Susahnya Anyam Ketupat!

7:06:00 am Yana Yani 46 Comments

Parent in law YY memang tiap kali raya akan buat ketupat. YY pun kononnya bersemangat, tiap kali itu jugalah YY cuba belajar anyam ketupat. Tapi sekali pun tak pernah jadi!

Susah betul rasanya nak buat ketupat! Niat hatiku nak anyam ketupat, apa kan daya bakat tiada (Sila nyanyi macam lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah nyanyian Arrow)

Selalu yang cukup setia mengajar adalah Abah Mentua YY. Bersungguh dia mengajar walau tiap tahun dia terpaksa melalui proses yang sama. Hehe!

YY ada terdengar Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di radio Sinar FM baru-baru ini yang mengatakan, mereka yang mampu menganyam ketupat adalah mereka yang bijak.

Adakah kiranya YY ni bukan kategori mereka yang bijak sebab tak pandai anyam ketupat? Tapi kenapa YY rasa, YY ni sangat bijak? Kenapa? (^_^)

Susahnya Anyam Ketupat

Bagi membuktikan yang YY ni juga tersenarai dalam kategori mereka yang bijak, tahun ni memang bersungguh YY belajar menganyam ketupat walau hati kata, "Susahnya anyam ketupat!"

Gambar di atas adalah bukti kesungguhan YY belajar menganyam ketupat sampai tak toleh kiri kanan langsung. Pusing sana, pusing sini, sekali jadi macam gambar di bawah.

Bangga tak terkata! Confident kata pada MyChintaHati yang percubaan YY pada kali ni berjaya. MyChintaHati pun beria bagi galakan.

Susahnya Anyam Ketupat!

Tengah dok excited tu tiba-tiba Abah kata salah cara anyaman YY walau dia tak nafikan ada menyerupai ketupat. Abah kata ketupat tu tak boleh ditutup.

Aduh! Tak lepas QC check pula! Tak apa, kita cuba lagi! Susah memang susah, tapi jangan give up! Lagipun memang YY bertekad untuk menjadi orang bijak tahun ni!

Masa YY baru bercadang nak sambung menganyam, tiba-tiba Mak Mentua YY bersuara, "Sudah-sudahlah Yana. Tiap-tiap tahun belajar tak khatam lagi, Meh tolong Mak masukkan beras"

Sekali kena smash dahhhh! Hehe!

Maka YY pun menurut perintah. YY hanya melakukan kerja memasukkan beras ke dalam ketupat. Kerja yang memang biasa YY lakukan sejak dari mula berkahwin dengan MyChintaHati.

Susahnya Anyam Ketupat

Sekurang-kurangnya YY mampu juga berbangga kerana turut terlibat dalam proses memasak ketupat walau ianya hanya sekadar memasukkan beras.

Walaupun tak sesusah menganyam ketupat, tapi penat juga tau nak masukkan beras dalam anyaman ketupat tu. Lepas tu kena pastikan sukatan tu betul.

Kalau kurang akan jadi lembik, lebih pula akan jadi keras. Bukan calang-calang orang boleh pastikan measurement tu betul. Hanya mereka yang menggunakan otak kiri mampu melakukan seperti YY.

Kiranya bijak jugalah YY ni kan (^_^)

Susahnya Anyam Ketupat

Afif dan Aisyah juga turut mainkan peranan pada kali ini. Aisyah tukang letak ketupat yang sudah siap diisikan beras ke dalam dulang. Bangga tu bila orang puji dia rajin.

Hidung kembang aje bila kena puji. Anak siapalah ni agaknya.

Susahnya Anyam Ketupat

Afif pula antara orang yang terlibat dalam proses menghidupkan api dan memasakkan ketupat. Tapi yang sebenarnya dia teruja dok tengok api menyala.

Bila tegur jangan dekat, dia akan kata, "Afif tengah jaga api lah!"

Susahnya Anyam Ketupat

MyChintaHati pula adalah orang yang paling aktif mengambil gambar. Semua dia dok suruh masukkan dalam blog. Sampai YY pun confuse, siapa sebenarnya blogger ni (^_^)

Bagus juga tu kan sebab dia menyokong minat isteri dia (^_^)

Anywhere proses untuk membuat ketupat tu tersangatlah susah bagi YY. Bayangkan dari menganyam sehingga memasak, total masa yang diperlukan adalah lebih kurang 12 jam!

Yang tukang anyam, tukang masukkan beras dan tukang jaga api keletihan. Yang senang dan untung berganda ye tukang makan! (^_^)

So apa moral dari kisah?

Yes, belajar menganyam! Rugi bila ilmu menganyam tu lupus begitu sahaja. Ambil peluang untuk belajar selagi kita masih anak orang tua untuk dijadikan rujukan.

