Februari Yang Tak Produktif (^_^)

2:11:00 pm Yana Yani 28 Comments

Bulan Februari sudah pun melabuhkan tirai. Pantas betul waktu meninggalkan kita. Malangnya blog Diari Seorang Mama (DSM) sepanjang bulan Februari langsung tak produktif.

Boleh dikira dengan jari berapa banyak entry yang dihasilkan. Menyedihkan sungguh. Bukannya tiada idea untuk menulis. Banyak sangat tersenarai dalam waiting list tu.

Tapi entahlah. Entah mana nak curi masa untuk tulis walau hanya satu entry. YY ni biasanya kalau nak menulis mengambil masa yang panjang walau tak panjang untuk dicoretkan.

Mungkin disebabkan itu ditambah dengan komitmen yang semakin menggunung kebelakangan ini buat YY tak sempat nak fokuskan pada blog sepertimana dulu.

Apapun ribuan terima kasih buat sahabat blogger yang tak putus-putus berkunjung dan bertanya khabar YY dan keluarga. Terasa dihargai apabila ada yang bertanya.

Sedikit YY coretkan mengenai Afif yang semakin seronok bersekolah. Banyak improvement yang boleh dilihat dari segi pelajaran dan juga tanggungjawab.

Aisyah pula masih lagi menjadi manusia yang suka bikin havoc. Kadang manja tak bertempat. Tak nak tidur kalau YY tak baring sama sebelah dia. Buat orang lain suspect YY pregnant.

Orang tua kebiasaannya kata kalau anak buat perangai sebab nak beradik. Hehe! Tak lah. YY kena berpantang dari pregnant sebab baru aje menjalani rawatan radioactive iodine.

Overall kami empat beranak, Alhamdulillah sihat walafiat (^_^)

Anyway dikesempatan ni YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang bertandang ke DSM sama ada yang meninggalkan jejak atau sebaliknya. You are the BEST!

Berikut adalah senarai mereka yang aktif meninggalkan jejak sepanjang bulan Februari yang lepas. YY terbitkan tiga entry aje bulan lepas, tapi mereka ni ada yang dok belek entry lama.

Tu yang banyak nampaknya (^_^)


Blog mereka YY dah senaraikan di dalam Gorgerous Blog List di bahagian side bar.

Tak lupa juga buat mereka yang tersenarai dalm Top 20 sepanjang 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015 nanti. Teruskan setia bersama DSM, akan ada small token untuk kesemua mereka nanti.


Blog mereka ada YY senaraikan di sini. YY juga nak ambil kesempatan untuk menerangkan bahawa blog korang walau dalam apa kategori pun akan hanya tersenarai sekali.

Maksudnya kalau nama blog korang dah ada dekat main page DSM, dekat dalam page blog list tak akan ada lagi blog korang. Nak jimat ruang dan bagi peluang pada orang lain.

Lagipun tujuaan dia hanya untuk memudahkan YY blog walking. Tapi kalau korang nak juga tumpang guna, tak ada masalah. Di alu-alukan (^_^)

Yang pasti senarai hutang blog walking YY semakin tinggi interestnya dari hari ke sehari. Demam juga nak lunaskan segala hutang. Insya ALLAH tak ada aral, hutang akan dilunaskan (^_^)

Rasanya itu ajelah bebelan YY bagi permulaan March ni. Hopefully bulan ini akan ada lebih banyak masa senggang. Rindu nak membebel di blog (^_^)

Till we meet again korang. Assalamualaikum (^_^)

28 comments:

  1. tahniah alls..

    ReplyDelete
  2. sama la dengan anak saya makin besar makin manja..tidur mesti nak berpeluk je. tak kira bapak dia yg kena peluk atau mak dia bergantung pada mood dia... takpe la, kadang2 jangan buat sesuatu dalam keadaan terpaksa.. blog cuma hobi so, bila ada free time boleh la berceloteh kat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak dara saya ni biasa kalau nak manja mamalah dia cari
      tapi biasa dia dengan papa dialah =)
      alhamdulillah dah agak stabil lately

      Delete
  3. Normal. Saya pun jadi gak benda camni.

