Jangan Pisahkan! (^_^)

11:45:00 pm Yana Yani 30 Comments

Afif dan Aisy macam adik-beradik lain yang ada pasang surutnya. Bila baik, pijak semut pun tak mati. Tenteram sikit Mama diorang.

Kadang siap boleh buat pakatan sulit disebabkan dah terlalu baik. Nanti habislah periuk belanga aku jadi bahan mainan diorang.


Tapi kalau tiba-tiba ada peperangan, pening aku dibuatnya.

Biasanya Afif lebih banyak mengalah bila berlaku peperangan antara mereka berdua. Mungkin juga sebagai yang lebih tua buat Afif mudah beralah.

Cuti sekolah ni Afif dah beberapa kali tidur rumah Wan dan Aki. Mujur juga jarak antara rumah sewa aku dan rumah Mak hanya beberapa langkah sahaja.

Kalau tak memang aku tak izinkan.

Yang menjadi masalahnya adalah apabila Afif tak ada, Aisy macam tak keruan. Ada sekali tu Afif ikut Acu ke rumah Mak aku. Konon berhasrat bermalam dekat sana.

Dia siap call Papa dia minta izin. Encik suami tanpa banya soal bagi green light.

Afif baru aje bergerak beberapa langkah, Aisy dah menangis siap dengan jeritan yang satu taman perumahan tempat aku menyewa ni boleh dengar.

Puas juga memujuk dia.


Dia asyik kata, "Nak tut" - Nak ikut

Dah beberapa ketika baru dia diam. Tapi masih lagi dok sebut nama Abang dia. Air mata tak usah cakaplah, laju aje meleleh walau esakan tangis tak dengar kuat macam tadi.

Aku pula yang tiba-tiba jadi sayu dok tengok dia gitu.


Diorang memang tak pernah berpisah. Selalu aje bersama walau ada pasang surutnya. Mungkin sebab itu Aisy rasa seperti kehilangan.

Tak lama lepas Aisy berhenti menangis, aku dengar bunyi ketukan pintu dan suara Afif memeberi salam.

"Eh, kenapa tiba-tiba balik?" tanya aku ketika membuka pintu.

"Dia bagi alasan dia sekolah besok. Padahal kesian tengok adik dia menangis" kata Acu pula yang menghantar Afif balik ke rumah.

Lepas tu mulalah macam adegan Jejak Kasih, berpeluk macam dah lama tak berjumpa. Bila teringat rasa macam kelakar pun ada juga.

Di masa yang sama tersentuh hati dengan keprihatain Afif yang sanggup berpatah balik disebabkan tak sanggup dengar Adik dia berterusan menangis.

Sedikit sebanyak dia dah menunjukkan tanda-tanda bakal menjadi Abang yang hebat (^_^)


Hubungan adik-beradik memang sentiasa turun naik.

Tapi tiada siapa yang boleh menafikan hubungan darah yang akan berkekalan hingga ke akhir hayat walau apa pun yang berlaku. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus.

Aku cuma berharap kemesraan yang aku lihat antara mereka berdua ni akan berkekalan. Jangan pisahkan.

30 comments:

  1. kita beroda yang baik saja untuk anak² kita kan sis?oh yer,kathy dah buat fb baru,yang lama dah remove.

    https://www.facebook.com/atiqaharbain78

    kathy tak boleh follow fb sis..tak tahu kenapa..tu yang nak inform kat sini,minta sis try add kathy pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah harapan nyer kak =)
      yeke? dah add dah =)

      Delete
  2. Begitulah budak2...kejap baik kejap bergaduh..kalau salah sorang tak ada mesti teringat2...

    Air dicincang takkan putus...

    ReplyDelete
  3. in sha Allah..Afif akan menjadi abang yang baik,..

    ReplyDelete
  4. alahai touching betul.... sampai camtu sekali kan...aisy pun rase lain kot kalo umah takde abgnye..senyap jek rumah.... tu melalak abg nak pi tido umah atuk tu heheehehe....

    biase la tu yana, dlm baik2 tu tetap ade gaduhnye... same laa mcm kat umah lieya nieh....jadi singa betina jek laaa daku ni heheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,,agaknya lah lieya
      dia tak biasa jauh-jauh dengan abang
      biasa terpisah pun time afif pergi sekolah

      hehe...kan lieya
      samalah kita =)

      Delete
  5. comel je gaya dua beradik ni..

    ReplyDelete
  6. Itulah kan perasaan yg ada dlm hubungan & ikatan adik beradik & kekeluargaan. Kita ni pun sbg ibubapa kdg2 marah juga bila anak2 kecoh2 & huru hara.. gaduhlah, pakatan sulitlah.. sepah2lah...
    Tapi bila dia org takde tidur rumah akak, abg atau mak kita barulah rasa sunyi je... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka sangat statement en khir ni
      tersangat setuju =)
      dah tak ada baru terasa kan

      Delete
  7. Assalam, Yana...
    Rasa cam dah lama x mengomen kat sini...
    Kalau k nrl x boleh pisah lama2 ngan anak... cam baru2 cuti aritu, klong & kngah dok 3 hari kat rumah maktok diorg, rasa sunyi sangat rumah... lepas 3 hari, kitorang amik balik... waktu amik tu, diorang peluk2 cium adik2 cam lama x jumpa je padahal baru 3 hari, rindu ler tu...
    InsyaAllah, Afif akan jadi abang yang baik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walalaikumsalam kak
      hehe...tak mengapalah kak
      faham kesibukan akak sekarang
      budak dah besar dah pandai nak duduk jauh kan =)

      Delete
  8. Hubungan adik beradik memg takkan putus....walaupun ada mse diorg bercekau tp tuh besrlah kan...name pun adik beradik kan...kdg kdg diorg bermusuh kdg kdg diorg bersahabat baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan mimi
      nama pun adik beradik dak? =)

      Delete
  9. anak-anak zura cam tu la jgk...tengah dok elok2 bergurau main hepi-hepi, tau2 dah bergaduh, dah menangis.. kebiasaannya si abang yang pukul adik.. tapi sejak dah besar sikit ni si adik pun dah pandai usik-usik abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya terbalik, adik dulu pukul abang
      tapi adik yang menangis dulu macam dia mangsa
      hehe..nama pun adik beradik kan =)

      Delete
  10. bagus afif ni,sanggup patah balik demi adik ye...moga hubungan adik beradik ini terus berkekalan erat..

    ReplyDelete
  11. insyaAllah sbg ibubapa kita buat yg terbaik dan sentiasa berdoa utk kesejahteraan ahli keluarga kita. Suka tgk anak2 mesra di antara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah PCL, memang semua parents mempunyai pengharapan begitu
      kesejahteraan anak kan kebahagian kita =)

      Delete
  12. insha Allah , afif blh jaga adik beradik nanti ...

    ReplyDelete
  13. Alololo comeinya afif n aisy ni... yg tang jejak kasih tu xdpt bygkan... mesti ala2 drama tv... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang kak wei
      dah cam drama swasta plak =)

      Delete
  14. Biasalah Yan D.... sama je orang kat rumah ni...kejap baik kejap gaduh...hehe
    Come Aisy.... nangis nangis lagi come....
    Baguslah kalau Afif ada perassan gitu mmg kena sangat sebagai abang... Tahniah Afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nama pun adik beradik dak okje?
      mesti ada pasang surutnya =)

      Delete
  15. Gaduh2 tue la yg merapatkan lagi hubungan adik beradik yana...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, bukan adik-beradiklah kalau tak gaduh
      yedak? =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...