Kalau kita tak belajar sekarang, suatu hari nanti kita pasti menyesal. So renung-renungkan. Tapi kalau korang dah expert, cari initiative untuk mengajar orang pula.

Pastikan orang seperti YY juga mampu menguasai ilmu menganyam ketupat. Lagipun YY teringin juga tersenarai dalam kategori mereka yang bijak (^_^)

46 comments:

  1. Replies
    1. kenapa kalau ketupat palas?
      bukan lagi mudah ke

      Delete
  2. yang penting ada usaha untuk belajar...

    akak pernah be;ajar juga dengan arwah mak akak dulu, tapi sekarang ni buat ketupat palas je la, lebih mudah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, 8thn dah saya belajar...tapi still tak boleh hadam
      ilmu menganyam. susah betul rasanya!
      ketupat palas mudah sikit walau ada teknik juga
      tapi tak sesusah ketupat beras ni

      Delete
  3. seronoknya...lama tak anyam ketupat.Sebab dah ada ketupat segera, semuanya nak cepat.apapun, sama juga dengan proudmama.Hubby yang selalu ingatkan saya untuk ambil gambar.Kalau saya busy, dialah yang tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung akak tahu buat. saya tahu tengok aje =)
      suami kita sama-sama supportive =)

      Delete
  4. hahaha
    sy memang fail part ni.
    mula-mula kemain semangat nak buat.
    last-last bgtau mil,
    umi anyam la, ana tolong isi beras je.
    gelak je suami sy kak tengok wife dia.
    dari elok rupa daun tu, habis renyok sy kerjakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tiap-tiap tahun camtu ana!
      bayangkan dah 8 thn kami beraya sama, memang itulah keja akak
      tak penahnya jadi. susah betul!
      masukkan beras aje yang pandai sangat...hehe

      Delete
  5. sy kalau ketupat ada ekor tu xreti...tp kalau ketupat kat kpg sy...sy terer...ngaku terer kononnya...hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketupat apa yang dekat kampung deanna?
      cer cite sikit

      Delete
    2. alamak...mcm mn nk citer nih...bentuk 4 segi tp xde ekor kt bwh...ada ekor kt atas jerrr....tpt isi beras...hehehe

      Delete
    3. camne tu. tak dapat membayangkan...hehe
      memang makanan orang sana gitu ke?

      Delete
    4. haah...tu mmg ketupat tradisi ktorang...nk tunjuk gbr pun...sy xde gmbr...haahhaha

      Delete
    5. lain kali ambil gambar ye
      boleh share pada orang terutama cam saya ni
      nak juga tau rupanya camne =)

      Delete
  6. bertuahnya badan masih ada bapa dan mak mertua..yan tak merasa kasih sayang mertua

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak yan. mereka masih sihat
      tak ada aral, mereka akan ke tanah suci tak lama lagi

      Delete
  7. Betul ke kalau pandai menganyam ketupat tergolong dalam orang yang bijak? Kalau macam tu, kita senasiblah YY ~ tak bijak sangat ~_^ Saya pun tak pernah cuba menganyam ketupat. Dulu mastermindnya arwah abang ipar. Lepas beliau takda, kita beli aje daun ketupat siap-siap. Salah seorang anak saudara saya (anak kakak dan abang ipar nilah) pandai anyam ketupat tapi takda sumber inspirasi dan geng2 menganyam makanya dia pun sama naik malasnya!

    Takpalah YY kalau kali ni tak berjaya. Cuba lagi tahun depan. Tapi... dah berapa tahun mencubanya tak khatam-khatam juga? Buat malu kaum ibu jelah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul MD. DMFK yang kata gitu. saya tukang sampaikan aje =)
      mungkin nak buat tu memerlukan kebijaksanaan. bukan smua boleh buat kan
      saya banyak kali cuba, jadinya aje tak penah...hehe

      memang tiap tahun akan cuba walau pastinya akan kena smash lagi
      nak buat camne, orang tak bijak kan
      lambat sikit nak hadam ilmu tu...hehe

      Delete
  8. sebab kampung saya memang tak popular ketupat anyam ni sebab kami lebih banyak makan ketupat palas... maka memang saya pun tak reti sebab tiap tahun kebanyakkan orang akan buat ketupat palas termasuk family saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kat belah mak saya
      tapi disebabkan dah mengikut suami kan, ikut ajelah cara mereka
      masalahnya tak hadam lagi ilmu menganyam tu. susah betul rasanya =)

      tapi ketupat palas memang mudah sikit la
      takat pusing gitu aje kan
      mak saya pun tiap tahun buat =)

      Delete
  9. Kathy pun tak pandai anyam ketupat sis. Selalu encik Hubby je anyamkan. Hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira okay juga tu kak
      suami akak boleh buat
      saya dengan suami saya, tak pandai buat
      pandai makan aje! hehe

