Dia Blogger Mulut Longkang! (^_^)

5:24:00 pm Yana Yani 22 Comments

Amboi YY! Dah lama tak update entry, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dok kata blogger lain mulut longkang. Apa cerita ni YY wei?

Tak ada apa-apa. Saje aje nak kata blogger lain mulut longkang. Lagipun ni kan blog YY, suka hati YY lah nak kata sape mulut longkang ke, mulut apa ke (^_^)

Apsal? Tak puas hati? Meh kita lawan!


Sebenar bukan entry kutuk mengutuk pun. Saje nak bikin gempak. Bagi korang semua nampak tajuk aje terus nak klik. Hehe! Akak pun sudah pandai, okay! (^_^)

Ni nak cerita pasal seorang blogger yang YY dah lama kenal sejak sebelum jadi blogger pun. Suka baca entry dia walau kadang terasa sakit hati dengan kejujuran terlampau dia.

Tapi time tu jadi silent reader aje, tidaklah daku rajin nak meninggalkan jejak. Bila dah jadi blogger, blog dia adalah antara blog pertama yang YY follow selain Fiza Ismail

Tak sangka juga tak lama lepas tu dia follow balik. Pula tu rajin juga dok tinggal jejak kat blog YY yang bajet popular ni. Tapi boleh kiralah dengan tangan berapa kali dia tinggalkan jejak. Hehe!

YY pula walau kadang sakit hati dengan kejujuran terlampau dia, tetap juga dok terjah blog dia. Dah macam satu ketagihan dok baca cerita dia. Agaknya nama blog tu yang buat YY terus melekat.

Dia ni boleh dikatakan antara barisan pertama yang menyokong perjalanan YY dalam dunia blogging ni selain Fiza Ismail dan tak lupa juga Kak Kathy R'bain.

Nak tahu dak siapa blogger mulut longkang yang YY maksudkan? Ke korang dah boleh agak sape? Dapat teka dak sape? Tak dapat? Kalau sebut trademark dia yang lekat lekit tu, kenal dak?

Yes! Dialah blogger mulut longkang tu! Suria Lekatlekitgurl


Tapi jangan salah faham. Bukan YY yang bagi nama mulut longkang tu kat dia. Dia sendiri dok bagi title tu. Tak caya pergi terjah entry lama dia. YY tukang sampaikan aje. Hehe!

Title tu secara tak langsung dah membuktikan betapa seramnya orang lain kat dia. Banner pun dah ada ciri keseraman! Sampai Abang Sado pun surrender siap terus banned tu! (^_^)

Dia ni tak adalah seram mana. Ala, kecik aje orangnya. Kalau kena smack down, lenyek terus. Hehe! Orangnya kecik, comel loteh aje. Cuma dia outspoken dalam melahirkan pendapat. Tak bertapis.

Walau kebanyakkan antara korang dah kenal dia. Mungkin ada antara korang yang tak tahu beberapa perkara pasal dia. Meh, sini YY cerita berdasarkan hasil siasatan YY.

  1. Suria Lekatlekitgurl terlalu meminati Abby Fana (DJ Sinar FM) sehinggakan nama blog beliau diadaptasi dari perkataan yang sering digunakan oleh Abby Fana iaitu Lekat Lekit.
  2. Suria Lekatlekitgurl pernah bertugas sebagai DJ di sebuah channel radio online, Frenzy FM menggunakan nama Abby Funny the Lekat Lekit. 
  3. Nombor 28 mempunyai banyak pengertian dalam hidup Suria Lekatlekitgurl sebab ada banyak perkara berlaku pada tarikh 28.
  4. Mempunyai bakat menulis puisi dan cerpen. In fact Suria Lekatlekitgurl ada sebuah blog berasingan untuk dia berkarya. Cerpen paling best, Janji Sahabat.
  5. Anak dia, budak Lala tu, sebaya dengan Aisyah, anak YY. Tapi YY dengan Suria Lekatlekitgurl tak sebaya langsung, apatah lagi level ketinggian (^_^)

Entry ni diterbitkan hanya sebagai satu penghargaan kepada Suria Lekatlekitgurl. Tiada hidden agenda. Tapi kalau ada job review ke apa ke, hulurlah ye. Hehe!

Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? Senang aje. Kenalilah dulu seseorang itu sebelum kita jump to a conclusion. Pandangan setiap orang pada orang yang lain adalah berbeza.

Janganlah kita sengaja menjadi bangang dengan menilai sesebuah buku hanya berdasarkan kulit luaran yang bukan mencerminkan isi kandungan sebenar sesebuah cerita.

