Meet & Greet With Transformers (^_^)

10:07:00 pm Yana Yani 32 Comments

Setiap kali perayaan ada aje aktiviti yang diadakan di bangunan tempat aku mencari rezeki ni. Tapi Hari Raya dengan Merdeka's day aje diorang tak pernah buat apa-apa.

Faham-faham sendirilah ye pasal apa jadi lagu tu. Kang cakap banyak orang kata aku racist (^_^)

Selama enam tahun lebih aku di sini, aktiviti pada penghujung tahun lepas adalah paling menarik. Diorang buat aktiviti Meet & Greet With Transformers.


Aku memang agak excited. Berkira-berkira nak bawa Afif jumpa dengan Optimus Prime dan Bumble Bee. Tapi tak kesampaian sebab time tu Dayah bersalin. Bukan rezeki Afif.

Hari di mana dua makhluk tu dijadualkan keluar, aku purposely rehat lambat. Konon nak bergambarlah dengan makhluk tu. Tapi bukan rezeki juga! Hehe!

Tunggu sikit punya lama, tak keluar-keluar si Optimus Prime dengan si Bumble Bee. Dahlah aku rehat satu jam aje. Berpeluh ketiak menunggu!

Sementara tu aku snaplah dulu gambar disekitar dua makhluk tu dijadualkan keluar. 


Tak lama lepas tu keluarlah makhluk berwarna kuning. Awat kecil aje nampaknya si Bumble Bee ni? Diet apa ke? Lah, orang pakai costume rupanya. Adeh, tak thrill betul! 

Ni dah boleh dikategorikan penipuan pengiklanan! Mati-mati aku bayangkan besar.


Tapi orang berebut juga nak ambil gambar sampai aku kena tolak kebelakangan. Ooo, korang tolak aku ye? Tak ape, aku blurkan muka korang dalam blog aku! Gelak jahat, wahahaha

Si MC pula entah apa-apa dibebelkan dalam bahasa yang aku biasa dengar tapi aku tak paham! Patutlah kaw-kaw kena kutuk pasal ni dekat Facebook. Serve you right

Oops, I am not racist! (^_^)

Tak lama lepas tu barulah keluar makhluk lagi satu. Yang ni memang paling ramai orang dok menanti kemunculan dia. Siapa lagi kalau bukan Optimus Prime!


The moment si Optimus Prime melangkah keluar, dia hampir jatuh terlentang! Aku yang menengok pun rasa seram. Bukan apa kesian dekat manusia yang ada kat dalam tu.

Mujur ada kru-kru di belakang yang menjaga. Kalau tak jadi cerita tragis!

Lepas tu boleh pula dia post macam eksyen aje si Optimus Prime tu. Entah-entah dalam hati dia kata, "Kus semangat! Sib baik tak jatuh!" Hehe!


Lepas tu mereka berdua digandingkan. Berebut orang nak ambil gambar. Aku pun tak lama dekat situ. Lepas dah dapat apa yang aku nak, aku kembali bekerja.


Tak lama lagi akan berada di pawagan cerita Transformes yang keempat, Age Of Extinction. Sebelum ni aku pernah ceritakan di sini tentang keterujaan aku menonton cerita ni.

Afif pula tiap kali ada iklan cerita ni, tiap kali tu lah mengajak aku tengok wayang. Age Of Extinction dijadualkan berada di pawagan tempatan pada penghujung bulan Jun ni, 26 haribulan.

Dah lah dah dekat dengan Ramadhan, ditambahkan lagi dengan kesibukan aku dan Encik suami di rumah baru. Tak tahulah dapat penuhi impian Afif ke tak.

Takut nak berjanji. Tengoklah nanti ye Afif ye (^_^)


Nota:

Dalam kesibukan berkemas barang untuk berpindah, sempat lagi curi masa update blog cerita yang dah basi ni. Cerita hujung tahun lepas ni! Hehe

Apapun terima kasih pada korang yang sudi berkunjung ye. Terutama kepada yang rajin meninggalkan jejak pada bulan May yang lalu. TERIMA KASIH di atas sokongan korang!  


Tak lupa juga kepada silent readers yang tidak pernah meninggalkan jejak. Tanpa korang blog ni tak akan berada sepertimana ianya berada sekarang. Terima kasih sesangatReally appreciate it

Itu ajelah bebelan aku kali ni, till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

32 comments:

  1. tgah tgok trnsforms ni..huk..huk..

    ReplyDelete
  2. mesti membayangkan transformer macam yg dah filem besar & tinggi kan.. alih2 keluar size Malaysia je kekekeke. Kita ni dah lama x merasa tgk wayang. anak tak cukup besar lagi nak tengok wayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cik lekit! cis, tertipu!
      saya pun dah lama dah tak tengok wayang
      insya ALLAH besok pegi lah
      menunaikan hasrat anak bujang =)

      Delete
  3. tak sabo nk tunggu muvie dia..
    ada dalam senarai le kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun insya ALLAh besok baru p tengok =)

      Delete
  4. org yg dok dlm tu confirm kepanasan la yana ... cian .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu memang pasti
      nak buat camne, cari rezeki

      Delete
  5. Wahh.. syoknya transformers.. Thanks Yana & tahniah juga kpd yg tersenarai.. :)

    ReplyDelete
  6. Hehe...bumble bee diet dan optimus hampir jatuh..kelakar la sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang kelakar kak wei bila teringat balik =)

      Delete
  7. Saya suka aktiviti untuk kanak2 macam ni daripada konsert2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah bawa anak ke mana-mana konsert

      Delete
  8. Kalau Aisy pun cukup suka ngan Transformers ni... tapi tulaa, x pernah kitoang bawak anak2 pi tengok wayang... takut haru biru wayang dengan suara2 anak2 k nrl... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisy saya pun suka transformer kak
      insya ALLAH besok menunaikan hasrat diorang
      first time bawa diorang ni, tak tahu jadi apa =)

      Delete
  9. Afif memanglah suka benda gini.....omaknya pun suka ....apatah lagi Afif hehe....
    Tak ambik gambo ke masa dia nak terlentang tu Yand D...teringin gak nak senyum kambing ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu ketika dulu mama afif memang hantu wayang tau!
      sejak kahwin boleh kira dengan tangan berapa kali tengok wayang
      tak sempat nak snaplah okje, ngeri tengok dia nak jatuh =)

      Delete
    2. Minggu baru ni baru lepas tgk Transformer... Layan jugaklah dah hubby nak tgk...Tp yg kelakarnya boleh OKje nangis hehe.... Tersentuh mak nyah hehe

      Delete
    3. saya pun tengok juga dah cite
      tapi tak boleh concentrate sebab aisy mengacau...hehe
      awat menangis, teringat anak teruna jauh di perantauan ke?

      Delete
  10. mark walhberg tu..xsabaq nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, first time dia berlakon dalam francais cite ni kan =)

      Delete
  11. Transformer.. faris pun ckp nak tgk tapi abah dia kata tunggu keluar kat tv... kejam kan? Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...orang lelaki memang gitu kot kak
      ni saya yang insisted, kesian kat anak =)

      Delete
  12. Tak berkesempatan lagI nk pi tgk.. tapi insyaAllah weekend nie nak curi time p tgk jugak.. =D

    ReplyDelete
  13. Budak lelaki mst dia minat kartun begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan budak aje, mak budak pun minat juga sebenarnya...hehe

      Delete
  14. kalau adam tengok ni mesti teruja,adam pun suka dgn optimus prime tu,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nama pun budak kan kak
      mesti ada superhero yang diorang berkenan

      Delete
  15. nih bukan kata budak suka...sy pun suka tau

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...