      Delete
  10. yeah YY tahun depan cuba lagi....:)
    akak paling suka anyam ketupat nasi...last year baru pandai anyam palas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...pasti!
      saya tak retilah kak. saya reti makan aje
      walhal belajar tu. tapi nak hadam ilmu tu...
      allah...susah sangat rasanya

      Delete
  11. ketupat ni saya memang tak pandai buat.,,ketuopat yang segitiga tu pun terkial2 saya buat..yang segitiga tu lagi mudah tapi tu pun tak reti..nampak sangt memang tak bijak saya nih..ahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah saya pun diana
      tak bijak juga sebab memang tak hadam ilmu mengayam tu
      hadam makanan aje reti...hehe

      Delete
  12. seronok nyer YY.
    umah aida, umah mak mertua ~ semua ketupat segera.
    takde peluang nak belajar...

    and salute la ur asben sebab sporting.
    my mr.asben kena paksa amik kan gambo ha ha ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kedua mak saya ada keunikkan sendiri
      mak saya buat ketupat palas dan kadang ada kesempatan, lemang
      mak mentua saya pula ketupat nasi ni
      kena cari masa aje tuk belajar dengan diorang semua benda ni

      hehe...suami saya memang sejak tahu saya blogger
      supporting habis! sampai event blogger pun dia sanggup join =)

      Delete
  13. boleh anyam keptupat kira pandai gak la tapi bila lepas raya dah tak ingat dan kena belajar lagi buat untuk ke sekian kalinya..gitulah selalunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugalah kan...benda ni kena selalu amalkan
      baru boleh ingat cara dia. kalau setahun sekali buat, memang tak ingatlah =)

      Delete
  14. buat ketupat palas lagi senang.. I dah pandai buat, tapi tak sekemas dan secantik mak punya lah.. kalau ketupat ni xdak sapa dari kawasan kami yg pandai.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! saya setuju tu sebab selalu juga tolong mak buat
      ketupat nasi yang susah
      tu pasal DMFK kata sapa pandai buat tu, dia bijak =)

      Delete
  15. salam alaik, singgah .
    ketupat ni mmg xreti, ketupat palas lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      terima kaish sudi singgah
      samalah kita =)

      Delete
  16. saya blh buat ketupat . ketupat satay dan ketupat bawang . cuma ketupat bantal je tak khatam lagi sbb arwah abah dah tak ada tapi saya tak fikir saya sgt bijak ... heee ... bab sukat beras dalam ketupat , kadang ok kadang idak ... heheheee ... pd saya mungkin kaedah pengajaran tu yg buat yy susah nak catch up ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatnya vee!
      DMFK cakap bijak sape hak yang pandai buat ketupat ni =)
      bab beras tu, kira expert juga dah lah...hehe
      mungkinlah vee...naik pening belajar. dah 8 kali raya, tak pandai juga!

      Delete
  17. Rumit juga proses nak buat ketupat yerp. Saya ni lagilah...tak pernah menganyam ketupat. Tak per yana, practice make perfect ☺

    Rajin anak² menolong. Untung buat menantu ni...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumit fiza! makan aje yang tak rumit...hehe
      tulah...tahun depan, panjang umur...kita cuba lagi =)

      hehe...masa diorang tengah rajin =)

      Delete
  18. Haha.. meriah proses buat ketupat raya korang ya. Saya tak sempat merasa buat ketupat dh 2 tahun.. tahun lepas betullah sb giliran beraya kat rumah suami..tp tahun ni gara2 sampai lewat ketupat dh siap rebus.. biasanya saya ni antara orabg harapan mak, sebab ketupat palas saya buat kemas juga berbanding akak saya...hihi..dah lama tak buat ni entah kemas lg ke kalau buat lain kali..ketupat mcm YY ni tak reti la ambo...hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugalah dia punya ramai
      lagipun kami anak beranak aje, yang lelain tak ada
      tu yang buat rasa seronok juga tu =)
      saya ketupat palas yang dah lama tak buat
      lupa dah agaknya kalau suh buat lagi. dulu selalu tolong mak saya buat

      Delete
  19. x pandai nak anyam...pandai mkan je huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama...padahal belajar tiap2 tahun =)

      Delete
  20. lahhh...x khatam juga lah anyam ketupat tahun ni tapi YY bjiak dalam sukatan beras tu...clap clap clap! itu di kira bijak jgk tau...kalau lembik or keras...sarung ketupat yg cantik tu dh x di pandang tul tak...yg penting isi ketupat tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya JM...susah betul anyam ketupat
      tapi bab sukatan beras tu...hebat dah rasanya =)
      hehe...cam bodek aje JM ni

      Delete
  21. bestnyer ade pgalaman buat anyam ktupat ni.. lya x pnh pon tau

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...