Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?
Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan? | Sewaktu bekerja di dalam kelompok yang majoritinya bukan Islam tak lama dulu, YY kerap diajukan soalan mengenai Islam. Dalam banyak-banyak soalan yang diajukan, ada satu soalan yang YY teringat sehingga ke hari ini. Ia mengenai bab jihad dalam ajaran Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Adakah benar agama Islam mengajar keganasan?Isu keganasan mula dikaitkan dengan Islam hanya beberapa tahun kebelakangan ini khususnya setelah peristiwa 11 September 2001. Kalau difikirkan secara logik, ajaran Islam berkembang sejak Nabi Muhammad SAW mula menerima wahyu. Ia terus berkembang sehingga ke seluruh alam serta pernah membina tamadun yang teragung. Kenapa hanya selepas peristiwa 9/11 kita mendengar kaitan Islam dengan keganasan?
Tidak keterlaluan untuk YY katakan ia adalah hasil didikan media antarabangsa. Media antarabangsa khususnya media Barat sering bersikap berat sebelah dalam menakrifkan keganasan. Ia menyebabkan komuniti bukan Islam melihat adanya kaitan antara Islam dan keganasan. Walau hakikatnya keganasan disebabkan sikap seseorang individu dan tidak mewakili mana-mana agama mahupun bangsa.
Media merupakan kuasa besar di dunia |
Lihat sahaja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Myanmmar dan disokong sepenuhnya oleh parti pemerintah terhadap etnik Rohingya. Ironinya etnik Rohingya yang diperlakukan kejam dituduh pengganas, sedangkan tentera Myanmar yang mengebom dan menceroboh perkampungan mereka, merogol dan membunuh kaum keluarga mereka tidak termasuk dalam senarai pengganas.
Islam hanya menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Sebab tu kita boleh tengok golongan minoriti bukan Islam dapat hidup aman di tengah-tengah masyarakat Islam di serata dunia. Contoh paling mudah adalah negara kita. Namun keadaan sebaliknya berlaku terhadap minoriti umat Islam di kebanyakan negara. Lihat nasib umat Islam di Myanmar, China, India, Thailand dan beberapa negara lain.
Berdasarkan rumusan di atas, adakah benar Islam mengajar keganasan?
Kredit http://bit.ly/1Xn3I6B |
In fact Islam melarang menumpahkan darah manusia berlainan agama secara membabi buta kerana peraturan peperangan dalam Islam adalah sangat ketat.
Apa yang YY cuba sampaikan adalah kita semua menentang keganasan. Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang bersetuju dengan keganasan. Menyalahkan seluruh komuniti hanya kerana sikap buruk seseorang dalam komuniti itu adalah salah sama sekali. Kejahatan yang wujud dalam diri individu itu adalah kerana sikap mereka sendiri. Ia tiada kaitan langsung dengan keturunan, bangsa dan apatah lagi agama.
Berhentilah menyemai benih kebencian sesama manusia. Lagipun sejarah telah membuktikan bahawa benih kebencian hanya menyebabkan kehancuran. Mulai hari ini, jika seseorang melakukan keburukan, kita hanya perlu benci diri dia seorang ataupun lebih tepat kelakuan dia yang buruk. Jangan kaitkan langsung dengan agama yang dia anuti kerana ia memang tiada kaitan.
Don't condemn everyone for the actions of a few. Your beliefs or religion don't make you a good or a bad person. Your actions do!
nice sharing
ReplyDeleteUnni pun berkerja dalam kalangn orang2 bukan islam.. tapi tak ada pula di ajukan soalan mcm ni, islam amat mejaga kepentingan umatnya dan melindugi umatnya dri keganasan.. btl tu kebencian hanya akan meyebabkan ke hacuran
ReplyDeletekawan saya dulu rajin sangat bertanya..hehe
Deleteislam bukan jaga orang islam aje
orang bukan islam pun dia jaga
sebab tu nak kata jihad bukan senang punya cite
peraturan dia ketat