Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong | Kemudahan internet yang wujud hari ini telah menyebabkan kita mampu mencari apa sahaja maklumat di hujung jari. Begitu juga dengan maklumat mengenai jawatan kosong. Hanya dengan menaip keywords “kerja kosong” di mana-mana laman web enjin carian, akan terhidang maklumat yang dikehendaki. Tapi berhati-hati dengan iklan jawatan kosong.Hari ini YY nak berkongsi pengalaman peribadi YY yang terjebak dengan syarikat yang bagi YY menganiaya mereka yang benar-benar mahukan pekerjaan. Pastikan korang dah baca sehingga ke noktah terakhir sebelum membuat sebarang penilaian.
Ceritanya begini. YY tertarik dengan satu iklan di dalam sebuah group mencari pekerjaan di laman sosial popular, Facebook. Iklan berkenaan highlighted hampir kesemua maklumat yang akan buat orang ingin mengetahui maklumat lanjut. Berpandukan nombor telefon yang diberikan, YY terus menghantar SMS ke nombor yang diberikan.
Balasan SMS yang YY terima buat YY terasa macam ada yang tak kena. Si pembalas mengatakan YY tak perlu hantar sebarang resume. YY hanya perlu datang untuk interview yang telah ditetapkan pada keesokkan harinya.
Balasan SMS yang YY terima |
Kebiasaannya sebelum menghadiri mana-mana interview, YY akan cuba selidik maklumat mengenai syarikat bagi memudahkan YY memahami nature of business. Malangnya YY tidak menjumpai langsung maklumat mengenai syarikat berkenaan kecuali iklan jawatan kosong. Dalam hati dok fikir, "Aktif company ni cari orang kerja"
Anyway, walau hati ada rasa macam tak sedap, YY tetap pergi interview seperti yang dipersetujui. Lagipun tak susah mencari syarikat berkenaan kerana ia terletak di dalam bangunan yang agak well known di bandar Klang. Untuk interviewee seperti YY ketika itu, syarikat tersebut dari segi luaran kelihatan gah.
Dengan lokasi office, signage yang nampak bergaya dan tak terkecuali receptionist yang menawan. Tiada yang mencurigakan. In fact office berkenaan kelihatan sibuk. Kita boleh melihat jelas orang keluar masuk pejabat hampir sepanjang masa buat kita yang datang untuk temuduga terasa excited.
Tapi honestly YY rasakan sesi interview pelik. Sebelum ni YY pernah terlibat secara langsung interview orang yang perlu bekerja di bawah YY. Kalau ada sepuluh orang datang untuk interview, sepuluh kalilah YY mengulang sesi temuduga. Tapi ini mereka buat serentak. Mereka tak peduli tentang pengalaman, qualification atau apa sahaja yang berkaitan. Mereka hanya concern berapa ramai mereka boleh hire.
Walau sudah terasa pelik, YY tetap nekad menghadiri training yang ditetapkan. Mungkin sudah agak lama jobless menyebabkan YY ambil sikap tunggu dan lihat. Pada hari pertama training kami didedahkan dengan operasi sebenar syarikat. Walau diorang banyak kali menyebut mengenai IT provider, ia sangat tak jelas sebab ia lebih melibatkan jual beli saham emas dalam matawang Euro. Kami juga diminta download aplikasi yang dikenali sebagai MetaTrader 4 bagi mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk membeli atau menjual saham emas.
Persoalan dengan jawapan yang tidak meyakinkan |
Hari kedua training adalah hari di mana YY sedar ianya merupakan satu bentuk penipuan. At least pada pandangan mata YY. Apa yang buat YY rasa ianya satu penipuan adalah kami diminta untuk mencari seberapa banyak orang yang boleh untuk berkerja di bawah kami seolah sistem MLM. Kami diajar bagaimana untuk create iklan, menarik orang untuk menghubungi kami dan laman web mana yang menyediakan tapak untuk kami beriklan.
Patutlah ramai orang keluar masuk syarikat berkenaan. Rupanya mereka tu semua sama ada menghadiri sesi interview sebagai interviewer atau interviewee. Pada ketika itu kami disarankan menggunakan laman web Indeed.com kerana ianya percuma untuk mencari pekerja. Kami diberikan masa seminggu untuk mencari pekerja.
