Impian Menjadi Kenyataan
Impian Menjadi Kenyataan | Adalah normal untuk seseorang manusia untuk mengimpikan sesuatu dalam kehidupan. Impian biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran ataupun gaya hidup. Dengan mengimpikan sesuatu, ia boleh menjadi satu bentuk hiburan kepada seseorang yang mungkin sedang berdukacita. Malahan ia juga mampu menjadi pembakar semangat untuk seseorang terus berusaha. Sebab itu tidak mustahil untuk impian menjadi kenyataan.Itulah yang YY lalui. Mengimpikan seorang suami dan anak-anak. Alhamdulillah semua itu sudah pun menjadi kenyataan. YY bahagia dengan kehidupan sekarang. Tapi manusia tak pernah puas. Bila impian yang sebelum tu telah tercapai, akan muncul impian lain. Ianya tidak akan pernah berkesudahan. Bila mempunyai anak, YY mengimpikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.
Tak pernah menyangka ianya akan menjadi kenyataan |
Tapi YY lupa bahawa anak juga hanya manusia biasa. Memori menyaksikan Afif duduk sambil bersandar di dinding dengan mengetuk kepala berulang kali sambil mengucapkan, "Afif bodoh" masih lagi berligar sehingga ke hari ini. Seolah wayang tanpa bunyi, imej tu sering berputar difikiran YY. Sungguh YY rasa sangat menyesal memberikan dia tekanan yang mungkin YY sendiri tidak sedari. Apalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun tahu ketika itu.
Dari seorang kanak-kanak yang mempunyai cita-cita unik, ianya jatuh menjunam. Dia yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang archeology bertukar cita-cita dengan mendadak. Bila ditanya apakah cita-cita dia, dia akan menjawab nak jadi pekerja kilang. Bila kita tanyakan kenapa, dia akan jawab, "Sebab Afif tak pandai"
Hancur hati YY melihat semangat anak sendiri jatuh disebabkan kejahilan YY sendiri. Bertitik tolak dari situ, YY mengubah cara didikan YY. YY yakin masih belum terlambat untuk YY mengubah Afif dan diri YY sendiri. Di rumah YY tak pernah lagi menyentuh bab pelajaran. Hanya apabila dia ada homework, baru YY akan menyentuh bab pelajaran. Even sebelum exam, Afif tak pernah buat sebarang ulangkaji. Apa yang dia belajar di sekolah, itulah yang akan diterjemahkan pada kertas jawapan.
Moment paling berharga |
YY lebih tekankan apa yang dia minat. Afif sangat meminati seni kreatif. Maka YY belikan lebih banyak kertas lukisan dan apa sahaja yang berkaitan. Dia lebih "hidup" bila buat apa yang dia minat. Bertambah "hidup" sekiranya dalam aktiviti seni tu YY terlibat sama. Sekarang dia cukup gemar melukis komik. Melihat bagaimana dia mengubah plot cerita cukup mengagumkan YY. YY akan terus bimbing dia dalam bidang ini sekiranya memang itu yang dia inginkan.
Even kerja di rumah dia juga mampu uruskan seperti menggunakan mesin basuh. Dia dah tahu nak buat. Kebanyakkan kerja di rumah ini dia boleh lakukan termasuk mencuci tandas. YY tak pernah larang dia menolong buat kerja rumah. YY juga cuba membentuk cara dia berinteraksi dan menghormati persekitaran sama ada dengan manusia atau hidupan lain. Pernah YY terdengar dia memarahi adik dia yang memukul semut, "Adik! Kan Mama kata jangan bunuh binatang kalau dia tak kacau kita. Berdosa!"
Senyuman bangga seorang Papa |
YY akhirnya berjaya mendidik diri YY sendiri untuk tidak memfokuskan sangat hal berkaitan akademik. Apa yang penting hal berkaitan sahsiah dan rohani. Teringat arwah Nenek yang selalu pesan, "Biar bodoh, jangan rosak akhlak"
Tapi yang memeranjatkan, makin tak disentuh hal berkaitan akademik, makin meningkat prestasi Afif. Ustazah di Sekolah Agama cukup sayang pada dia kerana dia mempunyai harapan yang tinggi terutama dalam bab hafazan. Malahan Ustazah tersebut yang terlebih kecewa apabila Afif gagal menepati sasaran dia. Nak tergelak YY bila teringat reaksi Ustazah tersebut ketika Hari Terbuka baru-baru ni.
Sekarang Afif dah mula berkeyakinan. Kalau tanya apa cita-cita dia sekarang, dia akan jawab dia nak jadi askar atau pilot. Dia dah mula bercita-cita nak beli motor besar. Nak beli rumah besar. Nak ada isteri cantik dan anak comel. Hehe!
