauh mana kebenaran cerita tu?
ATM yang menjadi musuh rakyat Malaysia sekarang ni |
Antara kandungan mesej yang tengah tular tu adalah seperti di bawah. YY ubah struktur ayat sebab YY pening nak baca. Haha!
Jangan cucuk duit dekat ATM CIMB kalau guna kad Maybank. Pendek cerita, kad Maybank cucuk dekat ATM CIMB. Semalam aku pergi pergi cucuk. Malam, cek duit. Baki kosong. Sabarlah wahai hati. So saya call Maybank. Dia cakap tolong bagi tahu kawan-kawan dan family. Jangan cucuk duit dekat ATM CIMB buat masa sekarang. Dah banyak kes. Ya Allah tabahkanlah hati. Duit sebulan gaji hilang macam tu je. So kawan-kawan yang lain ambillah langkah berhati-hati. Dalam bank tak boleh simpan. Bawah bantal tak boleh simpan. Lepas ni aku tanam ajelah duit.
Mesej yang tengah tular |
Rentetan dari kes ni, ada seorang kenalan YY yang memang bekerja dengan CIMB Bank Berhad memberi respond seperti di bawah. YY ubah juga mana yang patut. Haha!
Meh saya explain sikit. Mana-mana bank pun sama aje sebenarnya. Kalau keluar duit dekat bank lain kite guna line MEPS. So bila line tu problem maka akan timbul masalah cam gitu. Apa yang perlu anda buat adalah call aje call center bank masing-masing. Buat report dan bank akan refund back the money. Masalah jadi kalut bila kita nak pakai duit tu urgent dan bank belum refund duit tu. So akan jadi viral lah macam sekarang. Duit tak akan hilang ke mana pun. Apa yang penting bila buat report. Kena ada mesin nombor, masa dan tarikh transaksi tu dibuat. Faham ye di sini.
Respond pekerja CIMB Bank Berhad |
Apa yang dikatakan oleh kenalan YY tu memang benar. Walau tidak pernah melalui sendiri, tapi YY pernah melihat kawan YY menghadapi masalah yang serupa. Dia gunakan system MEPS. Maksudnya kad bank lain, tapi cucuk dekat ATM bank lain. Bila cucuk, duit tak keluar. Cucuk sekali lagi untuk check baki. Tengok duit dah tinggal sedikit. Seolah duit telah dikeluarkan. Padahal satu sen pun tak ambil. Mau tak panik dibuatnya. Ditambah time tu kita terdesak. Macam kes kawan YY tu, lagi beberapa hari nak raya. Memang menangis dia. Kesian weh!
The good news is, duit dia yang "hilang" tu dapat balik. Dia buat report di bank dia pada hari yang sama dengan menyertakan resit transaksi yang dia perolehi dari ATM bank terlibat. Tapi memang lama nak tunggu disebabkan ada banyak proses perlu dilalui. Nak tunggu dapat balik duit memang bikin sakit jiwa. Tapi terpaksa hadap. Nak buat macamana. Raya tahun tu tak seronok kata dia sebab tak boleh shopping. Tapi at least lepas raya, dia tak perlu makan serdak biskut raya sebab duit dah dapat. Haha!
Bagi YY, MEPS (Malaysian Electronic Payment System) ni memang bagus sebab ianya memudahkan kita melakukan pelbagai transaksi perbankan. Contohnya pengeluaran wang, pemindahan wang, pertanyaan baki, pembayaran kad kredit dan banyak lagi. Kalau tidak, tak akanlah semua bank di Malaysia setuju menggunakan sistem berkenaan. Pasti mereka juga sedar kebaikan system berkenaan. Cuma dah namanya buatan manusia, pasti ada kecacatan di sana sini.