Screen shoot dari seorang colleague mengenai "penipuan" |
Lagi menambahkan tak logik adalah syarikat tersebut telah menukar nama syarikat sebanyak tiga kali. Berdasarkan nama syarikat terdahulu yang dikongsi sendiri oleh “Puan Bos”, dua nama syarikat sebelum ni cukup hangat menjadi bualan di internet. Modus operandi hampir sama. Cuma sebelum ni mereka secara jelas mencari pelabur. Kali ini mereka menukar sedikit “jalan cerita” bagi memastikan orang tertarik.
Dedahan beberapa orang lama menambahkan keraguan yang YY rasai. YY juga baru dapat tahu bahawa mereka yang berada di dalam team YY, lebih kurang 20 orang tidak ada yang sampai sebulan bekerja di situ.Peliknya orang lain macam dah kena pukau. Malahan kami yang menyedari something tak kena ni dituduh sebagi orang yang berfikiran negative.
Berfikiran negatif katanya |
Tapi apa yang buat YY bertambah nekad meninggalkan syarikat tersebut adalah “Puan Bos” di dalam aplikasi WhatsApp yang dihantar secara peribadi kepada YY secara jelas menyuruh YY menipu bagi mencari pelabur. Bila hal ni YY dedahkan di dalam group, majoriti mengatakan “Puan Bos” tersilap dan YY hanya berfikiran negatif. YY juga di removed dari group berkenaan. Fine. Kalau korang nak carry on, silakan.
Tapi YY tak salahkan mereka. Mereka terdesak. Orang seperti “Puan Bos” sengaja mencari kesempatan ke atas kesusahan orang lain. Bayangkan ada yang sanggup datang dari jauh dan meninggalkan kerja sebelum ni. Semua kerana tertarik dengan iklan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. Shame on you “Puan Bos”.
"Puan Bos" dengan yakin suruh menipu |
Berikut adalah senarai yang YY dapati ianya mencurigakan
1. Bila korang mahukan maklumat berkenaan kerja yang diiklankan, si pengiklan hanya berminat mengetahui sama ada korang ingin menghadiri temuduga atau tidak
2. Sesi temuduga tidak dijalan secara professional. Semua dilakukan sekali harung. Target mereka hanya memastikan mereka boleh mengumpulkan seberapa banyak pekerja di bawah mereka. Alah, sama macam sistem MLM tu. Orang bawah dapat duit, orang atas punya atas, punya atas pun, dapat duit
3. Orang yang dikatakan kerja sudah lama di situ pun tidak bekerja lebih dari enam bulan. Even leader YY ketika itu bekerja tidak sampai sebulan.
4. Gaji yang ditawarkan sama kepada semua tanpa mengira qualification mahupun pengalaman kerja. Semua dapat RM2500. Tapi agak tricky part ni. Dalam surat perlantikan jelas disebutkan “THE EMPLOYER SHALL ONLY BE ENTITLED TO THE PAYMENT OF RM2,500 PER MONTH SUBJECT TO THE FULFILLMENT OF THE TERMS AND CONDITIONS LAID OUT IN THIS AGREEMENT”
5. Surat perlantikan tidak disebut Letter of Appointment seperti kebiasaannya, tapi disebut sebagai Agreement. Sama macam kalau korang beli kereta atau rumah. Contohnya “THIS AGREEMENT IS MADE ON [DATE] BETWEEN [NAMA COMPANY] HEREINAFTER TO BE REFERRED TO AS THE COMPANY ON ONE PART AND [NAMA EMPLOYEE] HEREINAFTER REFERRED TO AS CORPORATE RELATION EXECUTIVE OF THE OTHER PARTY”
Pendedahan ini YY lakukan berdasarkan pengalaman peribadi. YY tidak menyebut nama syarikat kerana yakin ada lagi ramai syarikat yang melakukan modus operandi yang sama. YY hanya menyarankan korang berhati-hati dengan iklan jawatan kosong. Terutama iklan yang menawarkan gaji lumayan dengan syarat kelayakan tidak munasabah. Bak kata omputih, ianya too good to be true.
