Kesibukkan Kita Buat Anak-Anak Rindu?

5:56:00 pm Yana Yani 12 Comments

Kesibukkan Kita Buat Anak-Anak Rindu? | Anak merupakan anugerah yang cukup berharga pemberian DIA yang SATU kepada hampir ke semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Disebalik pemberian anugerah itu, ia juga diiringi dengan amanah yang amat berat harus dipikul sama rata baik bagi si ibu mahupun si bapa. Baru-baru ini YY terbaca cerita seorang ibu yang menjadi tular di media sosial. Cerita itu buat YY yang juga seorang Mama terasa amat sebak.

Cerita itu tular dalam masa beberapa hari setelah diceritakan. In fact ia yang telah dikongsi ribuan kali oleh warga media sosial. Boleh baca cerita itu di bawah ni


Kesian kan anak dalam cerita itu. Perbuatan dia itu menggambarkan betapa dahaganya dia dengan kasih sayang dari si ibu dan si bapa. Seriously menitik air mata YY dibuatnya. YY tidak berniat menghakimi ibubapa anak tersebut. Lagipun YY tidak tahu cerita sebenar. YY hanya orang luar yang menilai sesuatu cerita dari sudut yang berbeza. Untuk berlaku adil, sesuatu cerita memerlukan kefahaman dalam setiap sudut sebelum kita boleh buat sebarang justification.

Lagipun pekerjaan ibubapa anak terbabit merupakan pekerjaan yang menuntut pengorbanan yang tinggi. Bukan semua mampu melakukan apa yang mereka lakukan.

Kesibukkan Kita Buat Anak-Anak Rindu?
Dua permata hati YY

YY adalah contoh manusia yang tidak mampu melakukan seperti mereka. Tahu tak yang YY pernah menguburkan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kerana bimbang anak dan suami terbiar. Ia mungkin dianggap alasan bagi orang lain. Tapi YY tahu sejauh mana kemampuan YY. Sebab tu YY kagum dengan kawan YY yang mampu menyambung pelajaran secara sambilan. Level stress pastinya lebih tinggi disebabkan ada tiga penjuru kehidupan yang perlu ditempuhi.

Ia bermula dengan keluarga, tempat kerja dan ditambah pula dengan pelajaran. Kalau tak betul cara pengurusan, boleh gila dibuatnya!
Kesibukkan Kita Buat Anak-Anak Rindu?
Imej kredit http://bit.ly/2lZr6L5

Kehidupan YY setelah mempunyai anak memang berubah 100 peratus. Mungkin lebih tepat, masalah kesihatan merupakan penyebab tiada lagi istilah "SAYA" dalam kehidupan YY. Kehidupan ini YY rasakan begitu singkat sehinggakan dinner anjuran company YY tak pernah hadiri. Terasa tak tergamak untuk "berhibur" sedangkan anak sedang menanti di rumah. In fact, YY tak pernah ke mana-mana tanpa anak-anak kecuali bekerja. YY lupakan semua hasrat dan impian demi anak-anak.

Tak kisahlah apa pandangan orang pada YY. YY tahu apa yang YY lakukan.

Kesibukkan Kita Buat Anak-Anak Rindu?
Keluarga kecil YY

Jangan salah faham dengan apa yang YY sampaikan. YY yakin semua di antara kita menyayangi anak. Tak terlampau untuk YY katakan bahawa tujuan kehidupan kita adalah demi anak. Sebab tu kita bekerja dengan bersungguh demi kesenangan mereka. Kalau boleh kita nak beri semua kekayaan dunia pada mereka. Tapi  sedar tak kita, dalam keghairahan kita mencari harta, kita terlepas pandang kewujudan insan kecil yang rindukan belaian kita. Kasihanilah mereka.

Cuba untuk seketika tanyakan soalan ini pada diri sendiri. Bila kali terakhir kita peluk cium mereka? Bila kali terakhir kita dengar celoteh mereka? Kalau jawapan sudah agak lama, cubalah ambil tempoh berehat. Luangkan masa bersama mereka yang kita panggil anak.

Habiskan masa sebanyak mana boleh ketika anak-anak masih kecil. Semaikan sebanyak mana-mana memori manis yang kita mampu bersama mereka. Hayati setiap gelak ketawa mereka sebab rumah yang riuh pada hari ini, pasti akan sunyi satu hari nanti. Percayalah yang kita akan merindui saat rumah riuh rendah dengan gelak ketawa mereka. Menambahkan sakit hati, kita tak akan mampu memutarkan masa.

