Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan

6:43:00 am Yana Yani 17 Comments

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan | Korang sedar ke tidak yang hari ini kita dah berada di pertengahan bulan November? Ye, dah nak masuk hujung tahun! Cepat betul masa berlalu kan? Pejam celik kita dah hampir berada di penghujung tahun 2016. How time flies! Tapi kan bila dah sebut hujung tahun ni, of course buat YY rasa teruja sebab cuti! Yeah!

Hujung tahun kebiasanya cuti panjang. Dengan cuti sekolah ditambah pula dengan cuti musim perayaan, memang awesome lah! Bila dah sebut cuti tu memang kepala otak dok ligat fikir apa nak buat time cuti ni. Dulu sebelum jadi Mama, bab ni jarang sangat fikir. Tapi setelah secara rasminya bergelar seorang Mama sejak sembilan tahun dulu, bab ni lah yang paling kerap difikir.

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Afif ceria dapat jumpa Optimus Prime dan Bumblebee

Selalu kepentingan anak-anak memang mendahului diri sendiri. Even kalau merancang nak bercuti pun, memang fikirkan sama ada ianya bersesuaian dengan jiwa anak-anak. Setakat ni memang YY dan MyChintaHati belum lagi buat sebarang perancangan. Ada jugalah dok senaraikan tempat yang mungkin nak diterjah. Dari tempat yang sejuk seperti di Cameron Highlands sehingga ke tempat bersejarah seperti di Melaka.

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Seronok tengok diorang seronok

Again ianya hanya perancangan. Lagipun kami ni jenis terjah aje. Jarang percutian kami dirancang rapi. Fakta tu tau! Pernah kami rancang nak ke Bukit Merah Laketown Resort. Tapi end up kami hanya beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Hehe! But still ianya sesuatu yang menyeronokkan. Terutama bila dok nampak Afif dan Aisyah ceria sepanjang hari. Priceless!

Selain dari bab cuti, apa yang YY teruja adalah hari lahir Afif dengan Aisyah pun jatuh pada bulan November dan Disember ni tau. Tu pun buat YY rasa teruja sangat!

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Aisyah dah mula tunjuk minat pada Hello Kitty

Dah namanya pun Mama kan, mestilah ligat dok fikir apa nak diberikan pada dak Afif dan Aisyah pada hari istimewa diorang. Masa dok fikir nak bagi apa, YY dapat tahu tentang kewujudan Printcious. Dekat situ ada banyak juga hadiah yang boleh diberikan pada budak berdua tu. Asyik bagi mainan aje, cer bagi benda yang lain sikit dari kebiasaan. Bikin gempak sikit. Hehe!

Hadiah untuk perempuan ada, hadiah untuk lelaki pun ada. Tinggal pilih nak beli design sedia ada atau design sendiri. Tapi kalau nak ada sentimental value, design sendiri lagi okay kot. Cuma kena pastikan level kerajinan korang berada pada tahap tertinggi. Kalau level kerajinan tak cukup tinggi, beli siap ajelah wehHehe!

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Wajah-wajah kesayangan yang berikan semangat

Yang pasti dapat habiskan masa dengan keluarga tersayang ketika musim cuti memang priceless. Peluang dapat cuti bersama memang sentiasa dinanti. Keluarga adalah sumber kekuatan dan berikan kita semangat dalam meneruskan kehidupan, Siapa kita tanpa keluarga, betul tak?

Terbebel panjang dari yang sepatutnya ni. Hehe! Sampai sini ajelah bebelan YY. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

17 comments:

  1. setuju sgt tuuuu yy oiii....bab anak2 kite dahulukan...dieorg hepi otomatik kite hepi...tu pasal kalo bercuti pi puaskan hati dierog dulu kan....

    nampak hepi budak2 nieh....enjoy dpt buat aktiviti yg dieorg suke.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. sebab bila diorang happy
      memang automatic kita pun happy kan =)

      Delete
  2. anak2 happy..kita pun akan happy gak..betoi tak

    ReplyDelete
  3. Kalau dah sebut bab bercuti tu, memanglah kena fikirkan anak-anak. Kalau mereka happy, kita pun secara automatik akan rasa happy juga dalam hati.

    Saya pun jarang plan percutian kalau dah namanya sekadar domestik aje nih. Semua pun impromptu. Kalau plan lama-lama selalu aje tak jadi, buat penat plan aje!

    Oh, ya! Lupa pulak!

    Apa khabar awak di sana, YY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh camne plak boleh sama bab tak plan tu
      tapi memang ye lah, yang dirancang tulah yang tak jadi
      kalau tak rancang, jadi aje! menci betul

      tapi memang kepentingan anak-anak didahului kan
      cam MD katalah, anak-anak happy
      kita automatik pun happy juga =)

      saya memang sihat aje. cuma malas aje. haha!
      ni dah pulih dari penyakit malas dah ni
      tengoklah selama mana pulihnya nanti =)

      Delete
  4. seronok ngat cuti..tapi bg kami yang bekeja tak tahan jammed la time cuti sekolah...maka berhuhu la yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jem ke time cuti sekolah?
      mungkin hak mana tinggal di kawasan tumpuan pelancongan lah kot. hehe

      Delete
  5. Moga cuti sekolah nti dpt di isi dgn masa berkualiti bersama anak2 kan YY.. itu yg lebih penting..dorang happy kita lagiii happy... mcm kami pun, sllu cuti main terjah ja..klu plan sllu tak menjadi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang biasa cuti hujung minggu pun, bawa diorang keluar
      bagi dapat sikit cahaya, haha
      tapi betullah atie. kalau anak2 happy, memanag automatic kita pun happy

      eh samalah kita. biasa yang plan tulah tak jadikan =)

      Delete
  6. heheh, hujung tahun ni dah plan nak amik cuti seminggu..
    tapi nak kemana dan aktiviti apa, belum masuk list lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru berdua memang gitulah
      ko tunggu, bertiga, berempat...masa tu
      confirm banyak senarai...haha

      Delete
  7. paling suka cuti sekolah sbb pergi keje jalan tak jem hehehe

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...