Rajinkan bertanya cari maklumat berkenaan syarikat seberapa banyak yang boleh. Sekiranya tidak berjumpa, hadiri sahaja sesi temuduga, Cuba nilai sendiri sama ada mereka memang berminat mengambil korang bekerja sebab kelayakan korang atau mereka hanya berminat dengan korang tanpa mengira kelayakan. Jangan jadikan diri korang mangsa, Jangan terpengaruh dengan nilai duit yang disebutkan sebab ianya memang tidak logik.
Tapi kalau nak kepastian, hadiri sahaja training yang disyorkan. Tunggu dan lihat, Kemudian nilai sendiri. Kalau korang mempunyai tangapan sama seperti YY, maka marilah kita menyeru orang lain supaya tidak menjadi mangsa. Tapi kalau korang berfikiran sebaliknya, carry on. Cuma nak ingatkan, duit yang diperolehi dengan penipuan tidak akan bawa ke mana. Sekian.
Jangan jadikan diri anda mangsa!
Meraih keuntungan dgn menipu
ReplyDeleteKalau yg desperate memang terkena melainkan yg alert macam YY cepat sedar.
hurmm.. begitu rupanya modus operandi dia yer.. baru tahu.. info yang bagus ni yy.. terima kasih.. kena lebih berhati-hati la pasni..
ReplyDeleteSaya pun dah terdedah sedikit sebanyak dengan modus operandi syarikat macam ni. Macam kak Yana, saya pon mencari kerja tapi taklah aktif. Dapat, okay. Tak dapat, pon okay. Ada pro & con. Boleh saya spend masa banyak dengan anak kecil saya.. Hihi..
ReplyDeleteTak mustahil diinterview beramai-ramai, tapi tengok dari jenis kerja dia jugak. Kalau berkait sales and marketing, tak mustahil diorang sekali harungkan IV. Terbukti pon kan, itu yg diorang buat.
Email company pon main peranan juga. Kalau sekadar @gmail.com atau @yahoo.com.my kat belakang, susah sikitlah nak percaya itu syarikat yg dah established.
Mengikut pengalaman saya yg pernah cuba dipancing masuk MLM, rata-rata orang yg berada dalam tu sebab dah terikat dari segi kewangan. Meaning, mungkin diorang dah berhutang samaada dgn owner atau orang atas diorang; so diorang tak dapat nak lari...
RMS Management Solution ke kak Yana? Company tu aktif cari pekerja tapi maklumat pasal company tu takde. Gaji offered memang tinggilah. Tapi kena bayar kos ujian masa interview.. Based at Klang juga..
Jeng jeng jeng..
uishhh bahaya juga ni... baru mia tahu ada juga yang cari pekerja dengan cara yang macam ni pastu suh kita itu ini.. tak baiknya...
ReplyDeletepsssttt.. jemput join giveaway mia... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html
Waktu akak bujang duuulu2....pernah kena mcm YY tp oleh firma trading komoditi. Waktu tu blm ada whatapp, FB, dll. Kesian org2 yg dtg dr jauh tu, gaji pun blm tentu akan dapat, apa lg elaun. Akak bertahan sehari ja.
ReplyDeleteInterview beramai-ramai tu pernahlah juga tapi takdalah sampai 10 orang sekali harung. Paling-paling pun 4 orang dan ada banyak session. Tapi yang saya attend ni long time ago punya cerita dan memang pun international company. Real company, bukan menipu - salah satu pengeluar ubatan terbesar!
ReplyDeleteDahsyatlah kalau menipu macam ni. Puan Boss tu orang kita juga ya, YY? Zaman sekarang ni kalau dah desperate, apa-apa pun kita tutup mata aje. Adakalanya kita sedar macam tertipu tapi masih meneruskan juga. Nasib baik YY cepat sedar dan tarik diri. Kalau tidak, buang masa aje. Disuruh menipu orang tu yang paling tak sanggup!
Nasiblah hang bijak YY, dapat cepat membaca taktik diaorang ...Kalau tidak memang cari nahaslah namanya....
ReplyDeleteTak pe ....sekurang kurangnya dapat menimba pengalaman jugak
ada sesetengah orang,walaupun tahu perlu menipu orang lain,masih juga nak teruskan.tapi tabik kat YY sebab mengundur diri dari penipuan.ni biasanya skim MLM ni.kena orang yang lebih pentingkan duit,memang sanggup je buat kerja macam ni.
ReplyDelete