Yakinlah bahawa kita mampu mengubah plot kehidupan kalau kita katakan kita mahu. Kalau kita boleh habiskan masa bersama kawan-kawan, kenapa tidak dengan anak-anak. YY bukan suruh tukar profession. Tak, bukan! YY cuma galakan kita semua jenguk seketika kehidupan anak-anak. Take part kata omputih. Hadiri peristiwa penting dalam kehidupan mereka contoh. Buat mereka terasa mereka juga sama penting dengan duit yang kita cari. Jangan kerana kesibukkan mencari wang ringgit buat anak-anak rindu.

Sekadar luahan dari hati seorang insan yang juga bergelar Mama. Sekian

12 comments:

  1. bila tgok anak membesar dpn mata, rasa cptnya ms berlalu, cpt nya anak membesar, tak puas nak bermain dgn anak, walaupun kita dpt mengenggam dunia ni belum tentu dpt beri yg terbaik utk mereka..

    ReplyDelete
  2. Betul... Peluk, cium, dan habiskan masa beraktiviti dengan anak-anak. Mereka pasti suka... macam saya walaupun tak bekerja, surirumah sepenuh masa, tapi saya tetap kena bahagi masa untuk kerja-kerja rumah dan menghabiskan masa bersama anak-anak...

    ReplyDelete
  3. betul tu yana,kadang kesibukan kita menyebabkan kita terleka dan lalai dengan anak2, tahun lepas memang akak terlalu sibuk, sepanjang minggu bekerja weekend pun bekerja, tapi masa yang sedikit kita cuba untuk beri ruang buat anak2 dengar celoteh mereka dan bertanyakan tentang apa2 saja disekolah atau tentang apa2 sajalah supaya mereka tak rasa kita jauh dari merekakan...memang sedih bila terpaksa lebihkan kerja, tapi itulah setiap perkara memerlukan pengorbanan.

    Alhamdulillah tahun ini lebih rileks jadi dapatlah tumpukan lebih perhatian pada anak2..ye yana kita ni apa yang kita buat memang untuk anak2, bekerja cari duit semua pun untuk anak2

    ReplyDelete
  4. Pengorbanan seorang isteri dan ibu. Nak buat apa2, mesti ingat anak2. Sebab tu klo ada invitation utuk blog, saya prefer yang boleh bawak family.

    Tapi status tu memang sedih. Teringat kat anak2. Pastu bila jumpa anak2 lupa apa yang dah dibaca tadi... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Sedih baca kisah budak perempuan tu. Betapa dia dahagakan kasih sayang. Kerja sebagai staff nurse ni memang tak ikut masa, kadang2 on call. Hmm.. walaupun tak tahu apa yang berlaku, semoga ibubapa budak tadi ada sedikit masa untuk diluangkan pada anak :)

    ReplyDelete
  6. betul tu Yani...Kadang2 bila teruk sangat bekerja..sampai takde masa nak bermain dengan anak...tapi saya tetap adakan masa untuk anak2 pada hari minggu...
    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
  7. Kagum jugak dgn org y mampu bekerja smbil belajar apatah lg y bekeluarga.. xpe kak yana ayu paham kak yana, tahniah bt kak yana. Bkn senang nk jd mak bapak zaman sekarang.. anak2 makin bijak

    ReplyDelete
  8. same here la, YY. perkara ni sentiasa berada dlm fikiran aida.
    tried hard utk bersama mereka dlm pe jua keadaan.
    tanpa belakang kan kerja opis.
    tanpa belakang kan kerja rumah.

    ReplyDelete
  9. Ada org mmg mcm tu YY tak boleh berenggang dengan anak. Itu hak individu. Anak sendirikan, sapa lagi nak ambil kisah kalau bukan kita...

    Yang penting kita tahu apa yg kita buat.

    ReplyDelete
  10. Sedih pulak membaca kisah budak tu. Yalah, mereka bukan faham sangat kalau kita kata kita kena cari duit demi kehidupan mereka. Yang mereka faham, kenapa mereka tak dapat kasih-sayang secukupnya...

    Saya pun memang lebih menumpukan keluarga. Kerja nombor dua. Takda dah istilah kejar kerjaya lagi. Walaupun saya dapat luangkan masa dengan anak-anak setiap hari, tetap terasa masa bersama mereka pendek sangat. Rasa menyesal kenapa semalam, semalam dan semalam tak luangkan lebih masa daripada biasa. Dahlah anak-anak cepat membesar. Bila mereka besar, kita sendirian kembali :(

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...