Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS | Semalam YY dapat tahu ada bantuan masuk sekolah untuk ahli TAWAS. YY difahamkan bantuan ini hanya untuk ahli yang dilahirkan pada tahun 2011 sahaja. Nak dijadikan cerita, Aisyah memang lahir pada tahun tersebut dan ahli TAWAS. So YY memang teruja especially dengar perkataan bantuan tu. Haha! Misi pencarian maklumat pun bermula bagi mengesahkan apa yang YY dengar. Zaman sekarang ni, tak boleh terus percaya aje apa yang kita dengar, kena selidik dulu. Dah pasti, baru percaya. Bijakkan YY? Jadilah seperti YY. Haha!
Melalui laman sesawang rasmi TAWAS, apa yang YY dengar tu memang betul.
Banner yang terdapat di laman sesawang TAWAS berkenaan bantuan yang dimaksudkan
Laman sesawang berkenaan mengesahkan yang bantuan ini hanya untuk ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2011 sahaja.
Antara maklumat yang terdapat adalah seperti berikut:
** Tarikh tutup tuntutan sehingga 8hb Disember 2017 sahaja.
** Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan.
** Bawa MyKid atau kad TAWAS sewaktu hadir.
** Tidak dibenarkan mengambil bantuan bagi pihak anak anda.
Tapi maklumat yang dikongsikan sangat minimal. So YY pun hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut. Dok wondering pun tak guna juga kan.
Hasil dari perbualan dengan pegawai yang bertugas, program bantuan ini hanya akan bermula pada minggu hadapan. Kira minggu terakhir Ogos 2017. YY juga dinasihatkan untuk menelefon semula pusat tuntutan bantuan untuk tujuan pendaftaran dan temujanji. Pegawai yang bertugas akan berikan tarikh untuk korang melakukan tuntutan. Tuntutan hanya boleh dilakukan di pusat tuntutan yang tertera ketika korang melakukan semakan. Ia dibuka setiap hari bekerja bermula 10 pagi sehingga 10 malam.
Bantuan yang akan diberikan adalah merupakan beg sekolah dan ianya sangat terhad. Pegawai tersebut berkata, ia berdasarkan first come first serve. Sebab tu korang dinasihatkan melakukan temujanji sebelum datang ke pusat tuntutan bantuan. Harap apa yang YY kongsikan ini bermanfaat (^_^)
2
dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿
Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
9:27:00 am
Yana Yani
10 Comments
Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja | Mengikut perkiraan, YY bekerja di tempat kerja sekarang belum pun sampai setahun. Tapi apa yang menarik, sepanjang tempoh tak sampai setahun tu, YY telah diberi peluang untuk menghadiri pelbagai jenis latihan berbentuk kemahiran. Sejujurnya YY terasa sangat teruja dan bertuah. Mana kan tidak, sepanjang hampir lebih sedekad mengerah tulang empat kerat mencari rezeki, tempat kerja sekarang merupakan satu-satunya tempat kerja yang memberi peluang kepada YY untuk menghadiri latihan.
Bagi orang yang sudah terbiasa menghadiri latihan, ia mungkin bukan sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Tapi bagi first timer seperti YY, ia sangat mengujakan!
Bersama rakan sekerja dan trainer yang terlibat
Baru-baru ini YY menghadiri latihan berkaitan khidmat pelanggan selama dua hari di tempat kerja. Terasa seronok sebenarnya, pergi bekerja tapi tak bekerja. Haha!
Khidmat pelanggan bukanlah sesuatu yang asing bagi YY secara peribadi. Sebelum YY bekerja di tempat kerja sekarang, YY memang "mengabdikan" diri dalam bahagian khidmat pelanggan. Cumanya bila bekerja di tempat kerja sekarang, profession YY ditukar sedikit atas faktor desperate. Sekarang YY terlibat dengan sales. Ia sesuatu yang baru, tapi YY suka sebenarnya. Banyak benda baru yang YY belajar setiap hari. Lagipun kerja seperti ini sememangnya YY "dambakan". Haha!
Tak sah training kalau takderole play kan. Huhu!
Sepanjang dua hari kami menghadiri training yang bertajuk Customer Care Excellent, kami dipimpin oleh Encik Shahrukh Moghal yang merupakan seorang warganegara Pakistan yang menetap di Malaysia. Dia ni katanya ada belasan tahun pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan. Eventraining yang dia kendalikan pun sangat menyeronokkan. Bahasa paling mudah, tak bosan. Dia tahu ke mana hala tuju dia perlu bawa training tersebut. First time pergi training tak rasa mengantuk. Haha!
