Impian Menjadi Kenyataan
Impian Menjadi Kenyataan | Adalah normal untuk seseorang manusia untuk mengimpikan sesuatu dalam kehidupan. Impian biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran ataupun gaya hidup. Dengan mengimpikan sesuatu, ia boleh menjadi satu bentuk hiburan kepada seseorang yang mungkin sedang berdukacita. Malahan ia juga mampu menjadi pembakar semangat untuk seseorang terus berusaha. Sebab itu tidak mustahil untuk impian menjadi kenyataan.
Itulah yang YY lalui. Mengimpikan seorang suami dan anak-anak. Alhamdulillah semua itu sudah
pun menjadi kenyataan. YY bahagia dengan kehidupan sekarang. Tapi manusia
tak pernah puas. Bila impian yang sebelum
tu telah tercapai, akan muncul impian lain. Ianya tidak akan pernah berkesudahan. Bila mempunyai anak, YY mengimpikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.
|
Tak pernah menyangka ianya akan menjadi kenyataan |
Tapi YY lupa bahawa anak juga hanya manusia biasa. Memori menyaksikan Afif duduk sambil bersandar di dinding dengan mengetuk kepala berulang kali sambil mengucapkan, "Afif bodoh" masih lagi berligar sehingga ke hari ini. Seolah wayang tanpa bunyi, imej tu sering berputar difikiran YY. Sungguh YY rasa sangat menyesal memberikan dia tekanan yang mungkin YY sendiri tidak sedari. Apalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun tahu ketika itu.
Dari seorang kanak-kanak yang mempunyai cita-cita unik, ianya jatuh menjunam. Dia yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang archeology bertukar cita-cita dengan mendadak. Bila ditanya apakah cita-cita dia, dia akan menjawab
nak jadi pekerja kilang. Bila kita tanyakan kenapa, dia akan jawab, "Sebab Afif
tak pandai"
Hancur hati YY melihat semangat anak sendiri jatuh disebabkan kejahilan YY sendiri. Bertitik tolak dari situ, YY mengubah cara didikan YY. YY yakin masih belum terlambat untuk YY mengubah Afif dan diri YY sendiri. Di rumah YY
tak pernah lagi menyentuh bab pelajaran. Hanya apabila dia ada
homework, baru YY akan menyentuh bab pelajaran.
Even sebelum
exam, Afif
tak pernah buat sebarang ulangkaji. Apa yang dia belajar di sekolah, itulah yang akan diterjemahkan pada kertas jawapan.
|
Moment paling berharga |
YY lebih tekankan apa yang dia minat. Afif sangat meminati seni kreatif. Maka YY belikan lebih banyak kertas lukisan dan apa sahaja yang berkaitan. Dia lebih "hidup" bila buat apa yang dia minat. Bertambah "hidup" sekiranya dalam aktiviti seni
tu YY terlibat sama. Sekarang dia cukup gemar melukis komik. Melihat bagaimana dia mengubah plot cerita cukup mengagumkan YY. YY akan terus bimbing dia dalam bidang ini sekiranya memang itu yang dia inginkan.
Even kerja di rumah dia juga mampu uruskan seperti menggunakan mesin basuh. Dia
dah tahu
nak buat. Kebanyakkan kerja di rumah ini dia boleh lakukan termasuk mencuci tandas. YY tak pernah larang dia menolong buat kerja rumah. YY juga cuba membentuk cara dia berinteraksi dan menghormati persekitaran sama ada dengan manusia atau hidupan lain. Pernah YY terdengar dia memarahi adik dia yang memukul semut, "Adik! Kan Mama kata jangan bunuh binatang kalau dia
tak kacau kita. Berdosa!"
|
Senyuman bangga seorang Papa |
YY akhirnya berjaya mendidik diri YY sendiri untuk tidak memfokuskan sangat hal berkaitan akademik. Apa yang penting hal berkaitan sahsiah dan rohani. Teringat arwah Nenek yang selalu pesan, "Biar bodoh, jangan rosak akhlak"
Tapi yang memeranjatkan, makin
tak disentuh hal berkaitan akademik, makin meningkat prestasi Afif. Ustazah di Sekolah Agama cukup sayang pada dia kerana dia mempunyai harapan yang tinggi terutama dalam bab hafazan. Malahan Ustazah tersebut yang terlebih kecewa apabila Afif gagal menepati sasaran dia.
Nak tergelak YY bila teringat reaksi Ustazah tersebut ketika Hari Terbuka baru-baru
ni.
Sekarang Afif
dah mula berkeyakinan. Kalau tanya apa cita-cita dia sekarang, dia akan jawab dia
nak jadi askar atau
pilot. Dia
dah mula bercita-cita
nak beli motor besar.
Nak beli rumah besar.
Nak ada isteri cantik dan anak comel.
Hehe!
|
Anugerah ini yang buat YY sangat bangga pada Afif |
Anyway, impian YY untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan tercapai baru-baru
ni. Bukan untuk bidang akademik tapi ia tetap membanggakan YY. Anugerah Tokoh Sahsiah yang diterima Afif baru-baru ini sudah mampu membuat YY tersenyum bangga. Ajaran YY selama ini Afif telah terjemahkan dengan baik sekali. Pujian yang diberikan oleh guru-guru mengenai perwatakan Afif sudah cukup untuk buat YY terasa di awang-awangan. Impian YY telah
pun menjadi kenyataan. Terima kasih ALLAH.
Buat Afif bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran dia pada hari ini, Mama
nak Afif tahu bahawa Mama sangat bangga dengan Afif. Terima kasih kerana membanggakan Mama. Teruskan menjadi orang "baik". Ingat
tak Mama selalu pesan, kalau kita baik dengan semua orang, dengan pokok, dengan haiwan, ALLAH akan "baik" juga dengan kita. Apa sekalipun Mama tetap sayang Abang dan Adik dunia dan akhirat. SELAMAT HARI LAHIR sayang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mama (^_^)
12 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