Gara-Gara Mamee Monster

5:19:00 pm Yana Yani 6 Comments

Gara-Gara Mamee Monster | Semalam anak dara YY, Aisyah mengikuti rombongan sekolah. Ikutkan hati seorang Mama ni, memang berat nak benarkan Aisyah pada usia sebegitu pergi tanpa YY mahupun MyChintaHati. Tapi disebabkan pihak sekolah dah tegaskan yang ibu bapa tidak dibenarkan turut serta supaya memberi ruang untuk anak-anak berdikari, YY terpaksa relakan. Despite rasa seronok yang Aisyah ceritakan sepanjang dia mengikuti rombongan tersebut, ada juga sesuatu yang buat hati seorang Mama ni tersentuh.

Ni semua gara-gara snack Mamee Monster.

Imej&http://bit.ly/2xfNmGn

Baca: Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Semalam bila dia turun dari bas, ayat pertama yang keluar dari mulut Aisyah bila dia nampak YY adalah, "Mama! Adik seronok sangat!"

Masuk aje ke dalam kereta, lagi bertubi-tubi cerita yang Aisyah ceritakan. Sampaikan YY tak dapat nak fokus cerita yang dia ceritakan. Semua bercampur aduk. Entah di mana permulaan dan entah di mana pengakhiran. Dia paling banyak bercerita pengalaman dia mandi-manda di kolam di dalam sebuah resort. Yang pasti dari gaya dia bercerita, ternyata dia memang sangat seronok. Afif yang turut sama berada di dalam kereta hanya tersengih mampu mendengar cerita adik dia. Dia mungkin tumpang gembira.

Tapi dalam seronok Aisya bercerita, dia ada menyebut Mee Mee Monster (Mamee Monster). Tapi YY tak begitu fokus dengan apa yang cuba dia sampaikan. Tambahan pula waktu tu sudah kedengaran azan Maghrib. YY hanya nak cepat balik ke rumah sebab YY sukar memandu dalam keadaan suasana yang terlalu gelap. Dan cerita mengenai Mee Mee Monster tamat begitu sahaja.

Muka ada sedikit cuak bila nak meninggalkan YY. Hehe!

Baca: Lawatan Ke Farm In The City!

Pagi tadi ketika YY menyapu krim pelembab ke badan Aisyah untuk masalah ekzema dia, sekali lagi kedengaran cerita mengenai Mee Mee Monster. Mungkin masa berdua di antara kami tadi digunakan sebaik mungkin untuk Aisyah meluahkan rasa hati dia. Ternyata kali ini cerita yang dia sampaikan jelas, terang dan nyata. Tersentuh juga hati YY bila mendengar cerita dia tadi pagi.

Aisyah: Mama, boleh tak Mama belikan kita Mee Mee Monster? Kita nak makan

YY: Kenapa pula tiba-tiba nak makan Mamee Monster?

Aisyah: Semalam Aisyah (kawan dia) makan Mee Mee Monster. Dia tak bagi kita pun

YY: Kenapa Aisyah yang tu tak nak bagi Aisyah anak Mama ni makan Mamee Monster? Aisyah gaduh dengan dia?

Aisyah: Tak. Dia bagi Intan dengan Aqilah aje. Kita, dia tak bagi pun

YY: Aisyah sedih ke?

Aisyah hanya menggeleng kepala. Tapi dia masih meminta YY belikan Mee Mee Monster. Tak sampai hati YY nak kata tidak bila melibatkan makanan ni. Lagipun ia sesuatu yang YY mampu adakan. Kalau tak mampu tu, lain cerita.

Bila nampak kelibat bas, baru ceria muka dia

Aisyah: Nanti Mama belikanlah kita Mee Mee Monster ye

YY: Okay. Nanti kita beli ye. Tapi Aisyah kena janji dengan Mama. Aisyah kena kongsi dengan semua orang yang ada dekat rumah Wan tau.

Aisyah: Okay kita janji! Nanti kita bagi Mee Mee Monster tu dekat Ika, Asha, Iman dengan Umar.

YY: Bagus anak Mama! Kalau kita kongsi rezeki, nanti kita lagi dapat banyak apa?

Aisyah: Rezeki!

So pagi tadi sebelum YY ke tempat kerja, YY singgah 7Eleven semata-mata memenuhi kehendak si anak dara. YY yang suruh dia pilih dan bayar sendiri di kaunter. Priceless bila teringat riak wajah dia yang terlalu excited bila apa yang dia inginkan dipenuhi.

Muka happy sungguh bila dapat beli Mee Mee Monster

YY mendidik anak YY untuk sentiasa berkongsi terutama apabila melibatkan makanan. Kalau makanan tu sedikit, YY memang tak bagi diorang bawa keluar rumah. Kalau banyak, baru boleh bawa keluar rumah itupun dengan syarat ia harus dikongsi. Sebab dah jadi tabiat, mereka dah terbiasa dan tiada masalah untuk berkongsi makanan dengan orang di sekeliling. Sejujurnya bukan sesuatu yang mudah menerap nilai sebegitu dalam diri anak-anak. YY dan MyChintaHati harus juga menunjukkan contoh supaya pembelajaran moral seperti ini mudah difahami.

Dalam kes semalam, mungkin Aisyah kecewa apabila benda yang sudah menjadi kebiasaan dalam diri dia, tapi tidak dilakukan oleh orang lain. Gara-gara melihat kawan dia makan Mamee Monster atau Mee Mee Monster mengikut bahasa Aisyah, dia teringin. Moral daripada cerita ini, ajarlah anak-anak kita berkongsi. Dengan cara ini, kita juga mampu mengajar anak kita menghormati atau menghargai orang di sekeliling. Berkongsi tak akan menyebabkan kita menjadi miskin (^_^)

6 comments:

  1. zie pernah buat ikut lawatan seklh di kilang berly ni.. pestime masuk tiba2 jadi kanak2 riang..

    bab berkongsi tu, zie selalu pesan kat anak, makanan kongsi sesama sikit sama sikit, bnyk sama banyak.. mungkin diorang kecik tak paham.. kita yg ajar diorang jadi faham kan

    ReplyDelete
  2. Hari tu baru mama nak pergi farm in the city tapi tak jadi sebab baca review ramai sangat orang dalam ni

    ReplyDelete
  3. Wauu bukan main besar lagi bungkusan yang mama belikan tu

    ReplyDelete
  4. Bila ada anak anak

    dah jadi lumrah, ada kawan anak anak tu akan pilih kasih

    kita jadi mak ayah ni kena bantu mereka atasi masalah

    Bagus sis sebab ada di sisi anak untuk bantu mereka pupuk emosi

    ReplyDelete
  5. Begitu ceritanya. Kalau nak mee mee monster, datanglah ke rumah aunty ya, Aisyah. Kat rumah aunty ni setiap bulan ada stok jajan. Tapi don't you worry, anak-anak bujang aunty suka kongsi makanan. Depa main minta je nak beri orang sedangkan adakalanya untuk depa berdua pun tak cukup sebab depa kuat makan ^_^

    ReplyDelete
  6. Biasalah namanya pun mak kan...mmg mudah tersentuh kalau bab melibatkan anak ni.

    Sian Aisyah.....tapi tak per, satu karung mama dah belikan mamee ek hihi.... makan sampai puas hokey!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...