Well done Mr Shahrukh!
Aktiviti "Si Buta" ini antara yang menyeronokkan sepanjang training
Giliran daku pula jadi "Si Buta"
Sebenarnya bukan latihan tu aje yang mengujakan YY. Peluang dapat beramah mesra dengan rakan sekerja secara peribadi juga pencetus rasa teruja. Bukan senang dapat peluang berborak secara santai dengan rakan sekerja walau kami duduk di dalam department yang sama. Kalau waktu bekerja, memang masing-masing fokus dengan kerja sahaja. So bila ada latihan ni, secara tak langsung YY mengenali mereka dengan lebih dekat. Bila dah borak punya borak, ada jiran taman sebelah rupanya.
Baru hari tu YY tahu. Haru betul. Haha! Tu lah perlunya beramah mesra dengan rakan sekerja. Lagipun dunia kita ni kecil aje. Tak guna sombong tak bertempat. Satu hari nanti kita mungkin perlukan pertolongan mereka.
Group discussion yang sangat happening
Apa yang pasti, pengalaman seperti ini memang menyeronok bagi YY secara peribadi. Looking forward untuk menghadiri latihan kemahiran seperti ini in the near future. Banyak benda kita belajar, dan ianya sebenarnya bagus untuk career development. YY dengar cerita akan ada latihan untuk teambuilding tak lama lagi. Tempat yang digambarkan untuk pergi tu, buat YY rasa teruja. So sebelum bersalin ni, kita lanyak segala yang boleh. Nanti dah ada anak kecil, mula bermacam alasan diberikan sebab tak sanggup nak berjauhan dengan si kecil. Huhu!
Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY untuk kali ni. Semoga kita berjumpa di lain entry. Kalau korang berpeluang atau terpilih untuk menjalani latihan, pergi aje! Seronok tak seronok, belakang cerita. Yang penting kita belajar benda baru. Itulah yang sebenarnya mengujakan. At least, bagi YY (^_^)
10
dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿
Keajaiban Kejadian Manusia
7:20:00 am
Yana Yani
8 Comments
Keajaiban Kejadian Manusia | Disebabkan kesihatan YY yang sudah semakin stabil, mula terasa nak buat segala benda. Konon dah sihat kan. Hehe. So bebaru ni YY mengemas segala dokumen lama. Time mengemas tu, YY terjumpa keratan akhbar bertarikh 12 Febuari 2004. Tersenyum sendiri YY time dok baca keratan akhbar daripada The Malay Mail ni. Tak sangka naluri keibuan wujud dalam diri YY ketika itu yang kalau dikira baru mencecah 21 tahun. Keratan akhbar yang bertajuk The Miracle of Life tu ternyata menarik minat YY untuk terus menyimpannya sehingga kini.
Keratan akhbar tu sebenarnya merupakan review individu bernama Michael Hanlon mengenai sebuah buku bertajuk A Child Is Born hasil nukilan scientist yang bernama Lennart Nilson dan Lars Hamberger. Apa yang menarik mengenai buku tersebut adalah ia mengandungi pelbagai gambar yang menarik mengenai proses keajaiban seorang manusia sepanjang berada di dalam rahim ibu.
Keratan akhbar bertajuk The Miracle of Life yang masih YY simpan
Menurut akhbar terbabit, gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut diambil menggunakan pelbagai terknik bagi menghasilkan gambar yang menarik. Antaranya menggunakan kamera yang sangat kecil yang boleh dimasukkan di dalam jarum bagi mencatatkan perkembangan seseorang bayi dari mula sehingga ia dilahirkan. Menurut penulis review, walaupun buku ini mengandungi semua maklumat mengenai pembentukkan seorang manusia sepanjang tempoh 40 minggu kandungan, "It do not answer the tricky question of exactly when life begin"
Gambar yang menerangkan keadaan ketika proses conception
Selain gambar, ia juga turut menerangkan secara terperinci apa yang berlaku ketika proses persenyawaan, yang kemudian menjadi zigot, embrio, fetus sehingga kepada kelahiran seorang bayi. Antara yang menarik perhatian YY, ketika trimester kedua dan ketiga, fetus akan menyedut segala kalori, mineral, vitamin dan hormon daripada ibu melalui placenta. Placenta ni kalau tak salah kefahaman YY, uri lah kan?
