MATTEL Warehouse Clearance

3:27:00 pm Yana Yani 21 Comments

MATTEL Warehouse Clearance | Wah! MATTEL Warehouse Clearance! Menarik! Anywhere, bila sebut Mattel, mungkin ada sebahagian dari korang yang mengenali syarikat permainan dari Amerika ini dan mungkin sebahagian yang lain tidak. Tapi kalau kita sebut Barbie, Hot Wheels, Monster High, dan juga Fisher-Price, pasti ramai yag mengetahui. Bezanya tak sedar kesemua jenama tersebut adalah dari satu nama, MATTEL.

Anyway entry hari ini hanya sekadar ingin memaklumkan bahawa syarikat permainan ini sedang mengadakan warehouse clearance bermula 24 sehingga 26 Mac 2016. Kebiasaannya Mattel Warehouse Clearance ni diadakan dua kali dalam setahun. Klik [Warehouse Clearance] untuk mengetahui lebih lanjut mengenai event ini.

Mattel Warehouse Clearance
Mattel Warehouse Clearance 2016

Sebagai maklumat, jenama Mattel sudah berada di pasaran sejak sekitar tahun 1900's kemudian ianya berkembangan selari dengan peredaran masa dan of course permintaan. Klik [Mattel History] untuk ketahui lebih lanjut mengenai sejarah syarikat permainan terulung ni. Permainan yang dikeluarkan oleh Mattel bukan sahaja menarik minat kanak-kanak, malahan orang dewasa. Maka tak hairan, jenama ini terkenal dikalangan toys collector.

YY secara jujur belum pernah ke Mattel Warehouse Clearance ni walau ianya merupakan acara tahunan. YY hanya mengikuti perkembangan sebab memang follow FB diorang. Ada keinginan juga nak pergi, tapi masalah utama adalah sumber kewangan tidak dapat memenuhi kehendak. Hehe! Pergi kang, mahu semua nak angkut.

Sudahnya, tak berduit buat ajelah cara orang tak berduit. Share aje maklumat ni dengan korang yang mungkin lebih mampu (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum.

21 comments:

  1. beli mainan anak kat kedai borong jer hahahaha

    ReplyDelete
  2. Salam YY...

    Nama pun syarikat permainan...dah tentu anak2 kecil paling teruja kalau dah sampai kesana termasuklah mak ayah sekali...

    Nak pula harga murah2...nanti tak cukup satu sorang pulak nak diangkutnya nanti ye tak..

    ReplyDelete
  3. bawak anak2 ni diaorang suka la..macam2 boleh beli..:) tapi saya jauh la...

    ReplyDelete
  4. Pssstttt akak dah update resepi meatball chesse tu

    ReplyDelete
  5. Blogger Amanina pun keje kat MATTEL..

    ReplyDelete
  6. Hai YY...... sudak aktif semula ek?hihi....
    Malas dah OKje nak ambik tau YY sebab dah tak de anak kecik

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah ... bila dia boom komen , maknanya dia dah kembali beraksi ... nanti sis boom juga ekk ...

    ReplyDelete
  8. Kalau saya pergi, anak-anak tak jumpa jalan pulang pulak *_* Memang takdalah mereka nak keluar tanpa bimbit apa-apa. HD pun tak berapa suka beli toys untuk anak-anak. Yang selalu melayan Mommy ni je. Tapi nak ke sana, haruslah HD yang pandu. Kalau saya pandu, jauh perjalanan sampai ke utara jadinya. Bukan apa, sesat je memanjang!

    ReplyDelete
  9. Klo y ada ank kecil ok sgt la ke sini..leh beli mainan y bkualiti dgn hrga murah

    ReplyDelete
  10. kalau dekat boleh usha2 terjah..suka juga kalau mainan yg berpendidikan ni..masàlahnya jauh.hehe

    ReplyDelete
  11. akak tahu mattel ni dulu ada kilang kat port klang,lama dah kakak akak pernah keje situ buat patung barbie,tahun bila dah lupa lak

    ReplyDelete
  12. Haha.. saya pun sama pendapat dengan Md, tak leh pergi kalau nak awet muda. Kang jadi hulk kat situ sebab anak2 nak beli macam2.. haha..

    Patutla YY datang mengomen banyak2 ya.. dalam mood berblog tu ya.. wah bagus, alhamdulillah.. bagusla gitu.. seronok sangat bila ada yang membaca entry kita secara pukal sekali gus ..

    ReplyDelete
  13. Selamat la saya tak minat benda2 gini. Kalo tak, mesti sedih sebab tak dpt pergi.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah gak gi warehouse sale mattel ni. Tarikh yg dorang buat tu tak sesuai sbb org tak gaji lagi :-(

    ReplyDelete
  15. HIHI..ANK DH BESAR, JD X minat dah ke arah ni.. hihi

    ReplyDelete
  16. Wow mesti best... Tp itu la kena ada fulus jugak la kan..hehehe

    ReplyDelete
  17. Oiye?
    Aida kurang amik tau.
    Sebab memang x gi la sebab kat pj kan.
    But ok if kpd sape yg memang anak2 nyer nak mainan tu.

    ReplyDelete
  18. Tahun ni nak try pergi tengok survey sorang-sorang dulu. Kalau betul dia punya price diskaun sampai 70%, memang cantik la. Kalau takat 50%, Tesco dengan Jusco pun ada buat. Buat penat angkut satu family je kalau harga dia jual sama je macam kat luar.

    ReplyDelete
  19. alahaiii.. dh terlepas la untuk tahun ni.. nk try thn dpn lah...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...