Part II: Sibuk Sangat! (^_^)

1:39:00 pm Yana Yani 32 Comments

 

Lama juga tak berupdate blog aku ni rupanya. Ada yang rindu ke? Hehe!

Sibuk sangatlah korang! Tu yang berhabuk blog ni. Tak berkesempatan nak jengah walau sekejab. Alhamdulillah hari ni ada sikit masa yang boleh diluangkan.

Minggu lepas time aku dan Encik suami sibuk mengemas barang yang nak diangkut ke rumah baru, Aisy tak sihat dan tak ada selera makan.

Aku jadi takut bila dia tak nak makan. Takut dia dehydrate. Aku dan Encik suami decided bawa dia ke hospital bila dia nampak lemah.

Aisy admitted beberapa hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nanti ada masa aku cerita in details pasal ni ye. Alhamdulillah dia dah sihat sekarang.

Hari yang Aisy admitted tu, Afif pula demam panas. Susahnyalah hati aku bila anak-anak sakit. Dia pula asyik menyebut nak tengok Transformer.

Takut benda buruk jadi dan aku tak mahu hidup dalam keadaan ralat. Maka permintaan Afif akan dipenuhi. Tiket dah beli, Insya ALLAH besok permintaan Afif sudah aku lunaskan.

Anyway Afif dah sihat. Semalam dia dah bersekolah seperti biasa setelah seminggu tak bersekolah. Aku kembali senang hati bila dok tengok anak-anak sihat.

Hari di mana Aisy discharged dari hospital, kami berpindah ke rumah baru.

Kesian Encik suami dok packed semua barang-barang tanpa bantuan sesiapa.

Semuanya dia uruskan sendirian ketika aku menjaga Aisy di Wad Pediatric HTAR.

Aku pun sejak pulang dari hospital tak pernah lagi menjejakkan kaki ke rumah lama.

Keluar dari hospital, Encik suami terus bawa aku dan Aisy ke rumah baru. Lepas tu tunggu lori hantar barang aje. Yang pasti bila pindah rumah ni, PENAT!

Lain kali kalau ada kesempatan aku cerita lagi pasal operasi berpindah rumah ni ye.

Aku rasa itu ajelah bebelan aku untuk hari ni. Minta maaflah belum berkesempatan ke blog korang. Nanti kalau ada masa aku terjah ye (^_^)

Last sekali aku nak ucapakan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA buat semua yang membaca nukilan aku ni.

Maafkalan segala keterlanjuran aku selama ni especially dalam coretan di blog kesayangan aku ni.

Manalah tahu kot aku ada mengguris hati sesiapa sama ada aku sedari atau tidak.

Kira kosong-kosong lah ye (^_^)

32 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa
      terima kasih singgah ye

      Delete
  3. Selamat menduduki rumah baru Yani dan selamat berpuasa.. nanti raya rumah baru lah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak,
      nampak gayanya begitulah kak...hehe

      Delete
  4. salam ramadhan buat yani sekeluarga

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut ramadhan ... tertunggu2 juga . rupanya byk hal berlaku yer . semoga Allah permudahkan segalanya ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy lah vee, pastu line internet pun teruk kat rumah baru
      tak tahulah bila lagi boleh berupdate
      apapun terima kasih ye

      Delete
  6. Salam Ramadhan... Sy pun sibuk juga.. Bru nk jengah2 blog org lain ni.

    ReplyDelete
  7. alahai siannye afif dan aisy..takpe sis..utamakan yg lebih penting walau kathy tetap merindui entri sis..selamat berpuasa untuk sis sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      tulah, nak buat camne kan
      selamat berpuasa buat akak sekeluarga juga

      Delete
  8. Salam Ramadan & slmt berpuasa buat Yana sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en khir
      selam berpuasa untuk en khir dan keluarga juga

      Delete
  9. Assalamualaikum...Yana, Ramadan di rumah baru! Memang tak dinafikan, pindah rumah memang penat dan tak abis2 berkemas walaupun dah berbulan2...percayalah...

    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wbt BM
      yes, ramadhan di rumah baru. alhamdulillah
      rezeki anak-anak =)

      tulah kan BM, penat sungguh rasanya
      baru ni merasa berpindah rumah, letih!
      tapi at the same time seronok =)

      salam ramadhan BM, tulah harapannya BM
      BM tak buat salah dekat saya =)
      kira kosong-kosong lah ye ni =)

      Delete
  10. Semoga berbahagia selalu di rumah yang baru. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. ;)

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Yan D.....mmg le kalau anak anak demam ni susah hati dibuatnya...Admitted ? Lagilah susah hatikan...Nasib dah sihat dah.... syukur...
    Beraya di rumah barulah nanpaknya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan okje =)
      tulah kan, alhamdulillah dah sihat dah memasing
      yes...gitulah nampaknya =)

      Delete
  12. Anak2 kalau tak sihat mmg tak senang duduk dibuatnya kan yana? Apapun alhamdulillah mereka dah sihat...

    Tang pindah rumah tu mmg setuju la... mmg penat sangat2... nak pack n unpack tu mmg letih dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, susah hati sungguh dibuatnya
      alhamdulillah sekarang semuanya dah back to normal kak =)

      Delete
  13. Pindah rumah baru mmg penat.. farah sampai skrg pn ada lagi benda yg tak settle lagi. . Slow2 la nk settle..

    Alhamdulillah anak2 dh sihat.. take care k..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah farah kan
      tapi saya dah okay sikit
      tengah dah stable kan keadaan dan situasi aje =)

      alhamdulillah sihat dah diorang. lega =)

      Delete
  14. aduhai...sampai warded ye..syukur dah sihat,akak pun bizi sampai tak sempat nk jenguk blog yana..dah dekat tu dgn rumah akak,kalu tahu bole pegi tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak...camne tak susah hati kan
      alhamdulillah sihat dah budak berdua tu
      kembali menggegarkan suasana rumah, tu yang rasa bahagia =)

      yeke? akak dok kat mana, mehlah singgah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...