Jantung akan mula beating pada hari ke 22 selepas conception
Buku tersebut juga mengatakan yang fetus mampu terus hidup walau lahir pada usia 24 minggu lebih awal atau dalam bahasa biasa kita dengar, kelahiran pra-matang. Ia turut mengatakan yang ia tidak menolak kecanggihan teknologi masa depan mampu menyelamatkan bayi yang dilahirkan lebih awal daripada 24 minggu. Siapa tahu, dengan teknologi dan yang paling penting, kuasa DIA YANG SATU, tiada apa yang mustahil. Seperti yang diceritakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 117
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.
Pada minggu keenam kehamilan dah ada bentuk manusia
Keratan akhbar itu masih YY simpan kerana mengagumi keajaiban kejadian manusia. Setiap gambar yang dikongsikan cukup jelas memperlihat betapa besar kuasa DIA. Malahan kejadian manusia itu cukup jelas diterangkan di dalam ayat-ayat Al-Quran. Antaranya di dalam surah Al-Mu'minun ayat 12 sehingga 14 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Syahdu bila tengok gambar ni.
13 tahun dulu, ia mungkin angan-angan seorang gadis remaja. Kini setelah kali terakhir YY mengandung kira-kira enam tahun dulu, Alhamdulillah YY sekali lagi diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung. Agak lama YY menanti. Alhamdulillah, rezeki dan YY sangat teruja. Insya ALLAH panjang umur, YY bakal menyambut kelahiran bayi ketiga pada awal tahun depan, YY pohon doa dari kalian semua. Doakan keselamatan YY dan bayi dalam kandungan YY ye (^_^)
8
dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿
Pelajar SMK Telok Panglima Garang Menyertai Program Kembara Jom Jimat Elektrik
7:09:00 am
Yana Yani
3 Comments
Pelajar SMK Telok Panglima Garang Menyertai Program Kembara Jom Jimat Elektrik | Pada 27 Julai 2017 yang lalu, seramai 26 orang pelajar dan tiga orang guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjayakan program Kembara Jom Jimat Elektrik bersempena pertandinganToyota Eco Youth (TEY) 2017. Apa yang membanggakan, SMKTPG telah terpilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut bagi peringkat kebangsaan.
Program Kembara Jom Jimat Elektrik ini telah dijayakan oleh pelajar SMKTPG yang terpilih selama tiga bulan. Kumpulan mereka dikenali sebagai Team Eco Panglima.
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan
Tujuan utama program Kembara Jom Jimat Elektrik ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan adalah antara punca kepada pemanasan global di mana ia turut mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita. Sama ada kita sedar atau tidak, iklim Khatulistiwa yang dahulu dikenali sebagai iklim panas dan lembap sepanjang tahun kini tidak lagi berada pada paras yang normal akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
Atas kesedaran itu, Team Eco Panglima mengambil langkah dengan menerangkan situasi ini dengan harapan ia mampu memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kesan negatif terhadap penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Malahan Team Eco Panglima juga turut memberi tips kepada penduduk Taman Seri Medan untuk menjadi pengguna yang bijak.
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik
Puan Norazimah Abd Talib yang ditugaskan sebagai guru pembimbing kepada Team Eco Panglima ketika ditemui berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik"
Tambah Puan Norazimah Abd Talib, "Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah sehingga RM200 ke RM500. Walau bagaimanapun,kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
Puan Norazimah Abd Talib mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk di Taman Seri Medan dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik mereka disamping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
YY secara peribadi juga sangat menyokong program seperti ini. Selain membina keyakinan diri kepada pelajar untuk beramah mesra dengan penduduk setempat, ia juga memberi kesedaran kepada mereka kepentingan melakukan penjimatan elektrik. Diharap akan ada banyak lagi program seperti ini akan diadakan di masa hadapan..
3
dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿
Benarkah menduduki Program LINUS Menandakan Anak-Anak Kita Bodoh?
7:01:00 am
Yana Yani
1 Comments
Benarkah menduduki Program LINUS Menandakan Anak-Anak Kita Bodoh? | Sedar tak sedar kita sekarang sudah memasuki suku ketiga bagi tahun 2017. Kiranya sudah lapan bulan Aisyah menuntut ilmu di Tabika KEMAS. Sehingga ke hari ini, Aisyah masih belum mampu membaca. Menulis pun dia perlukan bimbingan. Kadang bila tengok dia buat kerja sekolah, YY rasa sebak sangat. Pada usia yang belum pun genap enam tahun, dia sudah perlu berhadapan dengan diskriminasi. Bodoh ke dia hanya kerana dia belum mampu membaca, menulis dan mengira seperti rakan sebaya?
