Pakatan 3A! (^_^)

Hujung minggu memang merupakan rutin kami ke rumah parent Encik suami yang terletak di Batu 13 Kapar, Selangor.

Afif adalah orang paling seronok tiap kali dikahbarkan yang kami akan ke rumah grandparent dia. Kadang tak bagitahu pun dia boleh tahu berdasarkan jalan yang digunakan.

Afif mempunyai kebolehan mampu mengingati jalan yang dilalui. Kalau jalan yang dilalui tu dia tak familiar, dia akan berterusan bertanya kemana kami akan pergi sehingga jawapan diperolehi.

Anyway sebab utama kenapa Afif cukup suka balik kampung adalah kebebasan! Dekat kampung aje yang aku akan benarkan dia keluar dari kepompong.

Malahan dia mampu bermain walau tanpa kawan. Tapi kalau ada kawan, memang added advantage! Biasa bila hujung minggu, sepupu dia akan juga ada sama.

Siapa lagi kalau bukan Rayyan yang membahasakan diri, Ayie!

Bila diorang bertiga berkumpul, memang akan jadi pakatan 3A! Pening kepala Atuk dan Nenek sebab diorang bertiga! Hehe!

Minggu baru ni time tengah dok leka berborak dengan Mak mentua, aku perasaan budak bertiga tu tak ada berdekatan. So aku menjejaki mereka sehingga ke depan rumah.

Time tu diorang dok main pistol air.


Macam biasa aku suruh masing-masing posing. Time nak letak watermark tadi, aku baru perasan si Rayyan tengah melakukan aktiviti cari gali. Cis!


Kebiasaannya apa sahaja yang Afif lakukan, Rayyan dan Aisy pasti mengikut tanpa banyak soal. Tapi kalau ada Khalis yang merupakan cucu sulong, Afif pula jadi Pak Turut!

So nampak tak kuasa mereka yang lebih tua di situ? Hehe!


Lagilah hari tu dia dok pakai t-shirt yang ada watak Superman. Perasan hebat dan kuat tu! T-shirt tu pula kebetulan baru di beli di Uptown.

Awal-awal dia dok kata nak show off dengan Rayyan. Show off lah sangat Afif oi, RM5 aje pun t-shirt tu! Sabar ajelah! (^_^)


Gambar dekat atas ni diorang tengah dok main berlawan dengan  patung mainan yang setiap sorang ada satu. Aisy pun join sama. Nak buat macamana? Geng perempuan semua kecil-kecil lagi.

Lepas gambar dekat atas, entah ke mana-mana aje diorang main. Aku jenguk kejab, time dok jenguk tu aku perasaan hidung Afif berdarah sampai kena baju. Panik aku dibuatnya!

Lemah kepala lutut dok tengok darah mengalir walau mempunyai sedikit knowledge dalam bantuan kecemasan. Lupa terus bila dok tengok darah!


Nasib baik Encik suami ada. Dia yang pergi dok cari tisu. Aku suruh anak dia tunduk, dia suruh baring. Yang sepatutnya, tunduk sedikit sambil dok picit bahagian rawan hidung.

Tapi yelah, aku panik! Lupa semua tu! Hehe! Afif pula kata, "Tak apa, Afif kuatlah!"

Lepas tu dia main macam biasa. Sabar ajelah!

 ------------------------------------------

Cerita ni dah lama, tapi aku tetap nak cerita dekat sini. Hehe! Time ni aku ikut Angah pergi meronda di Aeon Bukit Tinggi. Encik suami tak ada sebab bekerja shift petang.

Sebenarnya aku tak jangka nak berjalan sampai ke situ sebab perangcangan asal nak hantar Annur ke stesen komuter aje. Tapi lain pula jadinya bila dah rama-ramai.

Aku nak cerita pasal baju yang dipakai oleh Afif dan Aisy time tu yang tak mengikut kriteria yang ditetapkan Encik suami.

Kalaulah Encik suami tahu yang aku pakaikan baju biasa aje pada budak-budak tu, mesti kena bebel! Encik suami cukup particular dengan penampilan kitorang.

Sengaja cari nahas kalau pakai pakaian yang tak berkenan di mata dia. Tapi hari tu, nasiblah! Hehe!

Walaupun pakai pakaian yang mungkin tak sesuai pada pandangan Encik suami, Afif dan Aisy tetap posing macam biasa! Hehe!


So itulah ajelah nak cerita. Chow!

P/S - Besok kelas untuk mendapatkan lesen D baru bermula, doakan perjuangan aku ni berjaya ye (^_^)
P/S - Minta maaf tak dapat membalas kunjungan korang dan membalas setiap komen yang ditinggalkan buat masa ni. Agak sibuk dengan tugasan lain (^_^)

Kembali "Berkaki"! (^_^)

Sejak pemergian si Merah, kami anak-beranak susah nak bergerak ke mana-mana. Cuti hujung minggu pun banyak dihabiskan di rumah berbanding sebelumnya.

