Bila Aisyah Gunting Rambut (^_^)

6:45:00 am Yana Yani 21 Comments

Anak-anak YY memang jenis rambut cepat panjang. Bulan ni potong, bulan depan dah panjang balik. So aktiviti memotong rambut memang kebiasaannya dibuat secara monthly.

Kalau Afif memang kebiasaannya bawa ke kedai kalau nak potong rambut. Tapi kalau Aisyah pula, kebiasaannya MyChintaHati yang potong. Even rambut YY pun dia yang potongkan.

Cuma masalah dengan anak dara yang sorang ni, jenis tak reti dok diam. Dia akan pusing kepala dia nak tengok arah mana gunting tu dok tuju. Tu yang kadang Papa dia hilang kesabaran (^_^)

Ini dah bulan kedua kami bawa dia ke gerai seorang gadis Melayu yang terletak tak jauh dari rumah kami. Budak ni pun dah kenal Aisyah walau baru kali kedua kami ke sini.

Aisyah masa mula sampai tu dia relax aje. Macam perempuan Melayu terakhir aje lagaknya bila suruh duduk dekat kerusi. Excited pun ye juga.


Mama yang tengok pun rasa sejuk hati dok tengok anak dara dok behave macam tu. Tapi dia mula tak tenang duduk bila Kakak tu dok mula pegang rambut dia.


Dia dah start toleh sana, toleh sini. Tengok dengan ekor mata apa yang Kakak tu dok buat. Time ni si budak barber dah start rasa seriau.

"Dik, ko jangan main pusing-pusing. Hilang telinga kang. Pandang depan. Tu Mama ada tu" kata dia dalam nada yang cuba memujuk.


MyChintaHati yang pada mulanya elok aje dok tengok dekat tepi, tak boleh tahan dok tengok telatah anak dara dia. Dia terus pegang kepala anak dara dia dan biarkan si budak barber buat kerja.

Rela dalam terpaksa dak Aisyah bila kepala kena pegang gitu. Hehe!


Dah kena pegang, baru dia reti dok diam. Kalau tak memang terpusing sana, terpusing sini. Tak boleh langsung fokus pandang depan. Dia nak tengok juga gunting yang Kakak tu pegang.

Si budak barber tu agak dalam hati kata, "Baru senang sikit kerja aku!"


Afif pula kebosanan dok tunggu Adik dia siap gunting. Asyik dok tanya bila Adik dia nak siap bergunting. "Adik, duduk diam-diamlah! Bila nak siap macam ni? Bosanlah!"


Biasa sekejab aje nak gunting rambut, tapi kita bercerita pasal rambut Aisyah, maka masa yang diambil agak lama sebab nak layan karenah dia.

Dekat satu jam juga barulah rambut di bawah dapat dihasilkan dengan jayanya. Satu kejayaan juga tu. Hehe! Bukan senang punya cerita nak potong rambut Aisyah ni.

Berpeluh ketiak jugalah dibuatnya (^_^)


Bulan depan kena lalui benda serupa lagi. Papa dia dah tak sanggup nak potong rambut dia. Maka Kakak barber lah yang kena layan karenah Aisyah (^_^)

Moral of the story, bila nak gunting rambut ni kena cari barber yang rela melayan walau sesusah mana pun karenah customer dia. Hehe!

Till we meet again, Assalamulaikum (^_^)

21 comments:

  1. ooo rambut cepat panjang ye? rambut anak saya lambat gile nak panjang,bayangkan sejak dari cukur masa umur 40 hari, sampai sekarang umur 4 tahun, rambut baru cecah bahu sikit..hahah..