Anugerah ini yang buat YY sangat bangga pada Afif |
Anyway, impian YY untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan tercapai baru-baru ni. Bukan untuk bidang akademik tapi ia tetap membanggakan YY. Anugerah Tokoh Sahsiah yang diterima Afif baru-baru ini sudah mampu membuat YY tersenyum bangga. Ajaran YY selama ini Afif telah terjemahkan dengan baik sekali. Pujian yang diberikan oleh guru-guru mengenai perwatakan Afif sudah cukup untuk buat YY terasa di awang-awangan. Impian YY telah pun menjadi kenyataan. Terima kasih ALLAH.
Buat Afif bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran dia pada hari ini, Mama nak Afif tahu bahawa Mama sangat bangga dengan Afif. Terima kasih kerana membanggakan Mama. Teruskan menjadi orang "baik". Ingat tak Mama selalu pesan, kalau kita baik dengan semua orang, dengan pokok, dengan haiwan, ALLAH akan "baik" juga dengan kita. Apa sekalipun Mama tetap sayang Abang dan Adik dunia dan akhirat. SELAMAT HARI LAHIR sayang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mama (^_^)
Subhanallah kak. Seronok baca. Semoga akak menjadi seorang ibu yang cemerlang dan anak2 akak semuanya mjd anak2 yg soleh. :)
ReplyDeleteamiin yunk
Deleteakak harapkan begitu juga
terima kasih untuk doa tu ye =)
Tahniah afif. Selamat hari lahir. Smoga membesar sebagai anak yg soleh, bijaj pandai dan sihat tubuh badan 😊
ReplyDeleteamiin..fiza,
Deleteterima kasih untuk doa tu =)
Sedih saya baca kisah di permulaan tu. Kasihan anak sebab kita ibu bapa buat silap.
ReplyDelete.
Mujur sis dah berjaya sedar dari usia anak awal. Sekarang pun anak sia dah disayangi ustazah dan minat hafazan quran.
.
Alhamdulillah. Ilmu keibubapaan ni penting sangat
kesilapan saya dan suami ketika tu
Deleteyelah, ibubapa mana tak nak anak pandai kan
kami tersilap langkah bila terlalu menekankan bab tu
Alhamdulillah dia okay sangat berbanding dulu
ilmu parenting sebenarnya kita perolehi dari pengalaman
takde university yang mampu menawarkan ilmu sebegitu
insya allah dengan pengalaman kita boleh menjadi parents yang hebat
Alhamdulillah tahniah Afif... Moga sentiasa sihat walafiat, jadi anak yang baik... moga cemerlang juga dunia akhirat... amin. Selamat hari lahir...
ReplyDeleteterima kasih kak nora!
Deleteamiin. terima kasih untuk doa tu
itulah harapan saya dan suami =)
Tahniah dulu dari kakak buat YY sehingga berjaya mencorak anak menjadi yg diimpikan. Bukan semua ibu cepat sedar silap diri.
ReplyDeleteTitip juga ucapan tahniah dari auntie ni buat Afif.
mungkin terlalu awal juga untuk ucap tahniah pada saya
Deletesejujurnya saya masih belajar kak
Alhamdulillah, ALLAH bagi kesedaran pada saya
kalau tidak, kesian anak-anak saya
insya allah, akan saya sampaikan pada dia =)
ALHMDULILAH KECIK2 DA DPT ANUGERA.. INSHAA ALLAH SMPAI DEWASA.. MOGA JDI ANAK SOLEH
ReplyDeletehehe...insya allah
Deletetak tekankan sangat bab anugerah tu
tapi bab anak soleh tu ye. apapun terima kasih ye =)
Tahniah Afif. Selamat hari jadi juga.
ReplyDeleteTahniah YY dapat belajar daripada pengalaman.
terima kasih
Deletepengalaman adalah ilmu paling berharga, bukan? =)
tahniah
ReplyDeleteterima kasih
Deletetahniah afif dan selamat hari jadi..
ReplyDeletefuh yg tgh baca ni pun terharu juga sambil menghayati..
betul juga tu yana, asyik tekan kan belajar je mahu stress dibuatnye.. yg sy ni pun dh besar pun boleh dibuat stress bila ditekankan bab akedemik ni.. :D :D
yg penting buat apa yg kita suka utk happykan diri sendiri.. :)
semoga berjaya ye afif
kita semua belajar dari pengalaman
Deletesaya dah dapat pengajaran saya, saya harap saya mampu istiqomah
lagipun saya dulu, mana pandai sangat belajar.. haha
apapun terima kasih ye AH =)
Panjang tapi saya baca habis. Saya suka ni, "biar bodoh jangan rosak ahlak". Dalam keadaan ngntok dapt saya habiskan.
ReplyDeletehaha...terima kasih bersikap jujur
Deleteat least saya tahu cerita ini meleret...haha
tahniah mama, alhamdulillah semoga afif terus cemerlang
ReplyDeleteamiin. mudah-mudahan
Delete