Untuk kaki berjalan macam kami, situasi tu sukar.

Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Semua tu berubah awal bulan April hari tu. Si Putih pula muncul menggantikan si Merah yang telah sekian lama berbakti.

Alhamdulillah kami juga dapat meneruskan semula rutin yang telah lama tidak dilakukan. Semenjak kehadiran si Putih memang senyum sampai ke telinga! Hehe!

Malam minggu hari tu Encik suami bawa kami meronda! Perjalanan dimulakan dengan ke Giant Setia Alam. Saja cuti mata pun sebenarnya.

Satu yang menarik di Giant adalah taman permainan mereka adalah percuma berbanding tempat lain. Tak perlu aku melaburkan duit. Tu yang seronok! Hehe!

Tapi of course yang paling seronok adalah Afif dan Aisy.


Selepas tu kami ke Uptown Shah Alam. Pertama kali ke sini dengan si Putih. Lagipun Uptown Shah Alam bukan tempat asing bagi kami.

Memang biasa sangat ke sini walau hanya setakat "cuci mata"

Kami ke sini dengan makcik kesayangan Afif dan Aisy, Acu. Acu atau Anis adalah adik aku yang paling bongsu, berusia 12 tahun. UPSR tahun ni.

Ke mana aje kami pergi, Anis pasti diherat bersama. So bila dah berjalan sama, ramai yang ingat Anis anak aku. Even kalau ada yang bertanya, memang aku akan mengiakan aje. Hehe!


Sebelum menjelajah ke lebih 400 buah kedai di sini, kami mencari dulu sesuatu untuk dijadikan tenaga bagi menempuhi perjalanan "jauh"! Hehe!

Aisy pula beberapa kali mengetuk meja sambil kata, "Nak atan!" - Nak makan!


Sambil menunggu makanan yang diorder sampai, kami dihidangkan dengan otak-otak. Jujurnya kami suka sangat makan otak-otak. Boleh habis sebakul yang mengandungi sepuluh otak-otak.

Tapi Afif takut-takut nak makan. Dia panggil otak-otak tu, ikan busuk. Ni semua gara-gara dia di masukkan wad disebabkan scarlet fever tahun lepas.

Kalau rajin, singgahlah baca pengalaman Afif di hospital melalui Part I, Part II, Part III dan Part IV

Tapi bila dia tengok kami semua makan, dia makan juga walau mengambil masa yang cukup lama untuk menghabiskan otak-otak tu.


Bila makan yang diorder dah tiba, Aisy adalah orang yang paling berselera! Suka betul bila tengok dia makan. Boleh ganti Maria Tunku Sabri jadi hos JJCM. Hehe!


Lepas dah kekenyangan, sempat lagi berselfie (^_^)


Lepas tu baru kami meronda di sekitar Uptown Shah Alam ni. Jenuh juga nak keliling kesemua kedai, tapi digagahkan juga.

Afif dengan Aisy dok pow aku beli cermin mata hitam. Layankan ajelah. Bukan selalu kehendak diorang dipenuhi. Biasa aku cakap no no aje! Hehe!

Tengoklah tu, siap bergaya masing-masing dengan cermin mata hitam! Hehe! Kalah Papa diorang yang sememangnya penggemar cermin mata hitam.

Penuh koleksi cermin mata hitam Encik suami dekat rumah!


Time ni pula si Afif dengan Aisy tengah pandang dengan penuh minat patung tentera yang ada di salah sebuah kedai di situ. Lama diorang dekat sini sebab menunggu Encik suami beli sticker.


Encik suami tengah dok pilih sticker untuk bini nombor dua dia. Habis setiap jenis sticker yang ada dekat kedai tu dia belek. Berpeluh dok menunggu dia shopping.

Tu lah dia bila dapat orang lelaki shopping. Hehe!


Anak dara aku pun tak kurang hebatnya bab shopping ni. Sikit masa lagi kalau dah pandai minta, mau pitam Mama dengan Papa. Hehe!

Sekarang ni pun bila dipakaikan baju atau kasut yang dia tak berkenan, dia akan kata tak best!


Setelah beberapa ketika di sini, kami berangkat pulang. Lagipun masing-masing dah kepenatan sebab dok keliling Uptown ni. Fuhhh! Hilang lemak! Hehe!

Anyway dapatlah juga beli beberapa helai baju dan seluar untuk Afif dan Aisy.

Dekat sini nak kata murah pun tak juga, nak kata mahal pun tak juga. Dia dekat tengah-tengah! Yang pasti memang rambang mata dengan pelbagai pilihan barangan.