    <a href="http://www.hasrulhassan.com>HASRULHASSAN.COM </a>

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..yana sekeluarga sihat, akak pun kdg2 ada masa macam tu juga rasa malas nak update walapon banyak cerita yg nak dikongsikan,sekarang ni lak tengah rajin,ada je nak update.

    takpe yana pelan2 kayuh,lawat rumah kawan2 takpe kawan2 faham tu

    ReplyDelete
  5. Anak saya yang sulung tu ,dah ada adik pun tetap manja...adik nak tidur peluk di pun nak peluk jugak..Apa lagi Aisyah yang belum ada adik..lagi la manja kot..biasa la budak2 ni kalau kita lagi sibuk lagi la dia nak melekat je dengan kita

    ReplyDelete
  6. Aida pun byk sgt utang bw hu hu...
    Sedang tunggu sambal pecah mintak ni, bw la jap...
    Nak diikutkan time memang x sempat.
    Post blog pun byk scheduled....

    ReplyDelete
  7. Normal... Pasang surut dalam berblog...

    ReplyDelete
  8. Lama sungguh tak dengar bebelan YY. Rindu gak pada bakal menantu. Eh, bukan... rindu kat YY lah! Penat dok terjah blog ni tapi takda bebelan baru. Takpalah YY. Kasi stabil dulu itu kehidupan yang sibuk. Nanti-nanti silalah bayar hutang blogwalking siap dengan interest sekali ya *_*

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu, sini pun kadang2 miss juga nak buat entri.

    ReplyDelete
  10. takper... dah ada kesedaran tu Febuari kurang produktif maka Mac akan lebih produktif lah kan... sama2 kita menjana pengetahuan untuk kegunaan semua... tahniah untuk yang tersenarai

    ReplyDelete
  11. saya pun February tak berapa produktif.. harap2 March will be so much better :-)

    --
    Fara---><a href="http://amfarra.blogspot.com>http://amfarra.blogspot.com</a>

    ReplyDelete
  12. hmm..ingtkan Sha jer yang tak produktif bulan febuari lepas..hehe

    ReplyDelete
  13. Bulan February, Fuza pun agak kurang berblogging,
    Macam2 urusan..macam2 acara... macam2 hal nak setel...

    InshaAllah Mac ligat semula

    ReplyDelete
  14. Kurang atau lebih yang penting ikatan ukhuwah dan silahturrahim tetap terjalin..

    ReplyDelete
  15. Salam ceria bulan Mac YY.. saya pun bnyk kekangan berblog sejak kebelakangan ni. Mudah2an dpt balik masa spt2 sblumnyalah nanti.. Apa pun t kasih & tahniah juga buat rakan2 yg lain... :) :)

    ReplyDelete
  16. takpe lah YY..utamakan mana y penting.. lya pon camtu, ssh sgt cari msa nk draft n3..cuma klo btl2 ada msa hujung minggu tu..lya ambik pluang draft utk seminggu trs.. kalo x de..at least 1-2 entri aje.. sejak ank msuk sek rendah ni lain sgt kesibukkan dia.. terkejar .. kt ofis pom lya x pnh ambik pluang untuk update blog ke apa.. sbb komitmen kerja & mncari keberkatan dlm kerja.. kecuali sblm waktu kerja ,,awal2 dtg kerja,...klo smpat, blh la draft sebijik..

    ReplyDelete
  17. Ok seri!
    Sama-sama tak produktif.huhuuu

    ReplyDelete
  18. Selamat kembali YY. Owh, nama saya tersenarai. Nampaknya YY dah langsaikan interest blogwalking di blog saya. Sekali nak approve, 20 komen YY sorang. Ehee..

    ReplyDelete
  19. YY...same to sis JM...update citer secara tak konsisten huhuh...tahniah kepada mereka yg tersenarai..semoga YY sentiasa sihat bersama ahli keluarga amin

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah , rawatan iodin tu dah selesai ...

    ReplyDelete
  21. Sama la kita yana.. Kadang2 internet slow pn buat kita rasa terbantut nk bw.. Mampu up entri sendiri jer la.. Tp lambat cepat pasti akan balas balik kunjungan kawan2... Tanpa readers sama la kita kan... :)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...