Tak berapa lama dulu YY menghadiri Hari Terbuka. Walau ada banyak benda positif yang didengar, tetapi ada perkhabaran yang mengguris hati YY sebagai seorang Mama. Aisyah digambar oleh guru yang mengajar sebagai seorang yang mudah mesra dan digemari oleh rakan. Dia cuma dikatakan kurang fokus. Dengan keadaan Aisyah sekarang, YY dimomok dengan perkhabaran dia perlu menduduki Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) ketika di Tahun Satu kelak. So what? Hanya kerana Aisyah perlu menduduki Program LINUS, ia terus menandakan Aisyah bodoh?
Setiap individu mempunyai keunikkan yang tersendiri.
YY tak pasti niat sebenar guru tersebut. Tapi YY rasa tak perlu rasanya guru tersebut takutkan parent atau pelajar tentang benda seperti ini. Dunia tidak akan berakhir hanya kerana anak kita perlu menduduki Program LINUS.
YY secara jujurnya tak risau walau Aisyah dikatakan ketinggalan berbanding rakan seusia. YY sebenarnya yakin setiap di antara kita punyai keunikkan tersendiri. Hanya kerana Aisyah tidak pandai membaca atau menulis pada usia sekarang, ia tidak menggambarkan langsung level kecerdikkan dia. Lagipun Aisyah baru enam tahun kot! YY dulu umur macam tu sibuk main lagi! Tak akan YY nak paksa dia belajar sedangkan YY sebaya dia masih berseronok. Let her enjoy her childhood while she can.
YY punya prinsip kalau anak tak mampu buat, tak guna YY paksa. Paksaan tu hanya bagi tekanan pada diorang. Apa yang YY sebagai parent boleh lakukan adalah dengan sentiasa beri sokongan dan bimbangan. Insya ALLAH lama kelamaan mereka mampu lakukan. Lambat dengan cepat aje. YY yakin tu!
Tak perlu beri tekanan pada anak-anak kita. Dah lah mata pelajaran zaman sekarang ni sangat mencabar. Ditambah dengan tekanan yang kita berikan, boleh jadi gila anak-anak kita tau! Lagipun atas tujuan apa kita paksa diorang buat sesuatu yang kita memang dah nampak, diorang tak mampu lakukan? Nakdiorang jadi Professor?
Tu belum cerita susunan jadual seharian yang padat. Mana nak pergi sekolah, kelas mengaji, kelas tambahan, makan, minum, buat kerja sekolah. Kita orang dewasa pun tak macam tu padat jadual. Ditambah dengan beg berat mengalahkan guni beras yang diorang terpaksa pikul setiap hari. So kenapa kita beria bagi tekanan kepada mereka? Untuk kepuasan diri kita sendiri?
Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid - Albert Einstein
Percayalah yang anak-anak tak bodoh hanya kerana mereka perlu mengikuti Program LINUS. Sekurang-kurangnya program tersebut bagi mereka pendedahan untuk mereka mengusai kebolehan membaca, mengira dan menulis. Anak sulung YY dulu pun mengikuti Program LINUS. Hanya ketika dia berada pada penghujung tahun Darjah Satu, barulah dia boleh membaca. Segunung kata pujian YY berikan sebab YY sendiri hanya mampu membaca dengan lancar ketika YY berusia lapan tahun.
YY punyai pandangan berbeza dengan pandangan parent lain. Lagipun kita harus sedar yang anak yang tak cerdik tu ujian dan yang cerdik tu pun ujian. Jangan lukai hati anak-anak hanya kerana mereka tak mampu menjadi apa yang kita harap. Mereka juga punyai hati dan perasaan. Cubalah untuk seketika renung wajah amanah yang diberikan kepada kita ini. Ingatlah di luar sana masih ramai yang belum diberikan nikmat menjadi ibu bapa. Bukankah kita sangat beruntung?
YY lebih suka mencorak kehidupan anak YY berdasarkan warna kegemaran mereka dan bukannya berdasarkan warna kegemaran YY. Apa yang pasti, kita sebagai parent tetap mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Hanya kerana didikan YY berbeza dengan anak-anak kalian, tak bermakna YY tak pernah ambil peduli tentang mereka. YY akhiri bebelan YY hari ini dengan video animasi di bawah. Cuba kita hayati dan fahami. Mungkinkah kita sama seperti video animasi ini?
