Part II: Sibuk Sangat! (^_^)
Lama juga tak berupdate blog aku ni rupanya. Ada yang rindu ke? Hehe!
Sibuk sangatlah korang! Tu yang berhabuk blog ni. Tak berkesempatan nak jengah walau sekejab. Alhamdulillah hari ni ada sikit masa yang boleh diluangkan.
Minggu lepas time aku dan Encik suami sibuk mengemas barang yang nak diangkut ke rumah baru, Aisy tak sihat dan tak ada selera makan.
Aku jadi takut bila dia tak nak makan. Takut dia dehydrate. Aku dan Encik suami decided bawa dia ke hospital bila dia nampak lemah.
Aisy admitted beberapa hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nanti ada masa aku cerita in details pasal ni ye. Alhamdulillah dia dah sihat sekarang.
Hari yang Aisy admitted tu, Afif pula demam panas. Susahnyalah hati aku bila anak-anak sakit. Dia pula asyik menyebut nak tengok Transformer.
Takut benda buruk jadi dan aku tak mahu hidup dalam keadaan ralat. Maka permintaan Afif akan dipenuhi. Tiket dah beli, Insya ALLAH besok permintaan Afif sudah aku lunaskan.
Anyway Afif dah sihat. Semalam dia dah bersekolah seperti biasa setelah seminggu tak bersekolah. Aku kembali senang hati bila dok tengok anak-anak sihat.
Hari di mana Aisy discharged dari hospital, kami berpindah ke rumah baru.
Kesian Encik suami dok packed semua barang-barang tanpa bantuan sesiapa.
Semuanya dia uruskan sendirian ketika aku menjaga Aisy di Wad Pediatric HTAR.
Aku pun sejak pulang dari hospital tak pernah lagi menjejakkan kaki ke rumah lama.
Keluar dari hospital, Encik suami terus bawa aku dan Aisy ke rumah baru. Lepas tu tunggu lori hantar barang aje. Yang pasti bila pindah rumah ni, PENAT!
Lain kali kalau ada kesempatan aku cerita lagi pasal operasi berpindah rumah ni ye.
Aku rasa itu ajelah bebelan aku untuk hari ni. Minta maaflah belum berkesempatan ke blog korang. Nanti kalau ada masa aku terjah ye (^_^)
Last sekali aku nak ucapakan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA buat semua yang membaca nukilan aku ni.
Maafkalan segala keterlanjuran aku selama ni especially dalam coretan di blog kesayangan aku ni.
Manalah tahu kot aku ada mengguris hati sesiapa sama ada aku sedari atau tidak.
Kira kosong-kosong lah ye (^_^)
31 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