    ReplyDelete
  2. same as my niece.. adus, kadang rasa nak serkup kepala dalam bekas..haha.. surrender ngan kerenah dia, my kakak biar rambut panjang..huhu.. klu si abang dia dah besar ni baru reti nak dok diam.. klu tak rambut mesti senget2..
    biar je panjang akak rambut aisyah.. boleh tocang.. klu perlu akak potong 4-6 bulan sekali.. :)

    ReplyDelete
  3. anak saya bapak dia tak bagi langsung rambut pendek.. so, haritu potong kat hujung macam ekor kuda jer sebab lepas cukur masa baby sampai sekarang tak pernah potong. Jadi hujung rambut dia jadi tak sama rata.. terpaksa potong jugak sikit.. tapi tetap tak boleh pendek macam ash ni.. nanti bapak dia marah. nak potong hujung pun mengalah jaga 10 orang anak punya membebel.. tak diam jugak duduknya

    ReplyDelete
  4. ni kena caj lebih nih...hahahha

    ReplyDelete
  5. Hyperactive betul.. haha..
    p/s: hai kak yana ^_^

    ReplyDelete
  6. Okey, saya faham! Sebabnya nasib kita serupa *_* Dua anak lelaki saya memang takut nak pi barber. Sampaikan HD kena gunting rambut mereka di rumah. Baik Abang mahupun Adik. La ni Abang dah berjaya 'berkawan baik' dengan Gana, si barber. Masalah selesai! Tapi Adik memang sebiji perangai Aisyah ni. Dia tak sibuk toleh sana-sini, YY tapi dia sibuk menjerit meronta meratap hiba. Itu yang tak tahan. Akhirnya terhasillah rambut ala-ala tudung periuk, hasil kreatif HD dalam keadaan terdesak. Anak-anak saya pun cepat rambut panjang. Sama macam anak-anak YY, sebulan sekali memang kena potong kalau tidak rimas saya tengok, dah macam sarang lebah je kekdahnya walaupun tak serupa bentuk!

    ReplyDelete
  7. Nasib baik kakak barber tu jenis yang penyabar...lepas ni Aisyah kena jadi customer tetap lah agaknya...

    ReplyDelete
  8. Anak dara ni makin comel jer..

    ReplyDelete
  9. haha...dah namanya budak kecik YY...memanglah gitu, tak reti duk diam. Cubalah simpan panjang rambut dak Aisyah mesti tambah cute tau....

    ReplyDelete
  10. ektreem ayah dia pegang tu . mcm kuat je ... redha je lah aisyah . kang tak pasal2 terpotong itu telinga ... my anak buah, my kakak potong sendiri . so far mrk blh ikut cakap . cuma sesekali tu gatal lah tgn nak menggaru je ...

    ReplyDelete
  11. Hihi.. biasa dh klo camtu. Fasya sjk dh bsr ni bru sng , xdela sibuk nk pusing kiri kanan kepala.

    ReplyDelete
  12. hero2 akak yg berdua tu memang papa doranglah yg guntingkan rambut,kalau bawa pg kedai mmg tak berguntinglah sbb dorang takut..adelya pulak rambutnya lambat sgt panjangnya,nipis pulak tu hehehe

    ReplyDelete
  13. Haha.. ini sama kes, cikgu xleh ajar anak sendiri mudah naik angin.. kalau ajar anak orang lain elok je kawal.. hihi.. anak2 agaknya kalau dgn parents depa ni berani dan nak mengambil oerhatian.. itu yang agak kena lebih sabar tu..

    ReplyDelete
  14. serious comelnya dia ... rambut cepat panjang ye... same dengan anak sedara acikk

    ReplyDelete
  15. Serius comel sangat masa papa dia pegang kepala tu. MUka Aisyah masa tu macam pasrah je. Heheh. Saya masa kecik dulu pon mmg mak akan potong rambut pendek je memanjang. Alasannya sama juga mcm kenapa YY potong rambut Aisyah. Sbb rambut jenis licin degil. Kalo ikat pun dia tercabut. Cekak rambut pulak, tak hilang tapi asyik patah.

    ReplyDelete
  16. Bertabah jer lah tukang gunting rambut tu ☺

    ReplyDelete
  17. Dekat sejam yana???? Bertabah la tukang gunting tue kan...hehehe

    ReplyDelete
  18. Alahai syg.
    Sabo aje la mama & ayah nya.
    Takpe nanti beso aisyah behave ye :-)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...