1 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿
Pergaulan Lelaki dan Wanita di Pejabat
5:04:00 pm
Yana Yani
10 Comments
Pergaulan Lelaki dan Wanita di Pejabat | YY sudah terbiasa melakukan sebarang aktiviti bersendiri sejak dari zaman sekolah. Mungkin perwatakan YY yang pendiam tidak menyukarkan YY untuk melakukan apa sahaja secara sendirian. Bila bekerja juga, YY takde masalah untuk makan tengahari secara bersendirian. Tambahan pula di tempat kerja lama, kami perlu makan secara bergilir bagi memastikan pejabat sentiasa ada orang. Bila masuk di tempat kerja baru, waktu makan tengahari adalah serentak. So pada waktu ini rakan yang berlainan jantina dan bangsa bebas bergaul.
Bila dah berada dalam keadaan ini, YY nampak banyak keburukan wujud apabila batas pergaulan tidak dijaga. Atas dasar professional pekerjaan, pergaulan antara lelaki dan wanita itu perlu. Sebarang pekerjaan tak akan menjadi jika tidak dilakukan secara berkumpulan. Malahan YY tak nafikan buah fikiran antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaan. So kerja secara berkumpulan antara lelaki dan wanita itu perlu bagi memastikan kejayaan sesuatu tugasan. Bab tu memang YY tak pertikaikan.
Cuma apabila melibatkan masa santai seperti waktu makan tengahari, soal professional sudah tidak timbul. Kebiasaannya pada waktu ini, kita lebih suka bercerita hal-hal santai. Dari gossip mengenai artis sehinggalah kepada hal melibatkan peribadi. Di sinilah wujud keburukan apabila batas pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dijaga.
Pergaulan lelaki dan wanita di pejabat banyak keburukannya
YY pernah terdengar perbualan antara seorang rakan sepejabat lelaki dan wanita. Si lelaki bercerita tentang betapa buruknya fizikal isteri dia selepas bersalin. Dia mula membuat perbandingan antara rakan wanita YY yang juga baru lepas bersalin dengan isteri dia. Seriously YY rasa jijik bila overheard perbualan rakan lelaki YY tu. Yang si rakan wanita YY pun bila kena puji mulalah terasa diri di awang-awangan. Tak sedar yang kata-kata pujian tu datangnya bersama bisikan syaitan.
Sesungguhnya orang yang mendapat tempat paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia hubungan itu kepada orang lain - Riwayat Muslim
Bertepuk tampar antara lelaki dan wanita di sini ibarat perkara biasa. Lebih memalukan tiap kali menjelang Khamis mulalah masing-masing nak bercerita hal dalam kelabu. Ada sahaja benda yang dijadikan bahan gurauan yang kalau diteliti secara baik boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Kita ni orang Islam dan orang Timur yang kaya dengan adab. Tak molek bergurau benda seperti ini dengan rakan yang berbeza jantina. Ia boleh buat orang pandang rendah pada kita. Cubalah ada sedikit rasa malu.
Kalau kita dah berumahtangga, kita perlu menjaga maruah diri, pasangan dan keluarga kita tak kira kita lelaki mahupun wanita. Kita perlu jauhkan hubungan yang boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Sebab tu YY nasihatkan sesiapa pun termasuk diri YY sendiri untuk tidak keluar berdua sahaja dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Jangan ambil mudah hal seperti ini kerana ia mungkin berkesudahan dengan sesi luahan perasaan dan perkongsian jiwa yang boleh berlarutan. Ingat ye, di antara dua lelaki dan perempuan yang bukan mahram, wujud syaitan di tengah-tengahnya.
Menurut suatu laporan akhbar pada tahun 2004, Unit Kaunseling Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ketika itu menganggarkan sebanyak 75 peratus daripada penceraian yang berlaku dalam masyarakat adalah berpunca daripada kehadiran orang ketiga. 80 peratus daripada angka orang ketiga tersebut tersebut adalah rakan sekerja. Mengejutkan bukan? Tapi itulah adalah hakikat.
Statistik di atas jelas membuktikan yang hubungan sesama rakan sekerja ini sekiranya tanpa batasan akan berkesudahan dengan penyakit sosial yang menjalar dan sekaligus mampu merosakkan institusi kekeluargaan secara halus. Ia ibarat anai-anai yang perlahan-lahan merosakkan asas sesebuah bangunan. So beringatlah. Tak salah sekiranya kita berkawan tapi kita perlu beringat yang tujuan kita bekerja adalah untuk menambah pendapatan keluarga dan bukan sebaliknya.
Sumber: http://bit.ly/2vEXPcH
10
dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
2 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