Akhir kata, maaflah sekiranya apa yang ditulis di atas mengguris hati sesiapa terutama sekali Suria Lekatlekitgurl. I am just trying to be me. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Rindunya nak blog walking

22 comments:

  1. amboiiii...terpedaya jugak saya klik lepas baca tajuk entry...hahaha

    gambar spiderman tu....mmg lawak okehhhh

    saya tak biasa ke blog suria lekatlekit tu...tapi akak Abby Fana tu saya selalu jumpa di klinik saya..hihihih

    ReplyDelete
  2. dah banyak kali baca review pasal suria lekat lekit ni.. kita ada hak masing2 nak bersuara,, siapa terasa tak yah lah baca kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. hahahaha hot & spicy ni. Apapun terima kasih atas entri penghargaan ni.. terharu sebab YY ingat banyak perkara tentang diri saya terutama asal usul lekat lekit & nombor 28 tu.. Ya Allah rasa macam blogger retis pulak. Apapun YY adalah salah seorang penyokong blog lekat lekit & kawan baik di alam maya. Thanks atas sokongan tak berbelah bagi.. jangan perbezaan pendapat buat kita bermasam muka yer

    ReplyDelete
  4. Hehe... Nice entry ni... Gempak habis...

    ReplyDelete
  5. Alahai saya pun terpedaya juga dgn tajuk tu... hahhahaha kenal lekat lekit tu... rajin juga baca entri2nya tapi jarang tinggalkan jejak...

    ReplyDelete
  6. Suria dj....mcm x percaya je...kekekeke

    ReplyDelete
  7. Salam, saya pun lama tak blogwalking... huhu...
    Hebat gelaran lekat-lekit ni, takut nak menyebutnya... hehe

    ReplyDelete
  8. lya dh lama kenal suria ni.. since 2009 or 2010 gittu...
    walaupon dia lantang bersuara, tp dia baik hati n ambil berat...
    kadang apa yang dilantangkan tu..mmg betul pom..

    ReplyDelete
  9. Hehehehhehehe... Dah agak dah.. Mesti nak review blogger suria tu. Hebatlah tajuk entri ni,bikin gempaksss. Welcome back Yana Yani.. Tq selitkan nama Kathy R'bain dalam entri ini. Hhehhe.

    ReplyDelete
  10. Suria ni musuh ketat aku
    Dari zaman sia mendj ( mirc )
    Zaman fb berforum ... Sampai dia blogger dia memang musuh ketat aku
    Mr LaLOT

    ReplyDelete
  11. suspen jer terus klik tauuu ! hehehehe

    sasuzanazanudin.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. hahah bikin gempak je. singgah sini direct dari blog kak suria. salam perkenalan. hihiiii ;p

    ReplyDelete
  13. Haha. Tengok tajuk dah boleh agak siapa.
    sebenarnya kan, sy suka akak lekat lekit ni.
    salah seorang blogger yang sy suka.
    sangat outspoken. Memang direct terus ayat dia.
    takde maknanya dia nak cakap bertapis.kihkih.
    suka jadi silent reader blog dia, kadang2 komen.
    paling best, kak suria reply jugak komen @ pendapat budak hingusan macam sy ni.

    ReplyDelete
  14. Ramai betul org yg mengkagumi Suria Lekat Lekit ni. Saya je yg belum jadi pembaca setia. Mungkin satu hari nanti akan rajin berkunjung ke situ.

    ReplyDelete
  15. suria lekat lekit tu mulut longkang? ok lagi...nk try terjah lah mana tahu terus MELEKAT nanti hihih

    ReplyDelete
  16. Hahaha... kesian kat ketua geng(ster) segala hantu ni! Tapi memang Suria pun selalu je cakap dia ada mulut longkang tapi hakikatnya tak kenal maka tak cinta. Saya pun baru je mengikuti blog Suria ni. Sekali masuk terus terpaku membaca. Eh, saya memang tinggal komen kalau baca. Tak pernah jadi silent reader. Kalau saya jadi silent reader kat mana-mana tu mungkin kembar saya ~ Langsuir. Hehehe...

    Tahniah buat Suria walaupun outspoken memanjang tapi tetap di hati ramai antara kita *_*

    ReplyDelete
  17. kekadang terjah juga blog dia ...

    ReplyDelete
  18. boleh lah akak terjah blog suria tu...hehehe akak ni jarang sgt nak terjah blog orang,baca enti yana ni mcm bets pulak nak terjah

    ReplyDelete
  19. Ada pergi blog dia hari tu....sebab baru beberapa kali so tak dapat baca lagi gaya penulisan dia. Tak per .....boleh gak terjah dia sekali lagi lepas lepas ni....

    ReplyDelete
  20. Haha.. ulasan dia, memang kalau buat entry berbayar ni kena mintak cas mahal ni.. memang ayat power..

    ReplyDelete
  21. Pandai main seo dh yer yana... Tajuk mmg gempak la..ada jugak beberapa kali singgah blog suria lekat lekit tue.. Okey jap lepas nie nk po terjah...:)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...