Tapi kalau YY, memang YY tak akan guna ATM bank lain kecuali dalam kes terdesak. Sebab utama adalah setiap transaksi pengeluaran akan dikenakan charge sebanyak RM1.06 termasuk 6% GST (Goods and Services Tax). Bagi YY setiap sen amat berharga! Kalau disimpan RM1.06 selama 365 hari, kita boleh kumpul lebih kurang RM386.90. Lepas sebulan punya belanja dapur okay! Nampak sangat dasar berkira kan. Haha!
Rumusan yang boleh dibuat, memang benarlah ATM CIMB bank ambil duit korang terutama pemegang akaun bank lain. Tapi hanya ketika MEPS mengalami gangguan dalam talian. Duit tu pula akan dapat balik. Cuma kena pastikan segala bukti disimpan rapi bagi memudahkan tuntutan kembali duit yang "ditelan". Paling penting tak usah panik. Ingat langkah yang disyorkan oleh mereka yang sememang arif dalam hal ini.
Alright, rasanya itu ajelah bebelan YY buat masa. Assalamulaikum (^_^)
thank you for sharing..
ReplyDeletebru bbrapa ari lepas jiran mak sbelah rumah kena mcm ni, kad mbb masuk cimb atm. duit hilang, yg penting jan panik, kena simpan resit & refer bank center.. kalo xda resit, makin payah la jawab nya
ReplyDeleteMemang dah jadi viral sekarang isu ini.
ReplyDeleteTapi ada juga yg memberi kenyataan apa realiti sebenar
Kalau betul2 hilang dan tak dapat refund fuhhhh menangis juga nampaknya.
ReplyDeleteBetul tu YY, paling bagus ambik duit dr bank yg sama dgn kad. Tp kalau dah no choice, elak atm CIMB la nampaknya....
ReplyDeleteMemang kalau terdesak, terpaksa jugak guna ATM machine lain.... Thanks for update kak yana..
ReplyDeletethank you sebab share. sy pun baru tahu pasal ni. sebelum ni tak pernah lagi duit 'hilang' walaupun guna meps
ReplyDeleteexplanation.yg bagus
ReplyDeletekalau urgent nak pakai duit memang stress la jugak..lagi2 banyak prosedure plak nak kene buat..tq sharing
ReplyDeletehihi. macam2 cerita. thanks yy tolong translate kan ayat tu. semua ni salah faham je kan? :) hee
ReplyDeleteSep sikit!! Kita sama... Saya pun takkan keluar duit di ATM lain. Kalau kad Maybank, memang cari ATM Maybank. Kalau kad CIMB, memang cari ATM CIMB. Alasan kita pun sama, sebab ada caj RM1.06 ke RM2.00. Orang lain mesti kata saya mengada-ngada sampai berkira RM1.06 tu... Pada saya yang tak bekerja, 1 sen pun sangat bernilai! heehehehe
ReplyDeleteterima kasih diatas penjelasan, setakat ni tak pernah belaku lagi, lepas ni kalau berlaku dah tahu lah apa nak buat
ReplyDeleteIshh bahaya jugak ni.. sbb penah gak jd bile transacrion error xcek plk duit baki.. pasni kene cek sokmo la...
ReplyDeleteaida pun x kan guna atm lain kalau x urgent.
ReplyDeletegigih jugak ler cari atm maybank :)
but now x le brape perlu, sebab shopping aida da kerap guna debit card je, YY.
sama jer mcm guna cash, kan...
Lama dah tak buat kerja mcm tu YY. Cucuk kad bank lain, dekat atm lain...ada berlaku ke mcm tu. Takutnyaaa...
ReplyDeleteYelah masalahnya bila urgent nak guna, duit kena telan pulak ek...
Mslh sy pula kad cimb cucuk Bank cimb tak boleh. Dia tulis ape tak igt. Tp bila guna kad cimb cucuk Bank lain elok plak keluar duit. Tp kalau tiap hr cucuk kn cas 1 rggt bankrupt lah.. Nk kata cip rosak. Bila prgi cucuk Bank lain boleh. X fhm lah cimb ni. Dia xnk cimb dgn cimb. Gaduh kot. Haha
ReplyDelete