Dari haiwan peliharaan sehingga ke aksesori kereta, semua ada di sini! Pendek kata, macam-macam ada. Kena rajin berjalan aje! 

Jom singgah ke Uptown Shah Alam!



Alahai Jiran: Berdosakah Aku? (^_^)

Alahai Jiran: Berdosakah Aku? | Penat balik dari kerja tadi, hati tersentap dengan suasana rumah Mak dan Abah. Bumbung rumah Mak dan Abah sedikit terbuka dan sekiranya hujan, confirm habis basah! Lantai laman pula penuh dengan segala macam habuk. Itu tak termasuk dengan segala serpihan kayu dan paku. Sekali pandang, nampak seperti rumah yang tak berpenghuni.

Serta-merta rasa marah dengan keadaan tu.

Aku memang sedia maklum jiran sebelah kiri dan kanan Mak dan Abah sedang mengubah suai rumah, tapi tak menjangka keadaan akan jadi macam ni. Mak Abah melarang aku menegur jiran setelah aku menyuarakan perasaan tak puas hati dengan apa yang berlaku. Mereka berdua kata biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Dalam diam aku protes pendapat mereka berdua. Sampai bila nak berdiam? Lagipun bukan sekali dua benda macam ni terjadi. Banyak kali! Aku nak senaraikan semua yang mereka lakukan pun tak larat. Lagipun nanti nampak sangat aku sengaja mencari kesalahan jiran.

Aku cuba memujuk hati yang mungkin mereka yang bernama jiran ni tak sedar kesalahan yang mereka lakukan. Ikutkan hati aku nak saman aje! Bunyi guruh di langit menggerunkan aku. Rasa tak sanggup membayangkan kesengsaraan Mak Abah sekiranya hari memang hujan. Macamana kudrat yang tak begitu kuat nak mengemas rumah?

Atas kerisauan tu disamping yakin aku melakukan perkara yang betul, aku tetap pergi mengutuk pintu rumah jiran yang dimaksudkan walau tanpa keredhaan Mak dan Abah. Aku menyuruh si jiran mencari apa sahaja benda yang boleh digunakan untuk menutup bumbung rumah Mak dan Abah yang sedikit terbuka dan menyuarakan kebimbingan sekiranya hujan.

Si jiran hanya mengiakan. Besok tak ada perubahan, aku akan bersuara lagi. I believe I have done a right thing. Tapi, berdosa ke aku?

---------------------------------------

Itu cerita jiran Mak, jiran aku pun tak kurang hebatnya. Aku pernah bercerita tentang jiran aku ni tak lama dahulu. Boleh klik sini kalau nak baca. Baru-baru ni time aku nak keluar sidai kain, aku ternampak ada motor yang di letak di dalam kawasan rumah aku. Hati tiba-tiba terasa panas.

Aku tak marah kalau dia minta izin. Ni mentang-mentanglah kawasan rumah aku tak berpagar, suka-suka hati dia menceroboh! Buat macam rumah dia pula tu!

Mau tak hangin!

Alahai Jiran: Berdosakah Aku?

Aku sebenarnya berniat nak tolak motor tu dalam longkang depan rumah. Tapi aku cuba banyak kali, entah kenapa motor tu cukup berat dan aku tak mampu nak menggerakkan. Lepas dah beberapa kali gagal melakukan percubaan, aku menyedari bahawa itu mungkin petanda yang ALLAH tidak mahu aku meneruskan niat jahat aku.

Berdosa ke aku?

Sepatutnya aku bersabar sebab Islam menggalakkan kita supaya sentiasa sabar dengan karenah atau gangguan jiran kerana ia termasuk dalam golongan orang yang berbuat baik kepada jiran. Tapi tu lah, aku manusia biasa yang tak lari dari silap dan salah.


-------------------------------------

Di kesempatan ni aku nak nasihatkan sesiapa sahaja yang menbaca blog aku especially entry ni supaya menghormati hak jiran. Bah kan Islam meletakkan jiran pada tempat yang tinggi. Sia-sialah amalan kita sekiranya kita menyakiti jiran. Rasullullah SAW telah diberitahu tentang adanya perempuan yang berpuasa di siang hari dan bersembahyang ditengah malam, tetapi dia sering menyakiti jirannya.

Maka Rasulullah SAW bersabda, "Bahawa sesungguhnya dia akan masuk neraka"

Rasullullah SAW juga bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah ianya menyakiti jirannya"

Rasullullah SAW juga menyatakan dalam hadisnya mengenai hak-hak jiran:

"Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?"

  1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya
  2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya
  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya
  4. Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya
  6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya
  7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
  8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai ke rumahnya kecuali dengan izinnya
  9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
  10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya, maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

Sumber: Blog Ustaz Asri dan Jabatan Agama Islam Selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...